2011-08-16

Stop




Sehingga ke jam ni, ada 30,000++ kena buat.

Aku tak tau la siapa punya keje buat review pasal cookies aku, since 3 hari lepas mencanak masuk order sampai aku rasa aku aku terpaksa tutup order hari ni. Tak larat nak tunggu 19th sebab takut tak sempat nak menggentel cookies korang. Ni pun ada a few lagi list dalam email yang aku belum update and reply.

Semua request yang masuk sehingga 11am hari ni, insyallah akan diusahakan untuk deliver. Order selepas itu mintak maaf, aku tak dapat nak terima buat masa ni, unless korang nak ambik after raya, then boleh.

Terima kasih banyak-banyak yang order, yang dah selamat makan and yang return customer. Insyallah ada rezeki and kelapangan tahun depan aku buat lagi.

oh, btw, sekali lagi aku menekankan bahawa buka puasa kat de palma 20th august ni bukan majlis aku, tapi sesaje jumpa member lepak-lepak. Antara yang ada ceeramon, viruspadu, fillanie, alonge de cino, syana (annabanana), ..... (lain-lain aku tak ingat).