2019-02-01

Pandai masak ke tak?




Kenapa eh bila seorang perempuan ada pelajaran tinggi, ada kerja besar dan cantik pulak tu, mesti ada yang persoalkan samada dia boleh memasak ke tak?
Memang orang pompuan ni wajib tau masak dan tak perlu jadi pandai-pandai sangat ke camne cerita dia.
Macam ada yang tak puas hati pulak bila tengok perempuan ada pakej cantik, kaya, bijak and berkerjaya besar, mesti lepas tu nak bash samada dia tau masak ke tak atau tau mengaji ke tak.
Yang pelik tu, yang mem-bash ni orang lelaki.
Patutnya kau seronok bila perempuan macam ni wujud.
Yang dah sedia cantik, sedia bijak, sedia bekerja, kau tinggal 'repair' sikit-sikit je.
Alah, macam la aku tak tau masing-masing masa cari awek dulu tengok rupa jugak.
Takde maknanya awal-awal nak mengorat dulu kau tanya perempuan tu pandai mengaji ke tak, hafal Quran ke tak, pandai masak ke tak, kan?

"Berilah nasihat yang baik kepada wanita kerana sesungguhnya wanita itu diciptakan dari tulang rusuk. Tulang rusuk yang paling bengkok adalah tulang rusuk yang paling atas. Jika engkau berusaha keras untuk meluruskannya, ia akan menjadi patah. Jika engkau membiarkannya, ia akan tetap bengkok. Kerana itu, berilah nasihat yang baik kepada wanita." (Muslim & Bukhari)

Ayat "berilah nasihat".

Wanita memang selayaknya tak tahu apa-apa, dan kerana itu bimbinglah dia.
Bentuklah dia jadi seperti yang kita (suami) mahu.

Di sinilah bermulanya tugas seorang suami.
Suamilah yang bertanggungjawab menjadikan isterinya seperti yang dia mahu.
Kalau nak isteri pandai masak, ajar.
Nak isteri pandai baca Quran, ajar.
Nak isteri pandai jaga aurat, ajar.

Beri nasihat dalam hadis ni bermaksud bimbing, tunjuk ajar, beri teguran, beri pandangan, atau latih dia.
Bukan tau nak dapat isteri perfect 10.
Tau-tau je dah sampai kat kau dengan bijak, cantik, pandai masak, pandai mengaji, hafal Quran, pandai cari duit, gitu?
Amboi senangnya hidup.
Ada reason kenapa Allah anugerahkan suami pegang kunci syurga isteri.
Ingat Allah bagi kita hak pegang kunci syurga isteri tu buta-buta je tanpa tanggungjawab?

Kalaupun isteri tu hanya tau bercantik-cantik dan tak tau masak, di situlah tugas suami bimbing isteri biar tahu masak.

Ustaz aku kata, suami yang dapat isteri tak tau masak, itu adalah ladang pahala buatnya kerana 7 amal jariah yang pahalanya berterusan antaranya adalah ilmu.
Seorang suami yang mengajar isterinya ilmu memasak atau menghantar isterinya belajar masak, umpama dia menyampaikan ilmu.
Selama isteri manfaatkan ilmu memasak tu, selama itulah pahala suami juga berpanjangan.

Jadi jangan ingat ilmu mengaji dan ceramah je yang boleh bagi pahala berpanjangan.
Apa-apa ilmu pun kalau mendatangkan manfaat, itulah ladang pahala termasuklah ilmu memasak yang kita bagi pada isteri.
So, para lelaki di luar sana, kalau dapat bakal isteri yang tak tau masak, tak apa.
Itu peluang untuk korang buat amal.
Hantar isteri belajar masak, atau kau je lah ajar dia.

Ada 1-2 orang kat FB aku, aku tak ingat nama dia apa.
Kadang-kadang lalu kat newsfeed video suami dia ajar dia masak lemak rebung, masak sayur batang keladi, laksa ikan sardin, macam-macam.
Dia cakap suami dia selera kampung dan dia tak reti nak masak lauk-pauk macam ni jadi suami dia belikan barang-barang and ajar camana nak basuh rebung, macamana nak potong sayur keladi, macamana nak masak and so on.
Ini baru betul.
Dia teringin nak makan lalu dia ajar isteri.
Bila isteri dah pandai, barulah boleh order bila teringin.
Bukannya tau order je, tapi tak pernah ajar.
Dah la tak ajar, barang mentah pun tak belikan. Eh.

Sama lah dengan perangai suami-suami yang kondem katanya isteri nampak macam makcik-makcik lepas beranak 3, isteri tak pandai berhias, badan isteri macam tong drum, etc.
Cubalah hulur kepala agong kaler purple tu 3-4 keping buat modal beli skin care, pastu kalau masih tak cantik barulah komplen.
Ini tak, mintak macam-macam tapi bagi modal air liur je.

Bukanlah kata perempuan tak perlu belajar memasak.
Kalau tahu memasak dan pandai pula memasak, itu lebih bagus.
Kerana ada hadis tentang ni :

"Siapakah wanita yang paling baik?" Jawab Rasulullah "Yang paling menyenangkan jika dilihat suaminya, mentaati suami jika diperintah, dan tidak membuat suami benci" (Ahmad, 25).

Dalam ertikata lain kalau isteri boleh pandai semua, itu lebih bagus.
Tapi, tak bermakna wajib pandai semua kerana suami bertanggungjawab membentuk isterinya.

Samalah juga dengan issue samada menguruskan rumahtangga tu kerja isteri atau tak.
Kalau ikut majoriti ulama' cakap urusan rumahtangga bukanlah tugas isteri.

Habis kalau bukan tugas isteri, tugas siapa?
Suami ke?

Kesian juga suami semua benda dia nak kena take over.
Cari duit dia, bagi nafkah dia, pastu masak-masak pun dia? Matilanakkk.

Sebab itulah suami perlu bagi ilmu memasak pada isteri (kalau isteri tak tau memasak).
Kerana bila suami dah equip segala benda - ilmu, duit belanja, kelengkapan dapur - bila dia order isteri untuk memasak, di situlah baru jatuh hukum wajib untuk isteri masak.
Sebab apa?
Sebab suami dah sediakan semuanya.
Bila tak patuh, barulah derhaka.

So, para suami yang nak gunakan alasan 'isteri tak memasak' untuk bercerai, mohon pikir 34 kali.
Bukan apa, taknak bagi malu kat diri sendiri je.
Karang ustaz tu tanya "Hang ada ajar dia memasak ke tak?", mau terkebil-kebil nak jawab.

Tapi bagi aku isu tanggungjawab siapa kena uruskan hal rumahtangga ni, pendapat yang lebih baik mestilah dilihat dari kebiasaan masyarakat.
Contohnya masyarakat kat bandar wajar ada pembantu (bibik).
Kesibukan suami isteri berkerja, maka pembantulah yang tolong uruskan rumah - dari memasak, membasuh, menggosok sampailah tolong siapkan anak-anak nak pi skolah.
Ini benda biasa bagi masyarakat bandar, tak perlu nak pertikaikan kerana kebiasaannya memang begitu.

Sama macam kat Arab Saudi.
Kat sana dah jadi sesuatu yang wajar untuk ada pengasuh.
Rata-rata orang kat sana ada bibik.
Jadi kalau kebiasaan di sana memang macam tu, maka dituntut (tak salah) untuk suami sediakan pembantu.
No such thing as "Orang yang ada bibik ni pemalas masak and malas jaga anak".

Dapat bakal isteri yang perfect 10 pandai segala-galanya, good for her lah.
The thing is bila sebut "pandai masak", kita imagine level dia macam chef.
Apa kita order semua dia boleh buat.
Oii, memang payahlah gitu.

Ingat lelaki je reti pilih perempuan perfect 10 untuk dijadikan isteri?
Perempuan pun reti lah.

Lelaki yang cool tu adalah bila kita jawab "Yes, saya pandai masak".

Dia jawab "That's cool. Let's cook together someday" (nah! aku sedekah pickup line)

Tapi lelaki perfect 10 tu bila kita jawab "Tak, saya tak berapa pandai masak".

Dia jawab "That's cool. Jom kita blaja masak sama-sama so someday we can make our perfect dinner." (nah! aku belanja lagi satu pickup line)

Semua perempuan boleh masak, jangan risau.
Cuma level beginner, intermediate atau advance je.
Skill memasak sama dengan semua skill lain - play chess, public speaking, memanah, menyulam.
Semua ni kena blaja baru boleh mahir.
Memasak bukanlah issue pandai atau tak, tapi more than that.
Memasak adalah cara untuk bertahan hidup.
Kita makan sebab nak survive.
Jadi, menjadi sangat pandai masak tu tak perlu, asal boleh kenyang cukup.
Yang wajibnya bukan masak tapi makan.
Tapi kalau kau meniaga makanan, pastikan masakan kau sedap lah.
Karang dapat maki pulak.