2011-08-04

Berminat nak buat gathering buka puasa?



Aku sampaikan aje maklumat ni kalau ada yang berminat.
Perhaps ada anyone yang berminat nak buat gathering untuk blogger di majlis ni? Sambil-sambil berkumpul tu kan...

Kalau ada yang berminat nak buat gathering untuk bloggers di samping menderma, tingalkan email pada ruangan komen, nnt team FITRAH akan contact.

Ataupun nak bagi sumbangan persendirian, hantarkan pada :

Maybank Account 562106227380

....then pls fax the bank in slip to 03-55108864.



Assalamualaikum wb wt kawan2 yg dirahmati Allah ....


Sedikit bingkisan daripada kami FITRAH (Persatuan Pembangunan Fitrah Insan) sebuah NGO yg ditubuhkan dgn meletakkan 5 nilai utama sebagai teras dalam merangka dan melaksanakan setiap aktivti persatuan.

1. Ikhlas (niat yang tulus dan lurus)
2. Muraqabah (yakin ALLAH sentiasa mengawasi)
3. Mujahadah (bersungguh-sungguh)
4. Istiqamah (konsisten)
5. Tawakkal (hanya dengan izin ALLAH)

Kami akan mengadakan sebuah majlis iftar yg dinamakan Iftar Menggapai Fitrah pada 13hb Ogos,2011 bertempat di Kota Permai Golf & Country Resort , Shah Alam.

Majlis akan dimulakan dengan sebuah Halaqah yg insyaallah akan disampaikan oleh S.S Dato Noh Gadot. Diiikuti dengan Majlis Berbuka Puasa.

Ia adalah sebuah Majlis Iftar Amal, yg mana separuh daripada bayaran Saudara-saudara semua akan dibahagikan kpd Rumah Perlindungan Baitul Islah, Rumah Anak Yatim Homes of Hopes dan Tabung ESQ for all yg akan menjalankan training spiritual untuk remaja-remaja lelaki yg bermasalah i.e Mat Rempit.

Di samping berbuka puasa dengan juadah yg enak dan mendapat pengisian, kita juga akan dapat menggarap sebuah sinergi dalam amal jariah dan menjalinkan ukhuwah fillah sesama kita

Bayaran sebanyak RM110 seorang atau RM525 untuk 5 orang dan RM1,000 untuk satu meja (sepuluh orang).


Jomlah kita bersama-sama 'menabung' untuk saham dan insurance akhirat dengan amal yang paling digalakkan untuk kita di bulan suci Ramadhan ini.

Saudara2 bolehlah berkongsi perkara ini dengan keluarga atau datang bersama-sama kawan2 , berkongsi kegembiraan ini, Allah menciptakan FITRAH semulajadi kita adalah BERBAGI ATAU MEMBERI, maka kita akan bahagia dalam memberi daripada menerima.......

Atau Saudara-saudara juga boleh menyumbangkan seikhlas hati untuk mereka.

Setiap sumbangan dan doa saudara semua adalah sangat dihargai dan kami doakan agar menjadi amal soleh saudara2 semua dan semoga Rahmat Allah sentiasa mengiringi saudara2 semua.

Terima kasih sekalung budi

Suraiza HJ Sudin
S/U Kehormat
FITRAH Malaysia