2008-03-09

Ni hau ma?


Dah la kepala aku tengah angin takde mood ni. Pastu baru aku teringat keje aku tak siap lagi. Meeting sok nak bentang apa pun aku tak tau.

So, amacam election?
Ada ok kaaa??

*sila jawab lam hati, jangan jawab kat blog aku*

Hari tu aku ada bgtau fax-scanner aku takleh pakai sebab kena sambar kilat kan?

Tadaaaaaaaa!!!!!




HP ganti baru terus.
Ni yang bestnya company besar-besar.
Apa??? Kena sambar petir?
Takpe, SKARANGGGGGGG jugak saya bagi baru.

So di kala aku tengah update blog ni, En Wan ada kat tepi dok memulas segala punat kat fax ni. Tak jalan-jalan gak.
Aikk, kata enginerrrrrrrr???

So, Sabtu lepas sementara nak tunggu result election, kitorang melepak kat Mines.
Sangat la boring tempat ni aku rasa. Aku nak carik baju satu pun takde yang sesuai.
Semua style-style Hong Kong. Pastu semua baju spesies untuk orang-orang kecut. Orang kembang cam aku toksah pakai baju.

Mak Aji kata dia tak masak for lunch sebab nak kuar gi jemputan. Dengan harapan soh anak-anak dia masak la.
Tolonggggggg sket ye Mak Aji. Anak-anak balik sebab nak merasa masakan ibu okkkk. Jadi sila masak.

Lantas Mak aji mepertahankan diri 'Chantekkkk muka kau. Macam la ko balik setahun sekali'.

Muahahahahaha.
Pandai Mak Aji menjawab skanggg.

Tapi malam-malam kang la kitorang masak. Petang-petang ni nak merendek kat luar jap. Tolong jaga cucu ye....zasssssss pecut keta.



Lihatlah kegirangan kami melepak tanpa memikirkan betapa azabnya mak aji ngan pak aji bersilat jaga cucu kat umah. Lepak kat Delifrance tepi sungai tu sambil menyakiskan gondola kuar masuk. Berangan kat Venice jap.
Malam, Mak Aji ngan Pak Aji kuar pulak. Tektik la tu soh aku masak.
Disebabkan Ketua Kem Tahanan takde malam ni, marilah kita mengadakan parti liar!!



Ni kalau Mak Aji ada kat umah, kem salam okkkk nak bergumpal adik-beradik siap pekik-pekik cam kena histeria camni. Tiga je anak dia, tapi kalau semua balik, cam tigaploh orang riuhnya. Aku punya gelak je dah boleh cover 7 orang punya suara.
Tengah-tengah masak boleh la pulak benti nak bergambar bertimpa-timpa. Pastu khakhakhak jap, sambung balik goreng ikan.

Yang para hubby sekalian dah berbulu je lauk tak masak-masak.
SADAPPPPPPP YOU!!!!
Kang aku AFUNDI_KELUAR RUMAH kang.