2008-03-15

Hari ni En Wan tak keje, so buleh shopping awal pagi


Sepatutnya today plan nak bawak Redza gi Wetland, sian dia cuti-cuti skolah tak gi mana2 pun. Baru tahun ni merasa anak gi skolah, tu yang terlupa rupanya anak aku tengah cuti. Tapi biasa la kannnnnnnn..En Wan. Plan macam nak rak. Tapi bangun kol 8.30am. Nak beratur mandi lagi, nak gi breakfast lagi, siap la pulak nak bagi ikan makan. Sudahnya tak jadi. Last-last lepak kat IOI Mall belikan Redza mainan.

Sampai IOI kol 10.30am, parking bersepah-sepah. Gila best. Shopping pun takde la ribut ngan orang. So dapat la aku mengetest baju dengan penuh ketenangan. On the way balik, tengah tunggu En wan settlekan parking tiket, aku lepak ngan Redza kat luar Jusco. Ada la advertisement promotion barang-barang kat depan. Si Redza ni boleh la pulak ajak aku main cikgu-cikgu. 'Ma, ma tanyala Ija'

Ok, layannn. Merasa la jugak aku jadik English teacher sambil disaksikan pak guard ngan minaci sorang tengah tunggu laki dia ambik keta.

Tau Redza cakap apa??? Sila view video ni. Aku sampai skang takleh cover kemaluan.




Budak busuk dah pandai posing skangggg. Menurun dari mak dia kot. Muahahahaha. Pantang aku pegang HP je mesti nak enterframe. Aku tengok tv kat atas dia sibuk nak naik atas jugak. Pastu siap offer diri 'Mama taknak ambik gambar Ija ke?' Gila glemer okk anak aku. Cam mak dia gak aaaaa. Ngahngahngah.


See??? Anak ngan mak sama je tebiat pantang nampak cermin. Posing gedik namanya. Anak aku ni lelebih la dia punya posing, mana blaja entah. It's in the blood kot..:). Posing, posing jugak, beg susu tetappppp tergantung kat bahu. Fail!!!


Dia ni memang tak reti gunakan fitting room. Main sarung baju kat luar tu jugak. Dah macam apek aku tengok dia ni, ngan suar pendek dia, ngan TShirt tulisan Jepun.

Muka riang dah girang kerana dapat kelulusan bershopping. Trompet tak tinggalll.....

Muka kepuasan setelah masing-masing dapat merembat a few bajus. Ni masa tengah tengok ulangan Raja Lawak sambil En Wan test suar ngan baju depan aku. Selamba okkkk test suar kat living room, sekali bibik naik atas kanggggg.