Berjujuk-jujuk hari ni orang PM and DM aku pasal halal kit.
Tak salah aku 2 hari lepas keluar kat paper (atau kat online news) pasal satu Halal kit ni.
Disebabkan kit ni viral (agaknya la kot), maka Jakim keluarkan statement bahawa hanya Jabatan Kimia saja yang boleh buat test tentang halal (pengesahan produk makanan yang ada DNA babi).
Untuk makluman, kit yang dimaksudkan bukanlah Halal in Home kit by XZIZ Biotech, tapi kit jenama lain.
Baru-baru ni aku ada nampak kit ni buat sponsored post, viral juga.
Sebab apa dia viral?
Aku syak dia overclaim.
Dan disebabkan itu kit ni dapat perhatian dari pihak atasan.
Ok, meh sini aku tolong clearkan apa yang dimaksudkan dengan "Hanya Jabatan Kimia saja boleh buat analisis DNA (babi)".
Jabatan Kimia adalah official lab negara.
Mana-mana analisis kalau nak di-documented-kan, mesti gunakan government agencies.
Aku dah start buat analisis DNA ni sejak tahun 2007 lagi.
Yang baca blog aku dari zaman-berzaman dah tau memang company aku buat analisis halal.
Dan aku ada rekod customer yang boleh confirmkan memang dorang hantar sampel raw meat ke company aku untuk kitorang buat analisis DNA.
Boleh pegi Fisheries Batu Maung, boleh ke Fisheries Perak, boleh ke Fisheries Tanjung Demong, boleh ke Universiti Malaysia Terengganu, boleh ke Fisheris Gelang Patah, boleh ke Fisheries Pulau Sayak, boleh ke Fisheries Gelemi-Lemi.
Itu semua customer yang memang tau from A to Z company aku, XZIZ Biotech buat analisis DNA babi.
Dan company aku adalah private company, bukan kerajaan.
Analisis kami digunapakai dan sah.
Yang hantar sample meat pada company aku semuanya dari government agencies.
Tapi, macam yang aku cakap, company aku buat analisis DNA sahaja.
Kami tak ada hak untuk keluarkan apa-apa statement tentang samada sample tu positif atau negatif babi.
Kami hanya buat kerja, tulis report and pass balik pada client.
Dari analisis tu dorang boleh proceed untuk buat apa-apa next step.
Boleh kelebet balik isi blog aku ni, ada tak mana-mana analisis aku bagitau which sample/produk/brand ada sumber babi?
Tak ada.
Sebab itu adalah etika.
Kami tahu hanya Jakim saja yang boleh buatkan statement samada sesuatu produk tu confirm ada positif babi atau tak.
Di pihak aku, kami cuma buat analis bagi menentukan samada sample tu positif atau negatif babi.
Walaupun terbukti analisis DNA tu positif babi, tetap yang hanya boleh buat official statement adalah badan kerajaan.
So, apa kena mengena dengan Jabatan Kimia?
Jabatan Kimia adalah agensi kerajaan dan ia adalah makmal official negara.
Apa-apa analisis yang dibuat, hanya Jabatan Kimia saja boleh keluarkan official statement.
Even kalau ada kes kat mahkamah, hanya keputusan unit forensik Jabatan Kimia saja digunapakai padahal makmal yang boleh buat fingerprinting banyak kat Malaysia ni.
Itu kita tak boleh tolak sebab memang semua mesti faham Jabatan Kimia is official lab negara.
Memang keputusan rasmi tentang apa-apa analisis mesti keluar dari situ.
So, kalau hanya Jabatan Kimia saja yang boleh buat analisis DNA untuk babi, apa pulak kerja makmal-makmal private yang bersepah satu Malaysia ni?
Ok, dia macam ni tau.
Makmal-makmal private kat Malaysia ni pun boleh buat analisis DNA, sebab procedure nak analisis DNA ni sama je.
Samada guna conventional method atau kit, tetap akan dapat keputusan yang sama kalau gunakan sample yang sama.
Tak bermakna analisis DNA yang dibuat dari private lab tak valid.
Cumanya, macam aku cakap tadi, kita perlukan satu badan yang boleh bertindak secara rasmi bagi pihak negara, sebab itulah Jabatan Kimia ni wujud.
Kalau nak semua benda kau hulur kat Jabatan Kimia, seriously, dorang ada banyak juga sample lain nak kena buat.
Jabatan Kimia (bahagian molecular biology) ni salah satu customer aku masa aku makan gaji dulu.
Dorang purchase kit untuk analisis DNA aound RM3 juta setahun.
Itu hanya dari satu company je tau (company tempat aku kerja), belum company lain.
Bermakna, they are actively doing analisis DNA.
Kalau ada outbreak lagi la dorang busy.
So kalau sample kecik-kecik ni orang hantar kat private lab je, macam company aku.
Aku faham kenapa Jakim keluarkan kenyataan hanya Jabatan Kimia saja yang boleh menentukan samasa makanan tersebut ada babi ke tak.
Kerana Jakim nak elakkan dari salahguna kit.
Kau tau je la kan, rakyat Malaysia ni kan suka bab-baba viral.
Benda-benda macam ni kalau salah guna boleh chaos satu negara bila ada orang salah guna kit untuk tujuan menjatuhkan bisnes makanan orang lain.
That's why aku awal-awal letak disclaimer pada kit (flyer) kit aku, sekiranya keputusan adalah positif dan perlukan confirmation lebih lanjut, sila bawa sample tersebut ke makmal.
Maksudnya kat sini, ada 2 situasi penggunaan kit ni :
1. Yang pertama, katakanlah kau makan kat satu restoran dan tiba-tiba kau was-was. Maka, kau boleh terus check on the spot guna that kit. Katakanlah dapat keputusan positif ada babi, maka bolehlah stop makan. Maknanya kit tersebut hanyalah untuk your own reference.
2. Yang kedua, katakanlah kau was-was dengan sesuatu produk/jenama. Kau nak test sendiri. Contoh macam kes Cadbury dulu. Sah-sah ada cop Halal tapi nak jugak test, sekali positif ada babi. Ok bila kit tunjuk positif babi, sample makanan tu perlu dihantar ke makmal untuk buat analisis lanjut. Sebab apa? Sebab belum tentu lagi yang positif tu datang dari makanan, boleh jadi dari surface atau dari plastik pembungkus. Kita namakan ini cross-contamination.
Dalam erti kata mudah, kit halal ni hanya untuk early detection.
The moment kau nampak dipstik tunjuk double line (indicatior of positive result), jam-jam tu jugak kau kena stop makan.
Itu tujuannya.
Bukan untuk kau sebarkan.
It's for your own reference.
Kalau rasa nak share, perlu hantar ke makmal dulu.
Hanya makmal saja yang boleh confirmkan samada betul ke tak sample tu positive babi kerana ada possibility bukanlah babi sengaja dimasukkan dalam makanan tetapi hanya cross-contamination.
Mungkin dari sudu yang kau gunakan untuk makan tu.
That's why jangan viralkan dulu sebab boleh jadi produk tu clean, yang tak clean sudu yang kau guna.
Sebab itulah dari awal lagi aku comtemplate nak release this kit to orang awam ke tak.
Kebanyakkan orang awam tak berapa faham keperluan untuk mendapatkan pengesahan dari makmal.
Dorang ingat bila positif babi maknanya makanan tu yang ada babi.
Belum tentu lagi ya.
There's a case, daun teh boleh ada porcine contamination.
Bayangkan, daun teh!
Tak lojik, kan?
Bila diuji secara DNA analisis, rupanya bukan daun teh tu yang contaminate tapi tangan pemetik daun teh yang ada trace of babi (baru lepas lunch kot).
Macam kit Halal in Home aku, customer Biotech aku dah guna lama dah and takde issue pun.
Itulah bezanya orang yang ada ilmu dengan yang takde.
Dia tau kit itu hanya untuk early detection bagi memudahkan kerja.
Sekiranya positif babi barulah sample tu akan dibuat ujikaji lanjut.
At least, untuk orang yang kerjanya memang rutin collect sample, bila ada kit halal macam ni, dah memudahkan tugas dia.
Dia hanya perlu screening saja, tak perlu semua sample dia buat analisis.
Kan dah banyak kerja tu.
No, bukan aku nak cakap orang-orang awam ni bodoh, bukan ya.
Tapi itulah cabarannya bila kita ni nak memudahkan urusan orang, tetapi ada yang salah gunakan kemudahan tu untuk menyerlahkan kebodohan sendiri.
Mentang-mentang bodoh tu free, habis dia nak tapau semua.
Sepatutnya kit ni boleh memudahkan kita, especially yang beli produk dari luar dan yang travel overseas.
Itulah sebabnya juga kenapa this kind of kit tak sepatutnya dijual oleh just anyone.
Kit ni bukan untuk business minded person.
Kit ni sepatutnya dijual oleh orang yang ada ilmu tentang analisis DNA saja.
Ia bertujuan untuk educate people, bukan untuk jadi kaya.
Kit halal ni bukan benda baru.
Cuma ia baru di negara kita.
France dah start with this kit since 2015 lagi.
Tapi dia guna method lain kalau tak salah, cuma masih konsep RapidTest kit (guna dipstick).
Then US pun dah start.
Tapi benda-benda ni tak berapa meluas di sana sebab konsep halal-haram tu sendiri tak berapa meluas.
Bila Malaysia start dengan kit ni, kejap je dah ada issue.
Tapi aku faham kenapa Jakim keluarkan such statement, sebab dia nak elakkan salahguna kit dan taknak food business kat Malaysia ni huru-hara dek statement-statement viral yang tak tahu hujung-pangkal.
Seriously, I don't mind kalau one day kerajaan haramkan semua penggunaan halal kit because I have done my part.
Aku buat bukan untuk jadi kaya, aku cuma nak share kemudahan itu dengan ramai orang especially blog readers yang tahu ini memang kerja yang aku dah buat bertahun-tahun lamanya.
Tak apa, maybe masyarakat kita belum bersedia untuk terima produk-produk yang memerlukan kefahaman ilmu seperti ni.
Cuma sayang sangat bila sepatutnya kit macam ni boleh memudahkan urusan, akhirnya jadi satu kontroversi akibat sikap dan kebodohan kita semua.
However, aku tetap teruskan Halal in Kit ni untuk existing customer sebab dorang memang dah guna.
Kalau mana-mana yang interested nak cuba, boleh contact 012-7728976. (atau refresh blog ni and klik kat pop out window sebab link tu gunakan nombor yang sama).