walk on wings, tread in air: Biasa dia! <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Biasa dia!
2011-08-10



Tadi aku dengar satu ceramah (CD) satu ustaz ni.
Dia bincang topik kepercayaan orang yang dah jadi kebiasaan.

One of them is mintak tolong orang berilmu tengok-tengokkan if budak ni baik ke tak, padan ke tak, sesuai ke tak jadi jodoh dia melalui gambar. Ustaz ni kata, no such thing as manusia boleh predict perangai orang just dengan gambar. Apatah lagi mintak telek-kan.

Ok, tang tu aku agree. Sebab kalau ikut lojik akal pun, mana ada orang boleh predict kau macamana, begitu, begini, hanya dengan gamba.

Tapi kalau yang orang buat guna nama tulis jawi tu macamana pulak eh?
Sebab dulu, masa aku ada konflik dengan ex-boifren aku, di mana masa tu aku dah kenal En Wan, Mak Aji glabah pi jumpa satu atuk ni, nama dia Tok Lek. Dah arwah dah pun. Tok Lek ni kira dalam golongan orang-orang yang ada ilmu jugak la. Nak kata dukun bukan. Lifestyle dia sikit tak menggambarkan yang dia seorang dukun. Ala-ala Dato' Haron Din gitu.

Masa kitorang gi jumpa dia tu, dia mintak nama aku, En Wan and si saiko tu. Pastu aku tengok dia tulis-tulis and kira-kira. Pastu dia cakap 'Budak F****** ni baik orangnya tapi yang duduk Jepun ni (En Wan) lagi baik'.

Masa tu aku dalam hati 'Yes! Yes! Yes!'.
Sebab time tu Mak Aji sayang gila dengan si F, dia macam tak suka je aku ngan En Wan. Aku pulak mati-mati nak ngan En Wan jugak walaupun aku baru jumpa dia sekali je. Biasa la mak-mak ni, nak lagi Mak Aji. Kalau yang duduk oversea tu mesti bawak balik cop 'sosial' kat dahi. Padahal anak dia ni lagiiiiii.

Mak Aji tak puas hati ni.
Next round tu dia datang, kali ni dia pi angkut si F ni sekali ikut. Berbulu je aku sepanjang-panjang dalam kereta kena duduk sebelah F.
Tok Lek ni panggil F ke satu ruang lain. Masa tu aku ingat lagi dorang duduk setentangan kat meja makan. Kitorang kat hall. Tapi aku mesti nak intai-intai sikit kan, aku pun saiko gak. Mesti nak tau apa dorang buat.

After setengah jam, si F ni keluar ke hall, aku nampak mata dia bengkak macam baru lepas nangis. Pastu dia keluar ke depan rumah. Tok Lek datang kat hall cakap kat Mak Aji 'Budak ni ada sikit masalah...bla bla bla'.

Ok good.
Memang itu je pun aku nak dengar.
Bukan la kata gembira bila Tok Lek tu kata F ni tak bagus cuma biarlah dia tak bagus untuk aku je. Dia nak bagus untuk orang lain, silakan. So, bila aku dengar CD ceramah tu, tetiba aku dah macam takut. Ni kira syirik ke apa eh aku pi jumpa Tok Lek tu?

Lagi satu kan, yang palingggggggggggggggg mengarut tapi kebanyakkan orang dok percaya jugak benda ni - nombor sial.

Contoh kan, rumah aku.
Rumah belah kiri nombor 62, belah kanan nombor 64.
Rumah aku yang tengah-tengah ni nombor 62A.
Aku tanya kat orang Sime Darby masa beli rumah dulu apesal rumah aku bukan nombor 63?
Dia cakap 'Not a good number'. Jadahnya???

Same goes masa aku keje kat opis lama dulu, nombor kat lift B, G, 1, 2, 3, 3A, 5,...???
Alasannya, floor tu 'keras'.
So kalau keras apesal tak tutup je terus floor tu? Aku tengok ada je ofis yang beroperasi kat situ. Apa yang kerasnya?

Lagi satu, rumah kat simpang tiga.
Rumah aku dulu betul-betul kat persimpangan tiga and depan tu jalan mati.
Masa kitorang gi tengok-tengok rumah, takde orang pun nak book rumah tu dengan alasan rumah yang berdepan dengan jalan mati (rumah kat persimpangan tiga) bawak sial. Amende yang sial pun aku tak tau. Aku tinggal situ 4 tahun takde apa yang sial pun. Dapat bibik sial ada la. Masa nak jual rumah tu, agen-agen semua macam nak tak nak je. Konon rumah aku takde sape nak beli sebab kat tengah simpang jalan mati. Pebenda ntah.

Ni semua orang dulu-dulu la ni, suka sangat buat pantang-larang tak berasas padahal bukan apa sangat pun, untuk advantage diri sendiri. Yang susahnya anak cucu skarang ni la. Nak buat itu tak boleh, ini tak boleh. Dulu aku mati-mati ingat takleh potong kuku malam nanti mak mati. Sampai ke matrik aku dok percaya lagi takleh potong kuku malam-malam. Sampai la kawan aku budak Sarawak rilek potong kuku siap kikis-kikis lagi tanya apesal aku takut potong kuku malam? Aku cakap dengan konfidennya 'Nanti mak kita boleh mati'. Dia gelak macam nak mati. 'Apa kaitan kuku dengan mak la?'.
Bodoh gila rasa. Bodoh gila!

Tolong la jangan perturunkan lagi pantang-larang merepek meraban ni kat anak cucu kita. Especially yang terlampau bangang sangat like 'Jangan main hujan, nanti polis tangkap!'. Wahdefakh???







posted by aveo757 @ 9:59 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER