2019-07-08

Redha ibubapa



Semalam aku share ilmu dari ustaz.

Merembes.

Senang je nak tahu ciri-ciri orang yang banyak dosa ni.
Kalau dalam kelas tu dia paling banyak menangis, itulah orangnya.

Apa yang usta cakap tu sangat dekat di hati.
Macam teguran untuk aku, direct dari Allah.
Biasalah kan, kadang-kadang terlupa dulu Allah pernah tunjukkan keajaibannya melalui redha ibubapa.

Feb 2014, lepas jumpa customer di UPM, datang idea untuk hasilkan GC Plus [tapi masa ni belum terfikir lagi namanya GC Plus, but the idea untuk produce such product dah ada].
Memandangkan background aku microb DNA, aku tak berapa konfiden nak start research on herbs.
I need someone yang aku boleh discuss with.

Ramai customer aku yang buat plant research.
Boleh je kalau nak mintak tunjuk ajar but I need a team.
Team yang boleh sama-sama produce this product, yang boleh jadi leader, kalau boleh yang pakar dalam bab ni.
Ada title Dr lagi bagus.
Aku dok belakang-belakang pun takpe.

Aku teringat ustaz aku pernah cakap "Nak buat apa-apa kerja yang besar, pergi jumpa mak bapak dulu. Minta maaf dengan mereka. Tak boleh bersandar pada ilmu dan usaha semata-mata. Kadang-kadang semua benda kita ada tapi dosa dengan mereka masih ada pasti ada halangan yang menghalang usaha kita nanti".

Aku ingat lagi petang tu aku call Mak Aji.
Blur blur je Mak Aji apesal aku call sambil nangis-nangis.
Panik kejap orang tua tu "Apesal ni? Apesal? Apesal?"

Aku bagitau aku ada benda nak buat lepas ni.
Aku ada big plan untuk kerjaya aku, tapi aku sendiri belum sure apa benda aku nak buat, cuma aku tau this is something big untuk aku.
Jadi aku mintak mak bapak aku ampunkan dosa-dosa aku, tolong redha and tolong doakan.

Jun 2014, kawan baik aku Sang Nila Utama, kenalkan aku dengan a guy, cosmetic surgery dokter, orang Malaysia tapi bekerja di London.
Dokter ni pakar dalam bidang kecantikan.
Dan biasa dah buat operation buang lemak, sedut lemak peha tampal kat tetek [untuk breast enlargement], bubuh silicon, tegangkan kulit muka, etc.
Masa aku jumpa dia, dia baru pencen dan balik Malaysia.

Aku bagitau dia plan aku.
Dia sangat excited sebab weight loss pun bidang dia jugak.
So dia explain pasal fungsi lemak, distribution of lemak, apa yang boleh menyebabkan lemak pecah, etc.
Banyak ilmu dia aku ambik and aku apply dalam produk aku.

Kadang-kadang aku terpikir jugak celah mana lah datangnya Dr ni dalam bisnes plan aku.
Aku tak pernah jumpa dia let alone terfikir untuk dapatkan khidmat nasihat seorang cosmetic surgery, pakar pulak tu.
Hal-hal macam ni yang datang dengan tiba-tiba, aku anggap asbab redha mak bapak.

Tahun 2016, tahun pertama GreenAard beroperasi genap setahun.
Macam kebiasaan mana-mana company yang lain, setiap tahun mesti ada sales target.
Tahun tu adalah tahun pertama letak target untuk GreenAard.
Tahun pertama dah letak target tinggi.
Masa tu GreenAard cuma ada GC Plus saja.
Hanya satu produk tapi aku cuba letak sales target yang tinggi.

Kalau nak ikutkan, target yang aku letak tu tak reasonable lansung sebab harga GC Plus seketul baru RM90 tapi aku letak target macamkan aku jual mesin biotek harga ribu-ribu seketul.
Tapi tak apelah, kita cuba je dulu.

Tinggal 10 hari je lagi sebelum tempoh 1 tahun tamat, GreenAard masih ada a few hundred thousands left untuk capai yearly target.

Sebenarnya aku dah berpuas hati dah dengan respond GC Plus.
Sangat-sangat positive sampaikan aku pun dah lupa tentang sales target.
In fact waktu ni aku dah start RnD new product, dah tak fokuskan sangat pada sales target tahun tu.
Tapi bila En Wan bagitau tinggal RM***K je lagi untuk hit target, perasaan tu tiba-tiba teruja pulak nak cuba capaikan sales target tu.

Bukan apa, aku ni dah biasa buat sales target.
Pakwe aku tu belum pernah.
Itu tahun pertama dia berbisnes secara full time, jadi kalaulah hit target maybe ada sweet memories untuk dia kenang.

However, nak capai that amount dalam tempoh lebih kurang 10 hari adalah agak mustahil.

Yang pertama, produk aku baru cuma seketul, tak banyak pilihan.
Tak banyak yang aku boleh push.

Yang kedua, produk GC Plus tu cuma RM90 je.
Kalau nak hit another ***K, maknanya kena jual more than 1000 botol dalam masa kurang dari 10 hari.

Yang ketiga, aku tak buat mass marketing.
No influencers, no iklan, no billboards.

Lama-lama En Wan cakap "Tak apalah, tak hit target pun tak apa sebab sekarang ni fokus untuk new produk. Lagipun target yang kita letak ni tak reasonable pun". [sedapkan hati sendiri lah ni kekdahnya]

Then aku cadangkan kirorang bagitau mak bapak masing-masing.
Mintak dorang doakan.
Manalah tau kan.
Dalam keadaan yang agak mustahil, kita perlukan miracle.
Dan miracle tu ada pada keramat hidup kita, iaitu mak bapak.

Mak Aji memang always tanya "Kerja kau ok?"

Bila dia tanya tu, aku ambik peluang cerita tentang ni and mintak doakan.
Walaupun aku tau mak bapak aku always doakan anak-anak tapi ini urgent [dah urgent baru nak cari orang tua!].

Esoknya pulak, sebelum gi keje, aku nampak En Wan duduk depan mak, macam tengah bersalam raya style Jawa.
Laki aku memang hati tisu.
Kalau cakap slow talk dengan mak dia mesti merembes sekali.
Aku nampak dia kesat air mata.
Dia mintak mak doakan and mintak mak maafkan salah kalau ada.
Maklumlah menantu and mak duduk sebumbung, mana tau mak terkecik hati bila nampak dia lebihkan isteri.
Kadang-kadang benda kecik pun jadi punca yang menghalang kita berjaya.

Berkat doa orang tua, tahun pertama tu, GreenAard berjaya hit sales, sesuatu yang kitorang anggap mustahil pada awalnya.

Dalam hidup kita ni tak semuanya berkisar tentang hard work.
Ada banyak benda yang kita capai yang sebenarnya bukan datang dari usaha kita.
Boleh jadi sebahagian besarnya dari doa mak bapak.
Kerana Rasulullah dah kata, redha Allah terletak kepada redha orang tua.

Mencari redha Allah memang kewajiban tapi jangan lupa dengan redha orang tua.
Kita ni kadang-kadang bersungguh-sungguh cari redha Allah.
Tunggang-terbalik puasa sunat, solat sunat, zikir, bersedekah tapi kunci syurganya tak dijaga dengan betul.
Bila redha orang tua tak dapat, maka redha Allah pun tak sampai walaupun ibadahnya banyak.
Bila Allah tak redha, apelah maknanya dengan usaha.
Itu yang kadang-kadang, kerja pun terpaksa bermati-matian untuk cari rezeki, siang bawak ke malam, malam bawak ke pagi, ditambah pula dengan orang sekeliling yang sentiasa berkhianat, hati jadi tak tenang, hubungan dengan pasangan selalu berantakan, etc.

Oh, don't get me wrong.

Bukan semua huru-hara yang kita dapat tu akibat takde redha orang tua, tapi boleh jadi ada perkara lain yang kita buat yang Allah tak redha maka kita diuji.

The keyword is memahami kunci redha.

Salah satu punca Allah redha adalah bila orang tua redha.

Samalah macam mencari dan menjemput rezeki.

Rezeki kita semua dah ada, cuma ianya tersebar dan kita tak tahu di mana ia tersebar, hanya Allah yang tahu.
Maka kita berusaha.
Ada yang makan gaji, ada yang berbisnes, untuk mencari di mana letaknya rezeki tadi.

Menariknya, sambil-sambil kita berusaha kerja, kita masih berdoa mintak rezeki pada Allah, kan?
Bahkan setiap kali dalam solat, kita minta rezeki.
Isyak minta 4 kali.
Maghrib minta 3 kali.
Subuh minta 2 kali.
Setiap rakaat solat kita minta rezeki melalui bacaan ketika duduk di antara 2 sujud.
Dah habis solat pun masih minta lagi rezeki dalam bentuk doa.

Rezeki memang dah ada.
Cuma yang kita tak belajar adalah bagaimana cara mengambilnya.

Yang buatkan kita penat adalah kita usaha bermati-matian.
Memang hasilnya akan dapat, cuma bila kita tak tahu cara mengambilnya, maka lebih lambat kita dapatkannya.

Contoh, dah masuk waktu solat kita masih sibuk mengadap kerja.
Ini salah satu punca rezeki lambat sampai.

Selain dari solat, kunci rezeki ada pada redha orang tua.

"Seorang sahabat minta izin Rasulullah untuk ikut berperang, lalu Rasulullah saw tanya "Adakah kedua orang tua kamu masih hidup?" Lelaki tu jawab "Ya". Maka Rasulullah kata "Berjihadlah dengan berbakti kepada keduanya" [HR Bukhari dan Muslim].

Bermakna, redha orang tua lebih prioriti dari amalan wajib yang hukumnya fardu kifayah seperti jihad.

Punyalah besar impak redha orang tua pada kita, asbab redha merekalah terkabulnya doa kita.
Asbab redha orang tua lah kita dapat posisi yang mulia di sisi Allah sehinggakan kita ada peluang besar untuk mendapat redhaNYA.
Kalau Allah dah redha, tak ada yang boleh menghalang kita dapat apa yang kita nak kerana doa kita ada peluang besar untuk dikabulkan dan ianya datang bersekali dengan barokah.