2019-02-05

Pakai t shirt datang jemputan kawen tak boleh?



Aku tak tau pulak rupanya semalam (or maybe 2 hari lepas) kecoh pasal isu ni.
Ceritanya, semalam ada blog reader email aku dengan attach sekali gambar ni.
At the same time dia bercerita panjang lebar pengalaman dia bersuamikan orang Tganu.
Disebabkan En Wan pun orang Tganu jadi dia bertanya kot-kot aku ada pengalaman yang sama.
Tak payah la aku tepek email dia kat sini sebab isu ni tengah hot kan, karang makin ramai yang panas hati.

Caption pada gamba ni tak specify "orang pantai timur" tu dari negeri mana tapi kita semua maklum kalau sebut pantai timur memang 2 negeri je, kalau tak Tganu, mesti Kelantan.
Lepas aku baca email dia, aku forward gambar ni kat En Wan.
Tapi En Wan buat rilek je.

Tak.
Bukan sebab dia feeling-feeling orang Kay Ell, tapi sebab apa yang caption tu tulis tak mewakili diri dia.
Which is betul, walaupun En Wan tak menafikan caption tu ada sikit kebenarannya, tapi isu ni lebih kepada sikap individu, dan tak mewakili semua orang pantai timur.
At least tak mewakili laki aku. Haha.

Sebenarnya kan, masa aku mula-mula kawen dengan En Wan, penampilan adalah benda pertama yang aku cuba ubah pada diri dia.
Penampilan dia ok je cuma bila dia ke majlis kenduri kawen, dia tend to pakai T Shirt berkolar.
Walaupun T Shirt berkolar nampak macam ok sikit lah berbanding round neck bodoh-bodoh gitu, tapi untuk kebiasaan dalam keluarga aku, kalau pergi jemputan kahwin, it's either pakai kemeja berbutang depan atau baju kemeja batik.

Masa mula-mula kawen dulu, agak rajin jugaklah aku bertekak dengan dia bab ni.
Tapi aku tak salahkan dia sebab memang di sana (di kawasan kampung En Wan), pakai t shirt ke kenduri kawen adalah normal.
Tahun 2001, di sana, kebanyakkan majlis kenduri masih lagi dibuat di rumah/kampung.
Hotel dan dewan belum lagi satu kebiasaan.
Konsep gotong-royong masih lagi menebal.

Kalau kenduri kat kampung-kampung, yang penting bukanlah penampilan, tapi kehadiran.
Di kampung-kampung orang lagi pentingkan samada kita datang jemputan atau tak, bukan kita pakai baju apa datang ke jemputan.
Sampai sekarang pun, kalau tak sempat datang waktu majlis, mak tetap akan datang at least salam tuan rumah walaupun dah malam (kenduri  habis).
Pakai baju biasa-biasa je, at least tunjuk muka mak kata.

Mak always kata "Kita datang bukan nak makan, tapi kita datang nak jumpa tuan rumah".
Kira macam meraikan juga.
That's why kat sana, kalau lauk-pauk dah habis, tetamu tak kisah.
Janji dapat datang, taknak tuan rumah kecik hati.
Biar dapat minum air je pun takde hal.

Kita kat Kay Ell ni jangan buat gitu weh.
Lauk ada lagi 4 senduk pun berani tetamu mintak tuan rumah tambahkan lauk.
Apetah lagi kalau lauk dah banyak habis, konfem majlis kau akan diperbawangkan.
Ada tetamu siap mintak aku panaskan kat microwave lagi punyalah nak feel makan lontong.

Awal-awal masa kawen dulu, En Wan masih lagi berpenampilan simple-simple setiap kali ke kenduri kawen.
Mula-mula tu dia bolayan je permintaan aku untuk pakai kemeja.
Dia rasa macam takde kepentingan untuk berpakaian formal sebab kita hanya jemputan, bukan ahli keluarga pengantin sampai nak bercantik-cantik sangat dia kata.
Tapi lama-kelamaan dia berubah dengan sendirinya sebab persekitaran dia berubah.
Dia sendiri mula nampak kebiasaan orang-orang di sini kalau ke jemputan kawen akan pakai baju melayu atau kemeja, bukan T Shirt.
Slowly dia sendiri dah pandai pakai kemeja.
Kan aku dah cakap, kita akan berubah bila persekitaran kita juga berubah?

Now dia yang rajin beli kemeja sebab umur dah 40-an kan, kawan-kawan sebaya ada yang dah start kawenkan anak, jadi ada banyak kenduri nak kena attend.
Even kalau anak sedara dia sendiri pakai T Shirt ke kenduri pun dia tegur.

Maybe yang ni kita kena ada pengalaman baru kita faham.
Macam aku, aku dah faham kenapa orang Tganu (at least di kampung En Wan), pakai t shirt je pi jemputan.
Macam kat kampung dia, kenduri besar-besaran dan gah ni belum jadi satu trend.
Habis kuat pun buat kat balai raya.
Khemah pun tak berkipas.
Lagipun yang ramai datang di kalangan orang kampung juga.
Nak bergaya hapenya, macam poyo pulak kau datang siap berkemeja butang sampai tercekik leher.

Kitorang bertunang tahun 1999.
Aku ingat lagi aku balik bercuti untuk bertunang, masuk bilik, tengok atas katil aku dah bersusun dulang hantaran tema serba biru.
Semua Mak Aji dah siapkan.
Kebetulan on the same day, En Wan balik dari Japan, dia stop rumah aku kejap sebelum balik rumah Kak Ngah.
So dia dah nampak hantaran yang pihak aku dah siapkan.

Masa hari nak bertunang tu, dia call aku "Di, sorry tau. Hantaran abang macam kaler bendera Malaysia. Buruk-buruk je, takpe ke?"

En Wan kata, masa dorang balik dari majlis bertunang, sepanjang jalan mak cakap "Allah, malunya ambe. Hantaran kita tak berjenis. Malunya ambe".

Sebab masa itulah baru rombongan Tganu nampak hantaran orang "Kay Ell" macamana gaya.
Dengan warna tema, dengan hiasan, dengan kek serba tempah, dengan pot pourri, etc.
Masa tu hantaran yang aku dapat dari En Wan basic-basic je dengan satu hantaran rare iaitu gula + garam + asam jawa.
Masa tu group kitorang pulak yang terpinga-pinga "Apesal dia bagi hantaran gula eh?"

Nasib baik Mak Aji dah biasa meneman kawan-kawan pi kawen.
Mak Aji kata, itu simbol asam garam zaman bertunang, ada manis, ada masam, ada masin.
Gitu okehh.

Maksudnya, kalau kita tak biasa, kita tak akan tau.
Bila kita dah terbiasa, baru kita jadi tahu.
Jadi, berbalik pada isu "orang pantai timur pakai t shirt pi kenduri kawen", yang ni akan berubah dengan sendirinya bila that person dah mula faham dan sedar orang-orang di sini memang akan pakai kemeja ke jemputan kawen.
Bukan big issue sangat.
Dia yang jadi big issue bila dah masuk bab kenegerian kat sini.
Tak kira negeri mana pun, kalau dia dah terbiasa dengan sesuatu resam di sesuatu tempat, dia akan beradaptasi dengan kebiasaan tu satu hari nanti.
It's just a matter of time.

To be fair, aku pun "darat" bila first time En Wan bawak masuk kampung dia.
Masa tu kitorang nak pi survey baju pengantin untuk majlis di Tganu.
Kebiasaan orang-orang di sini (at least di tempat aku), masuk ke kedai tempahan baju atau kedai baju pengantin (contoh macam Zull de Classic kat Kajang tu), customer akan masuk kedai dan pekerja akan tanya nak apa.
Kalau kita nak tengok baju pengantin, dia akan terus bawak kita ke area baju pengantin.
Done.

Tapi masa aku di Tganu, aku masuk kedai dan macam biasa aku cakap aku nak tengok baju-baju pengantin.
Aku perasan yang pekerja and tokey kedai tu macam pandang je aku atas bawah, dia melayan pun macam kejung semacam je.
Masa dia pi ambik baju-baju pengantin untuk aku tengok, En Wan cuit lengan aku "Salam. Kat sini masuk kedai kena salam".

Aku macam "Huh? Ye ke? Masuk kedai kena salam?"

Patut la pekerja sini kejung semacam melayan aku, mesti dia ingat aku sombong.
Lepas pekerja tu ke depan semula barulah aku salam and kenalkan diri.
Barulah lepas tu mesra.

Kalaulah dulu zaman Twitter dah wujud, mesti akak tu tweet pasal aku "Orang Kay Ell masuk kedai takde adab tak reti salam orang. Dah la rambut kaler merah! Perasan bandar padahal muka Jawa".

Mungkin inilah contoh tweet dia.