2020-06-04
Beli rumah
Aku bukan orang hartanah atau berminat sangat dengan hartanah.
Aku beli rumah sebab aku rasa nak ada rumah sendiri. Tu je.
Tak terfikir lansung untuk pelaburan masa depan atau apa ke.
Sekarang pun kitorang cuma ada satu rumah je. Beli rumah sebab nak duduk.
Rumah yang dulu, jual.
Memang tak plan nak buat sewa ke apa ke.
Sejenis malas nak serabutkan kepala otak mikir nak kutip duit sewa, nak baiki itu ini. Malas.
Yang aku tahu, sah je jawatan, terus aku and En Wan kumpul duit untuk beli rumah.
Sebenarnya untung kalau beli rumah awal-awal sebab waktu ni kita belum ada banyak komiten lagi.
Masa ni kitorang hidup berdua, kereta En Wan hanya RM980 sebulan [bayar hutang Mak Aji], kereta Kancil aku pulak free [Mak Aji hadiahkan sempena graduation].
Anak belum ada, tak perlu bayar bibik, tak perlu bayar taska.
Makan pun apa yang ada, melancong memang tak, pinjaman pendidikan pun takde.
Jadi duit gaji boleh salurkan ke simpanan untuk beli rumah.
Berbeza kalau kita dah ada komitment yang besar, mesti susah sikit nak menyimpan.
Hujung-hujung membeli rumah hanyalah satu option saja, dah bukan kemestian.
Bukan kerana tak mahu, tapi sebab dah tak mampu kerana ada terlalu banyak komitmen lain yang perlu didahulukan.
Masa kitorang beli second house, umur aku 31 tahun.
Waktu ni aku berhenti kerja untuk start bisnes, memang tough betul rasanya.
Dah ada hutang kereta, dah ada anak, dah ada bibik, dah ada kad kredit, dah ada loan rumah pertama, at the same time baru sign docs untuk beli rumah kedua - tup-tup aku berhenti kerja.
Sakitnya tu di sini.
Merasalah kejap bulan ni bayar kereta dia, bulan depan bayar kereta aku - semuanya sebab nak rolling duit buat bayar hutang.
Itulah bezanya bila beli rumah pertama and kedua.
Lain ujiannya bila beli rumah dalam keadaan kita dah ada banyak komitmen.
Banyak yang kita kena korbankan.
En Wan siap buat partime buat drawing [engineering punya drawing, entah, aku tak faham] demi nak mencukupkan apa yang tak cukup.
Aku dah memang-memang tak cukuplah sebab baru start bisnes segalanya tak nampak bayang lagi.
Cut story short, rumah pertama dapat dijual dan rumah kedua alhamdulillah dapat duduk.
Bila tengok harga rumah-rumah sekarang, bukan main seram lagi.
Dah tak nampak bayang ratus ribu, sekarang main juta-juta je.
Kadang-kadang kesian juga dengan budak-budak muda, nak beli rumah, mahal sangat.
Rumah yang murah pula lokasi tak strategik, kecil, kemudahan kurang, access susah.
Apa yang aku nampak, walaupun harga rumah jatuh, harganya masih lagi di tahap mampu tengok, bukan mampu beli.
Bayangkan harga rumah jatuh dari 3 juta ke 1.8 juta, berapa ramai yang mampu beli?
Yang belum ada rumah kebanyakkannya budak-budak muda, mampu ke nak beli 1.8M tu.
Yang tua-tua macam aku ni dah tak kuasa nak beli new house dah sebab pinjaman pun tinggi.
Tak kuasa aku nak buat hutang baru.
Ni pun dah lega sangat-sangat kereta dah habis bayar.
Kalau yang baca post ni masih muda, belum ada banyak komitmen, pegilah beli rumah dulu.
Ataupun lepas je kawen terus sama-sama kumpul duit untuk beli rumah.
Cut dulu gaya hidup yang tak perlu. Disiplin buat saving.
Bukan apa, gaji kita tak naik selaju harga rumah.
Harga rumah naik macam roket, tapi gaji kita tak.
Bukan tu je, every year barang naik, minyak naik, duit taska naik, semuanya naik dengan cepat.
Jadi sementara selera belum besar, komitmen belum tinggi, buatlah force saving untuk beli rumah.
Nak simpan ASB ke, beli emas ke, itu kendian.
Buat satu satu dulu. Rumah dulu.
Dah dapat rumah, baru start save untuk benda-benda lain pula.
Umur makin lama makin bertambah, nanti bank susah nak bagi pinjaman.
Post aku semalam, ramainya yang buat luahan hati.
Adik-beradik dah berderet anak-anak tapi masih lagi takde plan untuk future.
Takde plan nak beli rumah, takde plan nak menyewa rumah, takde plan nak tong-tong expenses rumah yang ditumpang.
Yang di-plan hanyalah beranak tiap-tiap tahun.
Aku kalau kau nak mintak pandangan kes-kes macam ni, aku malas nak campur sebenarnya.
Sebab some people dia punya kefahaman tentang "rezeki" tu berbeza [read : salah].
Bagi dia, rezeki semua orang tak sama [betul dah tu].
Katanya aku diberikan rezeki ada rumah sendiri tetapi tak ramai anak, yang dia pulak takde rezeki nak beli rumah tapi anak ramai.
Haaa gitu. Maka, berlonggoklah dia bersempit-sempit dalam rumah mak bapak walau anak dah berderet.
Kalau kefahaman kau dah macam tu, lantaklah lah situ asal tak berlonggok dalam rumah aku.
Ada sorang kawan aku jenis tak boleh tengok duit kat tangan.
Jadi untuk elakkan dia spend kat tempat yang sepatutnya, dia beli 2-3 biji rumah.
Hajat nak sewakan tapi rumah dia semua takde penyewa lagi.
Dia kata takpe, dia beli sebab nak menyimpan.
Rupanya dia beli rumah sebagai force saving sebab kalau simpan kat bank nanti dia keluarkan.
So dia humbankan duit-duit dia kat rumah, dah tentu-tentu tak boleh keluarkan katanya.
Tapi tu lah, dia berkorban untuk hidup tak bermewah-mewah, tak shopping sakan sebab bayar hutang rumah.
Aku tak pandai menyimpan cara tu.
Lagipun malas nak ambik tahu hal penyewa [hahaha].
Disebabkan aku bukan kaki shopping, jadi orang macam aku boleh simpan duit dalam bank.
Insyallah dia kekal dalam tu.
Lagi satu yang kena ada selain rumah - insurans.
Aku bukan agen insurans tapi aku suka nak encourage budak-budak muda supaya ambil insurans.
Jangan sayang sangat dengan duit, korang umur muda, premium bulanan tak tinggi mana kecuali kalau kerja 3rd degree.
Macam En Wan dulu kerja dengan mesin, premiumnya tinggi sikit walauun baru 24 tahun.
Now dah tua, aku rasa dia bayar sama macam muda dulu, sebab faktor usia.
Dulu, aku pun spektikal dengan insurans, tak nampak kat mana keperluannya.
Ye lah, umur tengah muda memang sihat manjang.
Sebelum aku kerja dengan Prudential, aku sendiri takde insurans.
Bila dah kerja kat sana, jadi Medical Underwriter pulak tu, baru aku nampak kebaikannya.
Especially bila as Medical Underwriter, tengok medical history orang yang memohon insurans, alahaiii, sedih kadang.
Dah ada macam-macam penyakit, dengan rekod bil rawatan yang tinggi, boleh bertambah sakit rasanya kalau kena keluarkan duit sendiri.
Insurans adalah pelaburan juga, ambiklah.
Umur muda, bayar tak mahal sebab plan dan pakej insurans berbeza ikut umur.
Yang suri rumah tu, pastikan suami ambikkan insurans.
Kalau suami tak ambikkan, duit nafkah suami bagi tu beli insurans untuk diri sendiri.
[post ni tak ditaja oleh sesiapa ya, aku sendiri nak tulis]
p/s : Instagram followers, GreenAard with free hand sanitizers boleh whatsapp sini.