2019-02-09

The Age of Adaline



Rating : 7.2/10

Cerita ni mengisahkan tentang Adaline yang ageless selepas accident.
Masa dia accident ni, suami dia baru meninggal and dia ada anak sorang.
Walaupun lahir tahun 1908, dan masih muda walaupun anak sendiri dah tua.

Banyak hikmah yang kita boleh dapat dari cerita ni.


Yang pertama : Tak semua yang kita dapat, kita dapat nikmati.

Adaline direzekikan dengan umur yang panjang.
Dia dapat merasa pelbagai zaman.
Walaumacamanapun dia hanya direzekikan untuk hidup lama tapi takde rezeki untuk menikmati hidup.
Suami dia meninggal ketika dia masih muda, anak masih kecik lagi.
Memandangkan dia tak tua-tua, orang buru dia untuk dijadikan spesimen kajian.
Disebabkan itu, dia terpaksa keep on moving, tinggalkan anak semata-mata nak selamatkan diri sendiri.
Dan setiap dekad, dia tukar identiti dan berpindah-randah.
Nak berkahwin pun tak boleh sebab dia taknak orang lain tahu keadaan diri dia yang takkan tua.
Jadi setiap kali lelaki nak mendekat, dia terpaksa jauhkan diri.
Maknanya, dia terpaksa hidup alone and lonely.

Kita pun macam tu juga.
Kadang-kadang dah beli lauk-pauk untuk berbuka kat rumah, elok je nak berbuka, lauk dah basi.
Maknanya kita cuma ada rezeki membeli, tak ada rezeki nak merasa.


Yang kedua : Tua mengajar kita untuk bersiap-sedia menghadapi kematian.

Adaline sentiasa muda, sentiasa cantik, sentiasa bergaya.
Kalau boleh kita pun nak macam tu.
Siapa yang taknak umur 50, pinggang masih 23 inch?

The thing is, bila kita sentiasa muda, jiwa pun dah tentu akan muda juga.
Jiwa yang muda akan mempengaruhi kita untuk bergaya seperti orang muda.
Mustahil dalam keadaan jiwa dan gaya yang muda kita sempat teringatkan kematian.
Selalunya takkan terfikir pun.
Sedangkan dengan mengingati mati akan menghidupkan hati.
Itulah hikmah kenapa Allah jadikan kita tua.
Rambut yang makin memutih, wrinkles yang dah mula nampak, jeragat yang dah mula tumbuh, tenaga yang dah mula kurang, badan yang dah mula sakit-sakit - ini semua bukan Allah bagi saja-saja tanpa pengajaran.
Hanya orang yang mahu mengambil pengajaran saja yang nampak hikmah menjadi tua.

Betapa sayangnya Allah pada kita, dia jadikan kita semakin tua.
Kerana dengan menjadi tua boleh mengingatkan kita bahawa kematian semakin dekat.
Setiap kali kita sakit, kita lenguh-lenguh badan, uban tumbuh - itu adalah bukti kasih sayang Allah pada kita bahawa Dia peduli pada kita.
Dia nak ingatkan kita bahawa mati itu semakin hampir.

Tapi bodohnya kita, bila uban tak tumbuh-tumbuh, bukan main bangga!
Seakan-akan kalau uban belum tumbuh, maknanya nyawa panjang lagi.


Yang ketiga : Hidup lebih lama tak bermakna lebih bahagia.

Forever young sounds good, tapi hakikatnya?

Adaline sentiasa sihat dan sentiasa cantik.
Ye lah kan, kalau dah tak tua tua dah tentu sentiasa cantik.
Sekali imbas nampak seronoknya life macam ni, dah la umur panjang, tak tua-tua pulak tu.

Tapi ini bukan issue umur panjang semata-mata tetapi samada kita lebih banyak bahagia atau merana sepanjang hayat tu.
Dalam kes Adaline ni, dia menyaksikan lepas sorang, sorang, ahli keluarga meninggal dunia.
Hilang mak bapak mungkin wajar sebab mak bapak lebih berusia.
Tapi, apa rasanya bila kita witness anak kita semakin menua, kemudian sakit, dan meninggal dunia?
Dukanya lebih parah, kan?
Apetah lagi bila orang-orang yang sezaman dengan dia (Adaline) dah mati.
Terasa hidup ni betul-betul sebatang kara.

Selain dari tu, Adaline terpaksa withdrew herself from society dan jauhkan diri dari mendekati potential life partners.
Bayangkan rasanya bila kau pendam rasa cinta kat someone, tak boleh luahkan sampai bila-bila.
Sakit tau tak?


Yang keempat : Time builds character.

Tak semua orang matang dalam waktu yang sama.
Ada yang matang lebih awal, ada yang lebih lambat.
Dan kematangan selalunya berkait rapat dengan pengalaman.
Lebih banyak pengalaman seseorang, lebih matanglah dia dan lebih bijak dia menangani situasi (less sentap).
Dan untuk dapat pengalaman yang hebat, kita mesti melalui macam-macam proses - kegagalan, kemenangan, kepayahan, kesenangan, etc.
Adaline lalui pelbagai era.
Di setiap era tu ada pengalaman yang berbeza dan itulah yang membentuk karakter dia menjadi seorang yang strong.
Jadi, jangan kecewa bila gagal kerana itu semua bakal membentuk karakter kita.


Yang kelima : Dunia ni bukan besar sangat.

Dalam cerita ni, Adaline ditakdirkan bercinta dengan both bapak and anak.
Di zaman 70s, dia berkenalan dengan William.
Jatuh cinta tapi bila dia tau William nak ajak dia kawen, dia larikan diri.
Ditakdirkan di zaman sekarang, dia jatuh cinta dengan Ellis yang rupa-rupanya anak kepada William.
Sangat awkward bila Ellis bawak Adaline balik jumpa family and William (bapak Ellis) nampak cinta lamanya.
Bertambah sedih lagi bila Adaline terpaksa menipu yang perempuan William kenal dulu adalah arwah ibu dia.
It's a good thing Adaline didn't hold any ill will towards William, kalau tak, lagi serabut keadaan.

Kesimpulannya, dunia ni bukan besar sangat.
Tak mustahil kita akan jumpa orang yang sama.
Kalau Allah nak jumpa kita balik dengan musuh kita dulu dalam satu ofis yang sama pun boleh.
Nak pulak orang yang kita pedajal tu jadi bos kita sekarang, lagilah serabut perut, kan?
Jadi, tak payah nak buat taik kat orang.
Esok lusa kena jilat balik taik tu sape tau, kan?