2011-08-19

Customer update untuk cookies.

Sticky Pos. Entry baru kat bawah-bawah.


Sebelum tu, pada yang tak tau cerita, read this first

Delivered :

Aimi
Nurul Hani
Hajjar Nurfaisyah (2X)
Anuar Nasiruddin
Hermawatimazuen Bahari
Noor Eriwati Amat
Sy Intan Mursyida Syed Mahadzir
Syada Zul (2X)
Siti Azireen Hezza Azahar
Nurizan Tahir
Siti Nuraini (2X)
Nur Faizah (Fae)
Siti Amirhah Ishak
Noor Hazliyana Halim
Zalina Yasok
Aisyah Hanum Abu Bakar
Nurul Naquiah Saiful Anuar
Baiti
Khairul Ain Azana Azmy
Farah Dina Abdullah
Screwy Misse
Amirah Hanim
Azuana Abu Bakar
Nurmahirah Abdul Rahman
Rafizah Razali
Fillanie
Nurul Zufri
Anida Salwani Abdul Hadi
Fauziah Abdul Rahni
Efariziana (1X)
Zaini Yaacup
Dila
Nur Syahidah Bakar
Nur Asma Abd Wahab
Noor Hafidzah Mahfodz
Maziatul Shima
Wan Hanum
Suhaini Nordin (2X)
Rina Norlina Abdul Razak
Shamsida Awang Ngah
Noor Hanani
Hafizah
Alia Syuhada
Mazwin
Akram Abdul Rahman
Aben
Siti Aida Rahimah Mustafa
Missiera
Shuhada Omar
Suriani Sukor (1X)
Shima Zahar
Nur Azura Kamaros
Amalina Majid


Ready at Bangi for collection :

Zareda Norman
Siti Hawa Hamid
Nurunnahar Md Latib
Shazreena


Ready at Putra Heights for collection :
Sweetbutterfly 0101
Fairus Kusaini
Zihan
Hamidah Md Yusop
Noor Earaliana
Wan Safuraa Mohamad Shukor
Julyjulaila binti Abu bakar
FARAH HASLINDA MOHD NASIR
Ramelda Surin
Aznita
Intan Suliana
Ayu Fariza
Zura (Kampung Tengah)
Fara Wahida


Will be ready before Hari Raya, insyallah (bank slip received before 16th):

A. Putra Heights (self-collect from bibik sebab aku takde next week)

1. Khairin Hussin (25/8)
2. Nadira (25/8)
3. Efariziana Ibrahim (21/8)
4. Siti Haniza Ab Rahman (22/8)
5. rifhan bt bahauddin (26/8)
6. Nurul Wahida Azlan (25/8)
7. NURUL ALIA BT MOHD ANUAR (23/8)
8. Aini salwati (25/8)
9. Nor Shahrina Binti Mohamed Yusof (26/8)
10. Noor Izaya Abd Rahim (yaya) (22/8)
11. Nawwar Hafidz (25/8)
12. Shazwani (25/8)

Call Mak Aji to reconfirm whether to self-collect at Bangi or will be delivered :

1. Syifa (25/8)
2. Anom (25/8)
3. Suriani Sukor (23/8)
4. Yana Manaf (26/8)
5. Zarinah Bt. Mhd. Ismail (25/8)
6. Amirah Yaakob (28/8)
7. Che Wan Nor Habibi Che Wan Adnan (23/8)
8. nasuha badrul (24/8)
9. KHADIJAH ABDUL RAZAK (25/8)
10. Asnimah (21/8)
11. Sufiza venus (25/8)
12. Tetty Hayati (23/8)
13. Erni (20/8)
14. Ahlia Fairuz (27/8)
15. Azwin (23/8)
16. Siti Radz (25/8)
17. norly saliana isnin (21/8)
18. Hasrul (22/8)
19. Arnie Sofiana (21/8)
20. Pn Azizah Abd Rani Baba (21/8)
21. risa edrus (23/8)
22. Zaidah Othman (24/8)
23. AZWIN BINTI MILAN (24/8)
24. DALILA FARHANA BAHARUDDIN (25/8)
25. Airen (22/8)
26. Noor Salina Noordin (20/8)


Collect at Tregganu on 28th
1. Rodzielah


To be confirmed with Pos Laju
*Marlina Manaf
*Jamil Zaizakkarani
*faizahfazril
*Shazreen Fatihah Shaari
*Jihaan
*EZREYNIZA ABDULLAH ( ERIN )
*Rahmah Abd Rahman
*SITI AIFA ZAFIRAH BTE AHMAD
*Munirah Mat Daud
*Finie Sabari
*Rosemayzuraini Ishak
*Anis Kausar Ghazali
*Rozihana Abd Aziz
*Fauziah Tengah


THE REST YANG NAMANYA TIADA DI SINI, SILA CONFIRMKAN DENGAN MAK AJI (019-2244646) SAMADA NAK COLLECT LEPAS RAYA OR CANCEL ORDER. MAK AJI AKAN CUBA SIAPKAN JUGA COOKIES UNTUK YANG HANTAR PAYMENT NOTIFICATION AFTER 15th.

Ni je la yang ada



Aku sendiri tak tengok lagi iklan dia. Semuanya ada 4 episod iklan.
Yang first ni dah release. Ada antara yang dah tengok this iklan mesej aku kat FB/Twitter "dah tengok". "Olay" kata nanti ujung-ujung dia akan bagi DVD untuk kitorang buat kenang-kenangan. Maybe masa tu nnt aku leh upload kat blog. Buat masa ni, nikmatilah iklan jarak jauh yang aku snap masa preview kat studio.



Buat-buat la terpegun tengok iklan ni ye.

URGENT. Kalau boleh RT sila RT.




Delivery by courier

Pos Laju Shah Alam inform aku hanya delivery yang dibuat on 19th (esok) sahaja dijamin tiba ke recipient before raya, selepas tarikh itu tiada jaminan akan sampai sebelum raya. Disebabkan itu, maka jadual delivery akan dirombak semula. Customer yang hantar PAYMENT NOTIFICATION sebelum dan pada 15th sahaja akan diposkan esok (19th).



Local delivery/self pick-up

Something came up kat ofis and I will be out of town starting this coming Monday.

Kalau dulu aku deliver based on requested date by customer, now aku akan dahulukan delivery kepada customer yang FAX/EMAIL PAYMENT NOTIFICATION sebelum 16th. Kepada yang hantar PAYMENT NOTIFICATION selepas tarikh tersebut, cookies anda hanya akan dibuat kemudian, bergantung kepada kesempatan. Cookies tetap akan dibuat tetapi takde guarantee boleh deliver/collect before raya.


Notification

Mak Aji/Pak Aji/Ibal will be helping me to notify korang tentang perubahan ini thru sms. Mak Aji akan tolong buat cookies based on recipe yang aku dah pass kat dia. Tetapi tiada jaminan akan dapat before raya.

So kalau anda rasa anda adelah orang yang hantar bukti pembayaran selepas 15th, kindly advise if nak proceed or withdraw. Aku dah email to some semalam, and ada yang willing nak ambik lepas raya. Sesiapa yang rasa dialah yang email/fax proof of payment selepas tarikh2 yang disebut kat atas, sila respond straight kepada :

Mak Aji : 019-2244646

Pak Aji : 019-2247677

Bagitau if nak proceed or withdraw.


Nama-nama kat bawah ni, please collect from me at my house sebab aku tak dapat nak deliver, aku kena siapkan a lot of docs for Monday trip.

19th (after 9.45pm)
1. Azuana Abu Bakar
2. Zaini binti Yaacup
3. Sweetbutterfly 0101
4. Fairus Kusaini
5. Zihan

20th (before 11am)
1. Hamidah Md Yusop
2. Noor Earaliana
3. Wan Safuraa Mohamad Shukor
4. Julyjulaila binti Abu bakar
5. FARAH HASLINDA MOHD NASIR

21st (before 11am / after 9.45pm)
1. Ramelda Surin
2. Aznita
3. Intan Suliana

22nd (collect kat bibik/mak mertua)
1. Ayu Fariza

23rd ((collect kat bibik/mak mertua)
1. Zura (Kampung Tengah)

24th (collect kat bibik/mak mertua)
1. Fara Wahida


Those yang self-collect kat Bangi, please check with Mak Aji (019-2244646). Aku dah bagi dia list. But please make sure korang dah hantar bank slip kat aku before 16th.

2011-08-17

Kembalikan ketegangan dalam masa empat hari!!*

Advertorial : Please scroll down for latest updates


Segalanya berlaku dengan sangat pantas.
Macam, zup zap zup zap...done!
Tapi aku suka le keje macam ni sebab semuanya dibuat dengan cepat, so aku takde masa nak melanguk tak tentu pasal.

Macam “Olay SkinBreakthrough Challenge” yang aku advertise hari tu.
Semuanya dah settle, sekejapan.

Semua gamba-gamba yang korang hantar kat aku, berserta jawapan dah disubmit kat team Olay and dorang dah select sorang reader (yang juga adelah blogger) untuk join the challenge adelahhhhhhhh (drum roll seminit)......

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
....yang memegang tagline AUWWWWWWWWW!!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Kerana gamba yang sangat hot inilah maka beliau melangkah ke peringkat seterusnya dengan jayanya!

Nama aunty ni, Fadilla. Nama pena adelah Fillanie. Korang boleh panggil dia Filla.
Aku panggil dia Beb. Kadang-kadang Hoi.

Masa aku inform Filla yang dia terpilih, hari dah malam dah nak pukul 10pm. Esoknya dah nak kena buat skin test. Menggagau member mintak permission laki. Seb baik laki dia sporting.
Esoknya, kena buat skin test.
Face to face consultation with the skin expert from “Olay”, Ms Aishah from Singapore.
Ms Aishah ni sangat-sangat I-am-what-I-produce. Kulit dia cantik!!

Kan kalau kita tengok iklan ubat gigi ke, shampoo ke, ada scene dokter buat analisis kan?
Dulu aku ingat tu scene tipu.
Rupanya tak. Sebab this Ms Aishah memang salah seorang researcher from “Olay” Singapore yang really play with the chemicals untuk produce “Olay” products!
Kagum gila aku berdepan dengan orang yang sama-sama cipta product “Olay”.
Kagum satu hal, satu hal lagi, masa ni la kitorang boleh tanya macam-macam pasal own skin. Bila lagi nak dapat peluang macam ni? Kalau nak harap aku jumpa consultant sendiri, malam la jawabnya.

Actually untuk “Olay SkinBreakthrough Challenge” ni ada 4 blogger di-select oleh team "Olay" :
1. Aku
2. Tammy
3. Cindy
4. Ming

Dan empat-empat blogger ni kena bawak satu reader (melalui contest yang di-advertised earlier). Team aku and Tammy kena test “Olay Regenerist” sebab umur kitorang range 31-36. Yang the rest team muda-mudi so test “Olay White Radiance”.

Kitorang diarahkan untuk TIDAK BERMEKAP masa datang ke studio.
Sebab Olay memang betul-betul nak ambik skin record. So no secubit cream or powder. Kalau kau pakai jugak, kau kena basuh.

Masa kitorang dapat tau tak boleh apply anything on face, masing-masing dah terbayangkan kehancuran muka sendiri. Muka aku ni jenis berlengas satu hal, si Filla pulak time ni la muka dia nak tumbuh pimples segala dia kata. Itu skin issues yang biasa didengar. Takpe lagi. Masalahnya skarang, kitorang ni menuju senja, haruslah muka pun dah nampak sikit fine lines and wrinkles kat bawah mata tu. Lagi la aku rasa nak pakai niqab pagi tu kan.

Atas sebab itulah team kitorang diberi tugasan untuk guna “Olay Regenerist”. “Regenerist” ni memang fungsi dia untuk menegangkan kulit and mengurangkan kedutan*.
Without mekap.

Masa tunggu si Filla ni sampai.
"Olay" mintak kitorang bawak maroon/red (sebab botol Regenerist kaler merah and hitam). Tapi nampak tak aku bawak jugak kaler putih kan? Dasar tak paham arahan.


Sampai kat studio, team “Olay” bagi sikit lebih kurang arahan apa nak dibuat pagi tu.


And production team pun dah bersedia nak shoot skin test scene.


Test kaler merah baju aku nampak cantik ke tak dalam TV.
Baju orang lain semua body shape, aku je bawak baju macam nak masuk The Biggest Loser.


Disebabkan “Olay” ni adelah produk kosmetik wajah, jadi team “Olay” mintak aku gantikan anak tudung awning aku kepada anak tudung penyek, biar nak bagi nampak jelas struktur muka.

Kannnnnnn?????

Muka aku dah la kemek okkk.
Bila pakai tudung penyek lagi laaaaaaaaaa.

Tapi, bak kata pepatah.
Masuk kandang rimau mengaum ye anak-anak, jangan mengembek. Nanti kau mati kering kat dalam tu.
Jadi, jangan menyusahkan, kita senangkan keje dorang.
Dorang mintak ganti anak tudung, silakan. Aku takde hal.
Walaupun pastu aku takut nak tengok muka sendiri.


Makeup artist tengah pakaikan tudung.


......siap ada riben kat tengkuk youuuu.


Betul-betulkan tudung and rambut before shoot for skin test scene. Fila tension ngan rambut, aku tension ngan tudung. Pastu masing-masing tengok sesama sendiri, gelak. Ok, hilang stress.


Rolling......actionnn!!!

Kitorang group yang kedua buat skin check ni. Group first, Tammy and her reader.
Walaupun aku and Filla satu team, tapi skintest buat sorang-sorang.
Ni bukan sekadar lakonan ye.
Memang dia check skin betul-betul.
Masa dia shoot tu, Ms Aishah memang ambik data skin aku. And the Director dah cakap, tanya je la apa nak tanya kat Ms Aishah masa dorang shoot tu sebab dalam scene ni memang diorang perlukan gambaran aku sedang berinteraksi.

Ohhhhh, memang aku berinteraksi betul-betul la.
Sape nak panggil aku berlakon takyah risau skrip. Aku anytime boleh keluarkan skrip sendiri, konfem! (tima kasih la En Hamzah Tahir sebab belasah bontot aku time class Basic Acting dulu)

Memang aku ambik peluang ni tanya macam-macam kat Ms Aishah pasal kulit aku. Bila lagi nak dapat peluang macam ni baiiii. Ada a few probe dia guna untuk check skin ni. Ambik masa jugak la sebab dia nak simpan data lagi. This data yang akan dibuat perbandingan untuk 6 minggu akan datang. Data ni yang akan membuktikan perubahan kulit aku lepas guna Regenerist after 6 weeks. Tak sabar nak tengok result!

Before aku join the challenge, “Olay” ada tanya apa occasion yang aku akan attend selepas 6 minggu dari sekarang. So aku cakap, 6 minggu dari sekarang still bulan raya, so of course open house!! Jadiiiiiii, “Olay” akan bantu aku (and Filla) nampak lebih muda raya nanti :).

“Olay” akan bantu kitorang kurangkan kedutan dan garis-garis halus pada muka dengan cara menjana semula kulit di peringkat sel**. In other words, kulit jadi lebih firm tanpa perlukan facelift*.

How?

Dengan menggunakan “Olay Regenerist” selama 6 minggu!


Ms Aishah tengah recordkan data kulit perempuan tembun itu.
(series aku macam makcik-makcik la pakai baju ni!)


Ni sape la yang parkinson time ambik gamba aku ni. Aku tau sangat la sape punya keje ni.


Pompuan ni kan, asal turn dia lama sikit je depan kamera mesti kuar statement 'Weyy, tangan aku dah sejuk ni oiiiii'.


Lepas settle skin test, kitorang kena buat scene yang dinamakan "WE AREA READY!!".
Ok, aku nak tergelak bila type 'we are ready' tu.
Teringat macamana menggelabahnya aku ngan Filla kena prepare skrip nak cakap depa kamera. Actually takde la cakap panjang mana pun tapi biasa la kan, selama ni akak cuma camwhore kat blog je dik, sekali kena beraksi depan bapak besar punya kamera, mau tak mencungap.

Padahal nak cakap We are Ready je pun tapi take sampai 7 kali.


Masa ni tengah discuss apa nak cakap depan kamera


Muka serius yang sangat over dari aku.
Takut ooooo, kang Director marah



Lepas selesai bab bercakap depan kamera tu, dorang buat sessi bergambar untuk paper advertisement pulak. Yang ni kalau nak ikutkan lagi kitorang kayu sebab dia suruh kita pose apa saje sebab dia nam ambik gamba candid.

I tak pernah candid-candid tau bang.
I selalu aim cun-cun baru snap.
Kalau tak muka I jadi makcik karipap.

Tapi masa tu dah nak senja, aku ngan Filla memang aim nak balik cepat.
Terus kitorang belasah la buat apa aje.


Orang kat situ tanya 'Korang memang kawan rapat ke?'.

Errr....baru hari tu la jumpa kak.
Ni la bestnya about blog. Kita jadi tak kekok bila jumpa sebab kita baca cerita masing-masing, dah macam hari-hari berjumpa.



Lepas sesi skin test, “Olay” serahkan produk “Regenerist” pada kitorang untuk kitorang guna terus sehingga 6 minggu.

Memang produk ni dah ada dalam market lama dah.
Tapi reason dia buat challenge ni adelah untuk create awareness tentang “Olay Regenerist”. “Olay” bukan sekadar pharmarcy product. Product Olay sekarang dah masuk level premium tapi ramai orang tak sedar. Sebab tu kami (blogger + reader yang terpilih) akan cuba buktikan bahawa produk “Olay”, be it “Regenerist” or “White Radiance” juga mampu buat perubahan yang lebih baik pada wajah.

Range “Regenerist” yang kitorang dapat are :

1. Regenerist Micro-sculpting serum - best seller. Tanpa serum, pemakaian tak complete ye.

2. Regenerist Micro-sculpting cream - cream malam yang bagi extra lembapan pada wajah, mengandungi aminopeptide kompleks (amino peptide kompleks terdiri dari amino peptides, vitamin b3, vitamin e, vitamin b5, green tea extract dan alantoin) yang merupakan agen untuk bagi skin lagi firm tanpa perlu buat rawatan facelift*.

3. Regenerist Superstructure cream SPF30 - cream siang with UV block SPF 30.

4. Regenerist cream cleanser - pencuci muka.


Cara guna dia simple je :


Done!!

Apakata korang beli produk ni now and join us the challenge, sehingga 6 minggu.
Kita sama-sama update the progress kat blog, nak tak?

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Are you ready for the challenge?
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

WE ARE READY!!



* Hasil kajian berdasarkan Micro-Sculpting Cream berbanding tiada rawatan oleh P&G US pada bulan Mei 2006 di kalangan 21 orang wanita

* Results not equal to cosmetic procedure

** Merujuk kepada lapisan epidermis.




p/s : 1st episod iklan dah on air 15th August lepas.

Olay Malaysia
Promote Your Page Too


Turn off!




Tadi belek-belek magazine yang baru dibeli, aku terkesima tenngok gamba this Malaysian supermodel yang sangat well-known (perempuan mesti kenal dia ni, lelaki aku tak sure). Aku tergamam bukan kerana kecantikkannya sebab aku rasa dia ni memang cantik pun cuma sepatutnya pada usia dia sekarang dia tak perlu nampak macam ni. Dulu time muda badan dia takle kurus macam ni sekali, sedap-sedap je. Muka pun nampak isi pipi.

Ada ramai lagi model yang 40-an tapi takde la kering macam ni. Supermodel Anita misalnya, Nasha, even Nik Malini yang dah bersara lama tu pun lagi cantik badan dia.

Aku rasa this featured supermodel dah jadi makin tak cantik sebab dia makin kurus. Kurus gila!!

Aku tau la memang kau perlu slim sebab product yang kau carry is tubuh badan kau sendiri. Mesti kena jaga baik. Tapiiiiiiiiii slim tak bermaksud kurus kering melempai-lempai. Aku tak tau la kalau pandangan lelaki lain, tapi kalau aku yang jadi lelaki, aku tak nampak tang mana yang cantiknya perempuan yang terlampau kurus macam supermodel ni. Sape taknak kurus kan? Tapi kalau kau dah umur 40-an pastu badan kau yang dulu sedap-sedap tetiba jadi kecut sampai terjojol bijik mata tulang belikat kau semua, tang mana cantiknya kau bagitau aku?

Muda-muda takde hal nak kurus, sebab kulit kau masih firm, elastik.
Kau kalau dah berusia tolonglah jangan nak kuruskan badan sangat. Agak-agak la kot. Kalau badan kau dah cecah berat ideal apekejadahharamnya kau nak kurus lagi. Kadang-kadang pelik aku tengok orang tension berat tak turun-turun padaha BMI kau dah ok. Just like Drew Barrymore masa berlakon Charlie's Angle tension nak kuruskan badan padahal aku tengok badan dia ok je. Yang buat dia nampak gemuk sebab dia berlakon dengan 2 orang tiang telepon.

Cuba tanya laki ko, dia suka tak peluk tiang lampu tiap-tiap malam? David Beckham tu bertahan pun sebab dah kena nasik kangkang si Posh. Kalau tak, takde de dia nak tinggalkan skandal dia dulu. Posh tu aku tengok pipi dia je dah boleh bajet tetek dia besar mana. Ada la kot besar sikit je dari cekodok pisang aku buat petang tadi.


Mana yang lagi better?


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Kaki supermodel itu.

Ok, komen dalam hati je.

2011-08-16

Stop




Sehingga ke jam ni, ada 30,000++ kena buat.

Aku tak tau la siapa punya keje buat review pasal cookies aku, since 3 hari lepas mencanak masuk order sampai aku rasa aku aku terpaksa tutup order hari ni. Tak larat nak tunggu 19th sebab takut tak sempat nak menggentel cookies korang. Ni pun ada a few lagi list dalam email yang aku belum update and reply.

Semua request yang masuk sehingga 11am hari ni, insyallah akan diusahakan untuk deliver. Order selepas itu mintak maaf, aku tak dapat nak terima buat masa ni, unless korang nak ambik after raya, then boleh.

Terima kasih banyak-banyak yang order, yang dah selamat makan and yang return customer. Insyallah ada rezeki and kelapangan tahun depan aku buat lagi.

oh, btw, sekali lagi aku menekankan bahawa buka puasa kat de palma 20th august ni bukan majlis aku, tapi sesaje jumpa member lepak-lepak. Antara yang ada ceeramon, viruspadu, fillanie, alonge de cino, syana (annabanana), ..... (lain-lain aku tak ingat).


2011-08-13

Takde yang lebih best dari dapat puaskan hati orang. Thank you all!!




Salah satu komen yang aku dapat from customer :).


atikah has left a new comment on your post "Nak?":

assalamualaikum..

sis, saya ada order dgn sis sebelum ni tapi melalui rakan office saya aida syuhada kat corporate tower subang square..saya satu office dgn dia.

saya beli 2 balang dia pun sama..dah rasa cookies sis..

komen saya dan semua yg makan sama :-

MEMANG SEDAP.
COKLAT CHIP BYK.KIRA XMCM STEGAH ORG SATU DUA JE..KIRA SIS LETAK MMG PUAS HATI..
COOKIES NI KERING..SBB TU MAK SUKA. KOMEN MAK SAYA.
COOKIES NI BILA MASUK MULUT RASA PENUH COZ ADA NUTS AND COKLAT CHIP (ALA-ALA CAIR GITU) INI BF SAYA KOMEN.SAYA BAGI SATU BALANG KAT DIA SBB DIA KATA NK JUGAK.
SAYA PON MKN BARU SUKU BALANG,DIA DAH REMBAT KATA NAK..KAWAN SAYA KATA PUAS HATI BILA COOKIES CAMNI BELI 2 DAPT RM40. BERPATUTAN N RASA SGT PUAS2 HATI..

KIRA KOMEN2 NI SAYA KONGSI DGN SEMUA YG RASA.

APA PUN, TERIMA KASIH SBB MENJUAL DGN SGALA YG BUAT KAMI SEMUA PUAS HATI SGT..SERONOK DPT BELI MKN DAN BAGI KONGSI SEMUA.

Publish
Delete
Mark as spam

Moderate comments for this blog.

Posted by atikah to walk on wings, tread in air at 4:13 PM


Those yang bagi feedback kat sms, thank you. Ada yang aku dapat balas, ada yang aku baca je sebab tak berkesempatan nak reply. Tahun ni tahun pertama aku gatal tangan nak buat cookies for raya. Mula-mula tu aku bajet takat 200-400 bijik dapat jual jadikla sebab aku pun tak menang tangan nak buat banyak. Dengan keje lagi, outstation lagi, kang ada yang aku gentel guna kaki. Sekali yang orderrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.....terus aku panggil "Mama toloongggggggggggggggggg!!!"




Memandangkan aku tak reti nak buat website untuk orang order online, so hari-hari aku kena update order guna excel. Kepada yang order from Sabah (Nunui ke apa nama dia), cookies tu jadik biskut raya ke, serbuk raya dik? Takut aku. Up-to-the-date, sudah 14,000 biji di-produce and insyallah aku akan still bukak order sampai 19th August. Lepas dari tarikh tu, tak dapat la kot. Sebab aku nak tumpukan kepada ibadah pulak. Celemekkkkkkk ayat. PANGGGGGGGGGGGG!

Kepada yang cookies-nya bakal dihantar this weekend and seterusnya, insyallah akan diusahakan.

Again, thank you.




2011-08-10

Womb Scan

This is an advertorial post. Pls scroll down for latest updates.





If only masa aku pregnantkan Rayyan dulu Womb Scan T-shirt ni dah release *nangis ala Neng Yatimah*

Toksah kata orang lain la, aku rasa kalau now aku pregnant, aku pun akan dapatkan Womb Scan T-shirt ni. Sesiapa yang sedang or pernah mengandung mesti sangat-sangat excited everytime nak attend pregnancy check-up, betul tak? Tak sabar nak tengok fetus dah besar ke belum.

Now, with Womb Scan T-shirt, korang bukan saje boleh tengok tumbesaran fetus but also dapat information tentang pregnancy. Kira T Shirt ni macam online pregnancy guide.

T Shirt tu kalau korang tengok dari video ni macam T Shirt biasa je kan?
But, bila ko pakai the T Shirt and halakan graphic atas T Shirt tu mengadap webcam, korang boleh nampak virtual fetus kat skrin komputer korang. Bukan la fetus yang korang nampak kat skrin tu anak korang betul-betul but just a simulation tentang tumbesaran anak tu dalam perut. Eventho yang kita nampak tu bukan anak kita but the gambaran yang dia bagi tu cukup buatkan kita rasa lega and happy.

Kalau 7 tahun dulu bila dokter sahkan mengandung je, aku ngan En Wan menggagau cari bahan bacaan untuk pregnancy. Beli je la, bacanya sampai skarang tak habis-habis lagi. Malas gila.

Bagus jugak ada Womb Scan T-shirt ni. Kita akan rasa lebih semangat nak learn about pregnancy sebab cara penyampaian dia sangat fun.

Jangan ingat kau dah beranak berkali-kali maka ko boleh eksyen ye, like, aku beranak lapan kali dowhhh, apa adehal nak pakai T Shirt segala nak tengok baby dalam perut??
Setiap pregnancy lain perangainya, maka lain juga pengalamannya dan lain juga challenge-nya!

Womb Scan T-shirt ni akan jadi lebih useful to first-time parents lebih-lebih lagi pada new Daddy. Kalau ada antara reader aku ni bakal ayah, aku suggest pegi dapatkan this T Shirt. Learn something from it, jadi takde la keje kau asik menambahkan stress bini je kan. At least ko tau what to do at this and that stage.

Aku tau ramai bakal-bakal ayah sekarang lebih sporting, diorang sangat-sangat ambik berat keadaan isteri yang sedang mengandung. So aku tau korang akan dapatkan Womb Scan T-shirt ni, betul tak?

Mengandung ni adakalanya buatkan ko jadi sangat stress. Bila dah stress ko nak baca buku pregnancy pun dah malas. Nak pulak kalau kau memang jenis malas membaca macam aku kan. So, why don't this time korang try dapatkan Womb Scan T-shirt?

Kekdahnya :

1) Dapatkan Womb Scan T-shirt dengan membeli (of cos kau kena beli something to get something, apa ingat free???) Friso Mum Gold Promo Pack.

2) Lepas dapat T Shirt tu, korang kena log on kat www.growinguptogether.com.my and register personal details and unik kod yang ada pada pek Friso tu.

3) Once registered, nanti korang di-direct-kan ke Womb Scan portal.

4) Kat sini korang kena letakkan a few details as required.

5) Lepas maklumat semua dah diisi, maka bolehlah sarungkan T Shirt tu dan mengadap webcam. Bila webcam korang captire grafik pada T Shirt tu, otomatically ada 3D fetus appear kat MUM's TUMMY AREA!!!!! (bet, first time mummy akan sebak tengok ni!)

Isikan details : nama parent, gynae, hospital, and pregnancy week


On-kan webcam



Virtual fetus:)


Kalau sesiapa dah dapatkan Womb Scan T Shirt ni, boleh lah update kat blog gambar 3D fetus tu ok?

Oh btw, Friso Mum Gold tu adelah SATU-SATUNYA maternal milk yang ada Prebiotics and Probiotics.

Tau apa kejadahnya Prebiotics and Probiotics tu?

Probiotics tu bakteria baik. (ni kalau dulu aku jawab macam ni kat kertas, mau lecture aku suruh aku repeat satu tahun). Tapi aku explain dalam bahasa layman la ye, kang aku keluarkan segala tok nenek jargon kang dapat cop poyo lak.

Probiotics tu dalam bahasa senangnya memanglah bakteria baik. Sebab apa doa baik?
Sebab dia ni menghentikan aktiviti bacteria jahat hence, memperbaiki sistem imunisasi.

Prebiotic pulak adelah makanan untuk probiotic. Tanpa prebiotic, probiotic tak boleh menghasilkan probiotic-probiotic yang baru. Kiranya prebiotic ni contributes pengasilan good probiotic.

Dua agen ni secara amnya berkebolehan untuk boost sistem imunisasi ibu so that korang takde la kejap-kejap dapat penyakit. Macam aku mengandung Rayyan hari tu, sepanjang mengandung tu aku selsema sampai hidung aku kena infection bau busuk. Sape ingat lagi entry akupasal aku pi ENT sebab hidung aku dah keluarkan bau? Tu akibat dari terlampau lama selsema.

Korang pun sedia malum, (yang tak sedia maklum, meh sini aku nak share maklumat), orang pregnant tak boleh makan sebarang ubat. Kalau pun boleh, tak digalakkan makan ubat sangat sebab kebanyakkan ubat pun bukannya fit untuk ibu mengandung. So, korang kena ada sistem imunisasi yang mantap. Kalau tak, mendapat la penyakit hidung busuk macam aku dulu.

Biasa dia!



Tadi aku dengar satu ceramah (CD) satu ustaz ni.
Dia bincang topik kepercayaan orang yang dah jadi kebiasaan.

One of them is mintak tolong orang berilmu tengok-tengokkan if budak ni baik ke tak, padan ke tak, sesuai ke tak jadi jodoh dia melalui gambar. Ustaz ni kata, no such thing as manusia boleh predict perangai orang just dengan gambar. Apatah lagi mintak telek-kan.

Ok, tang tu aku agree. Sebab kalau ikut lojik akal pun, mana ada orang boleh predict kau macamana, begitu, begini, hanya dengan gamba.

Tapi kalau yang orang buat guna nama tulis jawi tu macamana pulak eh?
Sebab dulu, masa aku ada konflik dengan ex-boifren aku, di mana masa tu aku dah kenal En Wan, Mak Aji glabah pi jumpa satu atuk ni, nama dia Tok Lek. Dah arwah dah pun. Tok Lek ni kira dalam golongan orang-orang yang ada ilmu jugak la. Nak kata dukun bukan. Lifestyle dia sikit tak menggambarkan yang dia seorang dukun. Ala-ala Dato' Haron Din gitu.

Masa kitorang gi jumpa dia tu, dia mintak nama aku, En Wan and si saiko tu. Pastu aku tengok dia tulis-tulis and kira-kira. Pastu dia cakap 'Budak F****** ni baik orangnya tapi yang duduk Jepun ni (En Wan) lagi baik'.

Masa tu aku dalam hati 'Yes! Yes! Yes!'.
Sebab time tu Mak Aji sayang gila dengan si F, dia macam tak suka je aku ngan En Wan. Aku pulak mati-mati nak ngan En Wan jugak walaupun aku baru jumpa dia sekali je. Biasa la mak-mak ni, nak lagi Mak Aji. Kalau yang duduk oversea tu mesti bawak balik cop 'sosial' kat dahi. Padahal anak dia ni lagiiiiii.

Mak Aji tak puas hati ni.
Next round tu dia datang, kali ni dia pi angkut si F ni sekali ikut. Berbulu je aku sepanjang-panjang dalam kereta kena duduk sebelah F.
Tok Lek ni panggil F ke satu ruang lain. Masa tu aku ingat lagi dorang duduk setentangan kat meja makan. Kitorang kat hall. Tapi aku mesti nak intai-intai sikit kan, aku pun saiko gak. Mesti nak tau apa dorang buat.

After setengah jam, si F ni keluar ke hall, aku nampak mata dia bengkak macam baru lepas nangis. Pastu dia keluar ke depan rumah. Tok Lek datang kat hall cakap kat Mak Aji 'Budak ni ada sikit masalah...bla bla bla'.

Ok good.
Memang itu je pun aku nak dengar.
Bukan la kata gembira bila Tok Lek tu kata F ni tak bagus cuma biarlah dia tak bagus untuk aku je. Dia nak bagus untuk orang lain, silakan. So, bila aku dengar CD ceramah tu, tetiba aku dah macam takut. Ni kira syirik ke apa eh aku pi jumpa Tok Lek tu?

Lagi satu kan, yang palingggggggggggggggg mengarut tapi kebanyakkan orang dok percaya jugak benda ni - nombor sial.

Contoh kan, rumah aku.
Rumah belah kiri nombor 62, belah kanan nombor 64.
Rumah aku yang tengah-tengah ni nombor 62A.
Aku tanya kat orang Sime Darby masa beli rumah dulu apesal rumah aku bukan nombor 63?
Dia cakap 'Not a good number'. Jadahnya???

Same goes masa aku keje kat opis lama dulu, nombor kat lift B, G, 1, 2, 3, 3A, 5,...???
Alasannya, floor tu 'keras'.
So kalau keras apesal tak tutup je terus floor tu? Aku tengok ada je ofis yang beroperasi kat situ. Apa yang kerasnya?

Lagi satu, rumah kat simpang tiga.
Rumah aku dulu betul-betul kat persimpangan tiga and depan tu jalan mati.
Masa kitorang gi tengok-tengok rumah, takde orang pun nak book rumah tu dengan alasan rumah yang berdepan dengan jalan mati (rumah kat persimpangan tiga) bawak sial. Amende yang sial pun aku tak tau. Aku tinggal situ 4 tahun takde apa yang sial pun. Dapat bibik sial ada la. Masa nak jual rumah tu, agen-agen semua macam nak tak nak je. Konon rumah aku takde sape nak beli sebab kat tengah simpang jalan mati. Pebenda ntah.

Ni semua orang dulu-dulu la ni, suka sangat buat pantang-larang tak berasas padahal bukan apa sangat pun, untuk advantage diri sendiri. Yang susahnya anak cucu skarang ni la. Nak buat itu tak boleh, ini tak boleh. Dulu aku mati-mati ingat takleh potong kuku malam nanti mak mati. Sampai ke matrik aku dok percaya lagi takleh potong kuku malam-malam. Sampai la kawan aku budak Sarawak rilek potong kuku siap kikis-kikis lagi tanya apesal aku takut potong kuku malam? Aku cakap dengan konfidennya 'Nanti mak kita boleh mati'. Dia gelak macam nak mati. 'Apa kaitan kuku dengan mak la?'.
Bodoh gila rasa. Bodoh gila!

Tolong la jangan perturunkan lagi pantang-larang merepek meraban ni kat anak cucu kita. Especially yang terlampau bangang sangat like 'Jangan main hujan, nanti polis tangkap!'. Wahdefakh???







Ramai sangat yang mental. Kurang zat apa ni?




Salam Kak Di,

Nak mintak tolong Kak Di share berita ni kat blog Kak Di boleh ? budak yg hilang ni anak cikgu saya. ada few pics saya attached. mintak tolong ye Kak Di. thank you.

Ipoh – Seorang ibu tunggal merayu agar anak perempuannya pulang ke pangkuan keluarga selepas didapati hilang sejak 4 Ogos lalu. Seri Wangi Mokhtar, 42, berharap anaknya, Seri Najwa Ferda Hasan, 17, pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampar akan kembali ke rumah dalam keadaan selamat sebelum Aidilfitri ini. Ibu kepada empat orang anak itu berkata, anak keduanya seorang yang sangat baik serta rapat dengan adik beradiknya yang lain. Beliau yang tinggal di Rancangan Perumahan Tambahan (RPT) Tualang Sekah memberitahu anaknya tidak pulang selepas keluar dari rumah mereka kira-kira jam 6.45 pagi Khamis lalu. “Selepas kami bersahur dia (Seri Najwa Ferda) bersiap-siap untuk ke sekolah dan pada hari itu dia memakai baju T berwarna biru dan seluar sukan.


“Selain itu, komputer riba, jalur lebar mudah alih (broadband) dan telefon bimbitnya turut dibawa bersama. “Namun sehingga jam 5 petang (hari yang sama) saya mula rasa tidak sedap hati kerana anak saya masih tidak pulang ke rumah. “Lagipun beberapa hari sebelum kehilangannya dia memang tidak ke sekolah kerana mempunyai masalah kesihatan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam. Kerana terlalu bimbang, Seri Wangi cuba menghubungi telefon bimbit anaknya berkali-kali namun tidak berjawab. “Kemudian saya menelefon rakan-rakan sekolahnya dan mendapati dia tidak hadir ke sekolah pada hari itu.

“Bagaimanapun, saya masih menaruh harapan dan menunggunya pulang tetapi selepas berbuka puasa saya bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Kampar,” katanya. Dalam perkembangan sama, Seri Wangi berkata, ada saksi yang pernah melihat anaknya menaiki sebuah skuter berwarna merah pada pagi kejadian. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kampar Superin-tendan Abdul Aziz Salleh mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berhubung kes remaja perempuan hilang pada Khamis lalu. Beliau berkata, polis giat menjalankan siasatan dari semasa ke semasa bagi menjejaki remaja perempuan berkenaan.



“Sehubungan itu, bagi sesiapa yang mempunyai maklumat bolehlah menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar di talian 05-465 2222,” katanya ketika dihubungi semalam.


Comel budak ni.

Ngeri betul aku dengan kes budak/remaja hilang skarang ni. Dah macam satu benda yang pelik la pulak. Kalau nak hilang mesti tak remaja, budak age 4-7 tahun. Just like last year, bulan-bulan nak raya ni la ramai remaja/budak hilang. Kecuali kes Dato' Sosila tu la. Itu kes-kes terpencil yang jarang-jarang berlaku. Tapi sekali jadik ha kauuuuu, aku tak tau la ape jenis manusia yang buat keje musibat macam tu. Arwah ni pun hilang time-time puasa macam ni la kan? Dah setahun dah eh kes dia tu.

Aku tak tau la apa penyakit orang-orang skarang ni. Kalau nak membunuh tu dah bukan takat rodok ngan pisau lagi. Dah main sembelih-sembelih, bakar-bakar, sumbat dalam manhole, semua yang pelik-pelik. Korang ni makan apa la yang sampai takde hati perut. Dah nak membunuh tu bunuh je la, jangan la sampai takde tinggal rupa lansung untuk anak-beranak dia tengok.

Yang kes kat Ampang tu lagi bahabi.
Apa sangat la salah pompuan tu yang sampai kau nak korek segala isi perut. Tak cukup ngan tu, kerat la pulak, pastu kirai-kiraikan anggota dia. Tak masuk akal lansung ada manusia (ke setan? Nak kata setan, ni bulan puasa) boleh bertindak sejauh ni. Langsuir bunuh orang pun takat takuk kat leher je. Dia pun tak hingin nak korek isi badan orang.

Aku puas pikir apa salah mangsa tu?

Curang?
Tak bayar hutang?
Culik anak kau?
Dera anak kau?
Rampas laki kau?

Takkan la mengaruk sampai nak korek isi perut kot. Ni bukan saje kejam tapi keji. Jenis macam ni, kalau sabit kesalahan elok dikerat-kerat je badan dia pulak. Tapi yang sedih bila ujung-ujung lepas bicara, dapat report yang si penyembelih tu sebenarnya tak siuman. Sedih je rasa. Tak kira la apa pun salah mangsa, tapi kalau endingnya dia mati macam tu, memang sedih.

Macam kes yang bunuh 4 beranak termasuk bapak and adik sendiri tu kan. Siap bawak kepala bapak dia dari kampung naik bas semata-mata nak tanam kat Shah Alam. Last-last mahkamah decide dia tak siuman. Of cos kita tak boleh nak jatuhkan hukuman kat dia sebab dia saiko. Kalau yang dia bunuh tu anak beranak dia sendiri, itu ko setel antara klorga kau je la. Kalau yang dia bunuh tu anak orang? Camne?

Haishhh.

2011-08-09

Jom buka puasa sama-sama




Sesiapa berminat untuk join buka puasa sama-sama kat :

Venue : De Palma Shah Alam
Date : 20th August 2011
Rate : RM55 nett


Please email sekiranya nak join, before Monday 15th.


Payment can be made to, also before 15th :

Maybank
162487053797
Dianawathy Ishak


Dah buat payment, hantar notification/bank slip to aveo757@yahoo.com



Nak?

*sticky post until 19th August, nak entry fresh scroll bawah lagi :) *



Ok, sesiapa yang tanya aku pasal choc cookies tu actually itu mukadimah je.
Cerita betulnya adelah, sesiapa nak order untuk raya boleh lah contact aku.




Harga :

1. 50 biji = RM25
2. 100 biji = RM40


Delivery :

1. 50 biji = self pick up
2. 100 biji or more :

a) aku boleh hantar sekiranya korang dari area Subang Jaya and Shah Alam sahaja.
b) ada masa-masanya cookies akan dibuat kat rumah Mak Aji so sesiapa yang order dari Bangi, Kajang, Putrajaya mungkin Ibal boleh hantarkan. Aku akan bagitau kendian. Nak ambik kat rumah aku pun boleh.
c) other places (local and outstation) there will be delivery charges.
d) kalau tetiba aku ada keje kat Penang or Ipoh, aku akan bagitau so that those dari sana yang nak order boleh lah pick up kat hotel ye. Unless nak aku *pos, bagitau.
e) tahun ni aku raya kat KT, maybe akan balik sana a few days before raya (insyallah), kalau dari KT nak order dan sanggup tunggu sampai aku balik raya, boleh la order. Melainkan nak aku *pos awal.

* pos ada charge :)


Date :

Order starts now until 19th August 2011.


Sila forwardkan order anda to aveo757@yahoo.com sahaja.
Twitter and FB tak aci ye, sebab kadang-kadang aku malas nak bukak.
Nyatakan :

1. Nama
2. Contact no
3. Alamat (sekiranya nak aku hantar or pos)
4. Tarikh nak ambik cookies
5. Full payment upfront (please inform after payment is made. Detail of bank account akan di email to every customer upon ordering)






















Mahal gila



Apesal cekik darah sangat makanan yang ada kat Bazar Ramadhan tahun ni???
Aku tau la rakyat Malaysia semua kaya-kaya tapi takpayah la kau tekan harga naik gila-gila macamlah ikan bakar kau ada tabur serbuk emas.

Hari tu En Wan gi beli kuih untuk berbuka pastu ternampak ikan bakar pi gatal beli, macamkan aku tak reti buat ikan bakar. Ikan cencaru ada je pun kat rumah. Masa dia beli tu aku tak ikut. Balik-balik rumah je membebel, dari kat depan pintu lagi aku dah dengar dia merungut. Rupanya dia bawak balik ikan kembung bakar 2 ekor ada la panjang sikit je dari tapak tangan aku, tapak tangan aku lagi lebar. Harga?

Sekor RM4!!!!

Dia beli 2 ekor, so RM8, untuk 2 ekor ikan kembung yang hanya dibakar. Dah la bakar sampai kejung.

Come on la wehhhhh, kalau ikan cencaru aku tahan lagi.
Ini kembung!!!
En Wan cakap makcik yang berdiri sebelah dia time beli tu lagi terkena kaw-kaw.
Dia beli lauk ikan, sayur 2 macam and satu lagi lauk, total RM21. Boleh kau?
Makcik tu sampai pergi ke tepi gerai pi punggah balik lauk-pauk dalam plastik tu suruh orang tu kira balik. Ha kauuuu. Memang elok pun makcik tu buat macam tu.
Kalau aku, aku letakkan balik.
Sampai RM21 untuk lauk sendu-sendu macam tu baik aku tambah lagi RM20, pi makan buffet. 40 macam lauk ada. Makan sampai muntah.

Ikan kembung yang En Wan beli tu kalau aku baling kat dinding, dinding aku yang retak. Mak mertua aku punya jari dah tak berapa nak berasa sangat, terkial-kial la orang tua tu nak cuit isi ikan tak lepas-lepas. Batu ke hapa? Seb baik yang terkena tu En Wan, kalau aku yang terkena, aku sanggup patah balik campakkan ikan tu kat muka dia. Hambik kau telan!

Dah la jual ikan kembung masak kejung, tak berasa lak tu.
Ni semua jenis-jenis amatur la ni. Orang nak berniaga kau pun nak berniaga. Orang lain tau masak, kau tau nak cekik darah.

Semalam En Wan gin beli air soya dia cakap gerai kakak tu dah kurang dah orang. Lauk-pauk dia banyak lagi. Padan muka. Letak lagi harga merepek-repek. Dia ingat orang yang beli kat bazar ni semua jenis tak tau masak, tak pernah pegi pasar beli ikan agaknya, tu yang sedap anak tekak makbapak dia je letak harga. Aku pun paham la memang selalunya makanan kedai ni mahal dari masak sendiri, tapi tak payah la nak mahal sangat. Kalau sedap takpe jugak. Dah tak pasal berkurang pahala puasa orang makikan kau.

Roti jala ngan murtabak pun satu hal lagi.
Roti jala dia alahai melempai-lempai je tapi jual 6 biji RM2 ringgit. Jenis bukan yang gebu-gebu tu tau tapi yang ala-ala teratai layu di tasik madu. Aku tak tau la dia nak jual apa sebenarnya. Jual muka ke?

Aku dah 2 kali dah makan murtabak guna sudu ngan mangkuk.
Berderai-derai murtabak aku perginya. Aku tak jumpa mana satu kulit murtabak dia. Semuanya bergulung jadi satu.

Aku rasa orang takkan kisah kalau makanan kau mahal tapi kena sedap. Kau tak kesian ke orang semua penat puasa satu hari tetiba makanan kau macam hampagas. Tu pasal la aku rasa bulan-bulan puasa macam ni hotel lagi tambah kaya sebab ramai lagi willing nak bayar untuk buffet Ramadhan. Makanan kalau tak sedap sangat banding ngan hotel lain pun, at least sedap la dari kau beli kat pasar malam yang mahal gila tu. Dah la makanan pelbagai, boleh makan sampai terbelahak balik.
Pi pasar malam hajat tu biar nak murah, nak cepat, nak jimat. Last-last dapat penat je. Dah la kena bersesak, berlaga-laga ketiak, orang baru balik keje kau ingat bau dia wangi?? Parking payah, nak kena parking jauh pastu menapak pi pasar malam. Balik rumah rasa makanan macam siapalis. Ni macam kalu, takyah beli dah. Kau berbuka minum air sejuk, makan time moreh. Settle.

2011-08-04

Berminat nak buat gathering buka puasa?



Aku sampaikan aje maklumat ni kalau ada yang berminat.
Perhaps ada anyone yang berminat nak buat gathering untuk blogger di majlis ni? Sambil-sambil berkumpul tu kan...

Kalau ada yang berminat nak buat gathering untuk bloggers di samping menderma, tingalkan email pada ruangan komen, nnt team FITRAH akan contact.

Ataupun nak bagi sumbangan persendirian, hantarkan pada :

Maybank Account 562106227380

....then pls fax the bank in slip to 03-55108864.



Assalamualaikum wb wt kawan2 yg dirahmati Allah ....


Sedikit bingkisan daripada kami FITRAH (Persatuan Pembangunan Fitrah Insan) sebuah NGO yg ditubuhkan dgn meletakkan 5 nilai utama sebagai teras dalam merangka dan melaksanakan setiap aktivti persatuan.

1. Ikhlas (niat yang tulus dan lurus)
2. Muraqabah (yakin ALLAH sentiasa mengawasi)
3. Mujahadah (bersungguh-sungguh)
4. Istiqamah (konsisten)
5. Tawakkal (hanya dengan izin ALLAH)

Kami akan mengadakan sebuah majlis iftar yg dinamakan Iftar Menggapai Fitrah pada 13hb Ogos,2011 bertempat di Kota Permai Golf & Country Resort , Shah Alam.

Majlis akan dimulakan dengan sebuah Halaqah yg insyaallah akan disampaikan oleh S.S Dato Noh Gadot. Diiikuti dengan Majlis Berbuka Puasa.

Ia adalah sebuah Majlis Iftar Amal, yg mana separuh daripada bayaran Saudara-saudara semua akan dibahagikan kpd Rumah Perlindungan Baitul Islah, Rumah Anak Yatim Homes of Hopes dan Tabung ESQ for all yg akan menjalankan training spiritual untuk remaja-remaja lelaki yg bermasalah i.e Mat Rempit.

Di samping berbuka puasa dengan juadah yg enak dan mendapat pengisian, kita juga akan dapat menggarap sebuah sinergi dalam amal jariah dan menjalinkan ukhuwah fillah sesama kita

Bayaran sebanyak RM110 seorang atau RM525 untuk 5 orang dan RM1,000 untuk satu meja (sepuluh orang).


Jomlah kita bersama-sama 'menabung' untuk saham dan insurance akhirat dengan amal yang paling digalakkan untuk kita di bulan suci Ramadhan ini.

Saudara2 bolehlah berkongsi perkara ini dengan keluarga atau datang bersama-sama kawan2 , berkongsi kegembiraan ini, Allah menciptakan FITRAH semulajadi kita adalah BERBAGI ATAU MEMBERI, maka kita akan bahagia dalam memberi daripada menerima.......

Atau Saudara-saudara juga boleh menyumbangkan seikhlas hati untuk mereka.

Setiap sumbangan dan doa saudara semua adalah sangat dihargai dan kami doakan agar menjadi amal soleh saudara2 semua dan semoga Rahmat Allah sentiasa mengiringi saudara2 semua.

Terima kasih sekalung budi

Suraiza HJ Sudin
S/U Kehormat
FITRAH Malaysia

2011-08-03

Pekik yang melampau



Sabtu lepas aku attend XPlay 2011 dengan En Wan.
Sorry la kalau nak suruh aku keluar malam tak berteman nak pulak gi tempat yang tak pernah pegi. Lagipun aku macam err..sesuai ke tak aku dengan penampilan macam ni attend XPlay. Aku takde hal. Takut persepsi orang je apehal minah ni masuk club pakai tudung siap berstokin segala. Kang tak pasal orang tegur 'Makcik, masjd kat tepi nun bukan sini'.

Aku sampai nak kul 9pm.
Dah la parking jauh. Pakai high heels, menapak macam nak tersungkur kaki.
Sampai kat tent Nuffnang, register dulu.
Kat situ aku nampak ada list blogger yang dia invite dah signed, so aku lega la. Walaupun aku tak kenal dorang (aku cuma kenal cik epal sorang), tak kisah la, janji ada group blogger yang bertudung kat dalam tu. Takde la orang pandang aku semacam (ada orang perasan kau ke kat dalam majlis gelap gelita tu?)

Kat dalam tu aku carik-carik gak mana la budak Munirah (cik epal) ni.
Rupanya dia dah blah awal. Dia cakap (aku tau masa sembang kat Twitter) rupanya mula-mula yang bertudung dorang tak kasik masuk. Pulakkkkkk.
Patut la masa aku sampai, Nuffies suruh aku tunggu kejap sebab 'ada masalah sikit'.


Alhamdulillah blogger media and VIPs tak duduk kat dance floor, kitorang dapat Media Tag, so boleh naik 1st Floor and melepak-lepak dengan penuh ketenangan siap ada makan minum provided. Kat atas pulak tak ramai orang sebab hanya yang ada Media Tag je boleh naik. Artis yang perform malam tu pun lepak-lepak kat atas ni, so privacy sikit untuk dorang.

Memang selesa habis la kat atas. Boleh rilek bersantai-santai kat sofa, takyah berdiri berlaga-laga tetek kat bawah. Coke 2 gelas aku belasah, pastu si waiter ni kejap-kejap datang kat meja hantar macam-macam food. Kebetulan aku lom dinner lagi, memang cantik sangat la. Kalau ada nasik kat situ, memang aku mintak nasik.


Sebelom naik 1st floor, aku masuk kat dance floor dulu. Gila sesakkkk.

Tapi tu la kan.
Dah la kau pakai tudung, pastu pakai baju besar macam jubah masuk tempat macam ni, memang la kau nampak teruk. Yang lain masuk club walaupun pakai koyak sana sini, orang tak kata. Sebab dorang pakai pakaian yang betul di tempat yang betul. Yang kau??

En Wan pun dah start sound aku dah ni apesal aku pakai baju semua gedobos-gedobos?
Aku tak tau nak jawab apa. Aku rasa maybe En Wan belum boleh 100% accept bini dia yang sinomim dengan baju tak cukup kain dulu dah bertukar jadi macam ni kot.

Yes, aku skarang selesa dengan baju oversized.


......walaupun baju tu menjadikan aku macam guni beras. Ada aku kesah??

Tapi sebenarnya bila aku tengok gamba ni pun aku rasa macam hok lohhh..aku ke ni?
Apsal jadi macam ni?
Apa yang telah terjadi?





Antara band yang perform malam tu.
Mula-mula ada competition Battle of the Band ke apa ntah. Best jugak budak-budak ni main. Ni baru band. Takde la bunyik ketong ketong ketong drum tu.

Teringat satu group budak-budak poyo yang kalau berkumpul je cerita pasal gi jamming la apa la macamkan terer sangat padahal petik gitar pun kuar bunyi tiuw tiuw tiuw tiuw. Poyo. Lempang nak?.


Memula pekak gak la telinga aku. Pastu nak muntah sebab tak tahan lampu kejap terang kejap gelap. Aku ni pantang tempat-tempat macam ni sebab tu la, sebab lampu dia. Bunyik tu aku tahan lagi. Tang lampu tu cukup aku tak bekenan. Kalau nak terang biar terang kalau nak gelap biar gelap terus. Ni kau kejap terang kejap gelap, aku yang tak join minum todi pun boleh mabuk kat dalam tu ok?

Band yang menag tu nama apa ntah aku lupa, tapi dia punya performance sangat unik. Permulaan tu dia keluarkan audio Tun M punya sajak Melayu Mudah Lupa. Pastu baru dia goreng habis-habis. Masa dia goreng tu aku tak paham sebijik butir pun melainkan MELAYU MELAYU MELAYU. Blasah la.


Camwhoring bersama kekanda...


Ni Funky Kopral from Indon.
Boleh tahan, tapi aku tak suka genre macam ni.


Project Pistol.

Sangat mendukacitakan!
Bukan sebab perform tak best, tapi aku tunggu lagi Wanita Seluruh Dunia tu but nan ado.
Seb baik abang Edrie Hashim yang hensem itu ada sekali. Jadik la..


The best perfomance malam tu memang Estranged.

Gila bahabissss sedap suara Rich.
Faizal AF kalau tengok Rich perform malam tu memang konfem angkat bendera putih balik Marang gentel kepok lekor je la. Kalau korang tengok Rich perform malam tu mesti fikir pesal si Faizal tu dulu yang menang AF4?



Ini performance last, lagu Marabahaya (eh ye ke?) Pop Shuvit. Dorang perform ramai-ramai.

Semak gila pentas tu. Kalau orang yang first time dengar lagu ni mesti tanya 'Lagu apa ni dowh?'. Series tak dengar bijik butir. Aku dengar pekik-pekik je. Tak sakit tekak ke kau?

Sampai ke habis aku tak jumpa sorang pun blogger (or maybe aku tak kenal). Aku nampak ada je 1-2 orang yang pakai Media Tag tengah snap gamba sana-sini, maybe blogger la tu kot. Aku kat situ sampai kul 12. Kalau tak bawak En Wan, aku rasa setengah jam je kot aku kat dalam tu pastu blah masuk mall.


Ok, balik tido.