2019-02-08

Salah tuding


Istilah "hijrah" mungkin lebih popular di zaman ni.
Hijrah yang dimaksudkan adalah to start returning to religious life.
Iaitu cuba mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya serta cuba untuk jadi lebih baik kerana sebelum tu mungkin tak care too much or really didn't care dengan peraturan agama.

It really makes us sad bila ada saudara-saudara kita yang "hijrahnya gagal", iaitu yang gagal istiqomah dalam agama, kembali ke zaman silam dan sekali lagi melanggar perintah Allah.

Sejujurnya istiqomah sangatlah susah.
Ada waktu-waktunya semangat hijrah tu pudar.

Aku tahu susahnya melawan nafsu dan meluruskan niat yang tak pernah lurus.
Dan aku faham betul rasanya perit struggle untuk tetap istiqomah dalam keadaan banyak godaan kiri kanan.

Dulu, aku pernah rasa nak balik ke zaman aku yang dulu.
Zaman di mana baju yang aku pakai tak selabuh sekarang.
Zaman di mana tudung aku tak selebar sekarang.
Zaman di mana aku tak ambil peduli lansung batas aurat dan pergaulan.

Zaman tu, expectation manusia sangat rendah jadi segala-galanya lebih mudah.
Apalah sangat yang boleh diharapkan kat perempuan berambut merah, berskirt pendek paras peha, dengan baju jarang nampak warna coli?
Bukan boleh dijadikan role model pun.
Bila expectation manusia rendah, hidup terasa lebih bebas.
Less tekanan.

Bila mula berhijrah, hidup terasa terkongkong.
Serba-serbi tak boleh.
Tak pakai stokin, tak boleh.
Tak pakai hand sock, tak boleh.
Tudung tak tutup dada, tak boleh.
Baju ketat walaupun menutup (membalut) aurat, tak boleh.

Pada ketika itulah istiqomah jadi sangat susah, dan hijrah terasa sangat berat.
Mulalah terasa nak kembali ke zaman "jahiliah".

Sebab apa terasa berat?

Kerana "Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya. Dan setiap orang akan mendapat apa yang dia niatkan. Barang siapa berniat hijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa hijrahnya kerana dunia, maka hijrahnya kepada apa yang dia inginkan itu" (Bukhari & Muslim).

Dalam bahasa mudahnya, hijrah yang dibuat kerana kecenderungan kepada dunia atau kepentingan dunia, istiqomahnya akan bersifat dunia juga.
Bukan ke dunia sifatnya sementara?
Jadi kalau hijrah itu ada kepentingan pada dunia, maka besar harapan hijrah itu juga bersifat sementara.

Manakala Allah, sifatnya abadi.
Maka kalau hijrah Lillahi Taala, insyallah berpanjanganlah hijrah tersebut.

Aurat wanita memang ketat berbanding lelaki.
Banyak benda yang tak boleh dari boleh.
Dan itulah yang membuatkan aku pernah rasa terkongkong dan nak balik ke zaman daring.

Sebab itulah, hijrah bukan sekadar tukar penampilan tetapi wajib diikuti dengan pertambahan ilmu.
Jangan hanya berubah dari tak pakai tudung ke pakai tudung.
Ilmu juga mesti berubah dari tak tahu kepada tahu.
Bila kita tak memahami kenapa mesti begitu, kenapa mesti begini, itulah yang buatkan kita stress.

Bayangkan bos suruh kita buat something tanpa kita tau kenapa kena buat.
Dah tentu kita buat sambil lewa dan lama-lama takde hati nak buat lansung sebab kita tak tau apa fungsi dan benefit kita buat semua tu.
Berbeza kalau kita diberitahu yang kita akan dinaikkan pangkat dan gaji kita akan ditambah, dah tentu kita akan buat dengan sungguh-sungguh.

That's why bila kita berhijrah, usahalah belajar agama.
Kalau persekitaran kita tak membantu hijrah kita menjadi lebih baik, keluarlah cari persekitaran yang boleh membantu.
Duduklah rapat-rapat dengan ahli agama.
Tanya mereka apa yang kita tak tau, biar kita jadi tahu.
Bila kita dah tahu dan faham, insyallah lebih mudah kita istiqomah.

Antara punca kenapa kita gagal istiqomah dalam men-cover aurat adalah kerana kita salah faham tujuan menutup aurat itu sendiri.
Menutup aurat tak akan menjadikan kita lebih cantik kerana memang tujuannya bukan untuk nampak cantik tetapi untuk melindungi kecantikan.
Kecantikan tak akan hilang dengan menutup aurat, tetapi kecantikan itu dilindungi.
Yang hilang cumalah perhatian dan pujian manusia, dan itulah sebenarnya yang kita takutkan.
Kita takut pujian tu dah tak ada lagi dan kita takut pujian tu beralih pada orang lain, kan?

Bila kita masih nak bergaya macam-macam trend setelah menutup aurat, itu yang menjadi punca kita susah nak istiqomah.
Kalau kita faham konsep menutup aurat adalah untuk melindungi kecantikan, insyallah jalan hijrah kita lebih mudah.

Yang menutup aurat dengan sempurna memang belum tentu orang baik-baik dan belum tentu masuk syurga, tapi setidak-tidaknya ada usaha menjadi seperti ahli syurga.
It is undeniable ada perempuan berhijab yang akhlaknya tak mencerminkan akhlak seorang muslimah.
Itu yang buat some people sinis dan pesimis tentang perempuan bertudung.

Bertudung dan akhlak adalah dua perkara yang berbeza tetapi kedua-duanya wajib untuk dilaksanakan.
Tak ada yang lebih baik dalam pelaksanaannya.
Maksudnya kalau "kita tak bertudung tapi baik" tak menjadikan kita lebih baik dari "dia bertudung tetapi bermaksiat".
Kerana kita semua tahu perempuan yang membuka kepalanya, di akhirat nanti kepalanya akan digantung atas api neraka sehingga menggelegak otaknya secara berterusan.
Manakala yang bermaksiat, kemaluannya akan bernyala dengan nyalaan api neraka.
Tak ada yang "lebih baik" pun kalau kita tengok dua-dua azab ni.
Tempatnya masih sama-sama di neraka.

Sedih bila ada saudara-saudara kita yang gagal istiqomah dalam hijrahnya.
Tapi jauh lebih sedih bila ada yang menggalakkan dia untuk terus gagal.
Dah la taknak jadi baik, hasut pulak orang jadi jahat.

"Lebih baik tak payah pakai tudung kalau masih nak bermaksiat!"

"Tak payah hipokrit kalau perangai tak selari dengan penampilan!"

"Ah rugilah solat kalau masih buat dosa".

Ini adalah statement yang menyesatkan.
Tak ubah macam ajakan setan.

"Alladzi yuwaswisufi sudurin nas. Minal jinnati wan nas"
[Yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia. Dari (golongan) jin dan manusia.]

Ayat yang aku bold-kan tu membuktikan bahawa yang mengajak kepada kejahatan bukan saja jin, tapi juga manusia.
Memang ada kelompok manusia yang berperangai macam setan.
Iaitu kelompok yang menggalakkan kejahatan, yang membagi statement menyesatkan.

"Saya dah solat, tapi masih nak buat maksiat juga".

Ya, tapi mesti ada feeling guilty lepas buat maksiat, kan?

'Guilty' itu adalah sebahagian dari proses penyembuhan hati.
Itu adalah bukti bahawa solat menjauhkan kita dari dosa kerana kita dah mula rasa tak sedap hati bila masih bermaksiat dan dah mula rasa malu dengan diri sendiri setiap kali lepas bermaksiat.
Bukan ke malu itu sebahagian dari iman?
Bermakna solat membangun keimanan.
Dulu buat maksiat tak rasa apa, tapi bila dah mula menjaga solat, setiap kali terkehel ke lembah maksiat dah mula rasa tak sedap hati dan menyesal.
Dulu buat maksiat tak menyesal pun, malah bangga.
Sekarang dah ada bibit-bibit menyesal.
Jadi, jangan tinggalkan solat walaupun terkehel dalam maksiat.
Teruskan solat kerana solat itu nanti akan bawa kita benar-benar ke jalan Allah.

Samalah macam tudung.
Kalau kita buat dosa, yang patut ditinggalkan adalah dosanya, bukan tudungnya.

Membuka aurat jelas buruk dalam Islam manakala menutup aurat jelas kebaikan dalam Islam.
Itu adalah perintah, takde kaitan dengan akhlak.

Bila seorang perempuan dah tutup aurat bermakna dia dah buat kebaikan.
Kalaupun dia masih bermaksiat, itu takkan membuatkan auratnya jadi buruk.

Bila seorang perempuan tak tutup aurat bermakna dia dah buat keburukan.
Kalaupun dia banyak bersedekah tidak menjadikan auratnya lebih baik.

Maksudnya kat sini, bila perempuan yang bertudung bermaksiat, jangan dikaitkan dengan tudungnya.
Kita tegur maksiatnya, bukan tudungnya.
Bila kita tegur tudung, maka tudungnya yang akan hilang, maksiat tak hilang.
Sama juga macam bertudung tapi aktif membawang.
Yang patut ditegur adalah aktiviti pembawangannya, bukan tudungnya.

Begitu juga dengan yang tak bertudung.
Jangan anggap dia tak buat kebaikan lansung.
Kalau dia buat benda baik, tetap ada pahala.
Cuma sayanglah, dah penat-penat buat pahala, tapi kerana selembar rambut, hilang pahala.
Kerana dalam pada pahala masuk, dosa pun masuk sekali.