2020-05-21

From a majikan point of view



Aduilah, masih ada lagi pekerja yang demand macam ni rupanya.
Kau pegi mana-mana pun, kau takkan jumpa empat-empat point ni sekaligus, jadi toksah lah berangan sampai ke langit ke tujuh.
Kau dengan adik-beradik yang keluar dari perut yang sama pun masih perlu mengalah antara satu sama lain, inikan pulak situasi di tempat kerja.
From my experience, selalunya yang demand macam ni, dia belum ada banyak pengalaman dalam kerjaya. Angan-angan je yang banyak. Budak muda lah senang cakap.

Pengalaman menjadi employee, apa yang aku boleh cakap, sebenarnya empat-empat point tu kita boleh dapat kalau attitude kita betul.
Bos aku yang lempar sales report kat muka aku tu, bukannya kat semua pekerja dia buat macam tu.
Yang tak meet her expectation memang kena lah.
Cuba kalau kau buat kerja ok, takde gila dia nak mengamuk tak tentu pasal.

Lepas dia lempar sales report kat aku, since that, every week report aku tip top.
Bila kerja ok, dia pun ok.
Budak-budak muda now, sebahagiannya lembik.
Baru kena marah dah mengumpat bos kat FB.
Belum kena lempar report kat muka lagi.
Pastu resign. Itulah kejenya.
Bukan reti nak perbaiki kerja, manjang je dia rasa dia betul.

Samalah dengan budak-budak sales yang sama-sama kerja dengan aku dulu.
Merungut company letak sales target tinggi sangat.
Merungut komisyen hanya dapat 0.8% kalau hit RM80K.
Merungut bonus raya sikit tak macam company lama.
Merungut increment naik tak banyak.

Yang peliknya, orang lain boleh je hit sales target.

Nak komisyen tinggi, buatlah sales tinggi. Common sense.
Sales banyak, barulah boleh merasa komisyen 1.5%.
RM80K tu selling price je nok, bukan untung.
Company ada yang ambik margin 30% je, maknanya RM24K.
Dari RM24K tu belum tolak gaji kau, komisyen kau, claim kau - ewahhh banyak songeh.
Gaji basic dah tentu-tentu dapat, nak komisyen tinggi usaha mau lebih lah.

Bonus tu namanya pun bonus, tak wajib bagi pun.
Ikut budi bicara majikan, dia nak bagi dah besar rahmat.
Nak demand lelebih, patahlah balik company lama, tengok company lama tu nak pandang muka kau ke tak.

Increment ikut performance and income syarikat, dah kalau income tak banyak, nak bagi banyak celah mana.
Dia tak potong gaji kau dah cukup bagus.

As a majikan, jujur aku cakap, aku akan jadi bos yang ok, kalau pekerja aku ok.
Aku tak boleh jadi OK all the time kalau staff tak bekerjasama.
Aku bukannya bos yang mental nak haruk orang tak tentu pasal.
The thing is aku ada banyak benda nak pikir di atas baju jemala patik ni.
Mana nak create marketing plan, nak cari sales, nak produce new product, nak masuk lab, nak baca jurnal - so kalau kau nak aku ok, kau kena pastikan deliver task dengan betul.
Task yang aku mintak 10am, submit at 10am.
Jangan sampai aku kena mintak, ini boleh buatkan aku angin.



Ni aku share task and schedule seorang majikan bernama Diana Ishak.

Segala task staff yang aku bagi aku akan simpan sini supaya aku boleh check balik dah submit ke belum.
Meetings, labs, readings, semua aku letak dalam jadual ni.
Ni belum dengan kerja-kerja lain sepanjang PKP ni nak kena ajor Rayyan mengaji, semak hafazan dia, tulis blog segala.
Jadi, percayalah cakap aku, bos yang tak masuk opis tu bukan membongkang kat rumah.
Dan bos yang nampak muka macam takde masalah tu sebenarnya sedang menanggung beban yang besar.
Semua benda nak kena fikir - especially bila ada staff yang menanggung ibu bapa, yang nak bersalin, yang dah ada loan kereta, rumah - bukan semua bos pentingkan diri sendiri.
Janganlah bersangka buruk sangat.
Dan yang paling utama jangan merasa diri kita je yang buat banyak kerja, kalau bos tu bagi kau ambik task dia belum tentu kau larat nak buat.

Ini baru jadual aku, belum jadual En Wan lagi - penuh dengan list bayar gaji staff, utilities, meeting dengan kilang, inventory list, etc.
Mostly En Wan handle bahagian operations.

Percayalah cakap aku, kau akan dapat bos yang ok, kalau kau ok.
Pastikan kerja ok, kerja semak dulu sebelum hantar, jangan buat silap yang sama berkali-kali, apa-apa tak faham bincang dengan bos, jangan sampai bos cari mana task yang dia suruh buat.
Nak gaji, bonus, benefit yang bagus - kita juga kena jadi bagus.
Company akan bagi benefit yang besar kalau sales banyak.
Nak sales yang banyak tak boleh dengan kerja sikit atau kerja mudah.
Hidup kalau semua benda nak senang, memang payahlah nak senang.

Bos suka kalau pekerja bukan sahaja bijak tapi ada motivasi, intergriti dan cekap.
Tak tahu cakap tak tahu. Bos boleh ajar.
Jangan buat bodoh sombong kau macamkan kau tahu semua benda.

Mesti ada motivasi untuk jadi better.
Bos suka kalau staff boleh bagi idea yang lebih baik untuk kemajuan company.
Kalau company maju, benefit tu dapat kat kau juga.
Cekap is another thing yang semua staff mesti ada.
Janganlah buat kerja meleseh-leseh ni especially yang melibatkan customer service.
Prepare packing list kena cepat, packing kena siap on time, inventory stok kena tahu bila barang perlu diproduce lagi.

Bila kerja kita tip top, bos pun seronok, maka dengan sendirinya environment akan jadi lebih baik.
Bos pun takkan berkira nak belanja makan, nak topup barang-barang pantry, nak celebrate birthday staff, etc.
XZIZ Biotech punya monthly routine [sebelum PKP] mesti ada company lunch setiap bulan.
Every month, staff aku akan listkan apa benda yang dah habis kat pantry, then aku bagi duit untuk dorang belikan barang ofis and barang makanan.
Sometimes aku bagitau dorang in advance aku ada order breakfast atau lunch the next day, supaya dorang tak perlu bawak bekal.
Bos kuat makan katakan, selalunya benda makanlah yang beli.
Yang paling best kalau orang suruh aku review makanan, aku makan sikit, then the rest dorang ambil.

Aku pernah jadi pekerja and now aku sebagai majikan, aku tahu apa yang majikan mahu dari pekerja.
Dan sebenarnya dalam banyak-banyak bos aku, aku paling suka bos aku yang terakhir, yang macam Miranda Priestly tu.
Walaupun dia macam naga, tapi dia tahu apa dia buat.
Memang takutlah nak bermesra dengan dia sebab dia sangat serious kalau bab kerja.
Takde sorang pun staff kat situ yang terlepas dari kena marah dengan dia kalau buat silap, hatta PA dia yang kerja dari awal dulu.

Bulan-bulan puasa ni aku mesti teringat dulu dia bantai meeting dari 2pm santak 10pm.
Aku stop untuk solat saja, tu pun dia bagi 10 minit je.
Break hanya grab makan apa yang ada di pantry.
Hari tu memang dia berangin gila sebab staff banyak buat hal, satu ofis balik 10pm.
Sampaikan aku berbuka air je lah, nak grab biskut kat pantry pun seram.
Tapi sebelum balik dia minta aku pilih sendiri nak berbuka kat mana, for company dinner.
Selalunya ada company lunch, tapi sebab bulan puasa and kebetulan aku sorang pekerja melayu, jadi tahun tu first time budak-budak ni merasa Ramadhan Buffet.
Aku pilih Sunway Piramid Hotel.

Bos-bos sebenarnya baik kalau kita buat kerja dengan betul. Tu je syarat nak seronok di tempat kerja.
Tapi now disebabkan PKP, ramai juga majikan yang takde pilihan terpaksa buang staff, terpaksa bagi half pay, terpaksa tutup bisnes, etc.
Yang ni bos pun taknak berlaku.
Kalau bos kejam, dari awal lagi dia terminate kita.
Nak buat macamana, keadaan sekarang tak berapa bagus.
Sama-sama kita doa supaya kita semua boleh kerja dengan baik, supaya bisnes syarikat sentiasa ada income so that kita boleh terus berkerja.
Jangan demand tinggi sangatlah musim-musim PKP ni. Sama-sama tengah sakit.
Banyakkan muhasabah.