walk on wings, tread in air: Mahal gila <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Mahal gila
2011-08-09



Apesal cekik darah sangat makanan yang ada kat Bazar Ramadhan tahun ni???
Aku tau la rakyat Malaysia semua kaya-kaya tapi takpayah la kau tekan harga naik gila-gila macamlah ikan bakar kau ada tabur serbuk emas.

Hari tu En Wan gi beli kuih untuk berbuka pastu ternampak ikan bakar pi gatal beli, macamkan aku tak reti buat ikan bakar. Ikan cencaru ada je pun kat rumah. Masa dia beli tu aku tak ikut. Balik-balik rumah je membebel, dari kat depan pintu lagi aku dah dengar dia merungut. Rupanya dia bawak balik ikan kembung bakar 2 ekor ada la panjang sikit je dari tapak tangan aku, tapak tangan aku lagi lebar. Harga?

Sekor RM4!!!!

Dia beli 2 ekor, so RM8, untuk 2 ekor ikan kembung yang hanya dibakar. Dah la bakar sampai kejung.

Come on la wehhhhh, kalau ikan cencaru aku tahan lagi.
Ini kembung!!!
En Wan cakap makcik yang berdiri sebelah dia time beli tu lagi terkena kaw-kaw.
Dia beli lauk ikan, sayur 2 macam and satu lagi lauk, total RM21. Boleh kau?
Makcik tu sampai pergi ke tepi gerai pi punggah balik lauk-pauk dalam plastik tu suruh orang tu kira balik. Ha kauuuu. Memang elok pun makcik tu buat macam tu.
Kalau aku, aku letakkan balik.
Sampai RM21 untuk lauk sendu-sendu macam tu baik aku tambah lagi RM20, pi makan buffet. 40 macam lauk ada. Makan sampai muntah.

Ikan kembung yang En Wan beli tu kalau aku baling kat dinding, dinding aku yang retak. Mak mertua aku punya jari dah tak berapa nak berasa sangat, terkial-kial la orang tua tu nak cuit isi ikan tak lepas-lepas. Batu ke hapa? Seb baik yang terkena tu En Wan, kalau aku yang terkena, aku sanggup patah balik campakkan ikan tu kat muka dia. Hambik kau telan!

Dah la jual ikan kembung masak kejung, tak berasa lak tu.
Ni semua jenis-jenis amatur la ni. Orang nak berniaga kau pun nak berniaga. Orang lain tau masak, kau tau nak cekik darah.

Semalam En Wan gin beli air soya dia cakap gerai kakak tu dah kurang dah orang. Lauk-pauk dia banyak lagi. Padan muka. Letak lagi harga merepek-repek. Dia ingat orang yang beli kat bazar ni semua jenis tak tau masak, tak pernah pegi pasar beli ikan agaknya, tu yang sedap anak tekak makbapak dia je letak harga. Aku pun paham la memang selalunya makanan kedai ni mahal dari masak sendiri, tapi tak payah la nak mahal sangat. Kalau sedap takpe jugak. Dah tak pasal berkurang pahala puasa orang makikan kau.

Roti jala ngan murtabak pun satu hal lagi.
Roti jala dia alahai melempai-lempai je tapi jual 6 biji RM2 ringgit. Jenis bukan yang gebu-gebu tu tau tapi yang ala-ala teratai layu di tasik madu. Aku tak tau la dia nak jual apa sebenarnya. Jual muka ke?

Aku dah 2 kali dah makan murtabak guna sudu ngan mangkuk.
Berderai-derai murtabak aku perginya. Aku tak jumpa mana satu kulit murtabak dia. Semuanya bergulung jadi satu.

Aku rasa orang takkan kisah kalau makanan kau mahal tapi kena sedap. Kau tak kesian ke orang semua penat puasa satu hari tetiba makanan kau macam hampagas. Tu pasal la aku rasa bulan-bulan puasa macam ni hotel lagi tambah kaya sebab ramai lagi willing nak bayar untuk buffet Ramadhan. Makanan kalau tak sedap sangat banding ngan hotel lain pun, at least sedap la dari kau beli kat pasar malam yang mahal gila tu. Dah la makanan pelbagai, boleh makan sampai terbelahak balik.
Pi pasar malam hajat tu biar nak murah, nak cepat, nak jimat. Last-last dapat penat je. Dah la kena bersesak, berlaga-laga ketiak, orang baru balik keje kau ingat bau dia wangi?? Parking payah, nak kena parking jauh pastu menapak pi pasar malam. Balik rumah rasa makanan macam siapalis. Ni macam kalu, takyah beli dah. Kau berbuka minum air sejuk, makan time moreh. Settle.

posted by aveo757 @ 11:22 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER