2019-07-05

Purdah bukan pakaian Islam..?



Yes, betul.

Berpurdah bukan wajib dan juga bukan pakaian 'rasmi' wanita Islam.
Walaubagaimanapun ianya disyorkan supaya lebih terjaga dan dihormati.
Maknanya kalau nak pakai boleh, tak pakai pun tak salah kerana guideline pakaian wanita adalah solat-ready.
Asalkan pakaian tu solat-ready, lulus.

Mana datang perkataan 'syor' ni?

Dari pandangan 4 mazhab.

Aku suka everytime masuk topik fiqh.
Setiap kali blaja fiqh, terasa beruntungnya jadi orang Islam yang ada 4 mazhab.
Pendapat 4 mazhab ni membuatkan orang awam macam kita-kita ni boleh ambil yang mana terpakai untuk diri sendiri.

Contoh macam purdah.

Kalau mazhab Maliki dengan Hanafi, muka tak wajib tutup.
Kalau mazhab Hambali, kuku pun jadi aurat.
Kalau nak tau, mazhab Syafie cakap aurat perempuan seluruh badan termasuk MUKA!

Kita mazhab Syafie, kan?
Maksudnya kita yang pakai tudung ni belum tepat lagi tutup aurat selagi tak berniqab.

Tapi, Syafie kata, aurat ada 3 jenis.
Yang pertama aurat dalam solat.
Yang kedua aurat dengan mahram.
Yang ketiga, aurat dengan ajnabi.

So, kita sekarang sedang jaga aurat ketika solat ke, dengan mahram ke, atau dengan ajnabi?

Nampaknya, aku belum tutup aurat dengan sempurna.
Muka belum tutup.

Indahnya fiqh, pendapat mazhab lain boleh dipakai sama.
Jadi, kita-kita ni mungkin sedang memakai pendapat mazhab lain.
Mudah-mudahan satu hari nanti kita diberi kekuatan untuk memahami ilmu dan mengamalkan mazhab Syafie dengan sungguh-sungguh.

Artikel yang ditulis di atas agak annoying juga bila purdah dibuat perbandingan dengan cara berpakaian Yahudi.
Aku cuba memahamkan tujuan dia menulis ni.
Akhirnya, aku anggap dia bertujuan untuk educate some of his frinds/relatives/followers yang taksub dengan penampilan.
Agaknya begitulah.

Tak ada yang salah kalau seorang perempuan Islam pilih untuk berpurdah.
Tak ada yang salah kalau seorang lelaki nak pilih isteri yang berpurdah.
Tak ada yang salah kalau pilih untuk pakai black color from top to toe.
Itu hak dia untuk memilih.
Dia pilih untuk buat yang terbaik, yang disyorkan dalam agama, silakan.

Orang yang dah follow syariat berpakaian tak perlu diprovoke-provoke.
Patutnya yang masih ramai belum bertudung yang kita ajak perlahan-perlahan.
Yang dikacau orang yang dah cantik berpurdah tu dah kenapa.

Purdah, burqa, pakaian all black - masih lagi jadi perkara yang menakutkan untuk sesetengah orang melayu.
Asal nampak set-set 'ninja' ni, mesti dilabel extremist.
Yang sebetulnya, kita ni dah terbiasa tengok yang salah.
Bila mata dah terbiasa tengok yang haram, sesekali nampak yang betul, kepala tu tak boleh terima.
Ada je salah yang nak dicari.

Manusia biasa macam kita-kita ni bukannya maksum.
Kalau kita cari salah, memang akan jumpa salah.
Carilah yang baik, insyallah yang baik tu akan dapat kat kita.

Berpurdah belum tentu menjadikan dia lebih baik dari kita, tapi yang jelas, dia lebih taatkan Allah kerana sanggup bersusah-payah follow syariat berpakaian Islam.
Patutnya kita seronok tengok orang berpurdah, at least terjaga pandangan suami kita [eh!].

Ustaz aku pernah ajar, kalau kita berpakaian, doalah "Ya Allah, aku berpakaian begini keranaMu. Semoga pakaian yang aku pakai ini menjadi hujah kuatku ketika berdepan denganMu kelak bahawa aku pernah berjihad melalui pakaianku membantu menjaga pandangan orang lain".

Yang belum berpurdah, tapi memilih pakai all black, itu jihad mereka.

Jihad apa?

Cuba kita tengok kat tanah Arab.
Bukan semua pakai purdah, especially kat Riyadh tu.
Masih ada yang pakai jubah and tudung tapi tak tutup muka, however pakaiannya all black. Why?
Kerana mereka berjihad dengan cara tak mahu menarik perhatian lelaki dengan baju yang berwarna-warni.
Sampaikan kita lalu sebelah pun tak sempat nak kelebet ni mak orang ke anak dara dek kerana warna hitam dari atas ke bawah, segalanya nampak serupa je.
Boleh jadi dengan cara tu juga niat-niat kotor lelaki pun terencat dengan sendirinya kerana lelaki jadi malu nak terintai-intai muka perempuan tu kerana dia tahu perempuan tu tak mahu dirinya dilihat.

Jadi jangan kata purdah pakaian orang Arab.
Itu adalah satu statement yang mencerminkan sebuah kebodohan kata kata tanpa ilmu sampai merendah-rendahkan satu budaya yang baik yang seharusnya kita pegang.
Kalau memakai purdah, pakai burqa, pakai all black demi menjaga harga diri, menjaga kemuliaan suami, so adakah itu satu budaya yang tak patut dijadikan ikutan?

Yang sudah berpurdah, jangan terasa bila ada yang kata "ni budaya Arab, bukan budaya Islam!"

Budaya Arab adalah budaya Islam.
Kerana di sanalah, Islam lahir, Islam dibesarkan dan Islam disempurnakan.

Honestly, tulisan ni bukan sebuah seruan apetah lagi berdakwah.
Yang menulis ni tak berpurdah pun.
Tulisan ni hanya sebuah renungan kecil supaya kita lebih memahami perempuan yang mahu istiqomah dengan purdahnya.