2019-02-11

Kalau dah namanya merebut laki orang


Status aku last week.
Mengambil masa nak elaborate kat sini sebab menunggu temper diri sendiri cool down.

Mula-mula dapat berita ni, aku jadi marah sangat.
Aku tak tau apa yang aku marah sangat.
Nak kata marah sebab suami dia kawen lain, tak jugak sebab aku bukan penentang poligami.
Apa yang aku faham poligami tu ada tujuannya.
Kalau tujuannya betul, insyallah perlaksanaannya mudah.
Just like movie Syurga Yang Tak Dirindukan.
Itu salah satu tujuan poligami [kalau belum tengok cerita tu, tengok. Aku dah repeat 47 kali].

Kes kawan aku ni, aku tak rasa lansung suami dia [also kawan aku jugak *sigh*] bertindak adil.

Kawen dengan secretary sendiri(???), sebab apa?
Sebab setiap masa bersama-sama, maka perasaan tu berputik?

Halah, lama mana sangat kau duduk ofis.
Paling-paling pun 8am to 6pm.
10 jam je kat opis.
Bakinya ke mana? Spend kat secretary jugak?

Aku benci dengan statement "Kami banyak habiskan masa di ofis bersama-sama, jadi untuk elakkan maksiat kami berkahwin".

Taiknya lah jawapan.

Macam kau sorang je yang kerja 10 jam, abis orang lain keje 2 jam setengah je ke?
Ni sebenarnya bukan apa.
ALASAN je semata-mata.
Ada ke nak salahkan waktu keje?
Yang sebenarnya sama-sama menggoda dan tergoda tu pasal kerandut bergetar.

Yang aku rasa berbulu tu, dah lah kawen lagi satu, pastu suruh isteri and anak keluar cari rumah lain.
Rumah tu nama suami and suami yang bayar, jadinya dia rasa isteri takde hak lansung.
Sedangkan isteri ada hak nak tuntut atas nama nafkah sepencarian, walaupun tak dapat rumah, tetap boleh tuntut dalam bentuk duit.
Tapi kawan aku yang wife ni jenis malas nak bergaduh, asalkan anak dapat kat dia.
Lagipun kawan aku bukannya tak boleh buat harta sendiri, tahun depan dah konvo PhD.
Boleh je dia nak beli rumah lain, bukannya sengkek sangat sampai nak kena sondol suami orang.
Cuma aku tak puas hati dengan sikap si suami.
Tang sikap tu yang selalunya kita jadi hangin.

Kadang-kadang bila kita fikirkan kes-kes macam ni, kita cuba pujuk diri - "Ini dah takdir yang Allah tetapkan".

Ya, betul.
Untuk kita Allah takdirkan suami kita kena rampas.
Tapi untuk dia, Allah takdirkan dia berjaya rampas suami orang.

Lojik ke?

Dulu aku pernah tanya ustaz isu ni - isu mengganggu rumahtangga orang.
Ustaz cakap dalam sebuah hadis ada berkata "Siapa menipu dan merosakkan (hubungan) seorang hamba dari tuannya, maka ia bukanlah sebahagian dari kami, dan siapa yang merosakkan (hubungan) seorang wanita dari suaminya, maka ia bukanlah dari kami" (Ahmad).

Hadis ni cakap "merosak hubungan wanita dari suami", bukan merosak hubungan suami dari wanita.
Maksudnya, isteri orang kita takleh kacau, tapi suami orang kita boleh 'ambil'.
Which is lojik juga sebab ada sangkut dengan poligami.
Ye lah, kalau suami orang tak boleh 'diambil', mana datang kebenaran berpoligami, ye tak?
Jadi, penjelasan ustaz aku ni lojik.

However, ustaz aku ada explain bahawa perempuan yang berusaha mengganggu atau merebut pasangan dari sebuah keluarga samalah ertinya seperti mengambil sesuatu yang bukan miliknya dan ini bukanlah cara pergaulan dalam Islam.
Dalam bahasa mudah, kau dah tahu laki tu ada bini tapi kau menggeletis nak kat dia, takde usaha nak jauhkan diri dan cuba pulak untuk pisahkan isteri pertama dengan suami.
Yang ni yang tak boleh.
Kerana merebut suami orang dengan tujuan merosakkan rumah tangga supaya dia dapat kawen dengan lelaki tersebut, hukumnya haram.

Hukum haram ni ada sangkut paut dengan hadis ni :

"Sesungguhnya iblis menempatkan singgahsananya di atas air, lalu menyebarkan anak buahnya ke berbagai penjuru. Salah seorang dari anak buah datang kepadanya dan melaporkan bahawa dirinya telah berbuat begini dan begitu, maka iblis berkata "kamu belum berbuat sesuatu". Datang anak buah lain melaporkan bahawa dia telah memisahkan seorang suami dari isterinya, maka iblis menjadikan anak buah ini sebagai orang yang dekat dengannya, dan iblis berkata "tindakanmu sangat bagus sekali"" (Muslim, 5032).

Maksudnya, bila kau sengaja rebut, rampas dan goda suami orang, kau adalah setan.
Setan adalah kemurkaan Allah.
Jadi, bila kau setan, otomatik Allah juga tak suka kau.

Memang takde istilah karma dalam Islam tapi sebagai seorang muslim, kita percaya bahawa setiap perbuatan yang baik akan dibalas baik dan setiap perbuatan yang jahat akan dibalas setimpal.
Iman kita diuji bukan hanya dengan solat malam, bukan dengan sedekah tapi juga dengan kifarah.
Kita buat kat orang, akan sampai satu masa balik iman kita akan diuji dengan masalah yang sama.

Dalam hadis Tirmidzi ada sebut "Siapa yang buat salah terhadap saudaranya, dia tak akan mati kecuali membuat kesalahan yang sama".
Hadis ni menyokong kuat peribahasa 'buat jahat dibalas jahat'.
Kau buat jahat kat orang, lambat-laun kau akan rasa balik macamana kau buat orang.
Maybe Allah tak balas kat kau, tapi Allah kenakan balik kifarah tu pada anak kau.
Nanti kau tengok macamana menantu lelaki kau tinggalkan anak perempuan kau disebabkan oleh perempuan lain.
Masa tu hati kau akan luluh tengok anak sendiri tanggung derita.

Dah tau kau ambik laki orang, tolong jaga hati isteri pertama.
Tak payah nak hasut sangat laki kau ceraikan dia.
Kalau dari awal nak punyakan terus suami tu, patutnya dari awal lagi kau cari laki bujang bukan suami orang.

Nanti ada orang kata "Jodoh itu takdir Allah".

Alah alah alahhhh.
Memang jodoh itu Allah tentukan.
Tapi sikap kita, kita boleh kawal dan berikhtiar supaya jalan jodoh tu berakhir dengan lebih baik.

Ditakdirkan jadi pencuri, takdir Allah?
Ditakdirkan membunuh orang, takdir Allah?
Kalau macam tu aku bagi kau hukuman gantung, pun takdir Allah jugak ye tak?

Helo...?
Jangan campur adukkan ilmu Allah, kehendak Allah dah Luh Mahfudz dalam discussion tentang takdir.
Jangan salah faham konsep takdir.
Jangan anggap manusia takde pilihan untuk menentukan arah hidup seolah-olah semuanya Allah dah tentukan, siapa masuk syurga neraka pun dah ditentukan maka tak payah beramal, gitu?

We do not doubt Allah tahu segala yang berlaku pada dunia yang Dia cipta ni.
Dia juga tahu segala perbuatan kita, baik yang dah kita buat, apa yang kita buat dan apa yang akan kita buat.
Dan kita juga tahu apa pun kehendak Allah mesti berlaku.
Kita juga percaya semua tindakan kita dari lahir sampai mati sebenarnya telah ditulis di Luh Mahfudz.
But, that does not mean we cannot choose what we do.

Just like mati.
Kita tak boleh pilih waktu dan di mana kita nak mati.
Tapi kita boleh ikhtiar dan merancang supaya pengakhiran hidup kita jadi husnul khatimah.

Secara ringkas, apa yang berlaku pada kita boleh dikategorikan pada 2 bahagian.
Yang pertama, kategori yang manusia boleh pilih.
Yang kedua, kategori manusia tak boleh pilih (jantina, mati, kiamat).

Kategori pertama, kita boleh pilih mengikut kehendak kita.
Dan apa yang kita pilih ni akan dipertanggungjawabkan di akhirat esok.
Maksudnya, menjadi rajin atau malas, kita boleh pilih.
Menjadi amanah atau tak jujur, kita boleh pilih.
Patuh perintah Allah atau melanggar perintahNya, kita boleh pilih.
Bersabar atau berkhianat, kita boleh pilih.
Merampas suami orang atau tak, kita boleh pilih.

Berjodoh dengan suami orang adalah takdir tapi kita boleh ikhtiar agar prosesnya jadi lebih 'mulia'.
Dah kalau kau sengaja goda, hasut pulak suruh cerai - tang mana yang mulianya?