2008-04-04

En Wan masuk spital - Part III


Busy okkk.
Tak sempat nak update blog, blog korang pun aku pilih-pilih je nak baca.
Huahauahuah, statement paling keji.

En Wan buat major operation Rabu lepas, menyaksikan hidung dia kembung cam Shrek.Kulit je mantain putih. Siap la pulak ada tube terkuar dari lubang hidung, dah macam sesungut aku tengok. Additional sensor gitu.

Tatkala suamiku kena operate kat Sunway Medical Centre, aku boleh la pulak buat keje kat Hospital Ampang. Abis, kata mak dia datang, sila la jaga anakanda mu itu. Ngan mak bapak aku sekali berumahtangga kat spital.

Lepas sedar dia terus call aku kata hidung dia dah takde. Macam nak keras aku dengar, dah la dalam keta on the way back from Hospital Ampang. Lawak sangat la tu? Kot ye nak berjenaka pun biar yang kelakar sikit ye.
Aku tampa kang.



Jangan terpedaya ngan mata yang kuyu. Ni bukan high sebab drugs, ni memang dia tengah stim. Wakakaka. Kiddin'.

Pastu Selasa lepas aku gi berpoya-poya ngan satu blogger yang amat disegani dan dikagumi (hak tuihhhhhhhhhh!!). Celebrate birthday dia. Tapi malas nak cerita lelebih sebab laki orang, so tak perlu memberi liputan meluas. Takde saper nak ambik tau.


Bagi menjaga hak ekslusif yang ada pada diri kau, aku snap tang kaki je.