2020-05-30
Terima kasih kerana mengingatkan aku
Hidup akan terasa lebih indah kalau sentiasa bersyukur.
Jangan pernah rasa kita adalah orang yang paling malang di dunia, kerana masih ramai orang kat luar sana yang tengah rasa susah dengan ujian yang jauh lebih berat.
Boleh jadi rasa kecewa yang kita rasakan sekarang adalah kerana kita lupa untuk bersyukur dengan apa yang kita ada.
Semalam, ada a few DM aku di IG bercerita tentang masalah masing-masing.
Ada yang tengah diuji dengan majikan nak downsizing company lepas raya.
Ada yang tengah diuji dengan gaji sejak bulan puasa tak dapat lagi.
Ada yang diuji dengan masalah susah nak tidur.
Ada yang diuji dengan clinical depression sampai ada rasa nak bunuh diri.
Ada yang diuji dengan masalah hutang dengan Ahlong.
Jujur, aku tak boleh nak tolong bagi masalah ni selesai, aku cuma boleh jadi pendengar and try my best untuk bersembang-sembang.
Mudah-mudahan ada yang kita boleh belajar sama-sama.
Apa yang aku realized, semakin aku mendengar luahan dorang ni, sebenarnya Allah sedang menegur aku.
Aku ni kurang bersyukur orangnya.
Kadang-kadang tu aku bersyukur pada benda yang sama berulang-ulang.
Boleh jadi juga ungkapan syukur dari mulut aku ni tak sampai ke dalam hati.
Jadi Allah datangkan mereka ni untuk bercerita dengan aku supaya aku pandang kesyukuran tu dari perspektif yang lebih luas.
Kita jarang bersyukur dapat tidur sekejap. Tak puas.
Dapat tidur lena pun tak bersyukur juga.
Dapat tidur dalam rumah yang selesa, ada aircond, ada kipas, kejiranan yang aman pun tak bersyukur juga.
Kerana semua tu adalah biasa pada pandangan mata kita.
Tidur je kot, semua orang pun tidur, nak bersyukur apanya?
Sedangkan ada orang yang terseksa tak dapat tidur.
Kita jarang bersyukur masih ada pekerjaan.
Malah kita merungut bila majikan kita tak seperti majikan orang lain.
Kita membanding-bandingkan imbuhan orang lain dapat dengan kita.
Tapi bila kita dapat imbuhan lebih, kita kata itu rezeki.
Sedangkan ada orang yang tengah stress gaji 2 bulan sangkut, bisnes kena tutup, sedangkan ada anak isteri yang nak ditanggung.
Kita jarang bersyukur cuma dapat selsema setelah 6 bulan sihat walafiat.
Satu kali jatuh sakit dah mengeluh bila semua kerja terbengkalai.
Sedangkan ada orang sedang bertarung dengan masalah depression, jauh lebih berat masalah kesihatannya.
Bila kita tak diuji, kita rasa kita dalam keadaan yang ok. Blessed.
Padahal dalam keadaan serba selesa itulah ujian terbesar kita kerana ketika itu rasa syukur berkurang.
Mengucap syukur pun sekadar di mulut, tak benar-benar dari hati.
Macam aku lah.
Hari-hari zikir Alhamdulillah bukan main lagi target mesti 1000x.
Hakikatnya, Allah tahu, aku pun tahu, zikir Alhamdulillah tu hanya dari bibir aku je.
Tak sampai pun kat dalam hati.
Jadi Allah datangkan followers-followers yang baik-baik ni berceritakan masalah pada aku.
Cerita-cerita dan masalah-masalah mereka buatkan aku tersentak.
Ya Allah, rupanya terlampau banyak benda yang aku lupa nak syukuri, terlalu banyak.
Aku ingatkan aku dah banyak bersyukur, rupanya tak.
Aku cuma syukur benda-benda surface je, tapi dasarnya aku tak gali.
Terima kasih mereka-mereka ni yang sudi berkongsi cerita.
Dalam ramai-ramai orang, walau kita tak pernah bertemu muka, Allah gerakkan hati korang untuk berkongsi dengan aku.
Rupanya ujian Allah tu untuk korang tapi teguran Allah itu untuk aku.
Aku kurang bersyukur orangnya. Ibadah dan amal soleh pun kurang.
Entah apalah agaknya yang dorang pandang pada aku, ada yang minta berkali-kali aku doakan mereka.
Kau rasa doa kau dekat dengan Allah, Diana?
Jangan perasan.
Allah gerakkan hati mereka supaya minta kau mendoakan, kerana kau kurang berdoa!
Kau berdoa pun hanya untuk diri kau je.
Sebab itu Allah gerakkan dorang untuk minta kau mendoakan, supaya kau banyakkan sujud, banyakkan doa.
Itu cara Allah nak bagitau kau, ibadah kau masih kurang.
Lantas aku teringat masa aku buat umrah dulu, aku open peluang untuk orang hantar doa.
Banyak yang hantarkan doa untuk aku bacakan.
Apa aku buat?
Aku compilekan setiap 10 doa dengan satu solat hajat.
Habis, kenapa sekarang kau tak buat macam tu?
Kenapa kau buat hajat untuk kau sorang je?
Allah..halusnya cara Allah menegur aku, tapi pedihnya sampai ke hati.
Belajar agama bertahun-tahun, ambik kelas private bagai, tapi aku belum mempraktikannya dengan betul.
Malunya aku.
Terima kasih semua kerana bercerita.
Menyedarkan aku, banyak perkara yang aku terlepas pandang.
Banyak perkara yang aku kurang bersyukur.
Ibadah aku rupanya masih kurang.
Amalan kurang, syukur kurang, tapi nak syurga.
Mana connection-nya?
Memang kat sana nanti kau ada cable ke, Diana?