2019-02-13

Tudung bukan ukuran iman


Lately ni ramai juga la yang start sinis dengan celebriti and public figure yang baru berjinak-jinak nak pakai tudung.
Macam-macam yang diperlinya.
Risau je aku kalau-kalau lepas ni budak-budak ni tak tahan kena sindir, lantas bukak tudung jugak.

Yang memerli tu memang semuanya di kalangan bertudung.
Ddorang sibuk kecam-kecam katanya Hamba Allah tu bertudung tapi akhlak buruk, padahal at the same time dorang tengah mengutuk-ngutuk.
So betullah kan penampilan tak melambangkan akhlak?

Tak kurang juga ada yang ambik peluang untuk compare "Elok lagi si A, walaupun tudung makin lama makin singkat at least dia masih bertudung".

Terhenyak aku kejap baca komen tu.

Sebenarnya inilah yang paling menakutkan sekali.
Bila perbandingan antara yang tak baik dengan yang tak baik dibuat.
Selalunya gitulah.
Kita semua tend to membandingkan sesuatu yang tak baik dengan sesuatu yang tak baik juga untuk menampakkan salah satunya lebih baik.

Tapi, lebih seram bila ada yang kata "Tu pasal orang yang bertudung ni bukan boleh percaya sangat. Tudung bukan ukuran keimanan seseorang!"

Wah, pedih nau rasanya.

Memang betul bertudung atau tak bertudung, tudung panjang atau tudung pendek - itu semua bukan ukuran keimanan seseorang, tapi kena ingat yang komitmen seorang perempuan dalam menjalankan syariat dengan baik boleh menjadi ukuran ketaatannya pada Allah.
Sebab syariat dah jelaskan pakaian perempuan setidak-tidaknya mesti follow kriteria yang ditetapkan antaranya tak menampakkan bentuk badan, tak tabaruj dan tak menyerupai lelaki.
Memang iman tak bertambah pun kalau follow semua kriteria tu tapi kalau kita buat semua, itu menunjukkan level ketaatan kita tinggi.

Apa-apa pun aku setuju dengan komen orang tu "Iman takde kaitan dengan tudung".

Itu memang betul.

Sebab Al-Baqarah (3) ada cakap "mereka yang beriman kepada yang ghaib, mendirikan solat, dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka".

Atau bahasa mudahnya : mereka yang beriman adalah yang bersolat, yang menafkahkan rezeki dan yang percaya kepada benda yang tak nampak dek mata.

Takde pun disebutkan "mereka yang beriman adalah yang pakai tudung" atau "mereka yang beriman adalah yang tak pakai tudung tapi baik hati".

Jadi aku setuju bila dia kata tudung takde kaitan dengan iman.

Tapi dalam surah An-Nur (31), ada cakap "Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka, dan janganlah menampakkan ...."

Nak senang faham, baca saja lah part yang aku bold tu.

Tadi Al-Baqarah cakap mereka yang beriman adalah yang bersolat.
Jadi, kalau solatnya betul, bermakna mereka adalah golongan wanita yang beriman.
Wanita yang beriman dah tentu tak ada masalah untuk dia 'menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka' sebab orang yang beriman tak akan beralasan dengan perintah Allah.

Mudah-mudahan penjelasan ringkas tu dapat difahami.
Oh by the way, itu bukan statement aku.
Aku bukan untuk mem-bash sesiapa.
Hanya nak memberi faham sahaja, ikut setakat apa yang aku dah belajar.

Tudung memang tak mencerminkan iman seseorang.
People have their own reasons pakai tudung.
Ada yang pakai tudung sesuai dengan ajaran Islam kerana nak melaksanakan perintah Allah.
Ada juga yang pakai tudung kerana nak menutup sekadar tutup je.
That's why aku setuju dengan statement penampilan tak mencerminkan iman.

Previous post aku pasal kes tanggal tudung ni, ada sorang follower kat IG bagitau yang dia nak pakai tudung lama dah.
Yang buatkan dia tangguh sebab dia tak pandai mengaji.
Dia rasa malu dengan diri sendiri nak pakai tudung tapi mengaji pun tak reti.

Aku rasa maybe ini salah satu sebab kenapa ramai yang bertangguh nak pakai tudung sebab nak tunggu semua jadi perfect.
Masalahnya, kita dah tahu kita tak perfect (tak tau mengaji) tapi kita taknak pi blaja pun.
Malu nak blaja mengaji sebab rasa diri tak layak, banyak dosa buka aurat.
Jadi penyudahnya tak bergerak.
Nak pakai tudung malu sebab tak pandai mengaji.
Nak mengaji malu sebab sebenarnya tak bertudung.
Eloklah, pusing-pusing kat situ sampai ke sudah.

Al-Quran tu umpama manual book.
Kalau kita beli LEGO, kena baca manual dulu baru boleh buat.
Kalau tak baca, tak menjadi mainan tu nanti.

Samalah macam Quran, kita baca, baca terjemahan, pi blaja tafsir kalau ada masa.
Kalau kita faham tafsir, insyallah mudah kita istiqomah.
Itulah cara kita upgrade diri, bukan tunggu perfect baru nak buat semua.

Allah dah bagi green lite untuk tuntut ilmu hingga ke liang lahad.
Jadi kita ada masa lagi ni nak blaja Quran.
Blajalah sampai otak kita berhenti bekerja, jangan tunda-tunda.
Tak tahu mengaji tak bermaksud tak payah jaga aurat.

Entahlah, isu aurat sangat sensitif especially bila nak discuss secara terbuka macam ni.
Mesejnya cuma satu - jangan hukum orang dari penampilan.
Sebab kita semua tahu memang ada yang tak menutup aurat tapi akhlaknya sesama manusia baik.
Dan ada juga yang bertudung tapi hari-hari mengumpat dan mencari-cari keburukan orang lain.
Tapi, kita semua dah besar, patut dah boleh bezakan mana yang baik dan buruk bagi kita.
Kalau kita hilang arah, maka baliklah pada Quran dan hadis.

Yang seangkatan dengan aku, yang umur dah 40an, aku cuma nak cakap balance yang kita ada tak banyak.
Kalau ikut umur Rasulullah, kita ada balance 20 tahun je lagi.
Dah ada hawa-hawa bau tanah orang kata.
Biarlah solat kita masih lompong-lompong, mengaji masih merangkak, yang penting aurat cover dulu.
Nanti soal ibadah kita perbaiki sama-sama.

Aku bukan orang yang benar-benar faham agama.
Bukan orang yang boleh dikatakan solehah atau alim (berilmu).
Ilmu dalam agama masih sangat sikit nak dibandingkan dengan ilmu korang.
Masih blaja lagi.
I am nobody, just trying to sampaikan what I know that might be benefit.

Maaf kalau ada salah dalam post kali ni.
Kalau ada jumpa sesuatu yang janggal dan bertentangan dengan fakta agama, bagitau so that aku dapat perbaiki.


2019-02-12

Showroom


Last week ada customer (also blog reader) collect GreenAard kat ofis.
Ofis GreenAard ni bersekali dengan showroom untuk produk Fleur by Mrs Him.
Kalau sesape datang ofis GreenAard, takkan dapat masuk ke dalam ofis sebab yang masuk ofis cuma staff sahaja.
That's why kat showroom tu aku letak set sofa.
Kalau ada customer nak jumpa atau interview atau apa-apa je yang tak melibatkan urusan dengan staff, akan dibuat di ruang depan.

So this customer lepas ambik barang tu dia whatsapp aku "Kenapa Kak Di tak pernah bagitau Kak Di ada bukak butik?"

Jawapannya : Sebab itu bukan butik.

Aku tak bukak butik.
Aku cuma create satu space untuk display produk Fleur by Mrs Him sahaja.

Awal-awal start dulu (tahun 2011), memang semuanya beroperasi di rumah.
Masa tu stok pun sikit.
Taknak bawak masuk banyak takut jadi aset.
Hanya bawak stok untuk cukup-cukup untuk jual dan habis, jual dan habis.

Bila aku dah start produce own design (tudung & jubah), stok dah mula banyak.
Lumrah produce design sendiri memang kena buat banyak sebab kilang ada MOQ kena meet baru dorang manufacture, kalau tak dia suruh kita OEM produk dia je.
Bila stok dah banyak, segala ceruk dalam rumah pernah aku jadikan tempat menyimpan stok.
Sampaikan aku pernah terfikir nak extend tepi dapur rumah aku khas untuk simpan stok tapi dihalang oleh En Wan [dia kan always jeles dengan perkembangan bisnes aku yang semakin pesat].

Bila aku start hire 2 orang tailor, rumah aku dah takde rupa rumah dah.
Bilik atas tu dah jadi tempat kerja untuk tailor.
2 biji mesin jahit aku letak kat atas.

Pastu stok ready to wear baju and tudung yang aku bawak masuk dari China and Vietnam aku simpan kat another room.
Penuh situ dengan container.
Jenuh membeli container sebab nak simpan stok ikut size and warna.
Nasib baik stok barang-barang biotek letak kat opis.
Kalau semua aku letak kat rumah, memang dah macam rumah kedai lah jadinya.

Masa buat tailoring bisnes, aku dah mula rimas and tak syok everytime orang datang tempah baju.
Yang datang tu bukannya aku kenal pun.
Some of them bukan blog readers pun.
They got to know about tailoring bisnes aku melalui FB Fleur by Mrs Him.

Tau je la bila orang datang tempah baju, habis diangkut satu family datang ukur.
Pastu everytime nak fitting terpaksa guna bilik bawah (bilik belakang) - dah hilang privacy aku anak-beranak.
Asal ada orang datang je, berlari naik ke atas.
Last-last aku pindahkan tailoring bisnes ke ofis aku (ofis lama).
Tak memasal renovate ofis untuk buatkan satu ruang khas for tailoring bisnes.
Nasib baik tailoring bisnes ni tak lama sebab tempoh permit tailor hanya 2 tahun je.
Nak sambung permit boleh, tapi aku taknak sebab dah mula rasa rimas pulak ramai-ramai stay kat rumah.

Masa start GreenAard, ingatkan boleh buat GreenAard kat rumah je.
Tapi tak larat tengok rumah makin semak sebab stok banyak.
Kalau stok setakat 10-20 carton tahanlah lagi.
Macam Ephyra dulu aku bawak masuk 10 carton sekali ambik.
Tapi lepas 2-3 hari stok dah settle jadi takpelah kalau nak bawak 10-20 carton pun sebab 2-3 hari dah clear.
Lagipun itu bukan produk aku, boleh ambik sikit-sikit dari HQ.

GreenAard ni produk sendiri.
Takkan aku nak standby stok untuk seminggu punya sale je kot.
Dah tentu takkan boleh order setakat 10-20 carton.
Haruslah sekali produce terus banyak.
Abis tu kalau dah banyak sangat, takkan nak lambak depan porch rumah kot.
Dah macam jualan gudang pulak karang.

Jadi nak taknak terpaksa la ambik satu pejabat urusan untuk GreenAard.
Dah alang-alang buat opis GreenAard, itu yang aku buat space untuk Fleur by Mrs Him sekali.
Bukan butik pun, kalau butik aku dah lama promote suruh orang datang kedai.
Aku cuma buat tempat untuk display baju je, at the same time boleh simpan stok.
Takde la bersusun stok baju dalam rumah.
Lagipun sistematik sikit kalau simpan kat store sebab ada rak untuk susun stok, takyah everytime nak check size aku kena menonggeng-nonggeng punggah baju dalam container lagi.
Aku buatkan jugak satu fitting room supaya orang yang datang boleh try baju.
Takkan nak try dalam toilet pulak kan.
Nampak lah semenggah sikit and customer datang pun selesa ada tempat salin baju sekali.
Tu je pun tujuannya.

Lagipun Fleur by Mrs Him bukan main business.
Asal penubuhannya sebab aku nak cari tudung yang kena dengan selera aku, entah macamana terjebak pulak produce baju kurung, kebaya, jubah pastu sibuk pulak si kurta nak join sekali.
Produce pun bukan sepanjang tahun, nak raya je baru produce baju.
Selebihnya shawl.
Shawl aktif sikit dari baju sebab cepat sikit nak produce tak banyak karenah.

Jadi, itulah punca kenapa aku tak mengiktiraf ruang depan ni sebagai butik.
Hanya showroom kecil-kecilan saja.
Tapi sape nak datang boleh je.
Cuma datangla time nak raya sok, insyallah ada new baju.

Sebenarnya bukak opis/kedai ni tidak hanya bergantung pada kemampuan tapi keperluan.
Kalau stok kau melambak, tak sedap mata memandang rasanya untuk terus beroperasi dari rumah.
At least untuk aku, aku tak rasa selesa sebab pandang sini penuh kotak, pandang sana penuh container.
Tu belum lagi si Rayyan buat medan untuk dia prektis gymnas, melompat dari satu kotak ke satu kotak.

Beroperasi dari rumah memang menjimatkan kos tapi tengoklah jugak condition bisnes tu macamana.
Kalau stok dah semakin banyak, staff pun dah ada, takkan nak beroperasi dari rumah jugak.
Lainlah kalau kita kerja laki bini atau di kalangan anak-beranak je, that's different story.
Kalau bisnes semakin berkembang, ada pula keperluan untuk bukak ofis/kedai - silakan bukak.
It has nothing to do with mampu pakai ofis atau tak, ini soal keperluan.

Tak dinafikan ada yang sedari awal lagi mampu bukak kedai 2-3 lapis, terus-terus grand.
Itu cerita orang mampu.
Toksah ceritalah bab orang mampu ni sebab dia mampu untuk tak bekerja pun sebenarnya sebab duit dah banyak.
Sekarang kita cerita bab keperluan.
Kalau dah sampai ke level "perlu", maka tak salah bukak opis/kedai.
Jangan anggap semua yang bukak kedai/butik/ofis tu nak show off dia mampu bukak kedai.

To be fair, memang ada entrepreneur yang bukak kedai semata-mata nak tunjuk dia mampu padahal sales takde sangat.
Bukak kedai sebenarnya takde masalah tapi bila berlebih-lebihan dalam menggayakan kedai padahal akaun syarikat semput, hat ni yang masalah.

Membina bisnes ni macam kita bina kehidupan rumahtangga.
Kebanyakkan kita lepas kawen bermula dengan rumah sewa, kereta kecil, sofa pun 2 seater je, meja makan kecik, katil kelamin kecik.
Tapi seiring dengan pertambahan keluarga, maka ada keperluan untuk tambah perabot rumah.
Jarang kita tengok pasangan baru kawen sibuk nak deko rumah gila-gila.
Selalunya akan lebih fokuskan pada yang pratikal saja.
Melainkan ada kemampuan lebih, tu lain cerita.

Jadi key word kat sini - keperluan.

Bisnes pun macam tu.
Bermula dengan terus-terus gah adalah bonus.
Tetapi, bermula dari kecil-kecilan adalah lumrah, jadi tak payahlah stress kalau kedai/ofis kita kecik.
Itu lumrah, seiringan dengan masa dan pencapaian, kita perbaiki sikit-sikit.
Orang kata pelan-pelan kayuh.

Majikan lama aku start bisnes tahun 1998, bermula di shop lot biasa je.
Dia bermula dengan 2 orang je.
Dia satu meja, staff satu meja.
For 8 months dia berdua je keje.
Kalau tengok opis lama tu alahai kesian.
Macam takde gaya nak berkembang je, serba-serbi basic.
Ada 2 meja, 2 kerusi, satu mesin fax and printer, satu telefon and kipas.
Aircond pun takde weh.

Bos aku kerjanya cari sales.
Dia lah cari sales, dia lah buat packing, dia lah buat delivery.
Staff lagi sorang buat clerical.
Tapi selepas 8 bulan, dia berjaya hire sorang lagi staff untuk buat sales.
And the rest is history.

Masa aku join them in year 2003, aku adalah staff yang 16 dan sales person yang ke 8.
Waktu tu dah ada staff buat akaun, buat HR, buat operation, buat clerical and ada lab team sekali.
Tapi big boss tetap humble keluar buat sales, cuma masa ni dia dah handle key customer.
That time walau staff dah 16 orang, opis tetap di shop lot juga cuma dah 2 tingkat.
Lab tingkat bawah, sales tingkat atas.
Keadaan dalam premis masih basic ofis, cuma takde la kedana sangat macam awal-awal penubuhan dulu.
Masa aku lapor diri tu dah ada aircond semua, dah nampak rupa opis lah orang kata.
But still everthing masih humble, takde kecoh nak nampak gempak ke apa ke, yang penting everytime AGM sales belas-belas juta.

Tapi yang ni kurang hebat.
Company paling best aku pernah keje dah tentulah bos Devil Wears Prada.

Yang ini lagiiiiiii la.
Lansung takde system khas, dia pakai google datasheet je untuk buat kerja, kau bayangkan?
Tapi google datasheet kan sangat practical, jadi takde masalah nak buat kerja.

Silaplah dulu aku tak snap banyak gambar dalam opis tu.
Rugi pulak rasanya tak snap gambar opis, balik-balik snap gamba muka sendiri je dulu.
Camwhore katakan.

Bos aku yang Devil Wears Prada ni hanya ada 2 orang je buat clerical work, salah sorang tu PA dia.
PA dia cakap masa dia mula kerja dengan bos ni, dia adalah staff pertama.
Masa tu meja pakai dining table je.
Dia duduk hujung sini, bos duduk hujung sana.
Tapi seiring dengan pencapaian, staff pun bertambah, keperluan untuk ofis pun ditambah.
Masa aku join them year 2007, hanya ada 2 clerical staff, sorang engineer and the rest sales team.
Takde orang IT, takde HR, takde akaun.
Setiap bulan orang IT, HR and akaun akan datang ke opis untuk tempoh 2-3 hari buat audit and filing serta update apa-apa yang patut kat PC kitorang.
Dia tak hire permanent staff pun untuk tujuan tu.
Tapi sales mantap gila.
2 tahun lepas aku dapat tau sales dorang mencecah 50 juta.
Kalau ikut apa yang kitorang praktikkan di sana, margin keuntungan tak boleh bawah dari 40%.
So boleh kira la berapa keuntungan dia kan.
Staff dia tak sampai 15 orang pun.
Memang sedap la makan bonus.

Aku bersyukur bila aku ditakdirkan dapat kenal bisnes melalui majikan-majikan "sengkek" ni.

Sebab apa aku kata sengkek?

Sebab, ofis dorang bukan kat building yang besar, hanya kat shop lot je.
Orang kita kan kalau ofis kat bangunan tinggi barulah gempak katanya.
Kalau ofis kat lot kedai ni "bishe bishe" jeeee.
Deko opis bos-bos lama aku ni pun basic ofis style, takde la sarat dengan chandelier, dengan winscoting wall, dengan serba deko yang gah.
Apa yang ada dalam opis tu semua very practical untuk sebuah bisnes berjalan dengan smooth.
Jadi aku dah didedahkan dari awal bahawa bekerja di shop lot ofis adalah biasa, nothing to do with gempak atau tak gempak.

Ada orang dari awal bekerja dah masuk ofis yang gempak-gempak.
Itu rezeki dia, contoh paling senang, macam bos I kat opis ni la - En Wan.
Dari awal kerja dia dah join kilang yang besar dan ada nama.
That's why bila nampak aku buat bisnes tudung and GreenAard dulu dia kecam.
Sebab dia nampak macam tak meyakinkan je bisnes aku ni, maklumlah start from home.
Sendiri buat sales, sendiri bungkus, sendiri pos kekdahnya.

Bagi dia kalau buat bisnes mesti ada ofis.
Ofis pulak kena serba-serbi ada.
Masa renovate ofis GreenAard ni, dia cadang nak buat ruang menunggu, siap ada sofa, siap ada TV, siap ada itu ini.
Bagi dia, kalau nak buat, mesti nak terus buat grand.
Kalau tak, tak berbaloi katanya.

Aku faham kenapa dia macam tu sebab dia takde pengalaman kerja dengan company "sengkek".
Aku on the other hand, ada pengalaman tu.
Bagi aku, ini adalah pengalaman yang mahal.
Pengalaman mahal tu la yang mengajar aku supaya tak mudah gabra, tak perlu dengki, dan jangan buruk sangka dengan orang yang mampu bukak kedai/opis yang gah sebab aku tau itu tidak semestinya gambaran sebenar sebuah bisnes, so tak perlu nak hasad sangat, apetah lagi nak rasa tergugat.
Cool cool sudah le, buat keje kau je.
Nak sakit ati kat orang buat apa.


2019-02-11

Kalau dah namanya merebut laki orang


Status aku last week.
Mengambil masa nak elaborate kat sini sebab menunggu temper diri sendiri cool down.

Mula-mula dapat berita ni, aku jadi marah sangat.
Aku tak tau apa yang aku marah sangat.
Nak kata marah sebab suami dia kawen lain, tak jugak sebab aku bukan penentang poligami.
Apa yang aku faham poligami tu ada tujuannya.
Kalau tujuannya betul, insyallah perlaksanaannya mudah.
Just like movie Syurga Yang Tak Dirindukan.
Itu salah satu tujuan poligami [kalau belum tengok cerita tu, tengok. Aku dah repeat 47 kali].

Kes kawan aku ni, aku tak rasa lansung suami dia [also kawan aku jugak *sigh*] bertindak adil.

Kawen dengan secretary sendiri(???), sebab apa?
Sebab setiap masa bersama-sama, maka perasaan tu berputik?

Halah, lama mana sangat kau duduk ofis.
Paling-paling pun 8am to 6pm.
10 jam je kat opis.
Bakinya ke mana? Spend kat secretary jugak?

Aku benci dengan statement "Kami banyak habiskan masa di ofis bersama-sama, jadi untuk elakkan maksiat kami berkahwin".

Taiknya lah jawapan.

Macam kau sorang je yang kerja 10 jam, abis orang lain keje 2 jam setengah je ke?
Ni sebenarnya bukan apa.
ALASAN je semata-mata.
Ada ke nak salahkan waktu keje?
Yang sebenarnya sama-sama menggoda dan tergoda tu pasal kerandut bergetar.

Yang aku rasa berbulu tu, dah lah kawen lagi satu, pastu suruh isteri and anak keluar cari rumah lain.
Rumah tu nama suami and suami yang bayar, jadinya dia rasa isteri takde hak lansung.
Sedangkan isteri ada hak nak tuntut atas nama nafkah sepencarian, walaupun tak dapat rumah, tetap boleh tuntut dalam bentuk duit.
Tapi kawan aku yang wife ni jenis malas nak bergaduh, asalkan anak dapat kat dia.
Lagipun kawan aku bukannya tak boleh buat harta sendiri, tahun depan dah konvo PhD.
Boleh je dia nak beli rumah lain, bukannya sengkek sangat sampai nak kena sondol suami orang.
Cuma aku tak puas hati dengan sikap si suami.
Tang sikap tu yang selalunya kita jadi hangin.

Kadang-kadang bila kita fikirkan kes-kes macam ni, kita cuba pujuk diri - "Ini dah takdir yang Allah tetapkan".

Ya, betul.
Untuk kita Allah takdirkan suami kita kena rampas.
Tapi untuk dia, Allah takdirkan dia berjaya rampas suami orang.

Lojik ke?

Dulu aku pernah tanya ustaz isu ni - isu mengganggu rumahtangga orang.
Ustaz cakap dalam sebuah hadis ada berkata "Siapa menipu dan merosakkan (hubungan) seorang hamba dari tuannya, maka ia bukanlah sebahagian dari kami, dan siapa yang merosakkan (hubungan) seorang wanita dari suaminya, maka ia bukanlah dari kami" (Ahmad).

Hadis ni cakap "merosak hubungan wanita dari suami", bukan merosak hubungan suami dari wanita.
Maksudnya, isteri orang kita takleh kacau, tapi suami orang kita boleh 'ambil'.
Which is lojik juga sebab ada sangkut dengan poligami.
Ye lah, kalau suami orang tak boleh 'diambil', mana datang kebenaran berpoligami, ye tak?
Jadi, penjelasan ustaz aku ni lojik.

However, ustaz aku ada explain bahawa perempuan yang berusaha mengganggu atau merebut pasangan dari sebuah keluarga samalah ertinya seperti mengambil sesuatu yang bukan miliknya dan ini bukanlah cara pergaulan dalam Islam.
Dalam bahasa mudah, kau dah tahu laki tu ada bini tapi kau menggeletis nak kat dia, takde usaha nak jauhkan diri dan cuba pulak untuk pisahkan isteri pertama dengan suami.
Yang ni yang tak boleh.
Kerana merebut suami orang dengan tujuan merosakkan rumah tangga supaya dia dapat kawen dengan lelaki tersebut, hukumnya haram.

Hukum haram ni ada sangkut paut dengan hadis ni :

"Sesungguhnya iblis menempatkan singgahsananya di atas air, lalu menyebarkan anak buahnya ke berbagai penjuru. Salah seorang dari anak buah datang kepadanya dan melaporkan bahawa dirinya telah berbuat begini dan begitu, maka iblis berkata "kamu belum berbuat sesuatu". Datang anak buah lain melaporkan bahawa dia telah memisahkan seorang suami dari isterinya, maka iblis menjadikan anak buah ini sebagai orang yang dekat dengannya, dan iblis berkata "tindakanmu sangat bagus sekali"" (Muslim, 5032).

Maksudnya, bila kau sengaja rebut, rampas dan goda suami orang, kau adalah setan.
Setan adalah kemurkaan Allah.
Jadi, bila kau setan, otomatik Allah juga tak suka kau.

Memang takde istilah karma dalam Islam tapi sebagai seorang muslim, kita percaya bahawa setiap perbuatan yang baik akan dibalas baik dan setiap perbuatan yang jahat akan dibalas setimpal.
Iman kita diuji bukan hanya dengan solat malam, bukan dengan sedekah tapi juga dengan kifarah.
Kita buat kat orang, akan sampai satu masa balik iman kita akan diuji dengan masalah yang sama.

Dalam hadis Tirmidzi ada sebut "Siapa yang buat salah terhadap saudaranya, dia tak akan mati kecuali membuat kesalahan yang sama".
Hadis ni menyokong kuat peribahasa 'buat jahat dibalas jahat'.
Kau buat jahat kat orang, lambat-laun kau akan rasa balik macamana kau buat orang.
Maybe Allah tak balas kat kau, tapi Allah kenakan balik kifarah tu pada anak kau.
Nanti kau tengok macamana menantu lelaki kau tinggalkan anak perempuan kau disebabkan oleh perempuan lain.
Masa tu hati kau akan luluh tengok anak sendiri tanggung derita.

Dah tau kau ambik laki orang, tolong jaga hati isteri pertama.
Tak payah nak hasut sangat laki kau ceraikan dia.
Kalau dari awal nak punyakan terus suami tu, patutnya dari awal lagi kau cari laki bujang bukan suami orang.

Nanti ada orang kata "Jodoh itu takdir Allah".

Alah alah alahhhh.
Memang jodoh itu Allah tentukan.
Tapi sikap kita, kita boleh kawal dan berikhtiar supaya jalan jodoh tu berakhir dengan lebih baik.

Ditakdirkan jadi pencuri, takdir Allah?
Ditakdirkan membunuh orang, takdir Allah?
Kalau macam tu aku bagi kau hukuman gantung, pun takdir Allah jugak ye tak?

Helo...?
Jangan campur adukkan ilmu Allah, kehendak Allah dah Luh Mahfudz dalam discussion tentang takdir.
Jangan salah faham konsep takdir.
Jangan anggap manusia takde pilihan untuk menentukan arah hidup seolah-olah semuanya Allah dah tentukan, siapa masuk syurga neraka pun dah ditentukan maka tak payah beramal, gitu?

We do not doubt Allah tahu segala yang berlaku pada dunia yang Dia cipta ni.
Dia juga tahu segala perbuatan kita, baik yang dah kita buat, apa yang kita buat dan apa yang akan kita buat.
Dan kita juga tahu apa pun kehendak Allah mesti berlaku.
Kita juga percaya semua tindakan kita dari lahir sampai mati sebenarnya telah ditulis di Luh Mahfudz.
But, that does not mean we cannot choose what we do.

Just like mati.
Kita tak boleh pilih waktu dan di mana kita nak mati.
Tapi kita boleh ikhtiar dan merancang supaya pengakhiran hidup kita jadi husnul khatimah.

Secara ringkas, apa yang berlaku pada kita boleh dikategorikan pada 2 bahagian.
Yang pertama, kategori yang manusia boleh pilih.
Yang kedua, kategori manusia tak boleh pilih (jantina, mati, kiamat).

Kategori pertama, kita boleh pilih mengikut kehendak kita.
Dan apa yang kita pilih ni akan dipertanggungjawabkan di akhirat esok.
Maksudnya, menjadi rajin atau malas, kita boleh pilih.
Menjadi amanah atau tak jujur, kita boleh pilih.
Patuh perintah Allah atau melanggar perintahNya, kita boleh pilih.
Bersabar atau berkhianat, kita boleh pilih.
Merampas suami orang atau tak, kita boleh pilih.

Berjodoh dengan suami orang adalah takdir tapi kita boleh ikhtiar agar prosesnya jadi lebih 'mulia'.
Dah kalau kau sengaja goda, hasut pulak suruh cerai - tang mana yang mulianya?


2019-02-09

The Age of Adaline



Rating : 7.2/10

Cerita ni mengisahkan tentang Adaline yang ageless selepas accident.
Masa dia accident ni, suami dia baru meninggal and dia ada anak sorang.
Walaupun lahir tahun 1908, dan masih muda walaupun anak sendiri dah tua.

Banyak hikmah yang kita boleh dapat dari cerita ni.


Yang pertama : Tak semua yang kita dapat, kita dapat nikmati.

Adaline direzekikan dengan umur yang panjang.
Dia dapat merasa pelbagai zaman.
Walaumacamanapun dia hanya direzekikan untuk hidup lama tapi takde rezeki untuk menikmati hidup.
Suami dia meninggal ketika dia masih muda, anak masih kecik lagi.
Memandangkan dia tak tua-tua, orang buru dia untuk dijadikan spesimen kajian.
Disebabkan itu, dia terpaksa keep on moving, tinggalkan anak semata-mata nak selamatkan diri sendiri.
Dan setiap dekad, dia tukar identiti dan berpindah-randah.
Nak berkahwin pun tak boleh sebab dia taknak orang lain tahu keadaan diri dia yang takkan tua.
Jadi setiap kali lelaki nak mendekat, dia terpaksa jauhkan diri.
Maknanya, dia terpaksa hidup alone and lonely.

Kita pun macam tu juga.
Kadang-kadang dah beli lauk-pauk untuk berbuka kat rumah, elok je nak berbuka, lauk dah basi.
Maknanya kita cuma ada rezeki membeli, tak ada rezeki nak merasa.


Yang kedua : Tua mengajar kita untuk bersiap-sedia menghadapi kematian.

Adaline sentiasa muda, sentiasa cantik, sentiasa bergaya.
Kalau boleh kita pun nak macam tu.
Siapa yang taknak umur 50, pinggang masih 23 inch?

The thing is, bila kita sentiasa muda, jiwa pun dah tentu akan muda juga.
Jiwa yang muda akan mempengaruhi kita untuk bergaya seperti orang muda.
Mustahil dalam keadaan jiwa dan gaya yang muda kita sempat teringatkan kematian.
Selalunya takkan terfikir pun.
Sedangkan dengan mengingati mati akan menghidupkan hati.
Itulah hikmah kenapa Allah jadikan kita tua.
Rambut yang makin memutih, wrinkles yang dah mula nampak, jeragat yang dah mula tumbuh, tenaga yang dah mula kurang, badan yang dah mula sakit-sakit - ini semua bukan Allah bagi saja-saja tanpa pengajaran.
Hanya orang yang mahu mengambil pengajaran saja yang nampak hikmah menjadi tua.

Betapa sayangnya Allah pada kita, dia jadikan kita semakin tua.
Kerana dengan menjadi tua boleh mengingatkan kita bahawa kematian semakin dekat.
Setiap kali kita sakit, kita lenguh-lenguh badan, uban tumbuh - itu adalah bukti kasih sayang Allah pada kita bahawa Dia peduli pada kita.
Dia nak ingatkan kita bahawa mati itu semakin hampir.

Tapi bodohnya kita, bila uban tak tumbuh-tumbuh, bukan main bangga!
Seakan-akan kalau uban belum tumbuh, maknanya nyawa panjang lagi.


Yang ketiga : Hidup lebih lama tak bermakna lebih bahagia.

Forever young sounds good, tapi hakikatnya?

Adaline sentiasa sihat dan sentiasa cantik.
Ye lah kan, kalau dah tak tua tua dah tentu sentiasa cantik.
Sekali imbas nampak seronoknya life macam ni, dah la umur panjang, tak tua-tua pulak tu.

Tapi ini bukan issue umur panjang semata-mata tetapi samada kita lebih banyak bahagia atau merana sepanjang hayat tu.
Dalam kes Adaline ni, dia menyaksikan lepas sorang, sorang, ahli keluarga meninggal dunia.
Hilang mak bapak mungkin wajar sebab mak bapak lebih berusia.
Tapi, apa rasanya bila kita witness anak kita semakin menua, kemudian sakit, dan meninggal dunia?
Dukanya lebih parah, kan?
Apetah lagi bila orang-orang yang sezaman dengan dia (Adaline) dah mati.
Terasa hidup ni betul-betul sebatang kara.

Selain dari tu, Adaline terpaksa withdrew herself from society dan jauhkan diri dari mendekati potential life partners.
Bayangkan rasanya bila kau pendam rasa cinta kat someone, tak boleh luahkan sampai bila-bila.
Sakit tau tak?


Yang keempat : Time builds character.

Tak semua orang matang dalam waktu yang sama.
Ada yang matang lebih awal, ada yang lebih lambat.
Dan kematangan selalunya berkait rapat dengan pengalaman.
Lebih banyak pengalaman seseorang, lebih matanglah dia dan lebih bijak dia menangani situasi (less sentap).
Dan untuk dapat pengalaman yang hebat, kita mesti melalui macam-macam proses - kegagalan, kemenangan, kepayahan, kesenangan, etc.
Adaline lalui pelbagai era.
Di setiap era tu ada pengalaman yang berbeza dan itulah yang membentuk karakter dia menjadi seorang yang strong.
Jadi, jangan kecewa bila gagal kerana itu semua bakal membentuk karakter kita.


Yang kelima : Dunia ni bukan besar sangat.

Dalam cerita ni, Adaline ditakdirkan bercinta dengan both bapak and anak.
Di zaman 70s, dia berkenalan dengan William.
Jatuh cinta tapi bila dia tau William nak ajak dia kawen, dia larikan diri.
Ditakdirkan di zaman sekarang, dia jatuh cinta dengan Ellis yang rupa-rupanya anak kepada William.
Sangat awkward bila Ellis bawak Adaline balik jumpa family and William (bapak Ellis) nampak cinta lamanya.
Bertambah sedih lagi bila Adaline terpaksa menipu yang perempuan William kenal dulu adalah arwah ibu dia.
It's a good thing Adaline didn't hold any ill will towards William, kalau tak, lagi serabut keadaan.

Kesimpulannya, dunia ni bukan besar sangat.
Tak mustahil kita akan jumpa orang yang sama.
Kalau Allah nak jumpa kita balik dengan musuh kita dulu dalam satu ofis yang sama pun boleh.
Nak pulak orang yang kita pedajal tu jadi bos kita sekarang, lagilah serabut perut, kan?
Jadi, tak payah nak buat taik kat orang.
Esok lusa kena jilat balik taik tu sape tau, kan?


2019-02-08

Salah tuding


Istilah "hijrah" mungkin lebih popular di zaman ni.
Hijrah yang dimaksudkan adalah to start returning to religious life.
Iaitu cuba mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya serta cuba untuk jadi lebih baik kerana sebelum tu mungkin tak care too much or really didn't care dengan peraturan agama.

It really makes us sad bila ada saudara-saudara kita yang "hijrahnya gagal", iaitu yang gagal istiqomah dalam agama, kembali ke zaman silam dan sekali lagi melanggar perintah Allah.

Sejujurnya istiqomah sangatlah susah.
Ada waktu-waktunya semangat hijrah tu pudar.

Aku tahu susahnya melawan nafsu dan meluruskan niat yang tak pernah lurus.
Dan aku faham betul rasanya perit struggle untuk tetap istiqomah dalam keadaan banyak godaan kiri kanan.

Dulu, aku pernah rasa nak balik ke zaman aku yang dulu.
Zaman di mana baju yang aku pakai tak selabuh sekarang.
Zaman di mana tudung aku tak selebar sekarang.
Zaman di mana aku tak ambil peduli lansung batas aurat dan pergaulan.

Zaman tu, expectation manusia sangat rendah jadi segala-galanya lebih mudah.
Apalah sangat yang boleh diharapkan kat perempuan berambut merah, berskirt pendek paras peha, dengan baju jarang nampak warna coli?
Bukan boleh dijadikan role model pun.
Bila expectation manusia rendah, hidup terasa lebih bebas.
Less tekanan.

Bila mula berhijrah, hidup terasa terkongkong.
Serba-serbi tak boleh.
Tak pakai stokin, tak boleh.
Tak pakai hand sock, tak boleh.
Tudung tak tutup dada, tak boleh.
Baju ketat walaupun menutup (membalut) aurat, tak boleh.

Pada ketika itulah istiqomah jadi sangat susah, dan hijrah terasa sangat berat.
Mulalah terasa nak kembali ke zaman "jahiliah".

Sebab apa terasa berat?

Kerana "Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya. Dan setiap orang akan mendapat apa yang dia niatkan. Barang siapa berniat hijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa hijrahnya kerana dunia, maka hijrahnya kepada apa yang dia inginkan itu" (Bukhari & Muslim).

Dalam bahasa mudahnya, hijrah yang dibuat kerana kecenderungan kepada dunia atau kepentingan dunia, istiqomahnya akan bersifat dunia juga.
Bukan ke dunia sifatnya sementara?
Jadi kalau hijrah itu ada kepentingan pada dunia, maka besar harapan hijrah itu juga bersifat sementara.

Manakala Allah, sifatnya abadi.
Maka kalau hijrah Lillahi Taala, insyallah berpanjanganlah hijrah tersebut.

Aurat wanita memang ketat berbanding lelaki.
Banyak benda yang tak boleh dari boleh.
Dan itulah yang membuatkan aku pernah rasa terkongkong dan nak balik ke zaman daring.

Sebab itulah, hijrah bukan sekadar tukar penampilan tetapi wajib diikuti dengan pertambahan ilmu.
Jangan hanya berubah dari tak pakai tudung ke pakai tudung.
Ilmu juga mesti berubah dari tak tahu kepada tahu.
Bila kita tak memahami kenapa mesti begitu, kenapa mesti begini, itulah yang buatkan kita stress.

Bayangkan bos suruh kita buat something tanpa kita tau kenapa kena buat.
Dah tentu kita buat sambil lewa dan lama-lama takde hati nak buat lansung sebab kita tak tau apa fungsi dan benefit kita buat semua tu.
Berbeza kalau kita diberitahu yang kita akan dinaikkan pangkat dan gaji kita akan ditambah, dah tentu kita akan buat dengan sungguh-sungguh.

That's why bila kita berhijrah, usahalah belajar agama.
Kalau persekitaran kita tak membantu hijrah kita menjadi lebih baik, keluarlah cari persekitaran yang boleh membantu.
Duduklah rapat-rapat dengan ahli agama.
Tanya mereka apa yang kita tak tau, biar kita jadi tahu.
Bila kita dah tahu dan faham, insyallah lebih mudah kita istiqomah.

Antara punca kenapa kita gagal istiqomah dalam men-cover aurat adalah kerana kita salah faham tujuan menutup aurat itu sendiri.
Menutup aurat tak akan menjadikan kita lebih cantik kerana memang tujuannya bukan untuk nampak cantik tetapi untuk melindungi kecantikan.
Kecantikan tak akan hilang dengan menutup aurat, tetapi kecantikan itu dilindungi.
Yang hilang cumalah perhatian dan pujian manusia, dan itulah sebenarnya yang kita takutkan.
Kita takut pujian tu dah tak ada lagi dan kita takut pujian tu beralih pada orang lain, kan?

Bila kita masih nak bergaya macam-macam trend setelah menutup aurat, itu yang menjadi punca kita susah nak istiqomah.
Kalau kita faham konsep menutup aurat adalah untuk melindungi kecantikan, insyallah jalan hijrah kita lebih mudah.

Yang menutup aurat dengan sempurna memang belum tentu orang baik-baik dan belum tentu masuk syurga, tapi setidak-tidaknya ada usaha menjadi seperti ahli syurga.
It is undeniable ada perempuan berhijab yang akhlaknya tak mencerminkan akhlak seorang muslimah.
Itu yang buat some people sinis dan pesimis tentang perempuan bertudung.

Bertudung dan akhlak adalah dua perkara yang berbeza tetapi kedua-duanya wajib untuk dilaksanakan.
Tak ada yang lebih baik dalam pelaksanaannya.
Maksudnya kalau "kita tak bertudung tapi baik" tak menjadikan kita lebih baik dari "dia bertudung tetapi bermaksiat".
Kerana kita semua tahu perempuan yang membuka kepalanya, di akhirat nanti kepalanya akan digantung atas api neraka sehingga menggelegak otaknya secara berterusan.
Manakala yang bermaksiat, kemaluannya akan bernyala dengan nyalaan api neraka.
Tak ada yang "lebih baik" pun kalau kita tengok dua-dua azab ni.
Tempatnya masih sama-sama di neraka.

Sedih bila ada saudara-saudara kita yang gagal istiqomah dalam hijrahnya.
Tapi jauh lebih sedih bila ada yang menggalakkan dia untuk terus gagal.
Dah la taknak jadi baik, hasut pulak orang jadi jahat.

"Lebih baik tak payah pakai tudung kalau masih nak bermaksiat!"

"Tak payah hipokrit kalau perangai tak selari dengan penampilan!"

"Ah rugilah solat kalau masih buat dosa".

Ini adalah statement yang menyesatkan.
Tak ubah macam ajakan setan.

"Alladzi yuwaswisufi sudurin nas. Minal jinnati wan nas"
[Yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia. Dari (golongan) jin dan manusia.]

Ayat yang aku bold-kan tu membuktikan bahawa yang mengajak kepada kejahatan bukan saja jin, tapi juga manusia.
Memang ada kelompok manusia yang berperangai macam setan.
Iaitu kelompok yang menggalakkan kejahatan, yang membagi statement menyesatkan.

"Saya dah solat, tapi masih nak buat maksiat juga".

Ya, tapi mesti ada feeling guilty lepas buat maksiat, kan?

'Guilty' itu adalah sebahagian dari proses penyembuhan hati.
Itu adalah bukti bahawa solat menjauhkan kita dari dosa kerana kita dah mula rasa tak sedap hati bila masih bermaksiat dan dah mula rasa malu dengan diri sendiri setiap kali lepas bermaksiat.
Bukan ke malu itu sebahagian dari iman?
Bermakna solat membangun keimanan.
Dulu buat maksiat tak rasa apa, tapi bila dah mula menjaga solat, setiap kali terkehel ke lembah maksiat dah mula rasa tak sedap hati dan menyesal.
Dulu buat maksiat tak menyesal pun, malah bangga.
Sekarang dah ada bibit-bibit menyesal.
Jadi, jangan tinggalkan solat walaupun terkehel dalam maksiat.
Teruskan solat kerana solat itu nanti akan bawa kita benar-benar ke jalan Allah.

Samalah macam tudung.
Kalau kita buat dosa, yang patut ditinggalkan adalah dosanya, bukan tudungnya.

Membuka aurat jelas buruk dalam Islam manakala menutup aurat jelas kebaikan dalam Islam.
Itu adalah perintah, takde kaitan dengan akhlak.

Bila seorang perempuan dah tutup aurat bermakna dia dah buat kebaikan.
Kalaupun dia masih bermaksiat, itu takkan membuatkan auratnya jadi buruk.

Bila seorang perempuan tak tutup aurat bermakna dia dah buat keburukan.
Kalaupun dia banyak bersedekah tidak menjadikan auratnya lebih baik.

Maksudnya kat sini, bila perempuan yang bertudung bermaksiat, jangan dikaitkan dengan tudungnya.
Kita tegur maksiatnya, bukan tudungnya.
Bila kita tegur tudung, maka tudungnya yang akan hilang, maksiat tak hilang.
Sama juga macam bertudung tapi aktif membawang.
Yang patut ditegur adalah aktiviti pembawangannya, bukan tudungnya.

Begitu juga dengan yang tak bertudung.
Jangan anggap dia tak buat kebaikan lansung.
Kalau dia buat benda baik, tetap ada pahala.
Cuma sayanglah, dah penat-penat buat pahala, tapi kerana selembar rambut, hilang pahala.
Kerana dalam pada pahala masuk, dosa pun masuk sekali.


2019-02-07

Berdamai dengan takdir


Setiap kali aku terbaca berita tentang kematian, especially di kalangan friendlist dalam FB, aku tak tau nak cakap apa melainkan "Takziah".
Tak sanggup rasanya nak cakap "Bersabarlah dengan ujian" sebab aku tau dia sedang bersabar dan mungkin sabarnya jauh lebih hebat dari aku.

Walaupun nampak macam dia "tak move on" lagi, itu wajar.
Even menangis pun wajar.

Menangis bukan petanda tak sabar.
Menangisi jenazah kerana sedih dengan kematiannya adalah perkara yang wajar dan itu biasa bagi manusia.
Islam pun tak larang menangis kerana itu dah jadi tabiat manusia.
Cuma kalau namanya tabiat, mestilah ada batas yang boleh di-tolerate dalam Islam misalnya marah, ketawa, dan bergurau - ini semua masih dibenarkan selagi masih dalam batas yang wajar.

Bulan lepas, ada 3-4 berita kematian.
Sorang, senior Redza di Langkawi.
Lagi 3, di kalangan friendlist FB (ahli keluarganya yang meninggal).
Sejujurnya yang 3 orang tu aku tak kenal, maybe blog readers.
Tapi walaupun tak kenal, dah berita tu kebetulan aku nampak, aku ucap juga takziah.

"Takziah".

Itu je lah yang mampu aku komen.
Nak bagi nasihat panjang lebar, aku rasa dorang jauh lebih strong dari aku.
Bukan senang menerima berita kematian, lebih-lebih lagi kalau yang mati tu di kalangan ahli keluarga.

Hakikat kematian yang pertama aku rasa adalah bila arwah datuk aku meninggal tahun 1988, masa aku darjah 5.
Walaupun moyang aku meninggal lebih awal, tapi waktu tu aku sangat-sangat kecik, ingat-ingat lupa.
Yang aku ingat, aku dengan adik aku sibuk main tangga naik ke loteng padahal jenazah ada depan mata.

Aku tak pernah terfikir pun yang satu hari nanti aku akan berdepan dengan hakikat kematian ahli keluarga.
Memang tak pernah terfikir, until Isnin, 7 Mac 1988, atuk aku meninggal.
Maybe dia punya impak tu terlampau besar untuk aku yang masa tu baru umur 11 tahun, walaupun dah hampir 31 tahun sekarang, aku masih boleh menangis sampai bengkak mata setiap kali teringat arwah atuk.
Kadang-kadang termimpi arwah atuk.
Itu cara-cara dah 31 tahun atuk meninggal. Atuk je pun.
Apetah lagi yang berdepan dengan hakikat anak kandung meninggal, allahu, tak dapat aku bayangkan macamana kuatnya jiwa dan mental those yang diuji.
Tak sampai hati rasanya nak suruh bersabar dengan takdir Allah tu.

Apa yang aku boleh sampaikan kat sini, kalau rasa nak menangis, menangislah.
Menangislah sepuas-puasnya asal jangan sampai meratap.
Ambillah masa seberapa lama pun untuk 'berkabung' asal jangan lupa Allah.
Tenunglah gamba arwah selama manapun kalau itu boleh redakan luka di hati asal dalam masa yang sama kita belajar terima takdir Allah.

Bukan hanya kematian.
Kadang-kadang kita susah nak terima takdir berupa kesusahan atau kegagalan.
Gagal bercinta.
Putus tunang.
Tak jadi kawen.
Gagal mengandung.
Bercerai.

Sesuatu yang kita tak nak terjadi pada diri kita atau sesuatu yang menurut pemahaman kita tak bagus buat kita - kita tak nak.

Ketika kita menolak takdir tersebut, kita sebenarnya lupa bahawa Allah pencipta takdir.
Dan sebagai pencipta takdir, pasti Dia lebih tahu apa yang terbaik buat ciptaanNya.
Inilah yang selalu kita lupa.

Bak kata ustaz aku, manusia pandai sebut perkataan "semoga".

"Semoga ada jodoh kami"

"Harap-harap dapat jumpa dia"

"Mintak-mintak lulus"

Perkataan "semoga", "mintak-mintak" dan "harap" sebenarnya adalah salah satu bentuk keyakinan kita terhadap ketentuan Allah.
Kita mahu, tapi at the same time kita sedar kita tak ada kuasa sepenuhnya maka sebab itu kita letakkan harapan, bukan keyakinan.
Kita berharap agar apa yang kita nak tu akan terjadi.

Bila kita meletakkan harapan, at the same time kita mesti be prepared for the worst.
Malangnya kita tak bersedia untuk itu.
Kita cuma letakkan harapan supaya apa yang kita nak, tercapai.
Kita lupa nak bersedia bahawa harapan itu ada possibility takkan terjadi.
Bila kita tak bersedia untuk terima kegagalan, itulah yang buatkan kita terjelepuk bila kegagalan tu benar-benar berlaku.

Tak payah guna orang lain sebagai contoh.
Aku sendiri pernah rasa kecewa dengan takdir yang terjadi kat diri aku, yang aku rasa tak patut terjadi.
Especially bila dah usaha mati-matian tapi tak berjaya.
Waktu ni, kalau orang bagi aku nasihat "Sabarlah, ada hikmahnya", rasa macam nak hempok je kepala dia.
Nak je aku cakap "Hikmah apa? Mana hikmahnya? Tunjuk kat mana hikmah kegagalan?"
Sedangkan aku dah buat semua.
Aku dah spent habis-habisan duit, tenaga, masa, perasaan. Semua dah buat.
Apa lagi yang kurang?

Bak kata ustaz, mungkin taubat yang kurang.

DANGGGGG! [setepek di dahi sendiri]

Yes.
Taubat kurang.
Kadang-kadang apa yang kita buat semua dah betul, takde yang salah, tapi dosa banyak sangat.

Kita semua buat dosa.
Takde apa yang nak malu bila orang kata "Hah! Tu lah sebab banyak sangat buat dosa yang dapat musibah tu".
Kalau musibah yang datang adalah kerana dosa dan dek kerana itu kita jadi ingat nak taubat, maka sesungguhnya musibah adalah baik untuk kita.
Maybe itu sebenarnya yang Allah nak bagitau kita secara tersirat, tapi kita tak faham-faham.
Asyiklah fikir usaha tak cukup, padahal bukan itu punca kita gagal.

There is a strong correlation between taubat and istighfar dan kaitannya dengan kemudahan hidup.

Nabi Nuh pernah ajar kaumnya, "Mohon ampunlah kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat. Dan memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun, dan mengadakan pula di dalamnya sungai-sungai" (Nuh, 10-12).

Boleh jadi, musibah yang menimpa diri kita adalah harga yang wajib kita terima demi nak capai sebuah kejayaan lain, siapa tau kan?

Bila kita dah buat semua, tetapi tak menjadi seperti yang kita harapkan, ada dua perkara yang kita kena terima.

Yang pertama, taubat kurang.
Mungkin ia adalah 'buah' dari dosa kita, iaitu dosa-dosa kecil yang kita lupa nak taubat.

Yang kedua, mungkin kegagalan adalah yang terbaik untuk kita.
Takdir yang baik, dah tentu baik untuk kita.
Takdir yang nampak macam tak menguntungkan, boleh jadi ada kebaikan yang Allah 'paksakan' untuk kita, yang kita tak nampak hikmahnya di dunia.
Kerana janga lupa, bahawa kita bukan hidup sekali, tetapi 2 kali (3 sebenarnya).
Kita hidup di dunia, di alam barzakh, dan di akhirat kelak.
Kalaupun hikmahnya tak nampak di dunia, boleh jadi nampak di alam barzakh nanti.
Boleh jadi takdir yang kita tak suka ni merupakan tangga untuk kita capai darjat yang lebih tinggi di sisiNya nanti.


2019-02-05

Pakai t shirt datang jemputan kawen tak boleh?



Aku tak tau pulak rupanya semalam (or maybe 2 hari lepas) kecoh pasal isu ni.
Ceritanya, semalam ada blog reader email aku dengan attach sekali gambar ni.
At the same time dia bercerita panjang lebar pengalaman dia bersuamikan orang Tganu.
Disebabkan En Wan pun orang Tganu jadi dia bertanya kot-kot aku ada pengalaman yang sama.
Tak payah la aku tepek email dia kat sini sebab isu ni tengah hot kan, karang makin ramai yang panas hati.

Caption pada gamba ni tak specify "orang pantai timur" tu dari negeri mana tapi kita semua maklum kalau sebut pantai timur memang 2 negeri je, kalau tak Tganu, mesti Kelantan.
Lepas aku baca email dia, aku forward gambar ni kat En Wan.
Tapi En Wan buat rilek je.

Tak.
Bukan sebab dia feeling-feeling orang Kay Ell, tapi sebab apa yang caption tu tulis tak mewakili diri dia.
Which is betul, walaupun En Wan tak menafikan caption tu ada sikit kebenarannya, tapi isu ni lebih kepada sikap individu, dan tak mewakili semua orang pantai timur.
At least tak mewakili laki aku. Haha.

Sebenarnya kan, masa aku mula-mula kawen dengan En Wan, penampilan adalah benda pertama yang aku cuba ubah pada diri dia.
Penampilan dia ok je cuma bila dia ke majlis kenduri kawen, dia tend to pakai T Shirt berkolar.
Walaupun T Shirt berkolar nampak macam ok sikit lah berbanding round neck bodoh-bodoh gitu, tapi untuk kebiasaan dalam keluarga aku, kalau pergi jemputan kahwin, it's either pakai kemeja berbutang depan atau baju kemeja batik.

Masa mula-mula kawen dulu, agak rajin jugaklah aku bertekak dengan dia bab ni.
Tapi aku tak salahkan dia sebab memang di sana (di kawasan kampung En Wan), pakai t shirt ke kenduri kawen adalah normal.
Tahun 2001, di sana, kebanyakkan majlis kenduri masih lagi dibuat di rumah/kampung.
Hotel dan dewan belum lagi satu kebiasaan.
Konsep gotong-royong masih lagi menebal.

Kalau kenduri kat kampung-kampung, yang penting bukanlah penampilan, tapi kehadiran.
Di kampung-kampung orang lagi pentingkan samada kita datang jemputan atau tak, bukan kita pakai baju apa datang ke jemputan.
Sampai sekarang pun, kalau tak sempat datang waktu majlis, mak tetap akan datang at least salam tuan rumah walaupun dah malam (kenduri  habis).
Pakai baju biasa-biasa je, at least tunjuk muka mak kata.

Mak always kata "Kita datang bukan nak makan, tapi kita datang nak jumpa tuan rumah".
Kira macam meraikan juga.
That's why kat sana, kalau lauk-pauk dah habis, tetamu tak kisah.
Janji dapat datang, taknak tuan rumah kecik hati.
Biar dapat minum air je pun takde hal.

Kita kat Kay Ell ni jangan buat gitu weh.
Lauk ada lagi 4 senduk pun berani tetamu mintak tuan rumah tambahkan lauk.
Apetah lagi kalau lauk dah banyak habis, konfem majlis kau akan diperbawangkan.
Ada tetamu siap mintak aku panaskan kat microwave lagi punyalah nak feel makan lontong.

Awal-awal masa kawen dulu, En Wan masih lagi berpenampilan simple-simple setiap kali ke kenduri kawen.
Mula-mula tu dia bolayan je permintaan aku untuk pakai kemeja.
Dia rasa macam takde kepentingan untuk berpakaian formal sebab kita hanya jemputan, bukan ahli keluarga pengantin sampai nak bercantik-cantik sangat dia kata.
Tapi lama-kelamaan dia berubah dengan sendirinya sebab persekitaran dia berubah.
Dia sendiri mula nampak kebiasaan orang-orang di sini kalau ke jemputan kawen akan pakai baju melayu atau kemeja, bukan T Shirt.
Slowly dia sendiri dah pandai pakai kemeja.
Kan aku dah cakap, kita akan berubah bila persekitaran kita juga berubah?

Now dia yang rajin beli kemeja sebab umur dah 40-an kan, kawan-kawan sebaya ada yang dah start kawenkan anak, jadi ada banyak kenduri nak kena attend.
Even kalau anak sedara dia sendiri pakai T Shirt ke kenduri pun dia tegur.

Maybe yang ni kita kena ada pengalaman baru kita faham.
Macam aku, aku dah faham kenapa orang Tganu (at least di kampung En Wan), pakai t shirt je pi jemputan.
Macam kat kampung dia, kenduri besar-besaran dan gah ni belum jadi satu trend.
Habis kuat pun buat kat balai raya.
Khemah pun tak berkipas.
Lagipun yang ramai datang di kalangan orang kampung juga.
Nak bergaya hapenya, macam poyo pulak kau datang siap berkemeja butang sampai tercekik leher.

Kitorang bertunang tahun 1999.
Aku ingat lagi aku balik bercuti untuk bertunang, masuk bilik, tengok atas katil aku dah bersusun dulang hantaran tema serba biru.
Semua Mak Aji dah siapkan.
Kebetulan on the same day, En Wan balik dari Japan, dia stop rumah aku kejap sebelum balik rumah Kak Ngah.
So dia dah nampak hantaran yang pihak aku dah siapkan.

Masa hari nak bertunang tu, dia call aku "Di, sorry tau. Hantaran abang macam kaler bendera Malaysia. Buruk-buruk je, takpe ke?"

En Wan kata, masa dorang balik dari majlis bertunang, sepanjang jalan mak cakap "Allah, malunya ambe. Hantaran kita tak berjenis. Malunya ambe".

Sebab masa itulah baru rombongan Tganu nampak hantaran orang "Kay Ell" macamana gaya.
Dengan warna tema, dengan hiasan, dengan kek serba tempah, dengan pot pourri, etc.
Masa tu hantaran yang aku dapat dari En Wan basic-basic je dengan satu hantaran rare iaitu gula + garam + asam jawa.
Masa tu group kitorang pulak yang terpinga-pinga "Apesal dia bagi hantaran gula eh?"

Nasib baik Mak Aji dah biasa meneman kawan-kawan pi kawen.
Mak Aji kata, itu simbol asam garam zaman bertunang, ada manis, ada masam, ada masin.
Gitu okehh.

Maksudnya, kalau kita tak biasa, kita tak akan tau.
Bila kita dah terbiasa, baru kita jadi tahu.
Jadi, berbalik pada isu "orang pantai timur pakai t shirt pi kenduri kawen", yang ni akan berubah dengan sendirinya bila that person dah mula faham dan sedar orang-orang di sini memang akan pakai kemeja ke jemputan kawen.
Bukan big issue sangat.
Dia yang jadi big issue bila dah masuk bab kenegerian kat sini.
Tak kira negeri mana pun, kalau dia dah terbiasa dengan sesuatu resam di sesuatu tempat, dia akan beradaptasi dengan kebiasaan tu satu hari nanti.
It's just a matter of time.

To be fair, aku pun "darat" bila first time En Wan bawak masuk kampung dia.
Masa tu kitorang nak pi survey baju pengantin untuk majlis di Tganu.
Kebiasaan orang-orang di sini (at least di tempat aku), masuk ke kedai tempahan baju atau kedai baju pengantin (contoh macam Zull de Classic kat Kajang tu), customer akan masuk kedai dan pekerja akan tanya nak apa.
Kalau kita nak tengok baju pengantin, dia akan terus bawak kita ke area baju pengantin.
Done.

Tapi masa aku di Tganu, aku masuk kedai dan macam biasa aku cakap aku nak tengok baju-baju pengantin.
Aku perasan yang pekerja and tokey kedai tu macam pandang je aku atas bawah, dia melayan pun macam kejung semacam je.
Masa dia pi ambik baju-baju pengantin untuk aku tengok, En Wan cuit lengan aku "Salam. Kat sini masuk kedai kena salam".

Aku macam "Huh? Ye ke? Masuk kedai kena salam?"

Patut la pekerja sini kejung semacam melayan aku, mesti dia ingat aku sombong.
Lepas pekerja tu ke depan semula barulah aku salam and kenalkan diri.
Barulah lepas tu mesra.

Kalaulah dulu zaman Twitter dah wujud, mesti akak tu tweet pasal aku "Orang Kay Ell masuk kedai takde adab tak reti salam orang. Dah la rambut kaler merah! Perasan bandar padahal muka Jawa".

Mungkin inilah contoh tweet dia.


2019-02-04

Halal Kit


Berjujuk-jujuk hari ni orang PM and DM aku pasal halal kit.
Tak salah aku 2 hari lepas keluar kat paper (atau kat online news) pasal satu Halal kit ni.
Disebabkan kit ni viral (agaknya la kot), maka Jakim keluarkan statement bahawa hanya Jabatan Kimia saja yang boleh buat test tentang halal (pengesahan produk makanan yang ada DNA babi).

Untuk makluman, kit yang dimaksudkan bukanlah Halal in Home kit by XZIZ Biotech, tapi kit jenama lain.
Baru-baru ni aku ada nampak kit ni buat sponsored post, viral juga.
Sebab apa dia viral?
Aku syak dia overclaim.
Dan disebabkan itu kit ni dapat perhatian dari pihak atasan.

Ok, meh sini aku tolong clearkan apa yang dimaksudkan dengan "Hanya Jabatan Kimia saja boleh buat analisis DNA (babi)".

Jabatan Kimia adalah official lab negara.
Mana-mana analisis kalau nak di-documented-kan, mesti gunakan government agencies.

Aku dah start buat analisis DNA ni sejak tahun 2007 lagi.
Yang baca blog aku dari zaman-berzaman dah tau memang company aku buat analisis halal.
Dan aku ada rekod customer yang boleh confirmkan memang dorang hantar sampel raw meat ke company aku untuk kitorang buat analisis DNA.
Boleh pegi Fisheries Batu Maung, boleh ke Fisheries Perak, boleh ke Fisheries Tanjung Demong, boleh ke Universiti Malaysia Terengganu, boleh ke Fisheris Gelang Patah, boleh ke Fisheries Pulau Sayak, boleh ke Fisheries Gelemi-Lemi.
Itu semua customer yang memang tau from A to Z company aku, XZIZ Biotech buat analisis DNA babi.
Dan company aku adalah private company, bukan kerajaan.
Analisis kami digunapakai dan sah.
Yang hantar sample meat pada company aku semuanya dari government agencies.

Tapi, macam yang aku cakap, company aku buat analisis DNA sahaja.
Kami tak ada hak untuk keluarkan apa-apa statement tentang samada sample tu positif atau negatif babi.
Kami hanya buat kerja, tulis report and pass balik pada client.
Dari analisis tu dorang boleh proceed untuk buat apa-apa next step.

Boleh kelebet balik isi blog aku ni, ada tak mana-mana analisis aku bagitau which sample/produk/brand ada sumber babi?
Tak ada.
Sebab itu adalah etika.
Kami tahu hanya Jakim saja yang boleh buatkan statement samada sesuatu produk tu confirm ada positif babi atau tak.
Di pihak aku, kami cuma buat analis bagi menentukan samada sample tu positif atau negatif babi.
Walaupun terbukti analisis DNA tu positif babi, tetap yang hanya boleh buat official statement adalah badan kerajaan.

So, apa kena mengena dengan Jabatan Kimia?

Jabatan Kimia adalah agensi kerajaan dan ia adalah makmal official negara.
Apa-apa analisis yang dibuat, hanya Jabatan Kimia saja boleh keluarkan official statement.
Even kalau ada kes kat mahkamah, hanya keputusan unit forensik Jabatan Kimia saja digunapakai padahal makmal yang boleh buat fingerprinting banyak kat Malaysia ni.
Itu kita tak boleh tolak sebab memang semua mesti faham Jabatan Kimia is official lab negara.
Memang keputusan rasmi tentang apa-apa analisis mesti keluar dari situ.

So, kalau hanya Jabatan Kimia saja yang boleh buat analisis DNA untuk babi, apa pulak kerja makmal-makmal private yang bersepah satu Malaysia ni?

Ok, dia macam ni tau.

Makmal-makmal private kat Malaysia ni pun boleh buat analisis DNA, sebab procedure nak analisis DNA ni sama je.
Samada guna conventional method atau kit, tetap akan dapat keputusan yang sama kalau gunakan sample yang sama.
Tak bermakna analisis DNA yang dibuat dari private lab tak valid.
Cumanya, macam aku cakap tadi, kita perlukan satu badan yang boleh bertindak secara rasmi bagi pihak negara, sebab itulah Jabatan Kimia ni wujud.

Kalau nak semua benda kau hulur kat Jabatan Kimia, seriously, dorang ada banyak juga sample lain nak kena buat.
Jabatan Kimia (bahagian molecular biology) ni salah satu customer aku masa aku makan gaji dulu.
Dorang purchase kit untuk analisis DNA aound RM3 juta setahun.
Itu hanya dari satu company je tau (company tempat aku kerja), belum company lain.
Bermakna, they are actively doing analisis DNA.
Kalau ada outbreak lagi la dorang busy.
So kalau sample kecik-kecik ni orang hantar kat private lab je, macam company aku.

Aku faham kenapa Jakim keluarkan kenyataan hanya Jabatan Kimia saja yang boleh menentukan samasa makanan tersebut ada babi ke tak.
Kerana Jakim nak elakkan dari salahguna kit.
Kau tau je la kan, rakyat Malaysia ni kan suka bab-baba viral.
Benda-benda macam ni kalau salah guna boleh chaos satu negara bila ada orang salah guna kit untuk tujuan menjatuhkan bisnes makanan orang lain.

That's why aku awal-awal letak disclaimer pada kit (flyer) kit aku, sekiranya keputusan adalah positif dan perlukan confirmation lebih lanjut, sila bawa sample tersebut ke makmal.

Maksudnya kat sini, ada 2 situasi penggunaan kit ni :

1. Yang pertama, katakanlah kau makan kat satu restoran dan tiba-tiba kau was-was. Maka, kau boleh terus check on the spot guna that kit. Katakanlah dapat keputusan positif ada babi, maka bolehlah stop makan. Maknanya kit tersebut hanyalah untuk your own reference.

2. Yang kedua, katakanlah kau was-was dengan sesuatu produk/jenama. Kau nak test sendiri. Contoh macam kes Cadbury dulu. Sah-sah ada cop Halal tapi nak jugak test, sekali positif ada babi. Ok bila kit tunjuk positif babi, sample makanan tu perlu dihantar ke makmal untuk buat analisis lanjut. Sebab apa? Sebab belum tentu lagi yang positif tu datang dari makanan, boleh jadi dari surface atau dari plastik pembungkus. Kita namakan ini cross-contamination.

Dalam erti kata mudah, kit halal ni hanya untuk early detection.
The moment kau nampak dipstik tunjuk double line (indicatior of positive result), jam-jam tu jugak kau kena stop makan.
Itu tujuannya.
Bukan untuk kau sebarkan.
It's for your own reference.

Kalau rasa nak share, perlu hantar ke makmal dulu.
Hanya makmal saja yang boleh confirmkan samada betul ke tak sample tu positive babi kerana ada possibility bukanlah babi sengaja dimasukkan dalam makanan tetapi hanya cross-contamination.
Mungkin dari sudu yang kau gunakan untuk makan tu.
That's why jangan viralkan dulu sebab boleh jadi produk tu clean, yang tak clean sudu yang kau guna.

Sebab itulah dari awal lagi aku comtemplate nak release this kit to orang awam ke tak.
Kebanyakkan orang awam tak berapa faham keperluan untuk mendapatkan pengesahan dari makmal.
Dorang ingat bila positif babi maknanya makanan tu yang ada babi.
Belum tentu lagi ya.

There's a case, daun teh boleh ada porcine contamination.
Bayangkan, daun teh!
Tak lojik, kan?
Bila diuji secara DNA analisis, rupanya bukan daun teh tu yang contaminate tapi tangan pemetik daun teh yang ada trace of babi (baru lepas lunch kot).

Macam kit Halal in Home aku, customer Biotech aku dah guna lama dah and takde issue pun.
Itulah bezanya orang yang ada ilmu dengan yang takde.
Dia tau kit itu hanya untuk early detection bagi memudahkan kerja.
Sekiranya positif babi barulah sample tu akan dibuat ujikaji lanjut.
At least, untuk orang yang kerjanya memang rutin collect sample, bila ada kit halal macam ni, dah memudahkan tugas dia.
Dia hanya perlu screening saja, tak perlu semua sample dia buat analisis.
Kan dah banyak kerja tu.

No, bukan aku nak cakap orang-orang awam ni bodoh, bukan ya.
Tapi itulah cabarannya bila kita ni nak memudahkan urusan orang, tetapi ada yang salah gunakan kemudahan tu untuk menyerlahkan kebodohan sendiri.
Mentang-mentang bodoh tu free, habis dia nak tapau semua.
Sepatutnya kit ni boleh memudahkan kita, especially yang beli produk dari luar dan yang travel overseas.

Itulah sebabnya juga kenapa this kind of kit tak sepatutnya dijual oleh just anyone.
Kit ni bukan untuk business minded person.
Kit ni sepatutnya dijual oleh orang yang ada ilmu tentang analisis DNA saja.
Ia bertujuan untuk educate people, bukan untuk jadi kaya.

Kit halal ni bukan benda baru.
Cuma ia baru di negara kita.
France dah start with this kit since 2015 lagi.
Tapi dia guna method lain kalau tak salah, cuma masih konsep RapidTest kit (guna dipstick).
Then US pun dah start.
Tapi benda-benda ni tak berapa meluas di sana sebab konsep halal-haram tu sendiri tak berapa meluas.

Bila Malaysia start dengan kit ni, kejap je dah ada issue.
Tapi aku faham kenapa Jakim keluarkan such statement, sebab dia nak elakkan salahguna kit dan taknak food business kat Malaysia ni huru-hara dek statement-statement viral yang tak tahu hujung-pangkal.

Seriously, I don't mind kalau one day kerajaan haramkan semua penggunaan halal kit because I have done my part.
Aku buat bukan untuk jadi kaya, aku cuma nak share kemudahan itu dengan ramai orang especially blog readers yang tahu ini memang kerja yang aku dah buat bertahun-tahun lamanya.
Tak apa, maybe masyarakat kita belum bersedia untuk terima produk-produk yang memerlukan kefahaman ilmu seperti ni.
Cuma sayang sangat bila sepatutnya kit macam ni boleh memudahkan urusan, akhirnya jadi satu kontroversi akibat sikap dan kebodohan kita semua.
However, aku tetap teruskan Halal in Kit ni untuk existing customer sebab dorang memang dah guna.
Kalau mana-mana yang interested nak cuba, boleh contact 012-7728976. (atau refresh blog ni and klik kat pop out window sebab link tu gunakan nombor yang sama).


2019-02-03

Order Form Buku Walk on Wings, Vol 2


Hi All!

Alhamdulillah, buku kedua Walk on Wings Tread in Air dah ready, 120 pages.
Patut keluar lepas raya Cina tapi hold sampai ke tempoh-tempoh bertenang.
Jadi hari ni kita boleh release.
Pos sekitar Semenanjung, RM7.



1. Nama
2. Email
3. Buku Walk on Wings, Vol 2, RM30
4. Address
5. No Tel
6. Note

.

2019-02-01

Pandai masak ke tak?




Kenapa eh bila seorang perempuan ada pelajaran tinggi, ada kerja besar dan cantik pulak tu, mesti ada yang persoalkan samada dia boleh memasak ke tak?
Memang orang pompuan ni wajib tau masak dan tak perlu jadi pandai-pandai sangat ke camne cerita dia.
Macam ada yang tak puas hati pulak bila tengok perempuan ada pakej cantik, kaya, bijak and berkerjaya besar, mesti lepas tu nak bash samada dia tau masak ke tak atau tau mengaji ke tak.
Yang pelik tu, yang mem-bash ni orang lelaki.
Patutnya kau seronok bila perempuan macam ni wujud.
Yang dah sedia cantik, sedia bijak, sedia bekerja, kau tinggal 'repair' sikit-sikit je.
Alah, macam la aku tak tau masing-masing masa cari awek dulu tengok rupa jugak.
Takde maknanya awal-awal nak mengorat dulu kau tanya perempuan tu pandai mengaji ke tak, hafal Quran ke tak, pandai masak ke tak, kan?

"Berilah nasihat yang baik kepada wanita kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Tulang rusuk yang paling bengkok adalah tulang rusuk yang paling atas. Jika engkau berusaha keras untuk meluruskannya, ia akan menjadi patah. Jika engkau membiarkannya, ia akan tetap bengkok. Kerana itu, berilah nasihat yang baik kepada wanita." (Muslim & Bukhari)

Ayat "berilah nasihat".

Wanita memang selayaknya tak tahu apa-apa, dan kerana itu bimbinglah dia.
Bentuklah dia jadi seperti yang kita (suami) mahu.

Di sinilah bermulanya tugas seorang suami.
Suamilah yang bertanggungjawab menjadikan isterinya seperti yang dia mahu.
Kalau nak isteri pandai masak, ajar.
Nak isteri pandai baca Quran, ajar.
Nak isteri pandai jaga aurat, ajar.

Beri nasihat dalam hadis ni bermaksud bimbing, tunjuk ajar, beri teguran, beri pandangan, atau latih dia.
Bukan tau nak dapat isteri perfect 10.
Tau-tau je dah sampai kat kau dengan bijak, cantik, pandai masak, pandai mengaji, hafal Quran, pandai cari duit, gitu?
Amboi senangnya hidup.
Ada reason kenapa Allah anugerahkan suami pegang kunci syurga isteri.
Ingat Allah bagi kita hak pegang kunci syurga isteri tu buta-buta je tanpa tanggungjawab?

Kalaupun isteri tu hanya tau bercantik-cantik dan tak tau masak, di situlah tugas suami bimbing isteri biar tahu masak.

Ustaz aku kata, suami yang dapat isteri tak tau masak, itu adalah ladang pahala buatnya kerana 7 amal jariah yang pahalanya berterusan antaranya adalah ilmu.
Seorang suami yang mengajar isterinya ilmu memasak atau menghantar isterinya belajar masak, umpama dia menyampaikan ilmu.
Selama isteri manfaatkan ilmu memasak tu, selama itulah pahala suami juga berpanjangan.

Jadi jangan ingat ilmu mengaji dan ceramah je yang boleh bagi pahala berpanjangan.
Apa-apa ilmu pun kalau mendatangkan manfaat, itulah ladang pahala termasuklah ilmu memasak yang kita bagi pada isteri.
So, para lelaki di luar sana, kalau dapat bakal isteri yang tak tau masak, tak apa.
Itu peluang untuk korang buat amal.
Hantar isteri belajar masak, atau kau je lah ajar dia.

Ada 1-2 orang kat FB aku, aku tak ingat nama dia apa.
Kadang-kadang lalu kat newsfeed video suami dia ajar dia masak lemak rebung, masak sayur batang keladi, laksa ikan sardin, macam-macam.
Dia cakap suami dia selera kampung dan dia tak reti nak masak lauk-pauk macam ni jadi suami dia belikan barang-barang and ajar camana nak basuh rebung, macamana nak potong sayur keladi, macamana nak masak and so on.
Ini baru betul.
Dia teringin nak makan lalu dia ajar isteri.
Bila isteri dah pandai, barulah boleh order bila teringin.
Bukannya tau order je, tapi tak pernah ajar.
Dah la tak ajar, barang mentah pun tak belikan. Eh.

Sama lah dengan perangai suami-suami yang kondem katanya isteri nampak macam makcik-makcik lepas beranak 3, isteri tak pandai berhias, badan isteri macam tong drum, etc.
Cubalah hulur kepala agong kaler purple tu 3-4 keping buat modal beli skin care, pastu kalau masih tak cantik barulah komplen.
Ini tak, mintak macam-macam tapi bagi modal air liur je.

Bukanlah kata perempuan tak perlu belajar memasak.
Kalau tahu memasak dan pandai pula memasak, itu lebih bagus.
Kerana ada hadis tentang ni :

"Siapakah wanita yang paling baik?" Jawab Rasulullah "Yang paling menyenangkan jika dilihat suaminya, mentaati suami jika diperintah, dan tidak membuat suami benci" (Ahmad, 25).

Dalam ertikata lain kalau isteri boleh pandai semua, itu lebih bagus.
Tapi, tak bermakna wajib pandai semua kerana suami bertanggungjawab membentuk isterinya.

Samalah juga dengan issue samada menguruskan rumahtangga tu kerja isteri atau tak.
Kalau ikut majoriti ulama' cakap urusan rumahtangga bukanlah tugas isteri.

Habis kalau bukan tugas isteri, tugas siapa?
Suami ke?

Kesian juga suami semua benda dia nak kena take over.
Cari duit dia, bagi nafkah dia, pastu masak-masak pun dia? Matilanakkk.

Sebab itulah suami perlu bagi ilmu memasak pada isteri (kalau isteri tak tau memasak).
Kerana bila suami dah equip segala benda - ilmu, duit belanja, kelengkapan dapur - bila dia order isteri untuk memasak, di situlah baru jatuh hukum wajib untuk isteri masak.
Sebab apa?
Sebab suami dah sediakan semuanya.
Bila tak patuh, barulah derhaka.

So, para suami yang nak gunakan alasan 'isteri tak memasak' untuk bercerai, mohon pikir 34 kali.
Bukan apa, taknak bagi malu kat diri sendiri je.
Karang ustaz tu tanya "Hang ada ajar dia memasak ke tak?", mau terkebil-kebil nak jawab.

Tapi bagi aku isu tanggungjawab siapa kena uruskan hal rumahtangga ni, pendapat yang lebih baik mestilah dilihat dari kebiasaan masyarakat.
Contohnya masyarakat kat bandar wajar ada pembantu (bibik).
Kesibukan suami isteri berkerja, maka pembantulah yang tolong uruskan rumah - dari memasak, membasuh, menggosok sampailah tolong siapkan anak-anak nak pi skolah.
Ini benda biasa bagi masyarakat bandar, tak perlu nak pertikaikan kerana kebiasaannya memang begitu.

Sama macam kat Arab Saudi.
Kat sana dah jadi sesuatu yang wajar untuk ada pengasuh.
Rata-rata orang kat sana ada bibik.
Jadi kalau kebiasaan di sana memang macam tu, maka dituntut (tak salah) untuk suami sediakan pembantu.
No such thing as "Orang yang ada bibik ni pemalas masak and malas jaga anak".

Dapat bakal isteri yang perfect 10 pandai segala-galanya, good for her lah.
The thing is bila sebut "pandai masak", kita imagine level dia macam chef.
Apa kita order semua dia boleh buat.
Oii, memang payahlah gitu.

Ingat lelaki je reti pilih perempuan perfect 10 untuk dijadikan isteri?
Perempuan pun reti lah.

Lelaki yang cool tu adalah bila kita jawab "Yes, saya pandai masak".

Dia jawab "That's cool. Let's cook together someday" (nah! aku sedekah pickup line)

Tapi lelaki perfect 10 tu bila kita jawab "Tak, saya tak berapa pandai masak".

Dia jawab "That's cool. Jom kita blaja masak sama-sama so someday we can make our perfect dinner." (nah! aku belanja lagi satu pickup line)

Semua perempuan boleh masak, jangan risau.
Cuma level beginner, intermediate atau advance je.
Skill memasak sama dengan semua skill lain - play chess, public speaking, memanah, menyulam.
Semua ni kena blaja baru boleh mahir.
Memasak bukanlah issue pandai atau tak, tapi more than that.
Memasak adalah cara untuk bertahan hidup.
Kita makan sebab nak survive.
Jadi, menjadi sangat pandai masak tu tak perlu, asal boleh kenyang cukup.
Yang wajibnya bukan masak tapi makan.
Tapi kalau kau meniaga makanan, pastikan masakan kau sedap lah.
Karang dapat maki pulak.


FLASH SALE UNTUK GC PLUS


Ini adalah FLASH OFFER 2 HARI untuk pengguna GC Plus dan yang baru nak berjinak-jinak cuba GC Plus.

Tempoh offer : 4-5 April [2 hari]

Cara pembelian : Gunakan form atau whatsapp





1. Nama
2. Email
3. Package Star, 1 GC Plus, RM84
Moon, 2 GC Plus, RM156
New Customer, RM90 + 230 points
4. Address
5. No Tel
6. Note
.


2019-01-31

Point



Ok gambar kat atas tu antara screenshot yang aku ambik dari salah satu whatsapp admin GreenAard.
Aku nak tunjuk kat pengguna GreenAard, betapa pentingnya create akaun dengan GreenAard because you will never know bila waktunya you will benefit from it.

Contohnya mereka-mereka ini (gambar) antara yang merasa benefit create akaun dengan GreenAard.
Ada yang dapat beli GC Plus dengan harga RM37 saja sebab tebus 2400 point.
Ada tu yang point dia kurang 100 point untuk tebus RM10, tapi aku bagi juga [ada syaratnya].

Kalau korang baca whatsapp kat atas ada yang aku instruct staff aku untuk "Tambah dulu point, kemudian tolak".
Ada yang aku instruct "Tolak point, then tambah".
Ada beza tu.
Yang mana aku suruh tambah dulu point, itu maknanya point dalam akaun tak cukup tapi kerana aku nak bagi juga diskaun, ada syarat yang dorang kena follow.
Jadi, korang yang belum ada akaun, silalah create akaun dengan GreenAard.
Tak rugi.



Meh aku extract customer ni punya weight loss journey dengan GC Plus.

Hari pertama : 59.4kg
Hari ketiga : 57.8kg

Ukur lilit pinggang sebelum guna GC Plus : 36 inch
Ukur lilit pinggang selepas guna GC Plus : 32 inch
[yang ni aku anggap perubahan ambil masa 17 hari].

Berat berkurangan 1.6kg dalam masa 3 hari.
Sejujurnya, ini adalah berat air.
I mean dari 1.6kg yang hilang ni, 70% adalah berat air.
Selebihnya adalah lemak.
Kerana lemak tak akan hilang dalam tempoh sekejap.
Lemak akan ambil masa yang lebih lama untuk hilang berbanding air.

Yang best tu adalah bab ukur lilit pinggang.
Aku pressume dia hilang 4 inch dalam tempoh 17 hari.
Sebenarnya, berat badan yang kita nampak kat penimbang tak mewakili berat lemak.
Berat yang kita nampak tu adalah berat lemak + berat air + berat otot + berat tulang.
Tetapi ukur lilit pinggang mewakili berat lemak.
Jadi, jangan risau kalau berat badan statik (pada penimbang), yang lebih penting adalah ukur lilit pinggang kerana ia mewakili berat lemak alone.

Yang kita nak turunkan sekarang adalah lemak, bukan air ataupun otot.
Berat pada penimbang tu perlu diambil juga sebab kita nak tengok samada badan kita berfungsi dengan baik atau tak.
Kerana, bila you start mana-mana program diet, berat badan MESTI berkurangan at least 580g dalam tempoh 10 hari.
Jadi kalau berat tak turun atau turun less than 580g, itu bermakna something wrong with your body sampaikan air pun tak turun dari badan.
Itu fungsi kenapa GreenAard supply weight loss card, untuk korang monitor berat badan and ukur lilit pinggang.

Losing 580g-1kg dalam tempoh 10 hari is the general recommendation for safe and sustainable weight loss.
Walaupun nampak macam "Apekey sikit sangat turun tak sampai 1kg dalam tempoh 10 hari?", please look at the bigger picture.
Any weight loss is better than none.
Perlu tahu yang setiap 480g = 3500 kalori.
Nak hilangkan 500 kalori seminggu (seminggu ya!), kita kena makan less 500 kalori sepanjang 7 hari tau.
Nasi goreng sepinggan dah 230 kalori.
Katakanlah sehari kita makan 3 pinggan nasi (pgi, tghri and malam), bermakna untuk kurangkan 480g seminggu, setiap hari kita kena makan kurang 2 pinggan.
Maknanya kau makan sekali je lah nasi sehari.
Kena skip 2 kali meal time.
Sanggup?

Jangan letak pressure pada diri.
Bila letak pressure, badan kau akan slowkan metabolisme badan.
That's why ada orang kata pi gym hari-hari seminggu pun berat turun 1-2kg ke.
Bukan sebab gym tu tak bagus tapi sebab kita letakkan pressure pada diri untuk kurus cepat.
Badan kita dapat rasakan pressure tu jadi dia pun 'mogok'.
Dia slowkan metabolisme.
Ujung-ujung dapat penat je.

Some people think that if they don't lose 2kg in a week, they are a failure. Salah tu.
Bila kita sebut 'nak turunkan berat' biasanya kita maksudkan nak kurus sampai betul-betul kurus.
Kita aim nak turunkan berat sekitar pinggul, peha, perut, dan lengan.
Hakikatnya, turun berat tak bermaksud semua ni akan turun sebab ia bergantung juga kepada lokasi sel-sel lemak.
Ada orang sel lemak banyak di peha, sebab itulah walau berat dan turun peha dia masih besar lagi (tak berapa nak turun sangat) sebab sel lemak banyak di situ.
Ada orang badan kurus tapi muka size XL, tembam, kerana sel lemak banyak di kawasan muka.
Abang body (body builder) kalau ditanya berat pada penimbang berapa, konfem nilainya overweight, tapi adekah dia overweight?
Tak pun.
Badan dia solid, yang buatkan nilai penimbang nampak tinggi adalah kerana berat ototnya, bukan lemak.

It may sound strange, tapi memang ada possibility untuk berat badan kita berkurang without actually seeing a change in our weight.
Macam kes pengguna GC Plus ni, berat badan memang statik selepas 3 hari guna GC Plus.
Tapi ukur lilit pinggang dia berkurang 4 inci.
Kau ingat 4 inci tu sikit?
Bayangkan sekarang kau pakai seluar jeans size 30, lagi 3 minggu boleh pakai size 26. Kau rasa?
Rupanya berat dia dah masuk range ideal weight.
Tinggi 154cm with berat 57.8kg is normal weight ya.
That explains kenapa berat liat sangat nak turun.

Sebenarnya berat badan dia tetap menurun cuma tak nampak sangat pada penimbang, tetapi pada inch loss.

"Tapi ada inch loss, kenapa berat pada penimbang tak berganjak?"

This happens when you lose body fat while gaining muscle.
GC Plus increase muscle mass.
Takde la sampai tambah otot kau berketul-ketul macam abang body.
Tapi dia GC Plus punya konsep ni sama macam Atkin Diet - menambahkan otot.

Bila otot bertambah, lemak akan dibakar dengan lebih cepat.
Sebab itulah dalam kes pengguna GC Plus di atas, dalam tempoh yang sama dia makan GC Plus, berat penimbang tak berganjak tapi pinggang mengecil.
Itu bermaksud lemak berkurang dan dalam masa yang sama otot bertambah.
That's why berat kat penimbang tak berubah tapi size pinggang nampak perubahan.
If your weight stay the same, even as at the same time you lose inches, itu adalah petunjuk bahawa you're moving in the right direction.

Masalahnya ialah, kita ni suka tumpu kat penimbang.
We believe if the number doesn't change maknanya kita takde progress.
Salah ya.
Kita kena tahu apa beza losing weight and losing body fat.
Yang kita nak hilangkan ni adalah lemak.

Apa yang aku boleh kata, I'm happy with result pengguna GC Plus di atas.
Ukur lilit pinggang berkurang sebanyak 4 inci, menandakan lemak berkurang.
Semoga GC Plus dapat banyak contribute lebih banyak manfaat dan menyelesaikan masalah penggunanya.

Hari ni LAST DAY untuk check if you're entitleg to get diskaun RM10, RM25 atau RM60.
Refresh blog ni and kli pada pop out window.



2019-01-30

Jemputlah dengan cara yang baik



"Tidak ada satu binatang yang melata di bumi melainkan Allah yang memberi rezekinya, dan Dia mengetahui tempat duduk binatang itu dan tempat penyimpanannya (rezeki)." (Hud, 6).

Dalam ayat kat atas jelas cakap semua makhluk dah ada rezeki.
Tempat di mana rezeki tu disimpan pun dah ada.

Secara lojik, bila rezeki itu disimpan, bermakna benda tu dah ada.
Tak perlu dicari dah, sebab dah ada.
Kita hanya perlu jemput.

Dan apa saja yang dijemput mesti melibatkan ikhtiar/usaha.
That's why kita perlu ubah statement "mencari rezeki" kepada "menjemput rezeki".
Kerana kalau "menjemput" bermakna rezeki tu dah ada, tinggal di jemput je.
Tapi kalau "mencari" bermakna rezeki tu belum tentu ada.
Memandangkan dalam ayat di atas Allah dah kata rezeki memang dah ada, jadi kita tak perlu cari dah.

[nak sebut "cari rezeki" pun takpelah, asalkan pemahaman kita terhadap rezeki tu jelas, iaitu rezeki memang dah ada]

Memang ada rezeki yang tak payah dicari (jemput), tau-tau je datang depan mata.
Sebagai contoh, bayi dalam rahim.
Tak payah keluar ke mana-mana pun, tapi makanan tetap sampai ke dia.

Bila baby keluar ke dunia, everytime dia lapar pun dia tak perlu cari makanan.
Hanya perlu menangis, nanti mak dia suapkan susu.
Menangis adalah sebuah ikhtiar oleh bayi.
Bermakna, bayi masih perlu berbuat sesuatu baru rezeki (makanan) tu sampai kepada dia.
Kalau dia senyap membuta 24 jam, konfem mak dia pun tak teringat nak bagi susu.

Nak cari (jemput) rezeki sebetulnya tak susah sebab bendanya dah ada.
Kita hanya perlu jemput dengan cara yang Allah redha kerana inilah yang menentukan keberkahan rezeki yang kita dapat.
Inilah yang menentukan samada usaha kita jadi ibadah atau tak.

Bisnes adalah ibadah.
Jujur, bertanggungjawab, tak ambil kesempatan, memberikan informasi yang betul tentang servis/produk - ini adalah bentuk-bentuk usaha dalam berbisnes.
Kalau usaha ini semua berlandaskan niat kerana Allah, insyallah Allah akan kirimkan barokahnya dalam bentuk kemudahan mendapat idea dan inspirasi sehingga bisnes kita semakin berkat, bermanfaat dan bernilai ibadah.

Seseorang yang memiliki keyakinan bahwa hanya Allah yang berkuasa memberi rezeki, dia akan menjalankan bisnesnya (marketing) dalam cara yang berbeza dengan orang yang sekadar bisnes biasa.
Kerana bagi orang yang mencintai akhirat, baginya bisnes adalah ibadah.
Sedangkan bagi pencinta dunia, dia menganggap rezeki datang dari makhluk (manusia), kerana itulah dia sanggup buat apa saja demi untuk melakukan produk/servisnya.

Tak perlu buat marketing merepek-repek sampai nak kena menonggeng, meniarap, mengangkang, yang laki sibuk nak pakai macam perempuan, etc.
Tu belum lagi dengan ayat-ayat copywriting yang tak jejak ke tanah.

Patut padanlah sikit.
Jangan over sangat menjual ayat, menjual imej.
Takkanlah kita terdesak macam tu sekali.

Rezeki kita semua dah ada, tinggal nak jemput, maka jemputlah dengan cara baik.
Rezeki yang dijemput dengan baik, barokahnya berpanjangan, insyallah.
Kalaupun tak datang dalam rupa duit yang berkepuk, dia akan datang dalam bentuk yang lain.
Dia datang dalam bentuk keluarga yang harmoni.
Rumahtangga yang aman.
Anak-anak yang bijak.
Badan yang sihat.
Kemudahan beribadat.
Keseronokan beribadah.
Dihindarkan dari malapetaka.
Ini semua rezeki.
Tak semua rezeki datang dalam bentuk duit, perlu faham itu.
Jemputlah rezeki dengan cara yang Allah redha kerana itu semua bakal menjadi darah daging dan keturunan.

Maka, kalau kita faham tujuan, tidak akan ada istilah "tawar hati dengan urusan dunia bila dah kenal akhirat" - no such thing.
Bila kita faham bahawa urusan dunia boleh menjadi ibadah, maka itulah yang membuatkan kita semakin mahu berusaha, hanya perlu pastikan usaha itu berlandaskan niat yang betul.
Jika niat kita lurus dan cara kita betul, maka kita akan berjumpa dengan rezeki yang menjadi hak kita dalam keadaan barokah.
Hati kita akan tenang, keperluan kita akan dicukupkan, dan kerjaya kita akan bernilai ibadah di sisi Allah.

Tetapi, kalau niat kita salah dan ikhtiar kita juga tak sesuai dengan apa yang Allah suka, maka tengoklah nanti.
Kita akan sentiasa diselubungi dengan rasa gelisah, panik pikir duit tak cukup, malah sentiasa rasa apa yang dah dimiliki masih sikit.
Mulalah masa tu rasa nak bersaing dengan rezeki orang lain pulak.
Bila dah sampai ke tahap tu bemakna kita dah semakin jauh dari keyakinan terhadap jaminan Allah bahawa setiap orang sudah ada rezekinya masing-masing.

Ikutlah cara Rasulullah.
Baginda adalah seorang yang usahanya sangat maksimum dan tawakalnya tinggi.
Baginda sangat serius dalam menjemput rezeki.

Tengok macamana baginda berniaga.
Jujur, amanah dan penuh tanggungjawab.
Padahal dia tahu dah Allah jamin rezeki setiap orang.
Kalau dia pegang pada itu boleh je dia tak payah kerja, tunggu je rezeki turun.
Tapi tak.
Dia tetap usaha kerana dia tahu Allah menilai usaha.
Di akhirat esok yang ditanyakan bukan tentang banyak mana rezeki kita dapat tapi apa usaha kita dalam menjemput rezeki.
Rasulullah kalau nak pegi berperang, dia siapkan pasukan dia dengan perisai and baju perang, padahal dia tahu tak ada yang dapat mencederakan dia kalau Allah tak izinkan tapi dia tetap usaha pakai baju perang.

Ceritanya sekarang adalah apa usaha kita dan bagaimana cara kita berusaha.
Rezeki bukan ceritanya.
Rezeki hak Allah, Allah punya kerja.
Kerja kita adalah menyempurnakan ikhtiar.

Siti Hajar tu sangat yakin dengan janji Allah.
Tapi dia tetap membuktikan keyakinannya dengan berusaha lari di antara dua bukit (Safa dan Marwah) nak bagi jumpa air.
Sampai waktunya, Allah keluarkan air.

Oleh sebab itu, kalau terjadi sesuatu keadaan yang tak kita harapkan, contohnya sales tiba-tiba menurun atau susah, maka periksalah diri kita.
Jangan buruk sangka pada Allah.
Boleh jadi usaha yang kita lakukan belum sungguh-sungguh atau tak sesuai dengan apa yang Allah redha.

Letakkan pergantungan hanya padaNya.
Berusahalah hanya kerana Dia redha.
Tak perlu kejar perhatian manusia semata-mata nak rezeki kita bertambah tapi kejarlah cinta Allah agar Allah sayang dan Dia cukupkan segala keperluan kita dengan caraNya yang luar biasa.


*tulisan untuk ingatkan diri sendiri yang kadang-kadang terbabas juga*