2011-08-10

Ramai sangat yang mental. Kurang zat apa ni?




Salam Kak Di,

Nak mintak tolong Kak Di share berita ni kat blog Kak Di boleh ? budak yg hilang ni anak cikgu saya. ada few pics saya attached. mintak tolong ye Kak Di. thank you.

Ipoh – Seorang ibu tunggal merayu agar anak perempuannya pulang ke pangkuan keluarga selepas didapati hilang sejak 4 Ogos lalu. Seri Wangi Mokhtar, 42, berharap anaknya, Seri Najwa Ferda Hasan, 17, pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampar akan kembali ke rumah dalam keadaan selamat sebelum Aidilfitri ini. Ibu kepada empat orang anak itu berkata, anak keduanya seorang yang sangat baik serta rapat dengan adik beradiknya yang lain. Beliau yang tinggal di Rancangan Perumahan Tambahan (RPT) Tualang Sekah memberitahu anaknya tidak pulang selepas keluar dari rumah mereka kira-kira jam 6.45 pagi Khamis lalu. “Selepas kami bersahur dia (Seri Najwa Ferda) bersiap-siap untuk ke sekolah dan pada hari itu dia memakai baju T berwarna biru dan seluar sukan.


“Selain itu, komputer riba, jalur lebar mudah alih (broadband) dan telefon bimbitnya turut dibawa bersama. “Namun sehingga jam 5 petang (hari yang sama) saya mula rasa tidak sedap hati kerana anak saya masih tidak pulang ke rumah. “Lagipun beberapa hari sebelum kehilangannya dia memang tidak ke sekolah kerana mempunyai masalah kesihatan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam. Kerana terlalu bimbang, Seri Wangi cuba menghubungi telefon bimbit anaknya berkali-kali namun tidak berjawab. “Kemudian saya menelefon rakan-rakan sekolahnya dan mendapati dia tidak hadir ke sekolah pada hari itu.

“Bagaimanapun, saya masih menaruh harapan dan menunggunya pulang tetapi selepas berbuka puasa saya bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Kampar,” katanya. Dalam perkembangan sama, Seri Wangi berkata, ada saksi yang pernah melihat anaknya menaiki sebuah skuter berwarna merah pada pagi kejadian. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kampar Superin-tendan Abdul Aziz Salleh mengesahkan pihaknya ada menerima laporan berhubung kes remaja perempuan hilang pada Khamis lalu. Beliau berkata, polis giat menjalankan siasatan dari semasa ke semasa bagi menjejaki remaja perempuan berkenaan.



“Sehubungan itu, bagi sesiapa yang mempunyai maklumat bolehlah menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kampar di talian 05-465 2222,” katanya ketika dihubungi semalam.


Comel budak ni.

Ngeri betul aku dengan kes budak/remaja hilang skarang ni. Dah macam satu benda yang pelik la pulak. Kalau nak hilang mesti tak remaja, budak age 4-7 tahun. Just like last year, bulan-bulan nak raya ni la ramai remaja/budak hilang. Kecuali kes Dato' Sosila tu la. Itu kes-kes terpencil yang jarang-jarang berlaku. Tapi sekali jadik ha kauuuuu, aku tak tau la ape jenis manusia yang buat keje musibat macam tu. Arwah ni pun hilang time-time puasa macam ni la kan? Dah setahun dah eh kes dia tu.

Aku tak tau la apa penyakit orang-orang skarang ni. Kalau nak membunuh tu dah bukan takat rodok ngan pisau lagi. Dah main sembelih-sembelih, bakar-bakar, sumbat dalam manhole, semua yang pelik-pelik. Korang ni makan apa la yang sampai takde hati perut. Dah nak membunuh tu bunuh je la, jangan la sampai takde tinggal rupa lansung untuk anak-beranak dia tengok.

Yang kes kat Ampang tu lagi bahabi.
Apa sangat la salah pompuan tu yang sampai kau nak korek segala isi perut. Tak cukup ngan tu, kerat la pulak, pastu kirai-kiraikan anggota dia. Tak masuk akal lansung ada manusia (ke setan? Nak kata setan, ni bulan puasa) boleh bertindak sejauh ni. Langsuir bunuh orang pun takat takuk kat leher je. Dia pun tak hingin nak korek isi badan orang.

Aku puas pikir apa salah mangsa tu?

Curang?
Tak bayar hutang?
Culik anak kau?
Dera anak kau?
Rampas laki kau?

Takkan la mengaruk sampai nak korek isi perut kot. Ni bukan saje kejam tapi keji. Jenis macam ni, kalau sabit kesalahan elok dikerat-kerat je badan dia pulak. Tapi yang sedih bila ujung-ujung lepas bicara, dapat report yang si penyembelih tu sebenarnya tak siuman. Sedih je rasa. Tak kira la apa pun salah mangsa, tapi kalau endingnya dia mati macam tu, memang sedih.

Macam kes yang bunuh 4 beranak termasuk bapak and adik sendiri tu kan. Siap bawak kepala bapak dia dari kampung naik bas semata-mata nak tanam kat Shah Alam. Last-last mahkamah decide dia tak siuman. Of cos kita tak boleh nak jatuhkan hukuman kat dia sebab dia saiko. Kalau yang dia bunuh tu anak beranak dia sendiri, itu ko setel antara klorga kau je la. Kalau yang dia bunuh tu anak orang? Camne?

Haishhh.