2019-07-02

Siapa kata kaya ubah sikap manusia?



"Si Anu tu sekarang makin sombong sejak jadi kaya-raya"

"Biasalah tu, dah kaya. Manusia boleh berubah bila dah banyak duit".

Kita biasa dengar statement ni, kan?
Selalunya gitulah.
Kita percaya duit mengubah sikap manusia.
Hakikatnya, bukan duit yang mengubah manusia, tetapi duitlah yang menyerlahkan sikap sebenar manusia.

Manusia yang sebegini menganggap duit dan harta adalah simbol kehebatan.
Menjadi kaya adalah ukuran sosial.
Yang sebenarnya, duit dan harta adalah sebuah magnifier [kanta pembesar] yang akan memperbesarkan watak sebenar yang ada pada seseorang.

Bukan sikit-sikit orang yang dulunya biasa-biasa, bila dah banyak duit, terus berubah sikapnya.
Yang dulu sopan, jadi lantang.
Yang dulu merendah diri, jadi angkuh.
Yang dulu sederhana, jadi sukakan perhatian.
Ramai yang kelihatan berubah sikap bila sudah berduit.

Kalau nak kata manusia berubah sikap bila dah kaya, tak adil.
Kerana yang kekal bersikap sederhana bila dah kaya sebenarnya jauh lebih ramai.
Cuma kita saja yang tak tahu kerana mereka ini lebih suka 'berhibernasi' dari mempamerkan kekayaan.

Jadi, duit dan harta bukanlah penyebab karakter manusia berubah tetapi duit dan harta menyerlahkan sikap sebenar manusia tersebut.

Jika semasa miskin dia kelihatan baik dan ketika kaya menjadi sombong, maka sebenarnya dia memang sudah sedia sombong sewaktu menjadi miskin.
Kesombongannya sengaja disimpan untuk personal interest.

Jika seseorang kelihatan sangat peramah dan santun ketika tidak mempunyai nama dan ketika berkuasa dia cenderung sombong, maka sebenarnya orang itu tidak berubah dengan kuasa tetapi sifat keangkuhan itu telah lama wujud sejak dulu lagi.

Subjektif?
Tak.
Ilmu psikologi dah lama kesan kaitan antara perubahan sikap seseorang dengan faktor material.

Kehebatan seseorang tak boleh dinilai melalui apa yang dia miliki tetapi bagaimana dia merespon kepada apa yang dia miliki.
Dalam bahasa mudahnya, bukan soal harta seseorang banyak atau tak, tapi bagaimana karakternya ketika susah atau senang, samada mental dia cukup dewasa untuk membezakan darjat harta dan darjat dirinya [jati diri] kerana dua tu adalah perkara yang berbeza.

Orang yang kaya dan bijaksana akan meletakkan darjat dirinya paling atas berbanding darjat harta.
Dia tak tertarik untuk bercakap tentang kekayaan dan mereka lebih cool dan santai dan tak berminat untuk sentiasa mempamerkan apa yang mereka miliki.
They enjoy their wealth as they are, without needing to show it to the people around it.
In fact, mereka segan kalau diri kelihatan stand out among others walaupun dah obvious mereka memiliki kemampuan yang lebih baik dari orang di sekelilingnya.

Berbeza dengan orang yang meletakkan darjat harta melebihi darjat diri, they will not be able to resist keinginan untuk sentiasa menunjukkan kekayaan dimana saja, pada bila-bila masa, setiap kali ada peluang.
Bukan hanya pada orang dan persekitaran, mereka juga akan menggunakan media sosial to show it off.

Kenapa mesti macam tu?

Kerana bagi mereka, menjadi kaya saja tak cukup.
Orang lain mesti tahu dia kaya.
Dahagakan perhatian, pujian dan kekaguman dah menjadi sebati dalam diri.
Jadi tak hairanlah mereka seronok dan sentiasa mencari peluang untuk membuat orang lain tahu apa yang mereka miliki.

That's why kita boleh nampak ada 2 kelompok orang kaya.
Yang pertama, kaya dan 'senyap'.
Yang kedua, kaya dan 'bingit'.
Itulah bezanya manusia yang mendahulukan darjat diri dengan manusia yang mendahulukan darjat harta.

Betul kata ustaz, diuji dengan kekayaan jauh lebih berat berbanding diuji miskin.
Bila kaya, manusia cenderung mempamerkan kekayaan, lalu jadi sombong.
Bila hati penuh dengan rasa ingin dipuji, ingin dilihat, ingin dikagumi, lama-lama hati jadi keras asbab dari cintakan dunia.
Hati yang keras membuatkan percakapan pun bersifat angkuh.

Hakikatnya kaya atau miskin bukanlah tanda aras sebuah kemuliaan atau kehinaan.
Kekayaan boleh jadi satu siksaan dan musibah dari Allah, manakala kemiskinan boleh jadi satu kurniaan dan nikmat.

Walaumacamanapun, kalau kita diberikan pilihan untuk pilih antara kaya dan miskin, dah tentu kita pilih jadi kaya, betul tak?
Ini memang wajar dan sangat masuk akal.
Takde siapa yang nak dirinya jadi orang miskin.
Tapi, Allah dengan sifat Maha TahuNya, ada hikmah yang boleh kita singkap dari semua ni.

Kaya dan miskin wajib ada.
Kalau dunia hanya penuh dengan orang kaya, roda kehidupan tak akan berputar dengan baik.
Begitulah sebaliknya.
Allah lebih tahu kenapa si polan dijadikan tersangat kaya manakala si polan yang lain hidup paycheck to paycheck.

Kaya dan miskin adalah ketetapan Allah dan mesti disingkapi dengan bijak, mengikut perspektif Islam.
Kedua-duanya tak lebih dari sekadar ujian.
Mana yang lebih mulia, mana yang lebih hina, bergantung pada bagaimana kita memahaminya.

"Ada manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dimuliakan dan diberikan kesenangan, maka dia berkata, 'Rabbku telah memuliakanku'. Bila Tuhannya mengujinya lalu membataskan rezekinya, maka dia berkata, ‘Rabbku menghinaku'. Sekali-kali tidak (demikian)." [Al-Fajr, 15-17].

Nampak tak perkataan yang aku diboldkan?

MENGUJI.

Ayat di atas kata, Allah menguji manusia dengan memberikan kenikmatan dan kelimpahkan rezeki.
Allah juga menguji manusia dengan kesempitan rezeki.
Kedua-duanya adalah ujian, bukan nikmat.

Belum tentu lagi dapat duit jadi nikmat.
Kalau duit menjadikan kita show off, maka itu adalah ujian, bukan nikmat.

Begitulah kebijaksanaan Allah dalam mengatur rezeki manusia.
Kadang-kadang Allah menyiksa manusia dengan nikmatNya dan memberikan nikmat dengan cubaanNya.
Semoga kita semua tergolong dalam golongan manusia yang dibukakan hijab hati untuk nampak hikmah dalam setiap perkara serta diterangkan hati untuk menyingkapi nikmat dan cubaan Allah dengan bijaksana.