2019-02-07
Berdamai dengan takdir
Setiap kali aku terbaca berita tentang kematian, especially di kalangan friendlist dalam FB, aku tak tau nak cakap apa melainkan "Takziah".
Tak sanggup rasanya nak cakap "Bersabarlah dengan ujian" sebab aku tau dia sedang bersabar dan mungkin sabarnya jauh lebih hebat dari aku.
Walaupun nampak macam dia "tak move on" lagi, itu wajar.
Even menangis pun wajar.
Menangis bukan petanda tak sabar.
Menangisi jenazah kerana sedih dengan kematiannya adalah perkara yang wajar dan itu biasa bagi manusia.
Islam pun tak larang menangis kerana itu dah jadi tabiat manusia.
Cuma kalau namanya tabiat, mestilah ada batas yang boleh di-tolerate dalam Islam misalnya marah, ketawa, dan bergurau - ini semua masih dibenarkan selagi masih dalam batas yang wajar.
Bulan lepas, ada 3-4 berita kematian.
Sorang, senior Redza di Langkawi.
Lagi 3, di kalangan friendlist FB (ahli keluarganya yang meninggal).
Sejujurnya yang 3 orang tu aku tak kenal, maybe blog readers.
Tapi walaupun tak kenal, dah berita tu kebetulan aku nampak, aku ucap juga takziah.
"Takziah".
Itu je lah yang mampu aku komen.
Nak bagi nasihat panjang lebar, aku rasa dorang jauh lebih strong dari aku.
Bukan senang menerima berita kematian, lebih-lebih lagi kalau yang mati tu di kalangan ahli keluarga.
Hakikat kematian yang pertama aku rasa adalah bila arwah datuk aku meninggal tahun 1988, masa aku darjah 5.
Walaupun moyang aku meninggal lebih awal, tapi waktu tu aku sangat-sangat kecik, ingat-ingat lupa.
Yang aku ingat, aku dengan adik aku sibuk main tangga naik ke loteng padahal jenazah ada depan mata.
Aku tak pernah terfikir pun yang satu hari nanti aku akan berdepan dengan hakikat kematian ahli keluarga.
Memang tak pernah terfikir, until Isnin, 7 Mac 1988, atuk aku meninggal.
Maybe dia punya impak tu terlampau besar untuk aku yang masa tu baru umur 11 tahun, walaupun dah hampir 31 tahun sekarang, aku masih boleh menangis sampai bengkak mata setiap kali teringat arwah atuk.
Kadang-kadang termimpi arwah atuk.
Itu cara-cara dah 31 tahun atuk meninggal. Atuk je pun.
Apetah lagi yang berdepan dengan hakikat anak kandung meninggal, allahu, tak dapat aku bayangkan macamana kuatnya jiwa dan mental those yang diuji.
Tak sampai hati rasanya nak suruh bersabar dengan takdir Allah tu.
Apa yang aku boleh sampaikan kat sini, kalau rasa nak menangis, menangislah.
Menangislah sepuas-puasnya asal jangan sampai meratap.
Ambillah masa seberapa lama pun untuk 'berkabung' asal jangan lupa Allah.
Tenunglah gamba arwah selama manapun kalau itu boleh redakan luka di hati asal dalam masa yang sama kita belajar terima takdir Allah.
Bukan hanya kematian.
Kadang-kadang kita susah nak terima takdir berupa kesusahan atau kegagalan.
Gagal bercinta.
Putus tunang.
Tak jadi kawen.
Gagal mengandung.
Bercerai.
Sesuatu yang kita tak nak terjadi pada diri kita atau sesuatu yang menurut pemahaman kita tak bagus buat kita - kita tak nak.
Ketika kita menolak takdir tersebut, kita sebenarnya lupa bahawa Allah pencipta takdir.
Dan sebagai pencipta takdir, pasti Dia lebih tahu apa yang terbaik buat ciptaanNya.
Inilah yang selalu kita lupa.
Bak kata ustaz aku, manusia pandai sebut perkataan "semoga".
"Semoga ada jodoh kami"
"Harap-harap dapat jumpa dia"
"Mintak-mintak lulus"
Perkataan "semoga", "mintak-mintak" dan "harap" sebenarnya adalah salah satu bentuk keyakinan kita terhadap ketentuan Allah.
Kita mahu, tapi at the same time kita sedar kita tak ada kuasa sepenuhnya maka sebab itu kita letakkan harapan, bukan keyakinan.
Kita berharap agar apa yang kita nak tu akan terjadi.
Bila kita meletakkan harapan, at the same time kita mesti be prepared for the worst.
Malangnya kita tak bersedia untuk itu.
Kita cuma letakkan harapan supaya apa yang kita nak, tercapai.
Kita lupa nak bersedia bahawa harapan itu ada possibility takkan terjadi.
Bila kita tak bersedia untuk terima kegagalan, itulah yang buatkan kita terjelepuk bila kegagalan tu benar-benar berlaku.
Tak payah guna orang lain sebagai contoh.
Aku sendiri pernah rasa kecewa dengan takdir yang terjadi kat diri aku, yang aku rasa tak patut terjadi.
Especially bila dah usaha mati-matian tapi tak berjaya.
Waktu ni, kalau orang bagi aku nasihat "Sabarlah, ada hikmahnya", rasa macam nak hempok je kepala dia.
Nak je aku cakap "Hikmah apa? Mana hikmahnya? Tunjuk kat mana hikmah kegagalan?"
Sedangkan aku dah buat semua.
Aku dah spent habis-habisan duit, tenaga, masa, perasaan. Semua dah buat.
Apa lagi yang kurang?
Bak kata ustaz, mungkin taubat yang kurang.
DANGGGGG! [setepek di dahi sendiri]
Yes.
Taubat kurang.
Kadang-kadang apa yang kita buat semua dah betul, takde yang salah, tapi dosa banyak sangat.
Kita semua buat dosa.
Takde apa yang nak malu bila orang kata "Hah! Tu lah sebab banyak sangat buat dosa yang dapat musibah tu".
Kalau musibah yang datang adalah kerana dosa dan dek kerana itu kita jadi ingat nak taubat, maka sesungguhnya musibah adalah baik untuk kita.
Maybe itu sebenarnya yang Allah nak bagitau kita secara tersirat, tapi kita tak faham-faham.
Asyiklah fikir usaha tak cukup, padahal bukan itu punca kita gagal.
There is a strong correlation between taubat and istighfar dan kaitannya dengan kemudahan hidup.
Nabi Nuh pernah ajar kaumnya, "Mohon ampunlah kepada Allah, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat. Dan memperbanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun, dan mengadakan pula di dalamnya sungai-sungai" (Nuh, 10-12).
Boleh jadi, musibah yang menimpa diri kita adalah harga yang wajib kita terima demi nak capai sebuah kejayaan lain, siapa tau kan?
Bila kita dah buat semua, tetapi tak menjadi seperti yang kita harapkan, ada dua perkara yang kita kena terima.
Yang pertama, taubat kurang.
Mungkin ia adalah 'buah' dari dosa kita, iaitu dosa-dosa kecil yang kita lupa nak taubat.
Yang kedua, mungkin kegagalan adalah yang terbaik untuk kita.
Takdir yang baik, dah tentu baik untuk kita.
Takdir yang nampak macam tak menguntungkan, boleh jadi ada kebaikan yang Allah 'paksakan' untuk kita, yang kita tak nampak hikmahnya di dunia.
Kerana janga lupa, bahawa kita bukan hidup sekali, tetapi 2 kali (3 sebenarnya).
Kita hidup di dunia, di alam barzakh, dan di akhirat kelak.
Kalaupun hikmahnya tak nampak di dunia, boleh jadi nampak di alam barzakh nanti.
Boleh jadi takdir yang kita tak suka ni merupakan tangga untuk kita capai darjat yang lebih tinggi di sisiNya nanti.