2008-05-06

Wish aku oi!


Entry pasal Langkawi tunggu aku free sok baru aku tulis.
Tonite masanya untuk sessi meng-flash back.

Ahad, 4th may 2008, genap 7 tahun aku ngan En Wan kawen *ehemm*
Tapi since Ahad lepas aku masih lagi berpoya-poya tak sedarkan diri kat Langkawi, flight balik KL pun sampai around 7pm takde maknanya nak celebrate. Gi makan kat mamak je jawabnya. Aku pun dah penat, ngan muka aku berlengas gila babi hutan punya berkerak. Perkataan pertama from En Wan masa fetch aku kat airport 'Apesal hitam sangat ni?'

Halo macha.
Bini ko memang semulajadi hitam okkk.
Ko je yang perasan bini kau putih sangat.

Pedulik hapa aku siapa nak kata aku hitam pun.
Masalahnya skang muka aku sangat panas. Macam lobster okk.
Lobster terlebih masak. Hitam.

So semalam En Wan kata malam kita gi dinner, tapi dia suruh aku pilih either kat mamak or restoran melayu.

Mamak???

Kekanda, adinda sedar rupa adinda camne, takyah la sarkastic sangat kanda.
Kalau takde bajet sangat pun takyah la offer mamak, kau bungkus char kue tiaw kat pasar malam pun aku dah happy gila.

AKAN TETAPI.....

En Wan kata kita kuar makan takyah bawak Redza.

Uikss??
Takkan Redza takleh gi mamak kot?
Ataupun adekah dia tempah table for two kat mamak, berserta candle 2 batang?

Nehiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!!!!!

En Wan dah buat reservation kat Holiday Villa Subang rupanya.
Sangat gembira okkkkkkkkkk sebab itu adelah buffet dinner.
Boleh makan banyak-banyak.
Patutla En Wan kata takyah pakai dress-dress ni semua, pakai baju biasa ngan jeans je. Dia dah paham sangat bini dia kuat mentekedarah. Kang kalau pakai dress kang, mau tetas zip belakang.
Series, aku makan banyak.

Diet??????
Kem salam.

Memula aku ambik nasi sikit (nak jugak stresskan nasik itu adelah sedikit), green curry sotong, ayam masak serai, sambal udang and chinese vege.

Pastu bangun lagi ambik pinggan.
Kali ni tekak omputih lak. Ambik roti ngan butter ngan mushroom soup.

Belum ada tanda-tanda sendawa nak kuar.
Boleh makan lagi ni.
Bangunnnn.

Gi ambik cheese kek, blueberry cake.
Pastu singgah kat tray rendang ketam, belasah 2 ekor.
Dengan penuh bergaya aku melangkah membawa 2 pinggan penuh ngan lauk.

Ok, gambarssssss :


Lain muka En Wan. Dah berkedut aku tengok. Tu la, buat muka masam-masam selalu, kan dah tua. Gambar atas tu gambar 10 tahun dulu, on our first date, dia datang Kuching jumpa aku, and ajak aku date kat Santubong Resort. Gaya kontrol tetap sama.


And this is me. Tetap ceria seperi biasa. Masa memula kenal En Wan rambut aku pendek. Konon nak bagi nampak remaja. Baju pun time tu sopan je, tutup sampai ke leher. Sekarang....ye, ye sila kutuk. Wa takde halllll.


Terbalik lak posisi. Dulu cam harammm je baju. Nama nak gi dinner je menggelupur carik dress, skirt, kemeja. Skang, itu la baju dinner, itulah baju cuci keta, T Shirt manjang.


HAPPY ANNIVERSARY ABANG...:)