2019-07-15

Sederhana


Semalam berjujuk-jujuk orang tagged, whatsapp and PM aku pasal isu Air Asia halau 12 orang student MRSM Langkawi.
Semua concern pasal Redza.
Terima kasih pada yang bertanya.

Memang Redza balik hari yang sama, Khamis lepas.
Hari tu Pulang Bermalam [PB] untuk 2 malam.
Memang ada je budak-budak yang balik bermalam kat rumah walaupun 2 hari.

Group yang diarahkan keluar flight tu group yang naik pukul 4.10pm [kalau tak silap].
Redza pulak memang ambil flight 6.45pm.
Yang group Redza ni lepas pulak, so pelik bila group 4.10pm tak lepas.

Aku ni tak tau kisah yang dah jadi hal pukul 4.10pm tu.
Aku kan sejenis malas tengok whatsapp group.
En Wan yang bagitau parents kat whatsapp group ada yang dah bengang anak kena halau dari flight, dah masuk tapi diarahkan keluar.
Katanya sebab ada kaitan dengan YTA form.

Pelik juga sebenarnya sebab ini dah bulan 7.
Dari awal tahun sampai bulan 7, dah berapa kali budak-budak ni ulang-alik Langkawi-KL, takkan baru kali ni kena tahan dek kerana YTA form tu?
Macam student yang umur 15 tahun, dah 3 tahun kot berulang Langkawi-KL, tup tup Khamis lepas tak boleh naik pulak, tak ke pelik namanya.

Borang tu tak available online, memang kena ambil di kaunter airport.
Jadi, celah mana nak dapatkan signature parents jam-jam tu jugak untuk sign the form.
Our practice selama ni is parents akan sign surat PB and fax/whatsapp pada cikgu.
Pihak skolah akan arrange some letter of consent untuk student tunjuk pada airport.
Selama ni, practice tu diterima pakai.

Tak taulah kenapa tetiba kapten tak benarkan.
Katanya itu new pilot, wallahualam.
Tapi nak buat macamana kan, dah itu flight dia, kenalah ikut arahan.

Cuma parents terkilan lah bila AA takde clear SOP tentang ni.
Kejap benarkan, kejap tak.
Ground crew dah lepaskan students naik flight, tetiba kapten pulak tak allow.
Dah tu ground crew dengan kapten pakai lain-lain SOP ke camne ceritanya ni?

Budak-budak 12 tu katanya AA arrange selitkan dalam next-next flight.
Mana flight yang masih kosong, dorang selitkan.
Kiranya masing-masing berpecah-pecah.
Kalau tak salah aku, dorang tak perlu beli tiket baru, ground staff arrangekan masuk dalam flight-flight lain.
Tu yang buat mak bapak bengang tu, dah kenapa flight lain boleh accept, flight asal tak boleh?

Tapi kes pun dah settle.
Aku tak sure students yang terlibat dapat pampasan ke tak.
Yang pasti pihak Muafakat [PIBG] katanya dalam urusan nak berjumpa dengan wakil AA untuk discuss pasal ni.
Kes naya ni oii budak-budak kena tahan dari naik flight.
Students yang naik pukul 4.10pm ni, selalunya 2pm dah naik taxi ke airport.
Bayangkan yang kena tahan sampai pukul 9.15pm, berapa jam kena tunggu kat aiport?
Kalau aku, migrain.

Redza dah balik semula ke Langkawi Sabtu lepas.
Balik untuk 36 jam je.
Rupanya Ahad ada exam.
Bukan main sardin lagi balik PB padahal Ahad exam.
Kalau aku tahu, aku tak bagi balik PB.

Yang si Redza pulak, flight balik pukul 6pm, tapi sampai skolah pukul 9.30pm.
Aku tanya apesal lewat sangat?
Dia kata kawan-kawan lain ada yang terlepas flight jadi semua pakat tunggu sama-sama sebab dah malam, ada budak perempuan kesian nanti balik malam-malam takde teman.
Ewahhh kemain lagi kau kan.



Lepas hantar Redza ke airport, rush pula ke PJ sebab Rayyan ada Quater 2 Assessment Test untuk hoki.

Kitorang laki bini sekarang ni kalau weekend memang full, cuma tak masuk opis je, tapi occupied.
Nak balik Bangi pun on weekdays je, weekend memang tak dapat dah. Payah.

Alhamdulillah, Rayyan dapat no 2 kategori Junior.
Not bad jugalah.



Agak seram juga la sebab judge memang dari hoki team player, konfem takkan bagi 'ala kadar' punya marks.

Mula-mula dulu menangis Rayyan kena masuk hoki class.
Dia taknak sport-sport ni semua.
Anak-anak aku baik Redza, baik Rayyan semua kaki memerap dalam rumah.
Redza tu blaja suka sport sejak duduk Langkawi.
Kalau dia duduk dengan kitorang, aku jamin sampai sekarang dia masih gemuk. Hahahaha.

Rayyan ni En Wan paksakan jugak.
Dia kata anak lelaki mesti master at least satu sport.
Nasib baik Rayyan dah boleh adapt.



Gelanggang senior.
Fokus semuanya.



Gelanggang junior.

Kau tengok terer ke tak para junior sekalian.
Cara-cara ada assessment pun boleh telentang okeh.
Kau mampu santai begini ambik exam?

Aku doakan coach diberikan kesabaran yang tinggi mengajor junior.



Semalam, En Wan bawak aku lunch kat SEDERHANA di PJ.
Barulah aku tau rupanya ada cawangan Sederhana kat sini.
Punyalah mengidam Nasi Padang!

Sebenarnya banyak lauk-pauk nasi padang ni boleh tahan banyak juga kat KL, tapi memandangkan setiap kali ke Bandung akan makan kat Sederhana atau Simpang Raya, jadi teruja jugaklah bila tau Sederhana ada cawangan kat sini.
Cuma di sini, dorang tak hidang terus lauk-pauk atas meja.
Kita kena pilih sendiri.
Bila kena pilih sendiri tu yang jadi lambat.
Staff pulak tak berapa ramai, yang nak makan kemain ramai lagi.

Rasanya semua pun penah makan Sederhana kat Indonesia, jadi bila cawangan dibuka kat sini, semua pun serbu.
Yang tak pernah try pun teruja nak cuba juga.

Macam biasa, aku akan makan makanan yang biasa aku makan kalau di Bandung :



Ini aku wajib ambil.
Dan setiap kali makan, memang 2 biji terus.

Nak kata sedap sangat tu entahlah, maybe bagi orang lain biashe-biashe je.
Tapi kat tekak aku memang sedap nau rasanya, tu pasal makan sampai 2 biji.

Lagipun, kalau di Bandung/Jakarta, setiap piring memang selalunya hidang dua ketul.
Telur 2 biji.
Ayam 2 ketul.
Daging 2 keping.
Pari 2 keping.
Semua dua.
Jadi aku dah terbiasa mencekik 2 biji telur.



Another gulai, tapi ayam.
Gulai yang sama.
Ini favourite En Wan.
Kat Bandung pun makan lauk ni, kat sini pun makan lauk sama.



Bergedil kentang.
Walaupun bergedil kentang, tapi sedap and ada hawa-hawa pedas sikit.
Happy bila bergedil kat sini sama besar macam di sana.
Masa mula-mula aku makan bergedil kat Bandung, surprised tengok bergedil dorang besar.
At least besar dari most bergedil yang dijual kat Malaysia ni.
Puas makan orang kata.
Aku ambil 2, macam biasa tapi kali ni share dengan mak.



Selalunya kat Bandung aku akan makan ayam goreng ni with sambal.
Sambal dia macam sambal ayam penyet.
But kat sini aku tak rasa nak makan ayam, so this one aku ambilkan untuk Rayyan, without sambal.
Memang sama rempahnya macam ayam di sana.



Ini aku and En Wan tak pernah jemu makan.
Kalau di Bandung, selalunya lunch akan makan samada di Simpang Raya atau Sederhana.
Dua-dua ni pun makanan padang.
Walaupun hari ni makan sapi goreng, esok tetap makan sapi goreng jugak sebab tersangatlah sedap!
Sambal tu sepatutnya pedas, tapi yang kat PJ ni tak pedas lansung.
Aku kalau makan sambal always rasa pedas sebab aku tak tahan pedas.
So bayangkan kalau aku kata sambal tak pedas, maknanya memang tak pedas lansung la tu.



Bila dah order lauk, baru terperasan semua lauk aku pilih mak tak boleh makan.
Mak tak nak makan ayam, daging and seafood kecuali ikan.
Kat Sederhana ada ikan bakar tapi pakai tilapia which mak tak makan.
Nasib baik ada lauk siakap masak lemak cili api.
Happy tengok mak siap ratah lagi ikan ni, maknanya sedap la tu.



Lauk first time order - sambal tempe with petai.
Aku order ni dengan harapan dia sendukkan tempe lebih dari petai.
Sekali yang datang melanbak-lambak petai, yang tempenya ada la kuis-kuis.
Maka aku pun cubalah petai.
Eh sedap jugak petai rupanya.
Walaupun rasa busuk je dalam mulut aku, tapi bila gaul dengan sambal not bad juga.
Boleh la lepas ni try sambal udang petai pulak.



Lain pulak pesen kat sini.

Kalau di Indo, memang kedai nasi padang akan susun atur mangkuk macam ni tapi dalam mangkuk tu semua lauk-pauk.
Tapi di sini, dia display pinggang mangkuk je.
Lauk pauknya masih di periuk. 
Maybe tak sesuai kot cara tu dengan orang sini.
Orang sini segalanya nak panas, baru selera makan.



Because sistem dia di sini kena order dulu, jadi queue agak panjang dan sedikit lembab.
Patutnya follow je konsep macam di Indo, customer duduk je terus hidang lauk-pauk.





Mula-mula gelak dulu....






......lepas tu kita serius dan fokus pada makanan.


Not bad jugalah Sederhana PJ ni.
Lauk-pauk tak banyak beza dengan di Indo, cuma sambal tu macam perlu pedaskan lagi.
Aku tak sure if sambal dia ada banyak jenis, rasa macam tak nampak pulak jual sambal asing.
At least pedas macam sambal ayam penyet pun dah ok dah.

Kali ni lupa pulak ambik paru.
Selalunya di Bandung kitorang ambil paru.
Takde la special mana pun baru cuma paru goreng je tapi sebab dah jadi trademark makan nasi padang mesti ada paru goreng, so macam something missing pulak bila tak ambik.

Yang penting, teh botol.
Makan nasi padang dengan teh botol baru rasa lengkap.

Not bad, kitorang makan ni RM80.
Oklah tu, jimat banyak dah daripada kena book flight ke Bandung.




Restoran dia ni rupanya dekat sangat dengan kelas hoki Rayyan.
Setiap Sabtu konfem lalu depan ni tapi tak perasan lansung sebab dia tersorok di sebalik fly-over.
Payah kot nak nampak restoran ni kalau tak pakai waze.

Parking tak susah, depan-depan restoran ada.
Kalau tak pun, bawah fly-over ada ruang parking yang banyak, cuma kau menapak sikit la ke kedai.
Kitorang semalam dapat parking tepi bangunan je.



So pada yang belum pernah rasa nasi padang Sederhana, atau yang mencari-cari nasi padang Sederhana, boleh ke PJ.
Katanya ada satu di Shah Alam and Jalan TAR.
Silakan google.

Harap-harap lepas ni cawangan Simpang Raya pula ada sini.



Balik dari lunch, sambung lak makan eskrim.
Ya, begitulah perut seorang Diana.


2019-07-12

Soal jawab



Badan kita akan jadi haywire kalau ambil too much nutrient.
Takyah kata vitamins atau supplements lain, kalau dalam sehari kita makan cereal, energy bar, pasta, fruits, tambah pula dengan supplement - ini pun silap-silap dah melebihi kadar pengambilan nutrien yang optimum.

Tak perlu ambil banyak-banyak supplement at one time sebenarnya.
Takde real advantage pun, silap-silap jadi disadvantages.
Kalau ambil supplement, jangan exceed daily value.
Maksudnya, jangan sampai semua benda kau nak ambil dalam sehari sebab badan kita ada quota penyerapan nutrien, kalau kita makan lebih dari yang sepatutnya, akan jadi racun pada badan untuk jangka masa panjang.

Macam tu lah jugak dengan supplement.
As long as you keep the dose reasonable, it's not going to hurt you.
Makan macam-macam supplement atau ambik dalam dos yang banyak dari yang disyorkan boleh increase risiko macam-macam penyakit.

Anak sedara En Wan doktor.
Mak mertua aku makan ubat darah tinggi and some other pill lain.
Then one day cucu dia datang rumah cakap "Mok, jadi-jadilah tu makan ubat. Nak masuk 3 tahun dah. Ce pantang makan pulak. Banyok sangat makan ubat nanti sakit buah pinggang".

Dia yang doktor tu pun suruh stop makan too much ubat dan mintak start berpantang.
Maknanya, apa-apa pun ubat, be it ubat hospital atau ubat yang kita beli kat online ni [supplement], jangan makan dalam kuantiti yang banyak untuk tempoh yang lama.
Kalau perlu makan juga, mesti support dengan berpantang.
Masalahnya, kita ni taknak berpantang, tapi nak sihat, tapi nak kurus, tapi nak cantik.

Dah dikata, kalau batuk jangan minum ais, dia minum jugak.
Katanya, takpe, nanti makan ubat.

Dah dipesan, nak kulit cantik, elakkan minum kopi banyak sangat.
Taknak, nak jugak togok kopi 3-4 cawan sehari.
Sebab makan kolagen katanya.

Dah diajar, nak berat turun lebih cepat, stop sugary food and drink.
Tak mau, nak jugak makan benda-benda manis.
Sebab makan ubat kurus katanya.

Deyyy.
Aku dulu masuk hospital sebulan.
Hari-hari kena cekik ubat darah tinggi tapi makanan aku semua takde garam.
Siap dia tampal notice kat kepala katil aku - "DISIPLIN : HPT".
Maknanya diet aku dikawal ketat.
Makanan aku secubit garam pun takde.
Padahal aku makan ubat darah tinggi hari-hari.
Kalau ikut lojik, kejadah apa bagi aku makanan takde garam kalau dah makan ubat.
Patutnya ubat boleh bagi baik, kan?

Hakikatnya, bukan macam tu.
Ubat tu membantu mempercepatkan kita pulih.
Tapi kalau nak lebih cepat sihat, kena support dengan berpantang.

Mak aku sekarang banyak minum akar-akar kayu and daun-daun herba yang dia rebus sendiri untuk support health, supaya tekanan darah dia stabil.
Alhamdulillah ok.
Tapi memang kaw-kaw la dia punya berpantang, hanya makan ikan and sayur je.
Seafood, daging, ayam, semua tak makan.
Dia masak nasi minyak lauk gulai daging masa raya hari tu, dia sendiri tak makan, hanya makan nasi dengan acar je.
Kau mampu berpantang gitu?
Aku tak. Kahkahkah.

Bukanlah maksudnya ubat dokter tu tak bagus, tapi kalau dah sampai 3 tahun makan ubat bukan main banyak tapi takde nampak apa-apa hasil, maka kena lah support dengan berpantang sama.

Apa-apa pun yang kita ambil, be it food atau supplement, kalau too much in a single day, boleh mendatangkan mudarat in the long run.
Even vitamin C yang water-soluble tu pun kalau ambil lebih dari sepatutnya pun boleh dapat macam-macam simptom.

Walaupun setiap supplement yang kita ambil tu tak exceed upper limit certain nutrients, bila kita combine macam-macam supplement dalam sehari, itu pun dah dikira melebihi dos sebab supplements can also interact with each other.
That's why yang nak ambil GC Plus, aku akan tanya macam-macam.
Especially yang ada ambil ubat-ubatan hospital secara rutin, memang aku tak bagi lansung try GC Plus.
Please focus on your ubat dokter dulu.
Kalau teringin sangat, aku akan minta tanya dokter dulu.
Bukan apa, kau ada health condition yang dah pasti ada dietary restriction.
Jadi, dokter perlu tahu supplements apa yang kau plan nak ambil.

Untuk yang takde masalah kesihatan, nak guna GC Plus boleh.
But itupun aku masih kena tanya juga soalan like tinggi and berat.
Kalau ideal weight, memang aku tak suggest beli GC Plus.

Berat dah ideal, nak buat apa makan GC Plus?
Kau nak kurus macamana lagi?
Nak sampai pinggang secekak?
Itu bukan kurus, tu namanya kecut.

Badan kita ni bergerak menggunakan kalori.
Kalau berat dah ideal, memang kalori takkan banyak guna dah melainkan kau banyak buat aktiviti baru dia akan guna lebih banyak kalori dan bakar lebih banyak lemak.
So kalau berat dah ideal, there's no way badan kau akan jadi lebih kurus hanya dengan makan pill diet.
No way.

"Tapi berat saya turun jugak dalam 2kg bila makan diet pill"

Itu bukan berat lemak, itu berat air.

Badan kita kalau dah ideal, dah normal weight, selagi kau tak kawal makan atau work out, diet pill tak membawa apa-apa makna.
That's why hanya yang overweight and obese je aku luluskan untuk ambil GC Plus.
Sebab orang-orang macam ni, kadangkala metabolisme badannya slow.
Jadi dia perlu sesuatu untuk kick start the metabolisme.
Kalau berat kau dah ideal cuma perut je buncit sikit, kau pegilah buat sit ups.

Kebanyakkan supplement highlite ada one-for-all benefits.
Boleh bagi tenaga.
Boleh bagi cantik.
Boleh bagi kurus.
Boleh bagi glowing.

Aku taknak sentuh produk orang lain.
Kalau dia claim dia ada one-for-all benefits, itu produk dia, aku tak tau.

Tapi ni aku nak cakap pasal GreenAard.

Aku ambil contoh Gloei.



Kawan aku cakap officemate dia surprised makan Gloei berat badan boleh turun, padahal Gloei ni untuk skin health.

Semua supplement ada bonus-bonus kecil macam ni.
Tapi tak adil kalau kita jual kepada pengguna guna bonus-bonus kecil ni.
Jual lah kerana fungsi utamanya.
Bukan jual kerana benefit-benefit kecilnya.
Misleading namanya tu.

Macam Gloei, somehow memang boleh promote weight loss [explanationnya ada pada screencap di atas], tapi adil ke pengguna beli Gloei semata-mata nak lose weight?
Sedangkan Gloei ni untuk stimulate kolagen dalam badan.
Proses stimulation and production own's body collagen akan gunakan tenaga.
Memang boleh kurangkan sikit berat tapi itu bukan tujuan utamanya. Itu cuma bonus.

Dulu ada orang tanya aku ada tak produk untuk kurangkan sakit lutut.
Aku cakap takde.

Then dia cakap, kawan dia pernah belikan produk untuk mak, dan katanya sakit lutut mak dia dah makin baik.
Aku mintak dia bagi nama kawan dia untuk aku trace dalam sistem.
Kawan dia beli Gloei rupanya.

Aku bagitau, Gloei untuk kulit, bukan untuk lutut.
Apa yang mak kawan dia alami tu maybe akibat peningkatan kolagen dalam badan, jadi sendi-sendi gets better.
Bila kolagen berkurang, 'engsel' jadi problem sikit.
So bila kolagen dan diperbaiki, maka lojiklah sakit lutut berkurang.
But Gloei bukan ubat sakit lutut.
Lutut gets better hanyalah bonus saja.
Kalau nak cuba juga, takde masalah cuma aku perlu highlite tentang ni.
Bukan apa, karang lutut dia takde perubahan dia kata produk aku menipu, padahal memang bukan untuk lutut pun.



GC Plus untuk weight loss.
Tapi kalau pengguna tu ada high blood pressure, atau ada ambil ubat-ubatan HBP, aku tak benarkan ambil.

Kenapa?

Sebab, even badan manusia yang sihat pun ada bagi tindakbalas negatif pada certain ubat/produk, inikan pula badan orang yang sah-sah sakit, lebih perlu berhati-hati.

Kafein adalah satu satu substance yang boleh bagi temporary spike in blood pressure.
Bila kafein banyak dalam badan, dia boleh block another hormon yang berfungsi untuk buatkan saluran darah kita terbuka.
Bila saluran darah ni sempit akibat kaffein, darah jadi sangkut.
This may temporarily increase blood pressure.

Cuma kita tak tau berapa banyak kafein yang perlu ada dalam badan untuk buatkan blood pressure spike sebab tindakbalas badan tak sama untuk semua orang.
Maybe pesakit A minum 10 kopi cawan sehari pun tak apa-apa.
Tapi pesakit B minum 3 cawan pun dah naik blood pressure.

Apa kena-mengena dengan GC Plus?

GC Plus ada kafein, tapi indirectly.
Maksudnya kita tak purposely masukkan kafein dalam GC Plus tapi kita masukkan green tea.

Dalam green tea, ada sekitar 2-4% kafein.
Walaupun sikit saja, aku tetap tak nak ambil risiko membenarkan orang yang ada HBP ambil.

Tapi ada jugaklah yang degil, contohnya Mak Aji.
Dia sorok-sorok guna GC Plus.
Dia kata ok je ambil GC Plus walaupun ambik ubat HBP.
Entahlah, aku malas nak sound mak sendiri. Hahaha.
Yang aku tahu, kalau kau ada HBP, aku tak bagi beli.

Kalau nak tanya apa-apa tentang produk GreenAard, boleh :

1. Whatsapp Admin 1
2. Whatsapp Admin 2
3. health[at]xzizbiotech[dot]com


2019-07-11

Merespon pada kritikan


Umur bukan jaminan seseorang tu matang.
Ada banyak faktor yang mempengaruhi kematangan seseorang - pengalaman hidup, cara berfikir, cara dibesarkan, pengaruh sekeliling and tahap pendidikan.

Kita semua mesti pernah dikritik.
Tak kisahlah kritikan membina atau menjahanamkan, asalkan namanya kritikan.
Semua pernah rasa dikritik.
Takde yang terkecuali.

Orang kata kematangan seseorang bergantung pada cara dia mengendalikan setiap kritikan yang diterima, samada dengan emosional atau bijaksana.
Tapi jangan lupa, ya.
Cara kritikan disampaikan pun mainkan peranan juga.
Kritikan yang disampaikan dengan berhemah menunjukkan kematangan seorang "haters".

Dealing with haters yang tak matang sangat-sangat meletihkan because kita tak tahu apa yang boleh buatkan dorang puas hati.
No matter what you do - samada kau tulis yang buruk, kau tulis yang baik, baju kau murah, baju kau mahal, muka kau cantik, muka kau tak cantik, kau makan gaji, kau bisnes, kau gemuk, kau kurus - apa saja lah yang kau buat, they will still throw all kinds of hate and criticism kat kau.

Ok, firstly, kena tau beza antara kritikan dan kutukan.

Contoh, dulu ada sorang pengguna Makeup Remover GreenAard bagitau produk ni sangat best tapi botol nampak so cheap.
Dia cadangkan tukar botol supaya nampak lebih class.

Aku jawab, yes, memang botol tu murah pun.

Nak tukar botol, takde masalah.
Aku lagi suka kalau produk GreenArd nampak mahal and classy.

Tapi, kalau aku tukar botol yang lebih class, harga Makeup Remover is no longer RM69.
Takkan dapat harga ni dah.

Sebelum Makeup Remover ni dibuat, semua benda aku dah consider.
Ingredients dalam MR dan teknologinya dah sedia mahal.
Tak berbaloi rasanya beli local Makeup Remover sampai RM100, baik beli Shu Uemura.
Dah tentu-tentu barang berjenama.

Maybe belum masanya lagi GreenAard fikirkan soal classy.
Biarlah GreenAard pasakkan nama dulu.
Esok dah famous, aku tukar ke botol ada swarovski. Kahkahkah.

So that is kritikan.
Kritikan yang membina.

Dia mengkritik dengan berhemah, dan kritikannya bertujuan untuk kebaikan produk yang dia sendiri guna.
Dan dia bagi kritikan berserta cadangan.
Bila aku respond and explain kenapa begitu begini, dia faham.
Dan aku pun sama-sama take note dengan cadangan dia, alhamdulillah.

Kalau kutukan tu macamana pulak?

Ok, katakan kau publish buku dan jual kat Shopee.
Dalam banyak-banyak orang yang bagi good review, mesti ada 1-2 yang bagi bad review, itu normal.
The thing is, bad review tu adalah bersifat keji dan ingin menjatuhkan.

"Jangan beli! Sampah! Takde ada yang menarik pun. Saja nak cari glemer je ni".

That is clearly a hater.

Sebab apa?

Sebab intention dia sangat jelas sekali untuk attack the writer.
If the intention is to help you improve your work, then itu kritikan membina.
Tapi kalau to personally attack you as an individual instead of helping you improve, then that is most likely a hater.

Apa-apa pun, kritik atau kutuk, kita tetap kena handle it without overreacting.
Pilihlah samada nak buat bodoh, nak block, atau nak lawan balik.

Ada orang suka melayan.
Kalau aku, aku buat dek. Malas layan.
Actually, haters tak ambik peduli kalau kau bentang 100 helai fakta sekalipun.
Because dia bukan nak attack kerja kau.
Yang dia nak attack is kau.
So why melayan?

Aku memang takkan buang masa dan tenaga aku melayan benda-benda macam ni.
Kau yang start, maka kau habiskanlah sorang-sorang.
Kau nak merempan, silakan merempan sampai mereput.
Aku ada banyak benda lain nak buat.

Tau tak apa sebenarnya yang jadi bila kau start melayan dan merespon pada haters?

Kau sebenarnya dah meng-activate-kan kau punya inner critic.

Inner critic tu adalah suara-suara kecik dalam diri kau yang mengatakan kau tak cukup bagus, apa kau buat salah dan apa haters cakap betul.
Suara-suara kecik ni lama-lama buatkan kau jadi lemah, demotivated, hilang keyakinan and takut nak buat sesuatu yang pada awalnya betul.
Inner critic ni akan bakor line sampai kau jadi sangat emosi, akhirnya kau merempan tak ingat dunia.
Kau akan jadi sangat sensitif dengan any types of critisism sampaikan kau dah tak boleh beza antara nasihat, teguran dan kutukan.
Kau overreact negatively pada semua jenis teguran.
Apa benda orang cakap kau anggap semua nak menjatuhkan kau.
Kau jadi super-sensitif, sampaikan semua benda kau rasa ada kaitan dengan kau.
Apa orang lain tulis kat FB, kat IG, kat blog, semuanya kau rasa tengah bercakap pasal kau.

Elok-elok dulu kau hanya berdepan dengan haters, sekarang kau kena deal dengan your own inner critic sekali.
Lama-lama kau jadi saiko tanpa sedar.

Kalau kau sedang berada di tahap overreact ni, aku nasihatkan cuba bawak-bawak bertenang kejap.

Bawak bertenang, take a step back.

Bertenang untuk beberapa ketika [nak beberapa hari pun boleh].

Dalam tempoh bertenang ni cuba muhasabah diri.

Check balik apakah tindakan kau overreact tu wajar.

Adakah berbaloi.

Apa impak untuk kehidupan kau seterusnya.

Apa yang kau expect selama ni, adakah untuk dapat approval orang?

Buat soul-searching.

Selalunya, the reason kita jadi too sensitif dan overreact dengan kritikan/kutukan adalah kerana kita terlalu meletakkan diri kita sebagai pusat perhatian.
Bila kita letakkan diri kita sebagai pusat attention, kita jadi mudah beremosi kerana dalam diri kita ada ego.

The bottom line is tak kira apa pun kita buat, there will always be someone yang tak suka kita.
Itu dah pasti.

Rasulullah saw yang macam tu punya baik pun ada haters, lagikan kita ni.
Ikutlah cara Rasulullah saw.
Dia tak membalas, dia diam.

Tapi adakah dengan berdiam dia kalah?
Tak pun.
Nama dia kekal gah sampai sekarang.
Kerana apa?
Kerana manusia dikenang kerana akhlaknya.

So, the most satisfying way untuk respond pada haters adalah buat tak reti.
Kalau kita tahu kita buat benda yang betul, dan kita ikhlas dengan apa yang kita buat, maka kutukan atau pujian bukan lagi sesuatu yang penting.


2019-07-10

Review movie


Kecewa je kan bila semalam aku tepek gambar movie poster Kabir Singh & Arjun Reddy tapi rupanya gurauan semata-mata. Kahkahkah.

Ok hari ni aku review 6 lagi movie.
Jangan tanya bila masa aku tengok cerita-cerita ni.
Tanyalah En Wan, aku sekarang dah terpaksa masukkan aktiviti menonton movie ni dalam schedule aku.
Dah jadi sebahagian dari kerja hakiki pulak. Hahaha.
Insyallah, sedap-sedap belaka movie yang aku review ni.



1. Kavaludaari [2019]
Rating : 8.1/10
Language : Kannada

Ini second Kannada movie aku tengok.
Yang pertama was K.G.F Chapter 1 [aku tak review cerita ni, malas].
Nampak gaya Kannada dah start nak bersaing.
Mula-mula K.G.F, pastu now Kavaludaari.
Camni baru best, baru banyak pilihan nak tengok, takde lah hadap SRK je tetiap tahun.
Aku harap Deepavali tahun ni keluarkanlah cerita-cerita yang aku dah pernah review ni.
Ni tak, balik Kuch Kuch Hota Hai, Kabhi Kushi Kabhi Gam.
Sikit lagi nak pandai cakap Hindustan dah aku dek kerana tetiap kali Deepavali mengadap cerita yang sama.

Kavaludaari cerita ber-genre crime thriller.
Tentang sorang polis trafik nama Syam, yang interested dengan satu kes pembunuhan.
Ada banyak tulang-tulang manusia dijumpai kat satu kawasan construction, dan dikatakan tulang-tulang tu berusia 30 tahun.

One night Syam try untuk ke kawasan construction tu untuk cari lebih banyak bukti.
Kat sana he came across a reporter nama Kumar.
Kumar datang untuk buat liputan.

Syam dapat tahu dari polis-polis senior yang tulang-tulang tu pernah dijumpa dulu dah tapi polis yang handle kes tu resign [Muthanna], jadi kes tu habis gitu je.
So Syam try cari Muthanna tapi Muthanna refused untuk ambil tau apa-apa dah tentang kes tu, in fact dia isolate himself dari dunia luar lepas anak and isteri dia mati.

Lepas a few insiden, Muthanna reveal kes yang dia jaga dulu and dia setuju team-up dengan Syam.
At the same time reporter Kumar tu pun sama-sama terlibat untuk bantu kes ni.
Tapi yang pelik tu si Kumar ni macam lebih advance pulak dari si Syam and dia macam tahu lebih dari sekadar apa yang Syam tahu.

Ada banyak karakter appear in between dalam movie ni, pastikan kena fokus betul-betul.
Pace movie ni slow sikit, lepas tu banyak pulak karakter, aku pun kejap-kejap pause nak men-relatekan semua karakter-karakter ni supaya faham.
Klimax dia brilliant, tapi aku rasa tak sepatutnya cerita ni panjang macam ni, kalau pendekkan sikit pun takpe especially bab flash back.
Tapi memandangkan climax dia mind blowing, jadi silakanlah tengok.



2. Jersey [2019]
Rating : 9.0/10
Language : Telugu

Rating 9.0 kau nampak tuuuuu?
Kalau tak teruja jugak nak tengok tak taulah nak cakap apa.

Ini adalah cerita yang emotional, berjaya membuatkan aku merembes.
Kisah tengah seorang Arjun, bekas pemain kriket yang quit bermain kriket and since that day, hidupnya tak seperti yang pernah dia imagine.
At age 36, dah ada seorang anak tapi masih jobless.
Mujur isteri bekerja tapi isteri mana lah yang boleh bersabar kalau nampak laki siang malam pagi petang asik melepak je kan, lama-lama bengang jugak.
Jadi, Arjun ni selalu kena marah dek Sarah [isteri dia].

Anak dia mintak Arjun belikan jersey Indian cricket team sempena hadiah hari jadi.
Walaupun takde duit, dia tetap janji kat anak dia yang dia akan belikan.
One day, bekas coach dia ajak dia join charity match cricket.
Dek kerana teruja sangat, Arjun tak perasan yang itu pertandingan amal, maknanya takde duit saguhati atau allowance.
Dia frust sangat sebab dia perform very well tapi balik tak bawak apa-apa sedangkan birthday anak dia dah nak dekat.

Tertekan dengan keadaan, Arjun decides untuk kembali main cricket, kali ni dia pasang impian untuk main sampai boleh join Indian team.
Tapi disebabkan umur dia dah 36 tahun, banyak kelab taknak accept dia jadi player.
Akhirnya dia diterima jadi pemain untuk satu kelab kecik, Ranji Club.
Dia represent Ranji Club dan berjaya bawa team dia ke final.

Yang aku cerita ni semua scene flashback.
Lepas team dia menang, the movie goes back to 2019, present year.
Anak dia dah besar.
Anak and isteri dia dijemput datang majlis perasmian buku biografy tajuk JERSEY.
Rupanya Arjun mati 2 hari selepas team dia menang.

[masa ni aku dah nangis tau, tulis ni pun sebak]

Rupanya reason dia quit cricket dulu sebab dokter sahkan dia ada sakit jantung tapi sorang tak tahu.
Masa pelancaran buku tu dokter dia bagitau.
Yang paling sedih bila kat majlis tu baru semua tahu lepas game tu, nama Arjun dah dipilih masuk dalam Indian cricket team.
On that day, anak dia terima jersey Indian cricket team yang ada nama ayah dia.
Dia cakap "This is the present that I asked from my father 23 years ago".

Allah merembes aku weiiiiii.
Seriously ini memang emotional heart touching movie.
Sedih bila kenang balik journey dia bina hidup dia semula semata-mata nak belikan hadiah harijadi anak dia.
Cerita ni sesuai untuk Father's Day.



3. Vellai Pookal [2019]
Rating : 7.4/10
Language : Tamil

Ini genre crime-thriller.
Tamil memang terer kalau buat movie crime, mesti banyak suspens.

Kisah tentang Rudran, polis pencen yang berhijrah ke Seattle duduk dengan anak dia kat sana.
Kebetulan masa dia di sana, kat kejiranan anak dia tu ada orang hilang satu per satu.
Jadi, dia cuba untuk siasat.

Jalan cerita dia best, unexpected twist jadi aku tak nak review lelebih nanti hilang suspen.
Cerita dia ok, cuma pelakon-pelakon America D-list dalam movie ni annoying sangat.
Padahal watak omputih dalam cerita ni ramai and quite significant tapi acting macam sampah.
Nasib baik Tamil actors superb but still kalau pelakon-pelakon omputih tu ambil dari kalangan B-list mesti lagi gempak cerita ni.

Apa yang aku boleh cakap it is not an easy predicted plot.
Clue tu ada, tapi cannot be predicted easily.



4. Lucifer [2019]
Rating : 7.6/10
Language : Malayalam

Mula-mula aku pun tak faham cerita ni sebab awal-awal dia tunjuk sorang Mat Salleh duduk depan PC sebut nama Khureshi-Ab'ram as if Khureshi ni someone yang dikehendaki.
Lepas tu terus tak muncul-muncul dah kelibat omputih ni, let alone nama Khureshi.

Meanwhile, somewhere in India, Chief Minister mati.
Kematian CM ni jadi kecoh and rusuhan sebab dia mati di hospital kepunyaan anak kepada presiden parti pembangkang.
Tengah kecoh-kecoh ni, ada sorang lelaki misteri buat FB live bagitau yang CM ni dulu hanya jadi boneka parti saja.
CM bukan decision maker, sepanjang dia hidup parti yang buat semua keputusan, bukan dia.
So this mystery man list out beberapa nama yang dia anggap boleh jadi pengganti CM, antaranya anak perempuan CM nama Priya, anak lelaki CM nama Jathin dan anak angkat CM bernama Stephen Nedumpally.

Jathin ni tak suka dengan Stephen sebab dia bengang masa kecik-kecik dulu bapak dia tiba-tiba bawak balik si Stephen ni ke rumah, yang dipercayai anak kepada gundik bapak dia.

Jathin ada suami nama Bobby.
Bobby ni jahat, dia cabul anak Jathin and dia buat bisnes drugs.
In fact masa bapak dia jadi CM, dia la yang rule the party.
Bila CM dah mati, Bobby ni ada plan nak letak partner drugs dia as CM so that bisnes dia takde sape boleh kacau.

Stephen ni sebenarnya duduk dengan keluarga CM tu setahun saja lepas CM bawa dia balik ke rumah, lepas tu dia duduk kat church, dijaga oleh paderi.
Jadi dia a bit religious, ada bukak rumah asuhan and jaga remaja bermasalah.
Kiranya Stephen ni baik.

One day Jathin dapat tahu cerita yang selama ni Bobby cabul anak perempuan dia.
Dalam keadaan tu, dia teringat pesan bapak dia.
Bapak dia dulu tak suka dia kawen dengan Bobby tapi bapak dia dah pesan if one day Bobby bawa masalah, pegi mintak tolong Stephen.
So Jathin jumpa Stephen and bagitau semua masalah dia.
Dari sini aksi terbang, tembak dan kejar peluru pun bermulalah.....

Tapi siapa Khureshi yang awal-awal tadi?
Ok, kena tengok sendiri.



5. Maharshi [2019]
Rating : 7.8/10
Language : Telugu

Mahesh Babu kembaliiiiiiiiii.

Macam biasa la, kalau cerita melibatkan Mahesh Babu, bergasak macam nak rak pun muka and rambut maintain, ya.
Cerita Maharshi dia punya countdown bermula 100 hari sebelum release lagi.
Jenuh aku tunggu kawan ku bagi file ni.
Malaysia cerita-cerita best gini taknak release.
Cubalah release biar rakyat Malaysia kenal sikit Mahesh Babu ni, ini tak, balik-balik SRK, Salman Khan, Amir Khan.

Cerita ni tentang friendship.
Tentang hubungan 3 sekawan - Rishi, Ravi and Pooja sewaktu kat kolej.
Dorang terpisah selepas habis blaja bila Rishi [Mahesh] dapat tawaran kerja kat luar negara.
Bertahun-tahun dia kat sana, akhirnya dia berjaya jadi CEO satu software company.
PA dia arrange kawan-kawan lama se-uni untuk datang ke USA celebrate kejayaan dia.
Masa celebration ni dia dapat tahu yang Ravi rupanya dibuang dari U, tak dapat grad sebab kes curi kertas soalan final exam.

Flash back.

Masa final year, ada kes kecurian kertas soalan.
Rishi ni pulak sangat bijak, top ranker.
Jadi bila kes macam ni berlaku, dekan suspect dia yang curi kertas soalan.
Rishi hampir-hampir nak kena expelled dari Uni tapi tiba-tiba polis kata dapat bukti lain yang mengatakan bukan kerja Rishi.
Rupanya Ravi mengaku dia yang curi walhal dia pun tak curi.
Dia sayangkan kawan dia sebab dia tahu potensi Rishi boleh pergi jauh.

Bila Rishi dapat tau Ravi berkorban untuk dia, dia balik India untuk jumpa Ravi.
Bila dia balik dia dapat tahu kampung Ravi ni nak kena beli dek corporate untuk projek dengan kerajaan.
Ramai orang kampung jual tanah and start keluar dari kampung tapi Ravi sorang je protes.
So Rishi sekarang nak balas budi.

Kalau tanya pendapat aku, cerita dia best tapi a bit cliche untuk Mahesh Babu.
Aku ni takde lah die hard fan sangat, tapi dah banyak movie Mahesh ni aku tengok, memang sepesen je watak dia.
Aku rasa rakyat Telugu suka watak dia maintain gitu sebab muka dia kan jambu.
Balik-balik watak CEO, anak orang kaya dan super genius yang membantu golongan susah.

Paling tak boleh blah bab bergasak - sikit lebam pun takde!
Itu yang aku marah sangat tu.
Macam hebat nau ke kau ni?
Overachieving hero.

Tapi oklah untuk menaikkan semangat, boleh la layan sebab movie ni tentang success journey.
Kau kan suka cerita-cerita lelaki hensem, kaya, berjaya dan baik hati, tak gitu?
Dah, pi tengok.



6. Yatra [2019]
Rating : 8.5/10
Language : Telugu

Ini true story tentang perjalanan politik Chief Minister Y. S. Rajasekhara Reddy.
Memandangkan ini true story, jadi sebelum tengok movie ni aku buat reading dulu pasal this CM, barulah best nak layan movie.

Dia ni parti pembangkang.
Semasa jadi pembangkang dia decides nak turun padang tengok keadaan rakyat.
Tapi dia tak mahu tengok rakyat dengan cara naik kereta dengan escort 10 biji kereta polis.
Dia pilih untuk berjalan kaki melewati beberapa daerah sejauh 900 batu!
Sampai pecah-pecah kaki dia, tetap dia berjalan masuk kampung-kampung jumpa rakyat.
Dari situ baru dia nampak masalah sebenar rakyat miskin especially golongan petani.
Dia saksikan sendiri petani bunuh diri bila tanaman tak menjadi sebab kemarau [masa dia berjalan ni musim summer], dia saksikan sendiri anak mati sebab mak takde duit nak bayar kos operation.

Oh by the way, CM YSR ni adalah dokter.
Dulu, sebelum dia join politik, dia pernah buka hospital 70 katil.
Dia charge 1 rupee je untuk rawatan.
Rakyat di sana gelarkan dia 'Dokter 1 Rupee'.

[masa ni aku terpikir maybe klinik 1 Malaysia bayar RM1 tu inspirasi dari CM YSR kot]

Movie ni emotional.
Aku tengok pun sedih especially bila last sekali dia tunjukkan real footage CM ni menang election and depan-depan rakyat dia sign free electricity untuk semua farmers.
Memang ini yang dia janjikan masa dia melawat kampung-kampung.
Semua orang-orang tua dapat pencen.

Tapi Sept 2009, dia mati nahas helicopter.
Bergenang airmata aku tengok sebab nampak dia memang baik.
Rakyat Telugu anggap dia macam Tuhan.
Masa dia mati, lebih kurang 122 orang bunuh diri sebab tak sanggup nak merasa susah lagi kalau CM lain memerintah.

Pelakon utama dia Mammotty - memang superb.
Aku dah tengok 5-6 filem Mammotty, dia ni boleh dikatakan macam Eman Manan punya style berlakon.
Sangat bersahaja.

Tengoklah cerita ni.
Best, not so much on pilitical tapi lebih kepada journey dia sepanjang 900 batu tu.
Truly an emotional journey dan ending yang sedih.


2019-07-09

Bukan sekadar movie



Oh, bukan!

Aku tak akan men-review apa-apa cerita Telugu hari ni.
Aku cuma nak cakap, recently kat India dah release KABIR SINGH, a remake dari ARJUN REDDY.
Tak salah aku ada a few TGV yang release Kabir Singh.
Sangat double standard, kan?
Kalau Telugu taknak release, tetiba Hindi nak release pulak kat Malaysia.
Padahal sama-sama je kat Malaysia ni takde yang cakap Telugu mahupun Hindi. Ceh!

Arjun Reddy adalah original movie.
Tapi nak tengok Arjun Reddy dah payah dah, kalau teringin nak tengok, silakan ke TGV berdekatan, tengok Kabir Singh.
Jalan cerita yang sama, cuma pelakon je berbeza.

Actually hari tu ada yang tanya aku kenapa aku suka tengok filem India and Cina.

Sejujurnya, memang dari dulu pun aku lebih suka layan cerita Cina and India [Hindi/Tamil].
Sampaikan bab artis pun aku lagi kenal artis cina dari artis melayu.

Bagi aku, cerita India, especially Tamil and Telugu lebih dekat dengan masyarakat.
Isu yang dikupas kadang-kadang cliche tapi olahan ceritanya berbeza.
Uniknya filem Tamil and Telugu, skrip dorang powerful.

Cerita Arjun Reddy umpamanya, banyak mesej yang dibawa.


1. Stay focus

Cerita Arjun Reddy ni tentang top ranker medical student yang ada masalah anger management.
Walaupun tebiat dia gitu, tapi dia seorang yang sangat fokus.

Ada satu scene tu dia masuk ke kelas awek dia and nampak awek dia duduk bahagian tengah kelas.
Dia panggil suruh duduk depan.
Pastu dia sound awek dia "Ini bukan course senang, ok? Ini MBBS tau. Duduk depan, fokus. Bukan duduk belakang".

Maksudnya, walaupun tengah bercinta, jangan sampai lupa masa depan and cita-cita.
Apa pun kita buat, kita mesti fokus.
Career, study dan relationship.
Time blaja, sungguh-sungguh.
Time bercinta, serius, jangan jadi playboy.
Cinta bukan penghalang kejayaan kalau kita fokus dengan apa yang kita buat.

Being in a relationship is awesome, but sometimes boleh hanyut.
Orang kata bercinta time blaja selalunya result ke laut.

Saya bangkang, Yang Arif!

Kalau kita tak lupa dengan our personal goals, jangan takut bercinta time blaja.
Because kalau kita stay fokus, things like cita-cita and career tetap kekal at the top of the list.


2. Kenali diri sendiri.

Kalau kau rasa apa yang kau buat adalah betul untuk diri kau dan kehidupan kau tanpa menyusahkan orang lain, then proceed.
But if you are acting very selfish then you are not being yourself.
You are lubang bontot [translate sendiri english].

Kalau parents kita mahukan kita pilih kerjaya A tapi kita mahukan B, explain kat dorang baik-baik tentang pilihan kita.
Jangan patuh melulu kalau kita tau kita tak ada hati.
Mak bapak always nak yang terbaik untuk anak-anak walaupun kadang-kadang dorang silap dalam menentukan pilihan untuk anak-anak.
So if you think you are right, be true to yourself.
Explain to them, try to be as nice about it as possible.
Orang kata, identify diri sendiri.
Kalau rasa boleh carry, go ahead.
Kalau rasa tak boleh, bawak bincang.
Orang bijak pandai cakap kenali potensi diri.
Kalau someone ajak kau pi karaoke dan kau tahu kau memang tak boleh menyanyi, for the sake of everyone, please don't go!


3. Jangan main-main dengan perasaan orang

Walaupun kau spesis hawt and available, ia bukan tiket untuk main-mainkan perasaan orang atau sengaja bagi orang lain feeling-feeling.

Manusia adalah spesis sensitif.
We need to be honest with one another.
Jangan jadi "extra friendly" sebab tak semua orang faham kau sebenarnya hanya sekadar being friendly tanpa ada apa-apa intention untuk carry the friendship ke next level.
Kalau kau anggap dia kawan, bagitau terus-terang yang korang adalah kawan.
Jangan sampai one day that person dah jatuh cinta sangat-sangat, pastu kau buat muka bangang tercangak-bangak as if kau tak tau apa-apa.
Jangan jadi bengap sangat, boleh?
Dari awal dah boleh nampak kot kalau orang tu ada hati kat kita ke tak.

Tapi kalau kau dah commit dengan special relationship, please tunjuk yang she is the one for you.
I mean THE ONLY ONE yang kau sayang [selain mak bapak lah].
Kalau suka dan sayang, tunjukkan yang kau memang sayang.
Kalau dah tak suka, terus terang, bukan main tarik tali.
Benda simple kot, bukan susah sangat melainkan kau memang sejenis manusia yang suka main-mainkan perasaan orang.


4. Jangan melawan takdir

Masa awek Arjun kawen dengan pilihan keluarga, Arjun sangat devastated.
Akibatnya, merosakkan diri.
Walaupun career-nya tak terjejas, tapi kehidupannya jadi tunggang-langgang.
Ni semua gara-gara tak mahu berdamai dengan takdir.

Is it wrong to hope your ex will eventually come back?

Tak.
Tak salah pun kalau masih meletakkan harapan, tapi sebelum tu tanya diri, selama kau masih berharap, adakah selama tu juga kau akan merana?
Kerana, HARAPAN adalah sesuatu yang belum pasti wujud dan belum ada jaminan.
Bila kita anggap harapan adalah something yang mesti terjadi, kita akan kecewa.

Tak apa kalau kita sayangkan someone unconditionally, but it is wrong to HOPE.

There is nothing wrong with having the thought of getting her/him back, kadang-kadang benda ni hard to control. Aku faham tu.
But instead of menunggu sambil mentorture diri, apa kata kau menunggu sambil kenal-kenal dengan orang lain pulak?
Mana tau, kau akan jumpa someone better dari dia.


5. Kalau ex dah moved on, kau pun kena move on

Jangan cuba-cuba nak jadi saiko.
Kalau si dia dah moved on, jangan diganggu dengan ugut-ugut atau harass macam-macam.
Jangan buat perangai desperate, boleh?

Ramai orang dalam dunia ni, bukan dia sorang.
Start making new friends.
Insyallah akan ada orang yang truly appreciate kau.

Belajar untuk terima takdir.
Awal-awal memang susah tapi kalau kau terus-menerus menangis dan berharap pada yang tak mungkin datang balik, itu jauh lebih susah dan menyusahkan.
Accept that it has happened.
Memang kita tak boleh rewrite our past but we always have opportunity to write our future.


2019-07-08

Redha ibubapa



Semalam aku share ilmu dari ustaz.

Merembes.

Senang je nak tahu ciri-ciri orang yang banyak dosa ni.
Kalau dalam kelas tu dia paling banyak menangis, itulah orangnya.

Apa yang usta cakap tu sangat dekat di hati.
Macam teguran untuk aku, direct dari Allah.
Biasalah kan, kadang-kadang terlupa dulu Allah pernah tunjukkan keajaibannya melalui redha ibubapa.

Feb 2014, lepas jumpa customer di UPM, datang idea untuk hasilkan GC Plus [tapi masa ni belum terfikir lagi namanya GC Plus, but the idea untuk produce such product dah ada].
Memandangkan background aku microb DNA, aku tak berapa konfiden nak start research on herbs.
I need someone yang aku boleh discuss with.

Ramai customer aku yang buat plant research.
Boleh je kalau nak mintak tunjuk ajar but I need a team.
Team yang boleh sama-sama produce this product, yang boleh jadi leader, kalau boleh yang pakar dalam bab ni.
Ada title Dr lagi bagus.
Aku dok belakang-belakang pun takpe.

Aku teringat ustaz aku pernah cakap "Nak buat apa-apa kerja yang besar, pergi jumpa mak bapak dulu. Minta maaf dengan mereka. Tak boleh bersandar pada ilmu dan usaha semata-mata. Kadang-kadang semua benda kita ada tapi dosa dengan mereka masih ada pasti ada halangan yang menghalang usaha kita nanti".

Aku ingat lagi petang tu aku call Mak Aji.
Blur blur je Mak Aji apesal aku call sambil nangis-nangis.
Panik kejap orang tua tu "Apesal ni? Apesal? Apesal?"

Aku bagitau aku ada benda nak buat lepas ni.
Aku ada big plan untuk kerjaya aku, tapi aku sendiri belum sure apa benda aku nak buat, cuma aku tau this is something big untuk aku.
Jadi aku mintak mak bapak aku ampunkan dosa-dosa aku, tolong redha and tolong doakan.

Jun 2014, kawan baik aku Sang Nila Utama, kenalkan aku dengan a guy, cosmetic surgery dokter, orang Malaysia tapi bekerja di London.
Dokter ni pakar dalam bidang kecantikan.
Dan biasa dah buat operation buang lemak, sedut lemak peha tampal kat tetek [untuk breast enlargement], bubuh silicon, tegangkan kulit muka, etc.
Masa aku jumpa dia, dia baru pencen dan balik Malaysia.

Aku bagitau dia plan aku.
Dia sangat excited sebab weight loss pun bidang dia jugak.
So dia explain pasal fungsi lemak, distribution of lemak, apa yang boleh menyebabkan lemak pecah, etc.
Banyak ilmu dia aku ambik and aku apply dalam produk aku.

Kadang-kadang aku terpikir jugak celah mana lah datangnya Dr ni dalam bisnes plan aku.
Aku tak pernah jumpa dia let alone terfikir untuk dapatkan khidmat nasihat seorang cosmetic surgery, pakar pulak tu.
Hal-hal macam ni yang datang dengan tiba-tiba, aku anggap asbab redha mak bapak.

Tahun 2016, tahun pertama GreenAard beroperasi genap setahun.
Macam kebiasaan mana-mana company yang lain, setiap tahun mesti ada sales target.
Tahun tu adalah tahun pertama letak target untuk GreenAard.
Tahun pertama dah letak target tinggi.
Masa tu GreenAard cuma ada GC Plus saja.
Hanya satu produk tapi aku cuba letak sales target yang tinggi.

Kalau nak ikutkan, target yang aku letak tu tak reasonable lansung sebab harga GC Plus seketul baru RM90 tapi aku letak target macamkan aku jual mesin biotek harga ribu-ribu seketul.
Tapi tak apelah, kita cuba je dulu.

Tinggal 10 hari je lagi sebelum tempoh 1 tahun tamat, GreenAard masih ada a few hundred thousands left untuk capai yearly target.

Sebenarnya aku dah berpuas hati dah dengan respond GC Plus.
Sangat-sangat positive sampaikan aku pun dah lupa tentang sales target.
In fact waktu ni aku dah start RnD new product, dah tak fokuskan sangat pada sales target tahun tu.
Tapi bila En Wan bagitau tinggal RM***K je lagi untuk hit target, perasaan tu tiba-tiba teruja pulak nak cuba capaikan sales target tu.

Bukan apa, aku ni dah biasa buat sales target.
Pakwe aku tu belum pernah.
Itu tahun pertama dia berbisnes secara full time, jadi kalaulah hit target maybe ada sweet memories untuk dia kenang.

However, nak capai that amount dalam tempoh lebih kurang 10 hari adalah agak mustahil.

Yang pertama, produk aku baru cuma seketul, tak banyak pilihan.
Tak banyak yang aku boleh push.

Yang kedua, produk GC Plus tu cuma RM90 je.
Kalau nak hit another ***K, maknanya kena jual more than 1000 botol dalam masa kurang dari 10 hari.

Yang ketiga, aku tak buat mass marketing.
No influencers, no iklan, no billboards.

Lama-lama En Wan cakap "Tak apalah, tak hit target pun tak apa sebab sekarang ni fokus untuk new produk. Lagipun target yang kita letak ni tak reasonable pun". [sedapkan hati sendiri lah ni kekdahnya]

Then aku cadangkan kirorang bagitau mak bapak masing-masing.
Mintak dorang doakan.
Manalah tau kan.
Dalam keadaan yang agak mustahil, kita perlukan miracle.
Dan miracle tu ada pada keramat hidup kita, iaitu mak bapak.

Mak Aji memang always tanya "Kerja kau ok?"

Bila dia tanya tu, aku ambik peluang cerita tentang ni and mintak doakan.
Walaupun aku tau mak bapak aku always doakan anak-anak tapi ini urgent [dah urgent baru nak cari orang tua!].

Esoknya pulak, sebelum gi keje, aku nampak En Wan duduk depan mak, macam tengah bersalam raya style Jawa.
Laki aku memang hati tisu.
Kalau cakap slow talk dengan mak dia mesti merembes sekali.
Aku nampak dia kesat air mata.
Dia mintak mak doakan and mintak mak maafkan salah kalau ada.
Maklumlah menantu and mak duduk sebumbung, mana tau mak terkecik hati bila nampak dia lebihkan isteri.
Kadang-kadang benda kecik pun jadi punca yang menghalang kita berjaya.

Berkat doa orang tua, tahun pertama tu, GreenAard berjaya hit sales, sesuatu yang kitorang anggap mustahil pada awalnya.

Dalam hidup kita ni tak semuanya berkisar tentang hard work.
Ada banyak benda yang kita capai yang sebenarnya bukan datang dari usaha kita.
Boleh jadi sebahagian besarnya dari doa mak bapak.
Kerana Rasulullah dah kata, redha Allah terletak kepada redha orang tua.

Mencari redha Allah memang kewajiban tapi jangan lupa dengan redha orang tua.
Kita ni kadang-kadang bersungguh-sungguh cari redha Allah.
Tunggang-terbalik puasa sunat, solat sunat, zikir, bersedekah tapi kunci syurganya tak dijaga dengan betul.
Bila redha orang tua tak dapat, maka redha Allah pun tak sampai walaupun ibadahnya banyak.
Bila Allah tak redha, apelah maknanya dengan usaha.
Itu yang kadang-kadang, kerja pun terpaksa bermati-matian untuk cari rezeki, siang bawak ke malam, malam bawak ke pagi, ditambah pula dengan orang sekeliling yang sentiasa berkhianat, hati jadi tak tenang, hubungan dengan pasangan selalu berantakan, etc.

Oh, don't get me wrong.

Bukan semua huru-hara yang kita dapat tu akibat takde redha orang tua, tapi boleh jadi ada perkara lain yang kita buat yang Allah tak redha maka kita diuji.

The keyword is memahami kunci redha.

Salah satu punca Allah redha adalah bila orang tua redha.

Samalah macam mencari dan menjemput rezeki.

Rezeki kita semua dah ada, cuma ianya tersebar dan kita tak tahu di mana ia tersebar, hanya Allah yang tahu.
Maka kita berusaha.
Ada yang makan gaji, ada yang berbisnes, untuk mencari di mana letaknya rezeki tadi.

Menariknya, sambil-sambil kita berusaha kerja, kita masih berdoa mintak rezeki pada Allah, kan?
Bahkan setiap kali dalam solat, kita minta rezeki.
Isyak minta 4 kali.
Maghrib minta 3 kali.
Subuh minta 2 kali.
Setiap rakaat solat kita minta rezeki melalui bacaan ketika duduk di antara 2 sujud.
Dah habis solat pun masih minta lagi rezeki dalam bentuk doa.

Rezeki memang dah ada.
Cuma yang kita tak belajar adalah bagaimana cara mengambilnya.

Yang buatkan kita penat adalah kita usaha bermati-matian.
Memang hasilnya akan dapat, cuma bila kita tak tahu cara mengambilnya, maka lebih lambat kita dapatkannya.

Contoh, dah masuk waktu solat kita masih sibuk mengadap kerja.
Ini salah satu punca rezeki lambat sampai.

Selain dari solat, kunci rezeki ada pada redha orang tua.

"Seorang sahabat minta izin Rasulullah untuk ikut berperang, lalu Rasulullah saw tanya "Adakah kedua orang tua kamu masih hidup?" Lelaki tu jawab "Ya". Maka Rasulullah kata "Berjihadlah dengan berbakti kepada keduanya" [HR Bukhari dan Muslim].

Bermakna, redha orang tua lebih prioriti dari amalan wajib yang hukumnya fardu kifayah seperti jihad.

Punyalah besar impak redha orang tua pada kita, asbab redha merekalah terkabulnya doa kita.
Asbab redha orang tua lah kita dapat posisi yang mulia di sisi Allah sehinggakan kita ada peluang besar untuk mendapat redhaNYA.
Kalau Allah dah redha, tak ada yang boleh menghalang kita dapat apa yang kita nak kerana doa kita ada peluang besar untuk dikabulkan dan ianya datang bersekali dengan barokah.



2019-07-05

Purdah bukan pakaian Islam..?



Yes, betul.

Berpurdah bukan wajib dan juga bukan pakaian 'rasmi' wanita Islam.
Walaubagaimanapun ianya disyorkan supaya lebih terjaga dan dihormati.
Maknanya kalau nak pakai boleh, tak pakai pun tak salah kerana guideline pakaian wanita adalah solat-ready.
Asalkan pakaian tu solat-ready, lulus.

Mana datang perkataan 'syor' ni?

Dari pandangan 4 mazhab.

Aku suka everytime masuk topik fiqh.
Setiap kali blaja fiqh, terasa beruntungnya jadi orang Islam yang ada 4 mazhab.
Pendapat 4 mazhab ni membuatkan orang awam macam kita-kita ni boleh ambil yang mana terpakai untuk diri sendiri.

Contoh macam purdah.

Kalau mazhab Maliki dengan Hanafi, muka tak wajib tutup.
Kalau mazhab Hambali, kuku pun jadi aurat.
Kalau nak tau, mazhab Syafie cakap aurat perempuan seluruh badan termasuk MUKA!

Kita mazhab Syafie, kan?
Maksudnya kita yang pakai tudung ni belum tepat lagi tutup aurat selagi tak berniqab.

Tapi, Syafie kata, aurat ada 3 jenis.
Yang pertama aurat dalam solat.
Yang kedua aurat dengan mahram.
Yang ketiga, aurat dengan ajnabi.

So, kita sekarang sedang jaga aurat ketika solat ke, dengan mahram ke, atau dengan ajnabi?

Nampaknya, aku belum tutup aurat dengan sempurna.
Muka belum tutup.

Indahnya fiqh, pendapat mazhab lain boleh dipakai sama.
Jadi, kita-kita ni mungkin sedang memakai pendapat mazhab lain.
Mudah-mudahan satu hari nanti kita diberi kekuatan untuk memahami ilmu dan mengamalkan mazhab Syafie dengan sungguh-sungguh.

Artikel yang ditulis di atas agak annoying juga bila purdah dibuat perbandingan dengan cara berpakaian Yahudi.
Aku cuba memahamkan tujuan dia menulis ni.
Akhirnya, aku anggap dia bertujuan untuk educate some of his frinds/relatives/followers yang taksub dengan penampilan.
Agaknya begitulah.

Tak ada yang salah kalau seorang perempuan Islam pilih untuk berpurdah.
Tak ada yang salah kalau seorang lelaki nak pilih isteri yang berpurdah.
Tak ada yang salah kalau pilih untuk pakai black color from top to toe.
Itu hak dia untuk memilih.
Dia pilih untuk buat yang terbaik, yang disyorkan dalam agama, silakan.

Orang yang dah follow syariat berpakaian tak perlu diprovoke-provoke.
Patutnya yang masih ramai belum bertudung yang kita ajak perlahan-perlahan.
Yang dikacau orang yang dah cantik berpurdah tu dah kenapa.

Purdah, burqa, pakaian all black - masih lagi jadi perkara yang menakutkan untuk sesetengah orang melayu.
Asal nampak set-set 'ninja' ni, mesti dilabel extremist.
Yang sebetulnya, kita ni dah terbiasa tengok yang salah.
Bila mata dah terbiasa tengok yang haram, sesekali nampak yang betul, kepala tu tak boleh terima.
Ada je salah yang nak dicari.

Manusia biasa macam kita-kita ni bukannya maksum.
Kalau kita cari salah, memang akan jumpa salah.
Carilah yang baik, insyallah yang baik tu akan dapat kat kita.

Berpurdah belum tentu menjadikan dia lebih baik dari kita, tapi yang jelas, dia lebih taatkan Allah kerana sanggup bersusah-payah follow syariat berpakaian Islam.
Patutnya kita seronok tengok orang berpurdah, at least terjaga pandangan suami kita [eh!].

Ustaz aku pernah ajar, kalau kita berpakaian, doalah "Ya Allah, aku berpakaian begini keranaMu. Semoga pakaian yang aku pakai ini menjadi hujah kuatku ketika berdepan denganMu kelak bahawa aku pernah berjihad melalui pakaianku membantu menjaga pandangan orang lain".

Yang belum berpurdah, tapi memilih pakai all black, itu jihad mereka.

Jihad apa?

Cuba kita tengok kat tanah Arab.
Bukan semua pakai purdah, especially kat Riyadh tu.
Masih ada yang pakai jubah and tudung tapi tak tutup muka, however pakaiannya all black. Why?
Kerana mereka berjihad dengan cara tak mahu menarik perhatian lelaki dengan baju yang berwarna-warni.
Sampaikan kita lalu sebelah pun tak sempat nak kelebet ni mak orang ke anak dara dek kerana warna hitam dari atas ke bawah, segalanya nampak serupa je.
Boleh jadi dengan cara tu juga niat-niat kotor lelaki pun terencat dengan sendirinya kerana lelaki jadi malu nak terintai-intai muka perempuan tu kerana dia tahu perempuan tu tak mahu dirinya dilihat.

Jadi jangan kata purdah pakaian orang Arab.
Itu adalah satu statement yang mencerminkan sebuah kebodohan kata kata tanpa ilmu sampai merendah-rendahkan satu budaya yang baik yang seharusnya kita pegang.
Kalau memakai purdah, pakai burqa, pakai all black demi menjaga harga diri, menjaga kemuliaan suami, so adakah itu satu budaya yang tak patut dijadikan ikutan?

Yang sudah berpurdah, jangan terasa bila ada yang kata "ni budaya Arab, bukan budaya Islam!"

Budaya Arab adalah budaya Islam.
Kerana di sanalah, Islam lahir, Islam dibesarkan dan Islam disempurnakan.

Honestly, tulisan ni bukan sebuah seruan apetah lagi berdakwah.
Yang menulis ni tak berpurdah pun.
Tulisan ni hanya sebuah renungan kecil supaya kita lebih memahami perempuan yang mahu istiqomah dengan purdahnya.


2019-07-04

26 years



Haaa....gitu dia.
Awal-awal dah letak gamba artis Cina.
Maka bertabahlah semua....

30 Jun lepas, genap 26 tahun Wong Ka Kui [frontman Beyond] mati.

Pejam celik, it has been 26 years.....and aku masih lagi dengar lagu Beyond almost everyday sejak berpuluh tahun yang lepas.
Tak pernah boring.
Lagu-lagu Beyond and Leslie memang sentiasa ada dalam mana-mana playlist.
Kat laptop ada, kat kereta aku ada, kat kereta En Wan pun ada.

Kalau Ka Kui masih hidup, umur dia dah 57 tahun.
Maybe dah bersara dah menyanyi and compose lagu je.
Tapi apakan daya, umur dia setakat 31 tahun.
Cara-cara umur singkat macam tu pun, sampai sekarang lagu-lagu dia masih orang dengar, masih valid diputar kat radio.

Salah satu lagu dia yang famous satu dunia is yang ni.
Aku tau ramai yang pernah dengar lagu ni.
Aku dengar lagu ni dari tahun 1993 lagi dari album terakhir Beyond.




One thing yang aku suka dengan Wong Ka Kui ni, dia ni cipta sendiri lagu-lagu untuk Beyond.

Beyond tak pernah ada lagu ciptaan orang lain, memang ahli kumpulan sendiri yang compose lagu.
Tak ramai rock band yang cipta lagu sendiri secara serius.
Kebanyakkannya mengharapkan lagu dari composer.

Most of lagu Beyond Ka Kui yang cipta, that's why bila Ka Kui mati tahun 1993, that's the end of Beyond.
Walaupun ahli Beyond yang lain continue produce album sampai tahun 2005, the feel tu tak sampai ke tahap zaman Ka Kui.

Aku pernah beli 2 kaset [dulu kaset lah] selepas Ka Kui mati.
Lagu-lagu yang ahli Beyond cipta setakat boleh layan, tapi kalau nak jadi evergreen memang tak lah.
Tahun 2005 Beyond disbanded.
Ahli-ahli yang lain masih involve dalam industry bergerak secara solo dalam industri.

Disebabkan Wong Ka Kui and Leslie, aku jadi gigih menabung sebab nak beli kaset.
Bukan setakat gigih simpan duit, tapi gigih jugak belajar bahasa Cantonese.
Dengan tulisannya sekali aku cuba memorise so that aku boleh sing along sambil baca lirik kat belakang kaset tu.
Happy nau rasa bila aku boleh nyanyi satu lagu based on huruf-huruf cina yang aku dah hafal.
Magiknya, formula Add Maths tak pernah ingat, tapi tulisan cina senang betul aku hafal.

Nasib baik classmate aku Leong Kok Hong pun minat Beyond, dia lah yang provide macam-macam info and paper cuttings pasal Beyond kat aku.
Walaupun paper tu dari Nanyang Siang Pau, kisah apa aku?
Janji ada gambar Beyond, aku simpan.

Aku and Ima pernah berganding bahu hantar surat kat Beyond sepanjang 10 meter!
Aku tak tau la sampai ke idok surat tu.
Tapi surat tu penuh dengan our quotes tentang Beyond, and semua gambar-gambar and paper cuttings tentang Beyond yang kitorang kumpul.
Tak kisahlah, dorang baca ke tak, janji puas hati dapat buat something untuk Beyond.
Die hard fans katanya!

Masa aku ke Hong Kong tahun 2009 kalau tak silap, aku siap mintak pendapat ustaz and ustazah yang aku kenal, aku tanya boleh tak kalau aku nak ziarah kubur Ka Kui?

Blur kejap muka ustaz tu.
Pastu dia cakap "Takde masalah nak ziarah tapi apa manfaat untuk si mati? Bukannya boleh berdoa untuk dia. Kalau nak ziarah setakat lalu, takde masalah, cuma takde manfaat. Kerja-kerja yang takde manfaat ni kalau boleh takyah buat".

*cry*

Tak jadi aku nak pegi, lagipun masa tu aku pegi dengan Pak Aji and Mak Aji, nak mampos ajak Mak Aji jalan-jalan tengok kubur?
Tak pasal karang aku yang terkubur.



BUT THIS!!

Jun tahun lepas, sempena ulang tahun ke 25 Ka Kui mati, Madamme Tussaud kat Beijing rasmikan patung wax Ka Kui.

Maknanya terpaksalah aku gagahkan diri naik flight untuk jumpa Ka Kui pulak, kan?

10 tahun lepas dah jumpa Leslie kat Madamme Tussaud HK.

[yang peluk patung tu bassist Beyond, yang also his adik]

Masa perasmian, sedih bila adik dia cakap "I just want to hug him".

Merembes aku.

En Wan risau je bila aku ajak pi jumpa Ka Kui.
Sebab dia tau apa akibatnya selepas tu.
Nampak je patung Leslie, terus berlari peluk tinggalkan Redza kat blakang.
Macam kena sampuk kejap.
Orang yang kat tepi-tepi patung Leslie sampai beralih pi tempat lain.
Takut agaknya tengok aku menurun kat situ.



Konsert Beyond tahun 2003 yang buat aku sedih walaupun lagu rancak.

Tak salah, ini konsert last before dorang dibanded Beyond tahun 2005.
Dalam konsert ni dorang letakkan life-size video projection Ka Kui seolah-olah Ka Kui ada sekali kat konsert tu.
Lagu yang dorang main ni adalah lagu Ka Kui cipta tapi sempat buat demo je, belum sempat dijadikan lagu.
So the team ciptakan lirik and sing along dengan Ka Kui kat konsert ni.
Semua ambil part untuk menyanyi.
Dapat dengar suara Ka Kui walaupun setakat "Da da da da da.."

Tak sangka umur dah 42 aku masih lagi stuck dengan Leslie and Beyond.
Tak minat dah nak layan Chinese songs and movies yang baru-baru ni.
Yang lama-lama jugak best.
Now ni layan Telugu lah pulak.

2019-07-03

Move on lagi


Bercakap tentang MOVE ON memang takde habisnya.
Aku ni bleh dikatakan kerap jugak dapat email dari blog reader yang bercerita tentang masalah susah move on.
Baik yang muda, atau yang tua [kes cerai & kes poligami].
Patutnya aku ni dulu jadi lawyer syariah ni. Salah ambik course aku ni.

Move on memang tak mudah.
Bermula dengan usaha untuk melupakan, mengikhlaskan perpisahahan dan membuka 'buku' baru dengan orang lain - proses ni ambil masa, dan ianya tak mudah.
Menipu sangat kalau ada yang kata dia ambil masa kejap untuk move on.
Takde maknanya.
Hat tu, maybe spare part dah standby, that's why senang nak move on.

Hakikatnya, move on tak semudah kita lalu tol.
Tol tu halangan dia satu palang je.
Move on ada banyak palang, ada banyak halangan yang kita kena kena hadapi.
Akan ada je small-small things yang buatkan proses nak melupakan tu jadi susah.
Tak semudah order makanan online, ya.
Cuma tu lah, kadang-kadang kita yang buatkan proses move on ni jadi payah.

Siapa cakap mem-block dia dari media sosial adalah tindakan yang childish?
That could be the best way to forget.
Boleh jadi dengan cara tu lebih senang untuk kita lupakan dia dan move on because you no longer the need to know tentang ke mana dia pergi, apa dia buat, dengan siapa dia keluar sekarang.
Tak payah dah.
Kalau kita betul nak move on, then tak salah untuk block dia.
Bukan bermaksud kita nak bermusuhan cuma itu salah satu cara untuk kita merasa lebih tenang.

Bukan apa, kalau dah tau diri tu masih teringat-ingat kat dia [sedangkan dia tak teringat pun kat kita], tak ke satu keje bodoh kau torture diri sendiri dengan men-stalk media sosial dia?
Tak rasa bodoh ke menyakitkan hati sendiri dengan tengok dia update status check in kat restoran dengan orang lain, selfie dengan orang lain, berbalas-balas cute emoji dengan orang lain...?
Kan ke self-torture namanya tu.
Lagi bagus kau block, done.

Teknik ni pun boleh di-apply oleh sesiapa saja yang rasa menyampah kat someone.
Block/unfollow/unfriend.
Senang dan tindakan yang bijak.
Ni tak, dah tau tak suka tapi itu jugak yang kau kelebet hari-hari.
Kau lah yang bodoh sebenarnya.

Berbalik kepada cerita move on, tak semestinya untuk melupakan kita mesti ada pengganti.
Tak payah terburu-buru nak ada new partner.
Belum tentu lagi kau akan happy yang sebenar-benarnya.
Kadang-kadang kita keliru dengan hati sendiri.
Kita sangka bila ada pengganti, maka lebih cepat kita dapat lupakan yang lama.
Hakikatnya kita hanya perlukan distraction saja.
Nak distraction tak perlu new bf/gf secepat tu.
Cukup sekadar sibuk-sibukkan diri dengan pelbagai aktiviti, lama-lama lupalah nanti.

Move on doesn't have to make you rush to find new gf/bf.
Hati kita bukannya motor yang mesti diganti spare partnya dengan segera kalau rosak.
Redakan hati kita dulu, biar betul-betul cool.
Nak hati kita cool, buang barang-barang yang kita pernah dapat dari dia.
Ini termasuklah whatsapp conversation.
Delete je chat tu, tak payah kau nak baca balik lepas tu merembes sorang-sorang nak buat apa.

Salah sorang reader aku, bila aku suggest untuk buang barang-barang yang ex dia pernah bagi, dia jawab "Saya sayangkan kenangan saya dengan dia. Lagipun saya percaya kalau dah jodoh tak kemana. Kalau jodoh saya dengan dia, at least barang dia masih saya simpan. Kalau takde jodoh, nanti saya buang".

Ya, betul.
Jodoh memang tak lari ke mana.
Kalau dia memang jodoh yang ditakdirkan untuk kita, tak kira berapa jauh terpisah, berapa lama tak berjumpa, dia tetap akan jadi milik kita.
Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiii ada hakikat yang kita kena terima iaitu hubungan perasaan antara manusia tidak semudah tu.

Berapa tahun kau nak self-torture mengadap barang-barang kenangan tu kalau tak dibuang sekarang?
Semakin kita duduk dalam kenangan lama, semakin susah kita nak move on dan semakin susah kita buka hati untuk orang lain.
Kalau hati dah tertutup untuk orang lain, jangan pulak nanti salahkan takdir.
Pahadal Allah dah buka jalan.
Allah pisahkan kita dengan dia, mungkin itu caranya Allah nak temukan kita dengan orang yang lebih tepat.

Pikir positif saja lah.
Mungkin keadaan sekarang tak sebahagia ketika kita bersama dia.
Tapi jangan lupa, sebelum kita jumpa dia pun kita ok je.
Tetap happy, boleh gelak-gelak, boleh tidur lena, boleh makan bertambah.
Kehilangan dia buatkan kita terasa kosong tapi tak bermakna dunia kita akan berhenti.
Kalau dulu kita ok je before kenal dia, percayalah kita tetap akan ok bila dia pergi.

Ha, lagi satu statement "kami now jadi kawan".

Yeah, right!
Last week baru break, this week dah jadi BFF?
Tengkorak kau.

Tak payah la gunakan alasan "kami tetap jadi kawan" untuk kau jadikan modal terus ingat dia.
Percayalah, itu akan buatkan kau jadi lebih susah nak move on.
Makan hati je pendam rasa sayang sorang-sorang.
Nak pulak bila "BFF" kau tu share story dia syok kat pompuan lain, hah boleh terima?
Balik rumah merembes bawah bantal.
Heleh, macam lah aku tak tau.

Dah, kalau dah decide nak break, break je.
No such thing jadi kawan-kawan.
Kalau bukan kau yang makan hati, maybe dia yang makan hati.
Give you both space untuk merawat hati.
Nak berkawan kembali ke, nak jadi BFF ke, itu belakang-belakang nanti pikir.

"Saya lonely. Nak keluar dengan kawan-kawan, dorang semua dah ada family"

Yang ni aku faham perasaannya.
Masa aku break dengan ex aku dulu, nak keluar pi outing pun kena cari geng sebab member-member aku keluar dengan bf masing-masing.
Nak keluar makan malam pun takde geng.
Sometimes, kawan-kawan lain [yang single] ada aktiviti lain.

Waktu ni merasalah jugak lonely.
Bila dah lonely tu mulalah terasa kesal and salahkan diri sendiri "Apesal aku break? Apesal aku tak bersabar je?" [kahkahkahkah].

Itulah jadinya bila meletakkan rasa bahagia pada manusia.

Nak kena ada bf/gf baru happy.

Nak ada member teman makan baru selera nak makan.

Nak kena ada geng baru boleh outing.

Penyudahnya, hidup aku jadi lemau.

Last-last aku nak hilangkan rasa boring, aku menulis.
Aku tulis cerpen ringkas.
Sometimes aku tulis skrip drama ringkas [feeling buat drama sendiri].
Lama-lama aku jadi enjoy writing.
Bila kenal dengan En Wan, skill menulis tu aku praktikkan. Hahaha.
Setiap surat yang aku hantar tak pernah setakat 2 helai, selalunya lebih dari 4 helai tulis depan belakang!
Ada yang siap berstapler dek kerana banyak helai sangat.

Dari situ aku realized, kita sebenarnya tak pernah boleh rasa bosan.
Kalau kita meletakkan happiness pada manusia, maka bersedialah untuk merasa lonely.
Kerana manusia datang dan pergi.
Tapi kalau happiness ada dalam diri, even though we are alone we can still feel happy.

Dah, dah.
Jangan nak merembes lagi.
Kalau ex tu bukan jodoh kau, maknanya jodoh kau yang sebenar ada tunggu kat luar sana.



2019-07-02

Siapa kata kaya ubah sikap manusia?



"Si Anu tu sekarang makin sombong sejak jadi kaya-raya"

"Biasalah tu, dah kaya. Manusia boleh berubah bila dah banyak duit".

Kita biasa dengar statement ni, kan?
Selalunya gitulah.
Kita percaya duit mengubah sikap manusia.
Hakikatnya, bukan duit yang mengubah manusia, tetapi duitlah yang menyerlahkan sikap sebenar manusia.

Manusia yang sebegini menganggap duit dan harta adalah simbol kehebatan.
Menjadi kaya adalah ukuran sosial.
Yang sebenarnya, duit dan harta adalah sebuah magnifier [kanta pembesar] yang akan memperbesarkan watak sebenar yang ada pada seseorang.

Bukan sikit-sikit orang yang dulunya biasa-biasa, bila dah banyak duit, terus berubah sikapnya.
Yang dulu sopan, jadi lantang.
Yang dulu merendah diri, jadi angkuh.
Yang dulu sederhana, jadi sukakan perhatian.
Ramai yang kelihatan berubah sikap bila sudah berduit.

Kalau nak kata manusia berubah sikap bila dah kaya, tak adil.
Kerana yang kekal bersikap sederhana bila dah kaya sebenarnya jauh lebih ramai.
Cuma kita saja yang tak tahu kerana mereka ini lebih suka 'berhibernasi' dari mempamerkan kekayaan.

Jadi, duit dan harta bukanlah penyebab karakter manusia berubah tetapi duit dan harta menyerlahkan sikap sebenar manusia tersebut.

Jika semasa miskin dia kelihatan baik dan ketika kaya menjadi sombong, maka sebenarnya dia memang sudah sedia sombong sewaktu menjadi miskin.
Kesombongannya sengaja disimpan untuk personal interest.

Jika seseorang kelihatan sangat peramah dan santun ketika tidak mempunyai nama dan ketika berkuasa dia cenderung sombong, maka sebenarnya orang itu tidak berubah dengan kuasa tetapi sifat keangkuhan itu telah lama wujud sejak dulu lagi.

Subjektif?
Tak.
Ilmu psikologi dah lama kesan kaitan antara perubahan sikap seseorang dengan faktor material.

Kehebatan seseorang tak boleh dinilai melalui apa yang dia miliki tetapi bagaimana dia merespon kepada apa yang dia miliki.
Dalam bahasa mudahnya, bukan soal harta seseorang banyak atau tak, tapi bagaimana karakternya ketika susah atau senang, samada mental dia cukup dewasa untuk membezakan darjat harta dan darjat dirinya [jati diri] kerana dua tu adalah perkara yang berbeza.

Orang yang kaya dan bijaksana akan meletakkan darjat dirinya paling atas berbanding darjat harta.
Dia tak tertarik untuk bercakap tentang kekayaan dan mereka lebih cool dan santai dan tak berminat untuk sentiasa mempamerkan apa yang mereka miliki.
They enjoy their wealth as they are, without needing to show it to the people around it.
In fact, mereka segan kalau diri kelihatan stand out among others walaupun dah obvious mereka memiliki kemampuan yang lebih baik dari orang di sekelilingnya.

Berbeza dengan orang yang meletakkan darjat harta melebihi darjat diri, they will not be able to resist keinginan untuk sentiasa menunjukkan kekayaan dimana saja, pada bila-bila masa, setiap kali ada peluang.
Bukan hanya pada orang dan persekitaran, mereka juga akan menggunakan media sosial to show it off.

Kenapa mesti macam tu?

Kerana bagi mereka, menjadi kaya saja tak cukup.
Orang lain mesti tahu dia kaya.
Dahagakan perhatian, pujian dan kekaguman dah menjadi sebati dalam diri.
Jadi tak hairanlah mereka seronok dan sentiasa mencari peluang untuk membuat orang lain tahu apa yang mereka miliki.

That's why kita boleh nampak ada 2 kelompok orang kaya.
Yang pertama, kaya dan 'senyap'.
Yang kedua, kaya dan 'bingit'.
Itulah bezanya manusia yang mendahulukan darjat diri dengan manusia yang mendahulukan darjat harta.

Betul kata ustaz, diuji dengan kekayaan jauh lebih berat berbanding diuji miskin.
Bila kaya, manusia cenderung mempamerkan kekayaan, lalu jadi sombong.
Bila hati penuh dengan rasa ingin dipuji, ingin dilihat, ingin dikagumi, lama-lama hati jadi keras asbab dari cintakan dunia.
Hati yang keras membuatkan percakapan pun bersifat angkuh.

Hakikatnya kaya atau miskin bukanlah tanda aras sebuah kemuliaan atau kehinaan.
Kekayaan boleh jadi satu siksaan dan musibah dari Allah, manakala kemiskinan boleh jadi satu kurniaan dan nikmat.

Walaumacamanapun, kalau kita diberikan pilihan untuk pilih antara kaya dan miskin, dah tentu kita pilih jadi kaya, betul tak?
Ini memang wajar dan sangat masuk akal.
Takde siapa yang nak dirinya jadi orang miskin.
Tapi, Allah dengan sifat Maha TahuNya, ada hikmah yang boleh kita singkap dari semua ni.

Kaya dan miskin wajib ada.
Kalau dunia hanya penuh dengan orang kaya, roda kehidupan tak akan berputar dengan baik.
Begitulah sebaliknya.
Allah lebih tahu kenapa si polan dijadikan tersangat kaya manakala si polan yang lain hidup paycheck to paycheck.

Kaya dan miskin adalah ketetapan Allah dan mesti disingkapi dengan bijak, mengikut perspektif Islam.
Kedua-duanya tak lebih dari sekadar ujian.
Mana yang lebih mulia, mana yang lebih hina, bergantung pada bagaimana kita memahaminya.

"Ada manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dimuliakan dan diberikan kesenangan, maka dia berkata, 'Rabbku telah memuliakanku'. Bila Tuhannya mengujinya lalu membataskan rezekinya, maka dia berkata, ‘Rabbku menghinaku'. Sekali-kali tidak (demikian)." [Al-Fajr, 15-17].

Nampak tak perkataan yang aku diboldkan?

MENGUJI.

Ayat di atas kata, Allah menguji manusia dengan memberikan kenikmatan dan kelimpahkan rezeki.
Allah juga menguji manusia dengan kesempitan rezeki.
Kedua-duanya adalah ujian, bukan nikmat.

Belum tentu lagi dapat duit jadi nikmat.
Kalau duit menjadikan kita show off, maka itu adalah ujian, bukan nikmat.

Begitulah kebijaksanaan Allah dalam mengatur rezeki manusia.
Kadang-kadang Allah menyiksa manusia dengan nikmatNya dan memberikan nikmat dengan cubaanNya.
Semoga kita semua tergolong dalam golongan manusia yang dibukakan hijab hati untuk nampak hikmah dalam setiap perkara serta diterangkan hati untuk menyingkapi nikmat dan cubaan Allah dengan bijaksana.


2019-07-01

Bentuk badan vs baju



Sekali imbas nampak berat badan aku berubah-ubah.
Sebenarnya semua pun sama berat dan semuanya adalah gambar di bulan Syawal ni.

Gambar pertama : 10 Jun
Gambar kedua : 22 Jun
Gambar ketiga : 23 Jun
Gambar keempat : 27 Jun

Kesemuanya berat 52kg.

Sebenarnya, pakaian pun mempengaruhi size badan.
I mean bukan berat badan tapi bagaimana badan kita kelihatan.

Gambar 1st and 2nd, sama-sama pakai baju yang ada curve, so nampaklah macam slender sikit.
Gambar 3rd and 4th, sama-sama pakai baju potongan lurus, nampak kembang.

Oh lagi satu, size dada juga memainkan peranan.
Dada aku memang tak sepadan dengan badan, kawan-kawan aku semua tau tu.
Kalau shawl aku terselak, atau aku tudung tak menutup dada, badan aku nampak lebih besar.

Jadi, bawak bertenang.

Bagi menjawab komen-komen kat IG kenapa aku makin kurus, jawapannya aku tak kurus mana pun.
Kurus tu zaman sebelum bersalin Rayyan, time berat 47-48kg.
Now ni berat aku bermain-main sekitar 50-52kg dah 2-3 tahun.
Range ni masih ideal weight, cuma tak se-slim dulu.

Umur aku tahun ni nak masuk 42 tahun.
Di usia gini, slim dah bukan tujuan.
Asal jangan overweight cukup.
Yang penting takde sakit-sakit and kolesterol buat routine check.

Korang yang muda-muda ni silakan slim kalau nak merasa slim.
Dah tua-tua esok jangan kurus sangat.
Kalau kurus sangat muka nampak lebih tua dari umur sebenar sebab semakin umur meningkat, muka kehilangan lemak.
Bila muka hilang lemak, kulit akan start sagging.
Muka "jatuh" orang tua kata.
Omputih cakap droop.

That's why kalau dah tua, jangan kurus-kurus sangat, asalkan maintain ideal weight cukuplah.
Range ketinggian aku ni, ideal weight dari 48-54kg.
Jadi pilihlah kau nak duduk kat nombor berapa.
Jangan terlampau kejarkan nombor sebab nombor banyak tak semestinya kau dah gemuk.
You can actually look thinner but weigh more.

Otot kita ni jauh lebih compact dari lemak.
1kg otot lebih kurang sebesar genggaman tangan.
1kg lemak pula seluas 2 tapak tangan.
Walaupun sama-sama 1kg tapi disebabkan bentuknya lebih padat, otot tak guna banyak ruang dalam badan.
Lebih solid orang kata.
Berbeza dengan lemak, bentuk dia loose that's why dia mengambil lebih banyak ruang dalam badan.

Kalau lepas ambil GC Plus atau work out, jangan risau bila berat bertambah 2-3kg.
Instead of tengok penimbang, cuba pakai baju-baju lama.
Kalau baju-baju lama semakin longgar, jeans lama pun dah tak sendat, itu maknanya badan ada pengurangan lemak.
Tak semestinya wajib turun dari size M ke S baru dinamakan "dah semakin kurus".
Jangan risau sangat bab nombor pada penimbang tu.
Belum tentu lagi nombor penimbang tu naik bermakna lemak kau pun naik sama.



Ini zaman membesar bagai Johan.
Berat range 58-62kg.
Bila tengok gambar ni entah kenapa aku rasa mesti orang takut nak solat sebelah aku, takut kaki kena hempap dek aku.

Bukan main lebar lagi muka, dah macam dulang.
Actually part muka aku tak kisah sangat, tapi badan tu memang terasa berat.
Aku pernah merasa badan overweight and normal weight, jadi aku boleh bezakan macamana rasanya.

Bila badan overweight, cepat mengah.
Makan pun boleh mengah.
Tapi yang paling aku tak suka sekali - time solat.

Yang pertamanya, nak sujud lama-lama mengah.

Yang kedua, tahiyat akhir duduk tawarruk, boleh terasa berlipat-lipat pinggang and perut belah kanan.

Yang ketiga, duduk lama-lama baca Yassin kejap-kejap kena berlunjur kaki sebab cepat kebas.

Jadi, bila tak selesa, kita pun jadi malas nak bersolat lama-lama.
Let alone nak membanyakkan sujud and solat sunat.

Zaman aku gemuk dulu, aku always mengelak dari bersolat jemaah.
Kalau solat sendiri kita boleh adjust bacaan [laju/lambat].
Tapi kalau solat jemaah, bab duduk antara dua sujud, sujud and tahiyat ya ampunnnnn, boleh hilang khuysuk aku yang dah sedia tak berapa nak khusyuk ni.
Menguji kesabaran betul bila imam baca lambat-lambat, kaki cepat kebas.
Memanglah berat aku tak pernah sampai ratusan kilo, tapi aku ni kategori pendek.
Orang pendek macam aku, kalau berat cecah 62kg, itu dah dikira hazab okeh?

Now dah berada di normal weight, aku happy.
Happy sebab sekarang pergerakan lebih selesa.
Aku punya piawai sekarang adalah duduk tawarruk.
Kalau duduk tahiyat akhir tak terasa pinggang kanan berlipat, lega.
Itu tandanya lemak berkurangan.

Memang itupun piawai body fat kita - pinggang.
That's why siapa beli GC Plus, aku bagi sekali weight lost tracker card ni :



Size pinggang adalah penentu body fat.
Banyak lemak berkumpul di bahagian pinggang and perut.
So kalau pinggang mengecil walaupun berat hanya turun 800g dalam masa 10 hari, itu bermakna ada pengurangan lemak.

"Yang Day 1 sampai Day 10 tu untuk apa?"

Day 1 hingga 10 tu untuk tengok samada badan kita respond pada diet atau tak.
Dalam masa 10 hari, berat mesti turun paling kurang 580g.
Tak kisahlah berat lemak ke, berat air ke, yang penting bila kita start berdiet, badan mesti turun at least 580g dalam masa 10 hari.
Ini memang penurunan berat yang normal.
Kalau turun lebih dari tu, tak apa.
Tapi kalau less that that, maknanya badan ada masalah - maybe dihidrasi, masalah hormon atau apa-apa penyakit yang tuan badan sendiri unaware of.

[nak print kad atas tu, silakan]

Yang beli GC Plus, kita cuma bagi kad ni 1 saja sebab kita cuma nak pastikan 10 hari pertama berat badan turun at least 580g.
Kalau turun more than 580g, then ok.

Yang size pinggang tu pula adalah beza size sebelum ambil GC Plus dengan selepas habis sebotol GC Plus tau, bukan selepas 10 hari makan GC Plus.
Jarang pinggang mengecil selepas 10 hari sebab berat lemak takkan turun selaju berat air.
Dah habis sebulan, baru ambil bacaan size pinggang.

Makan?

Tanyalah followers IG aku, apa benda je yang aku tak makan.
IG aku sentiasa aku upload gambar makanan yang aku makan sampaikan ada yang tanya macamana aku boleh lose weight padahal hari-hari aku makan macam-macam?

Rahsianya adalah - jangan terlampau sekat makan.
Melainkan kau nak badan sekeping macam model, silakan.
Aku cuma nak ideal weight saja.

Kalau berat badan korang overweight atau obese, yes, mesti diet dulu.
Tapi bila badan dah range normal, tak perlu lagi sekat makan sana sini, hanya perlu tau teknik saja.

Apa yang aku buat, kalau aku teringin nak Stabak, aku order glass paling kecil dan aku minum half je.
Lagi half aku bagi En Wan atau Rayyan minum.

Nasi pun macam tu gak.
Kalau teringin nak makan nasi dagang, aku makan je.
Tapi ambil sikit, makan.
Then ambik nasi minyak sikit, makan.
Lepas tu laksa sikit, makan.

Because it's all in your mind.
Yang buatkan kita makan banyak atau sikit, bukan sebab lapar tapi teringin.
Setakat nak lepaskan rasa teringin, makan sikit pun dah memadai.
Jangan takut pi open house.
Aku enjoy food, so kalau pi open house aku suka makan macam-macam tapi serba sikit biar boleh rasa banyak makanan.

Nasi minyak 5 suap, ok dah.
Then try nasi dagang, 5 suap lagi.
Then makan kuih karipap seketul, pulut panggang seketul, cendol semangkuk.
Barulah namanya raya.

Yang peng-obses dengan angka, jangan lupa check kolesterol ya.
Turun berat belum tentu lagi kolesterol pun turun.
Selalunya orang dok fokus kat berat badan je tapi kolesterol tak check.
Dia anggap bila berat badan turun, dalaman pun sihat.
Padahal orang kurus pun boleh kena strok.
Selalunya yang kurus lebih tinggi kolesterol sebab bila dia susah gemuk, dia tend to makan apa-apa je.

Muka.

Aku ada kawan yang badan size XS, tapi muka bulat.
Dia memang jarang selfie.
Kalau dia selfie, orang mesti ingat dia overweight, hakikatnya anak dah 5 tapi pinggang macam kerengga.

Dia tanya aku boleh ke produk aku kecikkan muka dia sikit?

Sebenarnya there is no real way to target weight loss to just one part of your body, termasuklah muka.
The best way is turunkan berat secara keseluruhan.
Produk aku pun macam tu juga.
GC Plus cuma bantu lose weight secara keseluruhan, bukan fokus kat bontot, peha, lengan, perut, etc.
Kalau badan kau dah slim tapi kat perut buncit, buatlah sit ups.
Kalau muka bulat, tapi badan size XS, aku tak sure apa exercise nak bagi kurang tembam muka.
Maybe pasrah je kot. Hahahaha.




p/s : Kalau nak tanya apa-apa tentang ni, WHATSAPP SINI