2008-05-06

Wish aku oi!


Entry pasal Langkawi tunggu aku free sok baru aku tulis.
Tonite masanya untuk sessi meng-flash back.

Ahad, 4th may 2008, genap 7 tahun aku ngan En Wan kawen *ehemm*
Tapi since Ahad lepas aku masih lagi berpoya-poya tak sedarkan diri kat Langkawi, flight balik KL pun sampai around 7pm takde maknanya nak celebrate. Gi makan kat mamak je jawabnya. Aku pun dah penat, ngan muka aku berlengas gila babi hutan punya berkerak. Perkataan pertama from En Wan masa fetch aku kat airport 'Apesal hitam sangat ni?'

Halo macha.
Bini ko memang semulajadi hitam okkk.
Ko je yang perasan bini kau putih sangat.

Pedulik hapa aku siapa nak kata aku hitam pun.
Masalahnya skang muka aku sangat panas. Macam lobster okk.
Lobster terlebih masak. Hitam.

So semalam En Wan kata malam kita gi dinner, tapi dia suruh aku pilih either kat mamak or restoran melayu.

Mamak???

Kekanda, adinda sedar rupa adinda camne, takyah la sarkastic sangat kanda.
Kalau takde bajet sangat pun takyah la offer mamak, kau bungkus char kue tiaw kat pasar malam pun aku dah happy gila.

AKAN TETAPI.....

En Wan kata kita kuar makan takyah bawak Redza.

Uikss??
Takkan Redza takleh gi mamak kot?
Ataupun adekah dia tempah table for two kat mamak, berserta candle 2 batang?

Nehiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!

En Wan dah buat reservation kat Holiday Villa Subang rupanya.
Sangat gembira okkkkkkkkkk sebab itu adelah buffet dinner.
Boleh makan banyak-banyak.
Patutla En Wan kata takyah pakai dress-dress ni semua, pakai baju biasa ngan jeans je. Dia dah paham sangat bini dia kuat mentekedarah. Kang kalau pakai dress kang, mau tetas zip belakang.
Series, aku makan banyak.

Diet??????
Kem salam.

Memula aku ambik nasi sikit (nak jugak stresskan nasik itu adelah sedikit), green curry sotong, ayam masak serai, sambal udang and chinese vege.

Pastu bangun lagi ambik pinggan.
Kali ni tekak omputih lak. Ambik roti ngan butter ngan mushroom soup.

Belum ada tanda-tanda sendawa nak kuar.
Boleh makan lagi ni.
Bangunnnn.

Gi ambik cheese kek, blueberry cake.
Pastu singgah kat tray rendang ketam, belasah 2 ekor.
Dengan penuh bergaya aku melangkah membawa 2 pinggan penuh ngan lauk.

Ok, gambarssssss :


Lain muka En Wan. Dah berkedut aku tengok. Tu la, buat muka masam-masam selalu, kan dah tua. Gambar atas tu gambar 10 tahun dulu, on our first date, dia datang Kuching jumpa aku, and ajak aku date kat Santubong Resort. Gaya kontrol tetap sama.


And this is me. Tetap ceria seperi biasa. Masa memula kenal En Wan rambut aku pendek. Konon nak bagi nampak remaja. Baju pun time tu sopan je, tutup sampai ke leher. Sekarang....ye, ye sila kutuk. Wa takde halllll.


Terbalik lak posisi. Dulu cam harammm je baju. Nama nak gi dinner je menggelupur carik dress, skirt, kemeja. Skang, itu la baju dinner, itulah baju cuci keta, T Shirt manjang.


HAPPY ANNIVERSARY ABANG...:)


2008-05-05

Exhausted gila babi


Aku dah balik.
Tapi aku penat, belum ada semangat nak update betul2.
Lagipun gambar2 kat sana sangat berelemenkan porn star so kena cantas mana2 yang patut.
Muka aku sangat burnnnnnnnnnnnnnnnnn, sangat itammm, sangat melekitttttttt.

Sekian.

Langkawi


Sebelum aku terlupa, aku nak wish **** (the best ever!) Happy Wedding Anniversary yang ke-10. Wedding day dia sehari lepas aku, 5 May, tahun kira sendiri.

Ok, Langkawi.

Kitorang gerak Wed 30 April. Aku trip yang last. Entah saper-saper tukang book tiket pi letak aku sekali ngan big bos. Cipet. Masing-masing nak selamatkan diri. Dah la flight aku kol 4.10pm, yang lain pandaiiii. Semua gi pagi-pagi. Sempat gi Makam Mahsuri, Makam Purba, Tanjung Rhu segala. By the time aku sampai kat Frangipani Resort and Spa, dah kol 7pm, terus gi makan dengan muka yang serba melekit. Aku sebilik ngan wakil from Singapore.

Dan seperti yang dijangka, memang aku sorang je Melayu. Sian lak tengok budak-budak ni semua, asal nak makan je, semua tolong pastikan restoran tu serve halal food. Dan dorang nak mabuk-mabuk pun mintak kebenaran aku 'Do you mind??'

Sukati korang la. Aku minum Coke pun boleh mabuk. Takde hal.



Me, Evelyn (tengah) and Sze Yunn. Both are customer service.


 Me, Haru (tengah) and Chin. Aku and Chin dalam team Molecular Cell Biology, Haru application chemist utk group Analytical.


Tengah tunggu van nak pi dinner, kat lobby

Malam tu big bos bawak gi Orkid Ria Seafood. Dia punya order macam nak bagi orang Somalia makan. Segala binatang dalam laut kalau boleh dia nak bawak kuar letak atas meja. Sampai member aku tanya kat waiter tu lepas ni ada makanan lagi tak. Dah tak larat nak makan.

Lepas makan-makan, kita masuk ke sessi potong kek sambil mabuk. Kebetulan hari tu birthday one of our engineer. Aku Yam Seng ngan orange juice. Jadik la.




Me, Hazel (kiri) and Sze Yunn. Hazel ni model. Sama group ngan aku.

Balik room dah pukul 12 lebih, tapi sebab presentation slide aku kena touch-up sikit, so aku stay up. Padahal mata memang dah kuyu. Kol 1.30am aku dah rasa dizzy, alarm suruh tido. Esok kena bangun awal sebab kol 9am ada team building.


Kanan tu Ong from S'pore, engineer. Masa bfast.



Kitorang team building atas yatch. Masing-masing belagak cam orang kaya ada kapal sendiri. Merasa la buat knotting, maneuvering and pasang layar. Sampai terkoyak kulit tangan aku nak tarik layar. Siap ada BBQ atas tu. Dengan lamb, beef, chicken, potato, pasta, grouper, sate pun ada. Memang sesuai sangat ngan perut aku.


Me, Tean (big bos), Evelyn, Hazel. Tengah tunggu boat nak ke kapal. Ni kat Awana Porto Malai.

Tapi kebanyakkan pic atas kapal aku tak sempat nak ambik sebab banyak sangat aktiviti. Tunggu trainer tu hantar photo kat kitorang. Aku tengok yo yo an je abang tu snap gambar. Ntah ye tah tidak. Kot flash je lebih.

Biasa la kan kalau dah namanya gedik, cenggini la.....


Rose Dawson okkkkk.
Bernanah la mata korang tengok pompuan lam gambar ni.

Lepas lunch, dorang ada buat aktiviti ocean jump. Nak develop self confidence objektif dia. Ni sebenarnya bukan apa, nak pedajal sesiapa yang tak reti berenang cam aku. Babi la.

Dia suruh kitorang terjun kat laut dari atas kapal okkkkk.
Kapal tu sangat tinggi okkkkk.
Dan aku sangat penakut okkkkk.
Arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!
Aku leh tanya trainer tu 'Can I skip this one?'

Nehi!!!
TURJUN he!

Lama gak aku ambik masa nak lompat. Walaupun sayupppp je aku nampak brader lifeguard tu tunggu aku ngan pelampung kat bawah. And semuorang memang wajib pakai life jaket walaupun yang tau swim. Yang lain dah sorak-sorak 'DIANA! DIANA! DIANA!'

Kemak la korang.
Ingat aku suka la tu.

Berdebushhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!
Timbul jugak aku akhirnya. Dibuatnya kaki aku tertanam lam pasir. Selamat jalan romeo jawabnya.

Orang lain timbul terus capai pelampung, aku timbul terus peluk leher brader tu. Mamposla, janji aku selamat. Sementara nak tunggu the rest terjun, aku ngan kawan-kawan segedik yang lain ambik gambar aksi calendar girl atas kapal. Tapi takyah la tunjuk semua kan. Aku filter, tunjuk mana yang tak berapa gedik je.

Ni boleh upload kat promotion flyers next month..."buy 1 unit of StepOnePlus and get a free date with any of the 3 ladies in the picture". Yang kiri sekali tu kalau nak bawak gi date pastikan poket ko penuh. Perut dia ada empat compartment.


Masa untuk menayang cleavage...

Masa ni semua dok tayang tattoo. Yang kat spine, yang kat tetek, yang kat alur bontot. Aku nak tunjuk amende, bulu ada la.





Stim mata kejap tahan cahaya.

Lepas semua dah terjun, dorang bawak kitorang naik marine boat ke pulau. Aktiviti kidnappers and hostage la pulak. Ko ingat main-main ke? Dibuatnya Abu Sayaf betul-betul ada kat pulau tu, putih mata memasing. Dia buat 2 group. Each group ada hostage masing-masing. Aku la yang jadik hostage tu. Dengan alasan, kidnappers don't kidnap guys, they kidnap girls. Punya banyak wanita-wanita kat situ, aku ngan Evelyn jugak yang jadik mangsa.

Dia gari aku siap tampal mulut aku ngan plaster pastu letak kat tengah-tengah laut. Tunggu orang rescue. Yang nak menrescue ni pulak blindfolded, kena dengar arahan dari puak-puak yang lain.

Go straight!
Turn 90 degree to the right!
Climb the rock!

Bila nak sampai kat aku la???
Aku panas ni okkkk!

Iklan : Tapi kan kidnapper yang sorang ni, brader nama Saiful baik gila, siap pakaikan aku cap taknak bagi panas. pastu standby tepi aku nak angkat aku turun dari batu. Macam ni kena kidnap seploh tahun pun takpe bang. Adik likeeee!! Hahahha, gatal.

Dah jumpa aku, carik mangga la kunci la pulak tak jumpa, saje je kidnappers tu letak kunci belakang bontot aku. Si tukang selamat ni takde choise terpaksa la meraba aku. Aku lak kena bagi instruction guna kaki, tolak-tolak dia suruh gi blakang ambik kunci. Sikit punya sengsara.

Dah habis aktiviti tu, balik semual ke yatch. Sesiapa yang nak berkayak dari pulau ke yatch silakan. Aku mintak mahap le. Penat. Kang semorang sampai ke yatch, aku berkayak tau-tau dah sampai Port Klang. So aku and segerombolan puak yang kehabisan tenaga naik marine boat.

By the time sampai hotel aku dah nak pengsan. Gila bapak punya exhausted, dengan muka aku yang terbakar kehitaman. Mandi-mandi, pastu kuar balik for dinner. Kali ni bos bawak gi Italian food kat jeti mana ntah. Sempat la aku ambik gambar kat kapal harga 10 juta. Saper punya ntah.


 Ngan roommate, from Singapore. Berlatar blakangkan restoran Tun Mahathir, The Loaf.




Makan pun tak daya sebab letih sangat.
Main tolak-tolak je pizza lam mulut. Dan la aku tak berapa nak masuk ngan makanan Italian ni. Sampai hotel, bukak balik laptop siapkan slide. Esoknya aku present okkk. Orang kedua yang present lak tu. Malam tu ramai gak lepak bilik aku discuss utk presentation. Punya la terlampau fokus nak siapkan keje, aku betul-betul tak perasan yang mula-mula hanya aku ngan sorang LELAKI chinese dalam bilik tu, siap meniarap atas katil sebelah-menyebelah mengadap laptop. Kalau la pencegah maksiat datang, heart attack En Wan kat umah. Nauzubillah.

Ni bilik sebelum sessi tiarap-meniarap. Perhatikan ada dua laptop, laptop aku yang terbukak tu. Bilik ni ada attached ngan bilik kawan aku kat sebelah, so kitorang bukak pintu tengah tu kasik luas sket.




Nampak simple je bilik ni kan, padahal rate RM280/nite.
Ni pulak pagi esoknya before meeting, ada team building lagi, tapi kat pantai hotel je. So, imagine la, pagi ada aktiviti sampai kol 12, pastu kol 2.30pm meeting start. Mengantuk!! But meeting was ok, presentation aku alhamdulillah, tak kena bambu. Rasa lega and berbaloi jugak seminggu aku berjaga sampai kol 2-3pagi nak siapkan report.



Malam tu makan kat Chinese restaurant. Masa masuk restaurant tu budak-budak tanya Uncle kat situ, halal food ke tak.

'Oh, halalllllll'
Konfiden je uncle ni. Ko tau ke halal tu apa. Asal bukan pork je halal.
Tapi aku malas nak pikir la handling-handling procedure ni segala.
Dah terang-terang dia tulis kat depan tu Halal Food Only.
Belasah.

Pastu tengah tunggu makanan sampai, aku tanya, 'Are you sure the food are all halal?'

Uncle tu jawab 'Halal. Prime Minister also eat here'.
'Which PM?'

Muka tak bersalah dia jawab 'Lim Liong Sik'

Aku tampa orang tua ni kang.

The next day, meeting started at 9am to 9pm. Ada orang lain wat meeting camtu? Makan pun lam bilik tu gak. Gila okk. Benak kejap kepala. Seb baik toilet kat luar boleh gak aku mengular.






Perhatikan muka aku. Melekit. Hitam. Melekit. Hitam. Melekit. Hitam. Mengantuk.

Malam tu makan kat seafood lagi. Tapi kat tepi pond pulak.
Nice place to eat, lupa apa nama dia, siap ada wakaf, tapi sebab kitorang ramai, so takleh naik wakaf ramei-ramei, nanti roboh. Makan kat luar je. Malam tu je 16 orang punya mulut = RM1100.00. Terperanjat gak tengaok bil, tapi buat-buat terperanjat la, bukan aku yang bayar pun. Big bos. Lobster 1kg RM250. Bapak mahal. Cam tak lojik okkk. Tapi dah masuk perut dah pun.



So malam tu actually before gi dinner we all stop kat Duty Free Zone, beli coklat and all. Budak-budak ni belasah beli liquor. Siap beli liquor nak mabuk-mabuk kat beach malam kang. Untuk aku dorang belikan Coke sebotol besar. Rupanya nak main Nama-Negara-Buah, ala yang kita masa skolah main tulis-tulis atas kertas, siap ada colum Nama, Negara, Buah, Bijik, bla bla bla pastu bagi markah kalau tak sama ngan orang lain. Ingat?

Yang ni versi buat bulatan tepai pantai pastu masing-masing letak gelas kat depan. Sapa tak dapat jawab, minum sampai mabuk. Aku sampai 3 hari pun takkan mabuk. Coke katakan. Paling bangsat sekali ingat nak pedajal budak-budak laki ni, aku start la dengan nama 'Lipstick'. Cam haram okkk jantan-jantan ni semua tau lipstick kat pasaran. Semua gamaknya penah teman awek gi shopping. Dah habis se-round, aku dah tak tau apa brand nak letak, aku gi boh Ralph Lauren. Hambik kau, dorang semua nak humban aku lam laut dah.

Ada sorang member laki gi start the game 'sebutkan nama player Liverpool'. Tak ke cibai tu. Ko suruh aku letak nama player Selangor pun aku tak tau okkk.
So that's it about Langkawi trip. Fun, tapi penat. So, now kena wat keje.


2008-04-28

Ye la, aku update


Dak Intan tanya apekah aku lupa password blog sampai blog ni tak berhapdet sekian lama.

Apekah kau tak reti baca aku dah tulis aku adelah berstatus HIATUS???

Busy ok lately.
Dengan keje kat ofis.
Dengan keje kat ofis lagi.
Lagi-lagi keje kat ofis.

Benak. Benak. Benak.

Oh ye, last Thursday adelah hari performance review. 7 keturunan punya butterflies sudah ada dalam perut dari pagi. Sampai aku takde selera nak makan, minum, nak gi toilet pun tertangguh-tangguh kot2 bos panggil.

Kol 2.30pm sampai 5.30pm dia review aku.
Roughly ok, cuma aku cam tak boleh menerima hakikat bila dia kata 'Diana, are you shy? I hardly hear your voice when you were around'

Well, wanita bijak memang macam ni. Kurang bercakap, tingkatkan produktiviti. Lagipun aku adelah wanita yang kaya dengan sifat ketimuran memang macam ni. Tinggi dengan kesopanan dan kesusilaan.

Tapi apesal la nak kena cakap kuat-kuat kat ofis?
Aku ni kalau boleh taknak orang tau aku ada kat ofis. Semak okkk paler aku, kang orang tu tanya, orang ni tanya. Bila time aku nak start keje camni?
Tapi sebenarnya aku memang tak banyak cakap pun kat opis.
Banyak menaip je.
Chatting.

Sehari lepas review aku kena maki ngan bos.
Memang cam haram.

2008-04-17

Hiatus aku akan disambung lepas tulis entry ni..


Aku di tagged oleh Asnor filza....

Apa superpower idaman anda? Sila pilih satu!
Kuasa di mana lagi banyak anda makan, lagi cepat anda kurus. Walaupun badan kurus tapi di tempat-tempat tertentu yang anda ingini adelah dibolehkan mengadjust dengan hanya memicit sahaja.
Contoh, hari ni saiz tetek hanya 32A. Ohh, tak best. Kecik sangat, mana nak nampak cleavage beb. Pabila kita picit saja tetek tersebut, secara otomatiknya dia akan beranjak ke saiz seterusnya bergantung kepada saiz bra di pasaran.
Power ini juga adalah bersifat vice versa, aku picit orang pun boleh, orang picit aku pun boleh. Aku picit sendiri je la, apa nak suruh orang picit aku pulakkk.
Picit sekali, 34A.
Picit lagi 32B.
Picit lagi sekali 34B. Ha, ni saiz tetek aku skang.
Ngehehehe.

Siapa superhero atau watak yang mempengaruhi pilihan anda?
Tyra Banks.
Walaupun dia banyak makan, dan suka membeli barang-barang murahan (apa kaitan pun aku tak tau), juga berkulit itam, dia tetap maintain slender, jelita dan seksi.

Kenape atau untuk apa superpower itu yg anda pilih?
Sebab saya adelah perempuan gemuk. Sudahlah gemuk, badan tak bercurve pula. Kulit juga agak kelabu asap. Bontot juga hampir-hampir hilang dari pandangan. Sangat tak gorjes. Saya mendambakan semua mata berpusu-pusu memandang bontot saya lantas terpegun dan mengatakan ‘Wahhhhh..bontot tonggek siallllll, picit sedap ni’.
(Agak gila seks juga statement saya ini)

Kelemahan superpower anda? Wajib ada!
Kadar sensitiviti yang extremely tinggi. Satu kali picit, satu kali tukar saiz.
Tetiba terbayang kalaulah laki aku picit tetek aku tujuhblas kali satu malam. Hah, kauuuuu. Tak terbawak.

Nama anda sebagai hero?
NICETOTOUCHNICETOHOLD.

Moto anda sebagai superhero?
MemBESAR sebagai johan.

Hiatus


Busy la beb.
Nak baca blog korang pun makan tahun ni.
Pada yang tagged aku, sabar ye, akan diusahakan.
Banyak sangat keje nak dibuat.

Weekend nanti kalau sempat aku update sekali lima blas entry.

2008-04-11

Entry for you, itupun kalau kau singgah blog aku. Tak singgah lagi bagus.


Dengan selesanya aku bekerja dari rumah pagi ni.
Masuk opis jap kol 8-10am, buat la apa2 yang patut, agak-agak semua yang patut dibuat telah dilaksanakan dengan terbilangnya, aku pun mintak diri.

Kepala aku pening pagi ni. Macam nak pitam pun ada.
Kat elevator tadi pun rasa cam nak tumbang. Kot ye pun nak tumbang biarla kiri kanan ada orang, ada gak tukang papah nanti.
So now kat rumah, rest, tunggu En Wan balik lunch sama-sama.

Takde apa nak cerita, cuma aku perlu meluahkan sesuatu yang dah lama membusut lam kepala.

Aku tak suka orang tipu aku. Tapi aku lagi tak suka orang yang hipokrit. Tipu tu lain cerita, tapi ini HIPOKRIT. Dah la kau hipokrit, boleh tak ko simpan hipokrit ko jangan kasik satu dunia tau?

Contohnya, si A adelah berspesis keji, and si A ini juga sebenarnya tau yang dirinya keji tahap dewata tapi dia mengharapkan orang lain tak tau yang dia ni amat keji. Tapi too bad, siapala yang tau kau ni keji? Semua tau. Kau je yang ingat orang lain pandang kau tinggi, sayup mata memandang. Bukan sayup memandang ke atas, sayup nunnnnnnnnn di bawah.

This Mr-Ambik-Gambar-Kontrol-Tuck-In-Perut (ehem..ehem) memang dasar kepala weng.
Nak kata bangang, blaja agak tinggi jugak la, tapi tak pasti flying colors ke tak.
Nak kata good looking, memang sah takde tapi lagak cam eligible bachelor of the year.
Nak kata ramai peminat, ada la kot, 3-4 kerat.
Nak kata berduit, boleh la sebab kau bekerja tapi takde la kaya mana so boleh tak rentikan canang yang kau menginherit kekayaan dan kemasyuran serta cerita-ceriti sesiapa yang kawen ngan kau bakal tido atas duit.
Nak kata pandai hukum-hakam agama, jelas dan nyata tawaduk ko kurang. Cakap pasal agama memang ko lah masternya, berdegar-degar segala sunah, petikan surah segala.

Tak kisah la kalau ko nak berdakwah.
Benda tu baik, boleh dijadikan panduan pada orang lain dan juga at the same time mengingatkan diri sendiri.
Masalahnya skang, ko cakap mengalahkan mufti, teori bagus, perlaksanaan ZERO.

Well, siapa aku untuk mengatakan akidah seseorang tu betul atau tak, kan?
Tapi aku rasa tak salah untuk aku mengingatkan kau supaya kau sedar diri and sedar ruang.
Tatkala ko sibuk publish cerita pasal agama, kutuk orang sana, kutuk orang sini seolah-olah macam ko wali, orang lain sibuk pecahkan tembelang kau yang "he will look for me everytime he's horny".

Macam lanchauuuuu.

Tapi cukup la kalau aku bagitau (kalau kau sedar la entry ni untuk kau) yang setiap kali ko bercanang tentang agama, kau digelakkan. It's just like sebelah tangan ko pegang tasbih, sebelah lagi ko meramas tetek girlfren kau.

Please.
Sebab aku penah baik dengan kau dulu, aku tak sampai hati nak biarkan orang terus-terusan gelakkan kau. Walaupun sekarang ni aku sekali join gelak. Aku dah takde cara lain nak nasihatkan kau sebab kau jenis yang tak makan nasihat. Dah kena kat batang hidung sendiri pun kau still nak tuding jari kat orang lain. Aku dah penat nak ingatkan kau jangan wat ni, jangan wat tu. Kau pun dah tua bangka, so LU PIKIRRRRR LA SENDIRIK.

2008-04-10

Sakit tak boleh kencing


Malam semalam around 10 sumthing, tetiba je aku rasa macam nak pitam, mata dah blur, kepala dah weng, pastu pinggang sakit gila. Tak tentu rasa sakit kat mana, ingatkan sakit perut, sapu la minyak gamat segala, tak jalan gak. Siap makan ubat diarrhea tapi ciritnya tak. Tak tau nak point sakit tu kat mana. Maka berjaga la aku sepanjang malam asik kuar masuk toilet. So, aku suspect (sendiri diagnose) aku ada UTI, urinary tract infection. Sebab masa keje ngan Prudential dulu aku selalu dapat case untuk luluskan policy for people yang ada medical history of UTI, so from the simptom-simptom tu aku rasa macam kena UTI je ni.

Dr suruh ambik sample urine.
Aku tak boleh kencing laa, sakit okkkk.
Dia paksa aku kencing gak.

"Kalau sikit je takpe?"
"Tak boleh. Sebab nak dip strip tu kat lam urine container."

Ala aku tau la. Saje je nak tanya soalan bodoh. Tak payah la ko buat muka strict tu. Aku simbah kencing aku kang.
So, aku minum air banyak-banyak dengan harapan boleh mengencing sebanyak yang mungkin. Gila sakitttttttttttt nak kuarkan kencing tu. Macam nak tertanggal pepek.

Dr kata, sah, aku kena UTI.
Bla bla bla bla bla...malas nak cerita. Apehal la nak citer pasal najis mutawasitah kat blog? Bukannya benda yang seronok cerita pasal sakit ni.

Tetiba rasa nak terkencing lagi.
Permisi.

2008-04-08

Sakit hati


Tadi belek magazine. Nampak satu dress adelah sangatttttttt cantik. Nak beli kena tanya En Wan dulu. Dah la Sabtu lepas baru beli kasut, 2 minggu sudah aku dah balun a few baju. Takpe, kita try tanya dulu. Lalu aku meng-sms En Wan ...

Aku : Abang, Di nak beli dress?

En Wan : Nanti abang belikan Jaya Jusco.

Boleh tak kalau aku taknak masak sampai minggu depan tanda protes???


2008-04-04

En Wan masuk spital - Part III


Busy okkk.
Tak sempat nak update blog, blog korang pun aku pilih-pilih je nak baca.
Huahauahuah, statement paling keji.

En Wan buat major operation Rabu lepas, menyaksikan hidung dia kembung cam Shrek.Kulit je mantain putih. Siap la pulak ada tube terkuar dari lubang hidung, dah macam sesungut aku tengok. Additional sensor gitu.

Tatkala suamiku kena operate kat Sunway Medical Centre, aku boleh la pulak buat keje kat Hospital Ampang. Abis, kata mak dia datang, sila la jaga anakanda mu itu. Ngan mak bapak aku sekali berumahtangga kat spital.

Lepas sedar dia terus call aku kata hidung dia dah takde. Macam nak keras aku dengar, dah la dalam keta on the way back from Hospital Ampang. Lawak sangat la tu? Kot ye nak berjenaka pun biar yang kelakar sikit ye.
Aku tampa kang.



Jangan terpedaya ngan mata yang kuyu. Ni bukan high sebab drugs, ni memang dia tengah stim. Wakakaka. Kiddin'.

Pastu Selasa lepas aku gi berpoya-poya ngan satu blogger yang amat disegani dan dikagumi (hak tuihhhhhhhhhh!!). Celebrate birthday dia. Tapi malas nak cerita lelebih sebab laki orang, so tak perlu memberi liputan meluas. Takde saper nak ambik tau.


Bagi menjaga hak ekslusif yang ada pada diri kau, aku snap tang kaki je.


2008-03-30

Someone has sent you a smile


What a surprise!!!!
Aku bukak Friendster sekali dapat message from TUNGAU!!


Date: 03/30/2008 2:50 pm
Subject: **** has sent you a smile.
Message: **** wants to brighten your day with a smile. Check out ****'s profile and send a reply.
A message from ****:

Hai, just drop by je. Aku skrg kat Dubai. Tengah tggu nak naik kapal. Aku dah lama tak bkk friendster ni alih2 ada muka ko lak. ko ada bagus? aku dah 2 anak dah stakat ni..hhehheh D**** I***** and D**** I******. Ko bila nak tambah askar ni? Sampaikan salam aku kat papa n mama k (makcik and pakcik okkkkk!!). Aku ada gak tpon nenek tampin ari tu. saje borak ngan org tua 2. oklah aku nak blah ni. (blah la kau, menyemak je) kem salam kat one n anak ko. bubbye !!



Aku kat Dubai okkkkk.
Aku gi oversea tauuuuu.
Rugi ko reject aku okkkkk.
Kalau tak kita sedang berhanimoon di Dubai.

Perhatikan nama anak-anak dia. Tak tau la ini coincident ke apa kan.
Tapi seingat aku la, maklum le IQ aku kan sangat tinggi.
Dulu masa tengah dilamun asmara, dia penah plan anak-anak dia sok letak nama D and I sempena nama aku Diana Ishak.

Suratan atau kebetulan?
Gasak kau lah.

Tapi yang aku pelik, dia kata dia bukak Frenster, alih-alih ada muka aku?
Muka aku???
Sejak bila muka aku ada lam frenlist kau?
Ke kau yang gigih carik nama aku? Nak keep in touch tapi buat-buat cam stumbled across nama aku.
Low class punya strategi.
Mueheheheh.

2008-03-28

Doakan En Wan sembuh ok?


En Wan dah balik.
Tapi Jumaat depan another surgery kena buat, kali ni major punya, kasik potonggggggg.
Masa aku tulis entry ni, dia ada tepi aku, tengah lepak kat sofa sambil kat dahi bertampal Cool Fever. Demam. Sejuk, tapi pakai short. Aircond on. Kipas pun on. Boleh?

Ramai kat umah aku tonite, dua-dua mak metua ada sini (En Wan ada mak tiri) and klorga Kak Ngah dia pun ada sini. Semua nak tido sini kot. Sukati. Sila ambik tempat masing-masing. Tempat aku jangan kacau.


Snap la gambar lagi before kuar dari wad. Muka gembira.


Gembira sebab aku belasah nasik En wan lagi sekali tadi. Dah tu ko suruh sangat aku makan nasik kan?? Tapi half je okkk (ayat penyedap diri), sambil tarik nafas, sedut perut.


Rasa lonely sangat tonite.
Tak tau pesal.

Adekah sebab En Wan blom sihat betul?
Adekah sebab aku penat this week dengan keje and terkejar-kejar jaga orang sakit?
Adekah sebab aku rasa stress banyak benda aku kena buat padahal dulu semua En Wan buatkan?
Adekah sebab aku banyak ambik cuti so terbayang keje menambun kat opis?
Adekah sebab aku rasa aku keseorangan buat semua benda sendiri and takde saper care kat aku?

Hoih, aku tanya tu. Jawabla!
Apa ingat aku saje-saje tanya ke?


Ada ke En Wan tengok gambar ni, dia kata 'Baru dua hari masuk wad, dah tak sabar-sabar nak landing atas bird Abang'. Hoihhhhhh. Ko ingat aku dah takde agenda lain nak pikir?????


Masa nak discharge tadi punya la lama tunggu, nak masuk 4 jam aku melangok lam Golden Lounge tunggu nak wat payment. Aku nak bagi duit pun kena tunggu 4 jam ke?
Ntah hapa En Wan ayat nurse-nurse kat atas tu, baikkkk punya bersidai tepi kaunter aku tengok. Pastu amoi tu bawak kitorang lepak kat Golden Lounge.

Gila best!!
Orang lain dok kat depan kaunter, aku leh mengangkang-ngangkang tido atas sofa.
Siap la pulak ada Astro ngan segala teh, kopi. Ini sudah bagus. Tunggu sampai 4 petang esok pun takpe.


Aku sangat letih. Mari kita tido.


Ni pose wajib kalau tengah tido atas sofa. Tak kira la di mana jua aku berada, kalau namanya tido atau temenung atas sofa, satu kaki mesti otomatically terangkat. Good ventilation okk.



Muka boring tengok cerita Nek Nak sambil tunggu no giliran.


Roti vs Nasi


Tetiba aku rasa macam bangang.
Macamana aku leh lupa fakta lojik macam ni?????

Aku kan kata tengah diet.
Pastu aku just makan roti and sayur....kononnnnnnn.
Nasik nasik tak mainnnn.
Makan la roti banyak-banyak.

Tadi aku YM ngan ****.
Dengan berbesar hatinya aku cakap 'Wa tak layan nasikkkkk. Wa skang makan roti je'
Pastu dia reply 'Bukan ke roti tu ada yeast? You lagi gemuk okkkk.'

Tskkkkkkkkkkk.

Dia punya tindakbalas macam DANGGGGGGGG sedebik kat kapla aku.
Benda simple macam tu pun takleh register ke??
Bangangg okk.
Amik Food Tech tapi bodoh jugak.

Bodoh punya aku.

2008-03-27

En Wan masuk spital - Part II


Aku baru balik dari tengok kekanda Wan Mohd Ridzuan kat spital. Kena stay 1 nite lagi gamaknya laki aku kat situ. Telinga dia lom clear sangat. So Dr nak korek lagi kot-kot ada apabenda pulak yang tumbuh dalam tu. Tapi alhamdulillah dia dah sihat, dah boleh makan, dah bleh gi toilet sendiri.

Jap lagi mak metua aku sampai, so aku nak ambik dia then straight gi spital. Kang tak senang duduk lak mak dia kat umah ni selagi tak nampak muka anak bongsu dia.



En Wan lunch. Banyak cengkadak okkk dia ni, siap komplen 'La, ni sup apa ni? Kosongggg je' 'Ikan masak apa ni? Tak penah tengok pun'. Orang-orang camni memang patut pun kalau kena sergah ngan nurse. Banyak bunyik pulak, aku suruh ko masak sendiri kang.



Sambil layan Diari AF. Laki aku takleh tinggal Diari AF, dia boleh sanggup tunggu sampai kol 9.30pm baru makan malam. Ntah hapa yang dia berkenan sangat pun aku tak tau.


Semua gambar jadik merah-merah sebab aku tak bukak langsir. Buruk gila muka laki aku tengah-tengah sakit ni. Tapi takpe, aku nampak sangattttt jelita time dia buruk cenggini. Beauty and the beast. Muehehehe.


Dah ompek hari aku tak makan nasik sebab diet. Hari-hari aku belasah sayur ngan roti je. Punyala nak kurus, nak jejak 42kilo, wa tak kira!! Tapi tadi En Wan paksa aku habiskan makanan dia. Lauk spital okkkkk. Lauk spital yang tak sedap pun aku leh makan sampai lichennnnn.



Lepas makan kita...?????? TIDO! Mana tak dapat badan macam dipam-pam? Ini rutinnya pun hari-hari. Aku jemaah ngan En Wan atas katil. Dapat la tido sejam. Si tukang sakit ni sempat pulak snap gambar.


2008-03-26

En Wan masuk spital


Ni tengah tunggu admission. Sengih gak la walaupun member sebelah tengah sakit telinga.



Budak pekak sedang tido.


Agak gedik jugak la orang keliling tengok En Wan asik landing je kat bahu aku. Tapi mampos la kan? Muka aku pun pucat kan? Siapa yang sakit pun aku konfius.
Ni lepas doktor kata telinga dan hidung awak mesti disembelih pada kadar yang segera. Terus member jadik dungu jap. Tengok la tu, buat muka mintak dikasihani.




Ok taknak cakap banyak sebab kepala aku tengah senggugut ni.
Pening okkkkk, dari semalam tak rest.
Pastu pagi ni En Wan mengamuk-mengamuk siap nangis lagi sebab telinga kanan dia tak dengar.
Dia demam on-off lately, pastu dari dulu dia memang asal pagi je berhingus. Sinus problem. Tau-tau pagi ni telinga kanan dia sakit, terus takleh dengar, pastu kepala sakit, asik nak menghempas-hempas je. Seb baik aku sabar-sabarkan diri. Nak je aku lempang kasik telinga kiri dia pulak pekak.

So, now aku kat rumah, tapi En Wan ada kat Sunway Medical Centre. Aku nak teman dia tak kasik, dia suruh aku balik umah layan katil dulu. Kang petang-petang aku datang balik hantar barang-barang dia. Jap tadi dia call dah nak masuk operation room.

Dia ni dah la takut jarum, bila doktor kata kena operate je, yang ntah hapa-hapa dia tanya aku.
'Kena potong muka ke?'
'Kena masuk tube dalam hidung ke?'
'Parut ke muka abang nanti?'

Doktor dah kata guna laser method lagi mau tanya potong ke tak.
Nak aku potong ke nak doktor yang potong?
Kalau aku potong, dua-dua telinga sekali aku tanggalkan.Dah tu payah sangat nak dengar cakap orang. Aku cakap makan ubat, taknak. Jangan mandi malam, pun tak nak dengar.
Amik ko, tinggal sensorang kat spital. Taknak de aku jaga.


2008-03-20

Skandal dengan bini sendiri


En Wan demam lagi.
Asal malam je demam.
Pagi je ok.
Esok aku akan pastikan dia dapat MC, dok kat umah dendiam.
Ko pegi keje jugak, ko siappp!!!!

Tadi lepas makan KFC, lepak-lepak jap depan TV tengok Diari AF. En Wan bukak satu cerita.

Satu kilang dia kecoh dia ada skandal.
Oppsssss...apesal ada skandal pun nak kena bagitau aku?
Bukankah skandal itu adelah rahsia?
Dan sangat tak patut untuk didedahkan kepada isteri?

Selasa baru-baru ni aku lunch ngan dia, so masa aku fetch dia kat kilang, ada la satu mamat ni nak kuar lunch gak. Aku perasan dia dok usha-usha keta aku. Tapi aku takde la pikir apa-apa, maybe sebab keta aku sangat terang kalernya dan park lak betul-betul depan muka Pak Guard, so sah-sah la dia nampak keta aku dulu kan.

Bila En Wan kuar and masuk keta aku, aku tengok mamat ni dan beberapa mat-mat yang lain pandanggggg je. Pandangan semacam. Ok, takpela, sukati kau.

Sampai kat restoran, En Wan kata HR manager and a few frens dia makan kat meja blakang. Dan aku pun malas la nak toleh, kalau toleh pun bukan aku kenal.

Sampai je kat opis, si HR manager ni kecoh pi report kat bos En Wan yang En Wan ni ada skandal. WTF???
Kalau ada skandal pun apa yang ko kesah?? Dia skandal ngan bini ko ke yang ko cam kena renjatan letrik nak pukul canang sekampung??

Pastu segala mat-mat yang nampak En Wan ngan aku tadi pun sudah pass-pass the message yang En Wan ada skandal. Puas la pulak En Wan nak kena explain kat muka sekor-sekor yang itu bini dia.

Soalan aku, apehal la ngan sesetengah orang kat Mesia ni?
Suka sangat prihatin (read = jaga tepi kain orang)
Ini bukan prihatin namanya. Ini namanya KEPOH.
Dah takde topik lain nak sembang gi buat la cerita pulak.

Yang aku heran tu, ko tak penah pun tengok muka bini En Wan camne, alih-alih ko kata aku ni skandal dia??

Hmmm...ke En Wan penah kenalkan pompuan lain kat kengkawan dia??

2008-03-15

Hari ni En Wan tak keje, so buleh shopping awal pagi


Sepatutnya today plan nak bawak Redza gi Wetland, sian dia cuti-cuti skolah tak gi mana2 pun. Baru tahun ni merasa anak gi skolah, tu yang terlupa rupanya anak aku tengah cuti. Tapi biasa la kannnnnnnn..En Wan. Plan macam nak rak. Tapi bangun kol 8.30am. Nak beratur mandi lagi, nak gi breakfast lagi, siap la pulak nak bagi ikan makan. Sudahnya tak jadi. Last-last lepak kat IOI Mall belikan Redza mainan.

Sampai IOI kol 10.30am, parking bersepah-sepah. Gila best. Shopping pun takde la ribut ngan orang. So dapat la aku mengetest baju dengan penuh ketenangan. On the way balik, tengah tunggu En wan settlekan parking tiket, aku lepak ngan Redza kat luar Jusco. Ada la advertisement promotion barang-barang kat depan. Si Redza ni boleh la pulak ajak aku main cikgu-cikgu. 'Ma, ma tanyala Ija'

Ok, layannn. Merasa la jugak aku jadik English teacher sambil disaksikan pak guard ngan minaci sorang tengah tunggu laki dia ambik keta.

Tau Redza cakap apa??? Sila view video ni. Aku sampai skang takleh cover kemaluan.




Budak busuk dah pandai posing skangggg. Menurun dari mak dia kot. Muahahahaha. Pantang aku pegang HP je mesti nak enterframe. Aku tengok tv kat atas dia sibuk nak naik atas jugak. Pastu siap offer diri 'Mama taknak ambik gambar Ija ke?' Gila glemer okk anak aku. Cam mak dia gak aaaaa. Ngahngahngah.


See??? Anak ngan mak sama je tebiat pantang nampak cermin. Posing gedik namanya. Anak aku ni lelebih la dia punya posing, mana blaja entah. It's in the blood kot..:). Posing, posing jugak, beg susu tetappppp tergantung kat bahu. Fail!!!


Dia ni memang tak reti gunakan fitting room. Main sarung baju kat luar tu jugak. Dah macam apek aku tengok dia ni, ngan suar pendek dia, ngan TShirt tulisan Jepun.

Muka riang dah girang kerana dapat kelulusan bershopping. Trompet tak tinggalll.....

Muka kepuasan setelah masing-masing dapat merembat a few bajus. Ni masa tengah tengok ulangan Raja Lawak sambil En Wan test suar ngan baju depan aku. Selamba okkkk test suar kat living room, sekali bibik naik atas kanggggg.


2008-03-14

Phuket, 17-20th of May 2008


Tadi kan, aku ponteng keje atas hasutan En Wan. Dia ajak aku gi MATTA Fair 2008 kat PWTC. Patut la sejak dua menjak dia rajin benar menggodek laptop, rupanya usha nak gi vacation. And seperti yang dijangka this year gi Phuket. So tadi aku dah book, Mak Aji lambat sangat, TINGGAL!!!!



Tapi yang tak berapa nak best, still naik Air Asia. Kebulur la aku kat atas tu. Nak naik MAS hari yang aku nak gi tu takde tiket lak. Kacau. Tapi takpela, Air Asia dah pakai airbus so harap takde la kejap-kejap ngongg ngonggg ngonggggg kat atas tu. Ngeri siallll.

Sibuk En Wan nak gi Pulau James Bond. Dah la pi tanya amoi tu 'Ini ada optional tak? Saya nak pegi Jengs Bong Isleng la' (James Bond Island = Ko Tapu Island)



Hadoiiiii!!!!!!!
Berbulu je aku ngan orang tua ni.
Puas aku nasihat, tak payah tanya. Let me do the talking. Ini tak, sibuk la pulak dia nak beramas-mesra ngan amoi tu. Ko punya nahu dan tatabahasa sangat fail okkkk.
Wakakakaka, keji gila mengutuk suami. Konfem tak cium bau syorga.




En Wan tengah sibuk mengayat amoi nak dapat package murah.
Macam al-bapuk pulak pakai beg camtu. Aku la yang pedajal dia. Penat okkk nak pegang beg aku lagi, pegang beg MATTA lagi. Ambik ko, pegang sendiri.
Taknak pegang???? Meh, aku sangkut.

Padahal nak pegi bulan 5. Bukannya skang pun. Huru hara je lebih.
So kira kali ni, wedding anniversarry adelah kat Phuket. Kalau tetiba Mak Aji ngan Pak Aji kata dia pun nak gi sama, tak dapat la kitorang beromen di tepian pantai. Line tak clear.

Lepas gi MATTA singgah The Mall konon nak shopping baju. Aku dah pegang baju Nicole ngan Elle okkkkkk, dah pegang!! En Wan buat muka selenga tok pekong siam, terus kenselllllllllll hajat aku. Dia cukup pantang aku beli baju selai sampai RM170++. Kalau boleh, baju aku kena selai RM50 hengget je. Kalau aku pakai yang ratus-ratus, keluar la segala dalil 'Ala, awak pakai baju yang longgok-longgok pun tetap cantik, body awak ok pakai apa pun'. Dan-dan tu jugak body aku transfom jadik body Naomi Campbell. Punyala pendengki khianatnya taknak kasik aku shopping.

Pastu lalu kat Carlo Rino, takde yang best. Macam berkenan kat Bonia, ada satu tu cunnnnnnnnnnnnn sgt, harga RM699. Aku dah prektis gesture terbaik utnuk menggoda En Wan biar dia luluskan permohonan nak beli beg baru. Bukan pakai duit dia punnnn, duit aku. Pun, tak lepas. Hampas la dia hari ni. Pekena ntah. Tapi dia ni hari-hari pun memang hampas je.

Tapi disebabkan Bonia tu bersebelahan ngan GUESS, tetiba aku jadi menyampah nak beli Bonia.

Harharharharharhar.
Keji.

2008-03-09

Ni hau ma?


Dah la kepala aku tengah angin takde mood ni. Pastu baru aku teringat keje aku tak siap lagi. Meeting sok nak bentang apa pun aku tak tau.

So, amacam election?
Ada ok kaaa??

*sila jawab lam hati, jangan jawab kat blog aku*

Hari tu aku ada bgtau fax-scanner aku takleh pakai sebab kena sambar kilat kan?

Tadaaaaaaaa!!!!!




HP ganti baru terus.
Ni yang bestnya company besar-besar.
Apa??? Kena sambar petir?
Takpe, SKARANGGGGGGG jugak saya bagi baru.

So di kala aku tengah update blog ni, En Wan ada kat tepi dok memulas segala punat kat fax ni. Tak jalan-jalan gak.
Aikk, kata enginerrrrrrrr???

So, Sabtu lepas sementara nak tunggu result election, kitorang melepak kat Mines.
Sangat la boring tempat ni aku rasa. Aku nak carik baju satu pun takde yang sesuai.
Semua style-style Hong Kong. Pastu semua baju spesies untuk orang-orang kecut. Orang kembang cam aku toksah pakai baju.

Mak Aji kata dia tak masak for lunch sebab nak kuar gi jemputan. Dengan harapan soh anak-anak dia masak la.
Tolonggggggg sket ye Mak Aji. Anak-anak balik sebab nak merasa masakan ibu okkkk. Jadi sila masak.

Lantas Mak aji mepertahankan diri 'Chantekkkk muka kau. Macam la ko balik setahun sekali'.

Muahahahahaha.
Pandai Mak Aji menjawab skanggg.

Tapi malam-malam kang la kitorang masak. Petang-petang ni nak merendek kat luar jap. Tolong jaga cucu ye....zasssssss pecut keta.



Lihatlah kegirangan kami melepak tanpa memikirkan betapa azabnya mak aji ngan pak aji bersilat jaga cucu kat umah. Lepak kat Delifrance tepi sungai tu sambil menyakiskan gondola kuar masuk. Berangan kat Venice jap.
Malam, Mak Aji ngan Pak Aji kuar pulak. Tektik la tu soh aku masak.
Disebabkan Ketua Kem Tahanan takde malam ni, marilah kita mengadakan parti liar!!



Ni kalau Mak Aji ada kat umah, kem salam okkkk nak bergumpal adik-beradik siap pekik-pekik cam kena histeria camni. Tiga je anak dia, tapi kalau semua balik, cam tigaploh orang riuhnya. Aku punya gelak je dah boleh cover 7 orang punya suara.
Tengah-tengah masak boleh la pulak benti nak bergambar bertimpa-timpa. Pastu khakhakhak jap, sambung balik goreng ikan.

Yang para hubby sekalian dah berbulu je lauk tak masak-masak.
SADAPPPPPPP YOU!!!!
Kang aku AFUNDI_KELUAR RUMAH kang.


2008-03-01

Stop bitching about me. I can be a real bitch kalau kau nak tengok sangat.


Oooo...tak kasik aku layan jiwang ye??
Ok fine. Wa takde hal.
Nak suruh aku memaki orang?

Bismillahhhh...

Semalam aku tetiba dikejutkan dengan satu angin.
Agak akhmar jugak la angin ni. Tengah sedap layan pizza kat opis, satu sms masuk. Cam rasa tersekat kat halkum bila baca sms ni.

Aku taknak cerita apekah intipati sms berbentuk kojaqqqqq itu.
Tapi aku share the sms with sumone that is so dear to me.

Memang aku bengang!!
Cilaka babi okkkk.

Aku tak paham apesal ramai bloggers yang sakit ati ngan aku.
Tell me apa aku dah buat salah?
Aku jumpa ko pun tak penah, yang ko hangin ngan aku siap nak jaja cerita pantat aku segala kat orang pehal?

Aku tau ko sangat loser, so boleh tak jangan tutup keloseran ko dengan kaitkan nama aku yang dah gah di persada antarabangsa ni? Ko hanya menambahkan glemer aku ok?
And aku tak perlukan limelite murahan cam ni.
Apa baranggggg???

Takyah la jaja cerita yang aku sangat gigih menekel balak ko yang sangat tak appetizing tu.
Please la okkkk. Aku ni tak cun, so kalau aku nak carik jantan pun, biar la yang hensem so keturunan aku takde la muka selenga cam balak kau.

And aku juga agak konfius, kenapakah kau sebegini bangang nak jaja kat orang yang aku ni perosak hubungan ngan balak kau?
Tahukah kau kalau aku yang dah berkawen, dah ada anak, dah berumur 31 tahun tapi mampu nak buatkan balak kau terkinja-kinja kat aku, apekah petandanya?

a) Adekah aku sangat hebat? (oh, jangan letakkan aku sehebat ini. Nanti aku belagak okkkk)
b) Atau ko sangat bangang tak reti nak jaga balak? Puki ko tak best kot!

Kalau kau dah tak reti nak gari balak kau, jangan nak tuding jari kau kat aku okkk?
Itu sangat keji.
Dan juga sangat salah di sisi undang-undang aku.
Akan mendatangkan rasa bengang.
Kalau aku dah bengang, aku memang konfem tekel balak ko.
Mampos la kan.

Aku tak buat, ko kata aku buat.
Meh sini aku wat betul-betul.
Alang-alang orang bercakap pasal aku, apa kata aku buat terus kasik semua puas ati.
Selagi tak dapat tengok kekejian aku, memang tak sah. Tak senang bontot nak duduk kan?
Well, try me!!!
I dare you!

Aku ingatkan bila aku tak ambik tau, nama aku pun tak terlibat sama.
Ohhh....makin mencanak lak nama aku rupanya.
Semua yang buruk-buruk la tu.
Bagi la credit sket kat aku kot ye pun.

Contohnya, 'Dia tu buruk perangai okk, asik melayan jantan je padahal dah kawen. Nak buat camne, orang cun katakan.
Ataupun 'Dia tu penah threesome ngan balak i and bapak i. Mesti masuk neraka. Agaknya puki i ngan mak i tak sebest puki dia kot. Camne nak jadikkan puki i yang dah menggeleber ni best cam dia?'
Sedap sket la sikit aku dengar.

Apa-apa pun, lesson yang aku belajar dari semua benda ni - Orang yang baik ngan kita tu la yang akhirnya akan backstab kita.
Dah susah aku nak percaya sweet talk ni, like kejap-kejap 'babe', 'wink', 'dear'..paler buto bapak kau lah.

Well, yes, aku mengaku aku sangat kojaqqq.
Mulut aku cam loji kumbahan. Gila punya longkang.
Tapi aku tak mencarut depan orang. (tapi cam 'pantek' tu selalu la aku sebut depan Rozie and Ijad...sebab dorang sangat special).
Aku takde de nak wat cerita buruk pasal orang melainkan citer tu benar.
Aku takde bakat nak jaja cerita pasal orang, tapi kalau rasa nak aku reka cerita pasal kau, just let me know la.

Ok, aku nak masak.
Kang laki aku nak balik makan.
Pastu aku nak bagitau dia aku penah fuck ngan tigalblas orang laki dalam satu masa.
Okehhh???