2009-03-18

Ingat lagi tak?

Tadi aku tengok dokumentari pasal some secluded area kat Thailand.
Ntah apa tukang cerita tu merepek tetiba kamera zoom kat a group of budak-budak tengah main ting ting. Aku ingatkan ni permainan orang Mesia. Universal rupanya ting ting ni. Sampai ke Thailand perginya.

Tak salah aku first time aku main ting-ting kat kampung, kat Tampin.
Nak main kat depan rumah aku mana ada pasir nak toreh buat kotak-kotak tu.
Kalau kat kampung lain cerita la, pasir bersepah.
Sebenarnya aku nak main pasir tapi kang kalau mak aji nampak konfem pasir tu masuk lam mulut aku pulak. So, kita main ting-ting.


Ting-Ting
Sampai sekarang sebenarnya aku tak sure camne nak main ting-ting. Yang aku tau kena baling batu and langkah batu tu. Ada pulak version aku nampak sampai kat kotak ketiga tu tetiba ko kena mengangkang. Apesal nak kena kangkang atas kotak tu aku tak tau pulak.
Aku main lompat je dalam semua kotak. Takde pulak orang nak tegur kot-kot aku main salah. Maklum lah, ketua kumpulan, siapa berani tegur kan.


Polis Sentri (sentri tu apa kejadah la??)

Polis sentri (police and thief) paling aku tak suka sebenarnya. Sebab aku memang takde ong kalau main menatang ni. Manjang je aku kena tangkap dulu. Selalunya memang aku je yang kena jadi thief, nak jadik polis jangan harap la. Kaki dah la pendek, camne nak lari laju. Sudahnya aku berlari sorang-sorang sampai habis. Time lari-lari tu sempat pulak aku feeling-feeling passing baton.
Mana yang jenis pukimak haram sikit berlari sampai kat Kedai Milah siap berenti beli eskrim batang. Barua.


Galah Panjang
Yang ni memang aku suka gila walaupun aku tak penah dapat sep sesiapa. Mana yang tau aku main sekali cukup la gembira sebab konfem aku tak sampai nak sep dorang punya. Sampai ke sudah aku tertonggeng-tonggeng nak sep orang. Cuba ko bayangkan kalau Ziana Zain main galah panjang. Tak ke pandangan indah saper yang dok belakang dia tu. Seb baik la masa kecik dulu bontot tak berapa nak laku tak kira la ko tertonggeng 45 darjah sekalipun. Kalau tak, konfem abang-abang UKM belakang umah aku dulu sanggup benti main badminton awal nak bagi laluan penggalah-penggalah panjang pinjam court badminton.

Kalau yang jenis over main galah panjang ni boleh sampai merangkak nak sep orang punya pasal. Gila punya bersungguh. Apa ko ingat dapat medal main bendaklah ni??


Main titik kat buku matematik
Ingat lagi tak game ni?
Ala yang main titik kat buku matematik pastu sambung titik-titik ni saper dapat kepung kawasan lawan, dia menang.
Sebenarnya aku ingat-ingat lupa mainan ni. Yang aku ingat buku matematik tu singgah kat dahi aku bila Mak Aji terjumpa.
Mungkin jugak sebab tu aku bodoh mengira kerana menyalahgunakan buku matematik.


Biji Getah
Aku tau ni mainan zaman mak-mak kita.
Aku penah tanya Mak Aji apa mainan paling best masa dia kecik, dia cakap main biji getah. Apa benda yang bestnya pun aku tak tau. Kalau main bijik tu lain cerita la kan. Memang best.

Panggggggg!!!!
Lempang diri sendiri kerana aksi lucah berlebihan.

Tapi dari cara Mak Aji cerita tersangattttt la bosannya version dia main getah.
Main getah version aku lagi best!!!

Gosok-gosok buah getah kat simen sampai lebam, pastu cocoh kat tengkuk member.
Melambung member ko okkkkkkkkk.
Silap-silap ko dapat terajang se-das.

Tapi berani la ko buat kat aku, aku buang basikal ko kat longkang.


Main Getah
Ni mainan wajib masa rehat and masa nak tunggu masuk kelas waktu pagi.
Saper yang skolah petang, kalau main ni masa rehat, konfem ketiak ko berlendir masuk kelas nanti.
Aku rasa mainan ni hot masa aku darjah 3-4 camtu.
Time tu pulak gi skolah pakai pinafore, melompat-melompat la skirt aku kan.
Saper yang pakai skirt kalau ada hati nak main getah tu sila la pakai spender yang senonoh okkkk. Kalau terselak pun panorama tu agak indah la jugak

Bukan apa, dengarlah nasihat dari aku yang berpengalaman main getah pakai pinafore. Bila terselak nampak spender aku yang koyak kat bontot. Aku pun tak perasan aku pakai spender koyak. Dan yang aku muskil macamana boleh kat bontot pulak ko nak berlubang???

Tapi tu dulu la.
Zaman spender tarik sampai ke pusat.
Spender berlubang sikit dah taknak pakai.
Skang ni tak dapat la nak suruh aku pakai yang berlubang sikit.

"Apesal sikit sangat lubang dia?"

Sengaja je pi beli yang takde kain lansung, main lilit-lilit tali je.


Nama Negeri Buah
Ni mainan budak-budak pompuan. Kalau set-set budak bijak tu memang tak jumpa la nak tengok dorang main getah, galah panjang semua.

Main game pun yang menguji IQ je.
So korang boleh bajet la kalau aku main game ni ngan dorang.
Kalau ada gred, memang aku la yang gred F9 tu.

Dulu aku mana ada pendedahan sangat kat dunia luar ni, let alone nak suruh aku ingat nama-nama negara luar.
Mana yang cilaka babi saje nak kenakan aku tu, sengaja je pilih huruh E.
Kalau buah tu memang takde lain la selain aku letak EPAL.
Tang negara tu manjang je EGYPT.
Orang lain ngan Equador, El-Selvador, bla bla bla. (sampai skarang pun 3 negara ni je aku tau)

Tu version pelajar-pelajar bijak yang hidupnya sangat memboringkan.
Kalau aku punya version bestttt.

Nama.
Negeri
(bukan negara, so kalau negeri sukati aku nak bantai negeri mana pun. Selalunya aku cipta sendiri)
Buah
Nama Penyanyi
Nama Pelakon
Nama Lagu


Main Tepuk Gambar

Ni mainan budak laki.
Tapi aku pedulik apa, aku nak main jugak.

Beli kad yang ada banyak-banyak gamba tu, ada la satu gamba 3 copies.
Selalunya kalau aku main, beli kad banyak-banyak pastu campur. Lama sikit boleh main.
Main dalam 4 orang camtu, pastu baling kad.
Kalau kad yang before tu sama dengan kad yang after, cepat-cepat tepuk.
Sambil tepuk sambil jerit COPPPPP!!!!!

Selalunya kalau main ni memang kena main kat luar rumah.
Kalau main lam rumah, muka aku pulak yang bakal kena tepuk dek Mak Aji.
Memang bingit okkkk kalau main game ni.
Aku pun tak paham apesal ko nak tepuk.
Maybe sebab nama game ni Tepuk Gambar sebab tu ko kena tepuk.
Lain la kalau nama dia Hempuk Gambar, baru dia ye kuar semua bantal, bulu ayam, buku teks Alam Dan Manusia segala nak hempukkan.


Malam yang sepi
Ini konfem semorang penah main provided ko lahir between tahun 1976-1984 (kott).

Malam yang sepi pi pi ... pakmat jual topi pi pi
Topinya koyak yak yak ... pakmat jual tempoyak yak yak
Tempoyaknya basi si si...pakmat jual nasi si si
Nasiknya hangit ngit ngit....

Ingat lagi kahhhhhhh?????

Duduk dalam bulatan pastu sorang kena start dulu.
Standard la saper tak dapat sambung ayat dengan segala hormatnya get lost dari bulatan ni.
Kalau main dengan lelaki lagi hazab.
Jantan-jantan keberet ni kalau buat ayat merepek-repek.
Tetiba kang 'Thundercat pun datang tang tang..datang dengan mambra bra bra'.

Ha, apa ko nak jawab pastu?

'Mambra pun memundek dek dek, memundek dengan engkau kau kau'


Version asalnya aku rasa yang Assalamualaikum, kom apa kombat, bat apa batman, man apa mentol...

Tapi maybe version ni tak best (memang tak best pun), so ntah hamba Allah mana pi alter jadik la version Malam Yang Sepi.
Terima kasih la pada saper yang mencipta mainan ni.
Sebab mainan ni banyak guna otak, ko nak kena pikir ayat apa ko nak sambung, mungkin sebab tu aku layak masuk pesta pantun.
Latihan dah diasah sejak kecik.
Syabas untuk diri sendiri.
Syabasssss.


Sep Tiang
Jangan tanya aku apesal nak kena sep tiang.

Tiang kantin selalu jadik mangsa kalau nak main bendalah ni.
Selalunya keadaan jadik lagi best kalau time tu ada orang lalu-lalang.
Time tu ko sep sepuluh tiang pun still tak mati-mati lagi.
Macam beruk jugak la masing-masing bersenggayut kat tiang sorang satu.

Masa ni time rehat bukan untuk makan, masing-masing kalau lam kelas tu dah standby dok kat meja belakang tepi pintu. Bunyik loceng rehat je, berterabur kuar nak cop tiang takut budak kelas lain cop. Kalau nak tengok aku lari pecut pun masa ni la. Loceng rehat belum habis bunyi, aku dah sampai kat tiang dulu.


Kawen-Kawen
Oh, ini memang mainan harian.
Aku konfem jadik Mak Andam.
Sebab aku suka mekap-mekapkan orang.
Dulu bahan tak cukup, ada bedak Jonhson & Johnson tu pun dah cukup baik.
Boleh la buat eye shadow.
Putih je kelopak mata pengantin.
Aku la punya keje tu.
Mampos la kan, muka kau bukan muka aku.

Fun gila main kawen-kawen ni, toksah kata menepung tawar, siap berlakon jiran-jiran datang tengok pengantin lagi. Yang si pengantin ni pun yo yo an je dok tercongok atas pelamin sorang-sorang, yang lain-lain ni boleh la pulak dok bersila depan pengantin macam kan memang datang kenduri la gayanya.

Macam tak lojik je kan aku nak jadi Mak Andam?

Tapi saper yang penah main kawen-kawen ngan aku tau kalau aku offer diri nak jadi Mak Andam maknanya pengantin laki tu tak hensem.

Muahahahahahhha.

Padahal tak sedar diri muka aku pun sama je berkeladak jugak, kalau aku jadik pegantin perempuan tu, laki yang tak hensem tu terus nampak sangat-sangat hensem kalau bandingkan ngan aku yang dok kat sebelah dia ni.






Boleh tak bagitau Ebby Saiful aku sukaaaaaaaaaa kat suara dia?

Thanks to :

1. mizz_benz
2. syarifah zuriani
3. miss shada the angel
4. nor salini
5. cahaya hayati


Thank you for the DEBU DI HATI song.
Aku memang dari dulu suka layan jiwang-jiwang 80-an.
Kalau aku lahir awal sikitttt je konfem aku skang aku dah kawen ngan Ebby Saiful tak pun Azmil Mustapha tak pun Razis Ismail tak pun Dato' Shahreza tak pun Herman Tino pun jadik lahh.

Ramai nau yang tanya pasal plan aku nak ke HK.
Ni saper yang nak pegi ni aku ke korang???
Kemain lagi sexitednya.

Aku ni nak kata sexcited pun tak, tak sexited pun mustahil la kan.

Tapi tu la, aunty-aunty aku pulak dah bukak story HK bau hamis la, hancing la, makanan payah nak carik la. Tang bau busuk tu insyallah aku leh tahan lagi sebab aku dah biasa tido ngan seorang lelaki yang suka kentut kat tepi aku, tu belum lagi kalau Redza kencing atas katil aku, hancing pering! So, bab-bab busuk ni aku rasa aku leh tahan lagi kot.

Tang makanan susah nak carik tu sangat la story yang mendukacitakan cacing-cacing dalam perut aku ni. Kalau dok kat rumah sendiri tak makan takpe beb, sebab aku tau kat rumah aku je takde makanan, kat luar rumah konfem ada.

Ini kalau ko pegi negara orang lepas tu makanan payah dapat (i mean yang halal la, apa ko nak suruh aku mentekedarah babi panggang??), tak lapar pun boleh jadik lapar.

Jiran bapak aku baru balik dari HK cakap kat sana chapati harga lebih kurang RM60 duit kita. Takkan aku nak mencekik chapati je kot??

Tapi takpe, aku pujuk diri sendiri.
Kita bawak sambal ikan bilis, tak pun serunding.

Tu bab makan, bab hotel satu hal lagi.
Aunty aku dah pesan, kalau nak book hotel book at least yang 4 stars.
Tapi berapa banyak star pun ko letak, ni kalau aku berak kang camne aku nak basuh ni?

Aku ni basuh bontot sendiri pun taknak guna gayung. Aku nak guna hose. Let alone la nak suruh aku basuhkan bontot orang. Mungkin boleh, tapi aku basuh bontot ko guna berus jamban.

Kalau balik Tganu pun aku paksa laki aku carikkan hose, aku taknak guna gayung.
Kalau tak, aku taknak berak sampai balik KL.
Bila aku tak berak, angin-angin toksik akan memenuhi ruang-ruang badan dah akhirnya naik ke kepala. Bila kepala sudah penuh dengan toksik maka aku akan meroyan.
Kang tak pasal-pasal aku terpekik depan mak kau kanggggggg, nakkk???
So baik ko carikkan aku hose.

Penah dulu dia tak jumpa hose, aku cakap 'Kalau abang tak carik hose, Di berak atas katil ni'

Bergegas dia redah stor carik hose.

Bersyukurlah Ebby Saiful tak dapat aku.

Tapi aku cuba mensaikokan diri sendiri.
Takpela, kalau takde hose kat HK, aku bawak gayung dari rumah.
Janji toilet dia ada pintu.
Jangan jadik cam uncle aku pi China masuk tandas awam tapi takde pintu.
Dok atas jamban sambil bukak payung tutup depan.

Tapi macam bodoh la ko nak pi bercuti siap nak bawak gayung, sambal ikan bilis, mamee in the cup, roti gardenia.
Sebijik macam nak pi camping kat Sungai Tekala.
Bayar ribu-ribu tapi makan maggi.
Tak ke menyiksa diri namanya tu.

Nak jumpa Leslie punya pasal, aku tutup mata je la.
Aku harap keadaan takla seburuk yang disangka.

Ok, hari ni aku masak Mee Sata.
Jangan tanya mana datangnya resepi ni. Nenek aku cakap, mak dia dulu suka masak ni.
So, aku guess from Singapore.



Resepi sangat simple.
Aku kan pemalas, tak dapat de nak tengok aku dok 3-4 jam kat dapur nak masak.
Masak biar cepat, aku rimas tengok dapur aku berkecah.

Resepi ni hanya untuk orang yang tak makan pedas macam aku.
Dia tak gunakan cili melainkan cili jeruk.

Memula tumis satu sudu besar bawang putih (blend) and satu sudu kecik lada sulah.
Tak main bawang besar, bawang merah ni semua.
Pastu dah naik bau, masukkan daging.



Dah masak sikit, masukkan sotong.
Pastu masukkan garam.
Taknak letak garam pun boleh, biar laki korang terbeliak-beliak makan mi tawar.
Pastu korang makan penampar.



Pastu masukkan carrot and tomato bijik hiris-hiris (ikut suka berapa banyak).
Jangan nak memandai masukkan segala kailan, sawi, kacang panjang..aku tampa kangg.
Mee sata ni pakai carrot and kobis kalau ikut resepi asal.
Tapi aku takde kobis, so kira halal je la apa aku masak malam ni.



Lepas sayur dah layu sikit, masukkan sikittttttttttt je sos cili nak bagi mee ko tak nampak pucat.
Tapi hari ni aku tertuang banyak pulak sos, terus jadik merah.
So kira gamba ni gamba salah, ko tak sepatutnya dapat kuah merah macam ni, dia merah ala-ala kusam lebam gitu.

Tererkan Chef Diana?
Mana ko nak jumpa chef macam aku ni.
Resepi salah pun publishkan jugak okkkkkkk.



Tapiiiiiiiiiiii, atas kebijaksanaan otak aku, maka mee sata aku tetap jadik putih.
So ni la hasilnya di kuali.
Ni kalau mak aku nampak gambar ni aku boleh bajet benda pertama kuar dari mulut dia 'Rumah beli sampai dua bijik, kuali berdano tak berganti!'

Apa ingat aku hidup kat dunia ni nak kumpul kuali???



Tepat pukul 7pm, tuan besar pulang.
Maka makanlah bersama-sama.
Sebab menu aku pun ala-ala je malam ni, mimpila nak suruh aku hidang beralas bagai.
Aku dah sendukkan mee untuk ko dah besar rahmat.

Jangan lupa, mee ni makan ngan cili jeruk.
Cili jeruk buat sendiri.


Aktiviti selepas maghrib tadi adelah menyerang Summit cari DVD baru.



Saper dah tengok The Reader?
Aku tengok 2 hari lepas.
Cerita tu best gila sampai aku mimpi beromen ngan David Kross.
Walaupun dia tak le hensem mana tapi dalam cerita tu dia adelah sangat kiut.
Dan juga suka berbogel.
Kira 2 malam lepas En Wan tak laku.



Tapi mungkin malam ni laku.

2009-03-16

Matta


Pada hari Jumaat yang lalu saya telah memonteng secara berjemaah bersama-sama suami saya kerana panggilan Matta Fair sudah tiba. Walaupun di luar keadaan adelah hujan lebat dan kereta saya yang kecik itu sedikit menggigil-gigil apabila ditiup ribut, tapi kami pedulik apa. Sampai di The Mall, hujan masih belum reda dan payung adelah tertinggal dalam kereta suami saya. Kereta saya memang tiada payung kerana tidak voguelah saya memakai skirt berkasut high heels sambil membawa payung label Anakkku. Habislah saham saya kalau begitu. Berbekalkan motto 'Makan biar banyak, kerja sikit takpe', kami pun bersarapan nasi lemak yang sejuk kejung.

Hamlau punya makcik tak panaskan dulu.

Gila bapak punya orang bersesak-sesak kat PWTC Jumaat lepas.
Dah la aku dengan baju kurung segala. Konon nak masuk opis, tapi En Wan tukar plan gi PWTC pagi, petang baru masuk. Sori la aku nak keje petang-petang.

Nasib baik la hari tu aku pakai sandal je.
En Wan kalau buat survey mau sampai melecet tumit aku.
Tapi kalau aku pakai high heels pun hari tu aku terpaksa gagahkan juagk berjalan kalaupun kaki aku melecet sebab dah takde masa dah ni. Lepas book pi HK last year kitorang wat dek tak book-book lansung accomodation kat sana. Macam kan HK tu dah pegi tigablas kali nak buat rilek-rilek.




Aku tak snap banyak gambar, sebab orang ramai sangat.
Ni je aku sempat snap, kat Reliance.
Aku masuk Reliance ni pun sebab nak minum teh free.
Makcik yang dok sebelah meja aku selamba sign booking 14 ribu.
Kalau aku tengah sakit perut time tu konfem terkencet tengok dia bayar deposit duit berkepuk-kepuk kuar dari envelope.

Laki aku ni memang over kalau dibagi apa pun bentuk task, bersungguh-sungguh betul sampai sanggup bersila kat tengah-tengah pentas nak go thru pakej-pakej.
Pi la carik restoran ke hendaknya, kau tu dah la pakai baju keje. Kalau kau pakai T Shirt Pagoda tu satu hal jugak la kan.





Tak cukup setengah hari kat PWTC, sambung pulak menonggeng meniarap pulak kat rumah anak-beranak baca map. Laki aku ni memang jenis payah nak puaskan hati sendiri. Selagi dia tak dapat apa yang dia nak, selagi tu la ko jangan harap nak mintak dia belai-belai kau, ko terkangkang bogel depan dia pun dia boleh buat dek je. Tapi yang bestnya time ni, ko masak ikan bilis goreng je pun konfem dia tak komplen. Sebab kepala dia dah tune ke lain. Sangat sesuailah berbinikan pompaun pemalas macam aku.






Aku dan Mr Mickey kat Hong Kong Tourism.
Ni gamba mukadimah sebelum aku snap gamba kat Disney sok.
Mana la tau kot-kot time aku pi HK tu banjir ke takleh masuk Disney takde la kemponan.

Sebenarnya jakun.

Tak cukup ngan Jemahat, semalam kitorang serang lagi PWTC, last kopek punya. Pagi-pagi lagi dah kuar sebab konfem PWTC lagi banjir sebab orang cuti and semalam Matta last buat show.

Jumaat lepas kitorang tak confirm apa-apa lagi dengan mana-mana travel agency. Lepas dah study pakej semua, semalam baru close deal.

Alhamdulillah, skang ni semua settle, tinggal nak fly je.

Sebab one of the tour tu aku pilih pi Museum of Wax (Madame Tussaud's), so per person dapat satu bear. So banyaklah bear aku. Tapi aku tak bukak plastic dia. Ni kalau sok-sok tak sempat nak beli souvenir utk kawan-kawan, aku bagi je bear ni.

'Mintak mahap la ye, takde beli apa pun, ni je jumpa kat Hong Kong'.

Mangsa-mangsa yang bakal dapat bear cap PWTC ni (tapi made in HK okkkk) adelah Cheq, Rozie, Yuzz, Nahar dan lagi 2 orang aku pikir malam kang.

YanDarwisy, SEDULUR tu apa benda kah??? Aku ni JAWA murtad okkk, sici loro tolu je aku hafal, lain harammmm.



Tolong la saudara-saudara sekalian, aku tengah carik lagu ni dalam mp3 format, tak jumpaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Sila lah tolong.










Entry macam sial je.

2009-03-03

Gambar tetek ada di sini

Tagged by Chics


1. WERE YOU NAMED AFTER ANYONE?
Entah, tak penah pulak aku tanya. Mungkin sebab mak aji bernama DAHLIA dan pak aji bernama ISHAK, jadi mereka merasakan nama mereka agak keDESAan, lalu mereka medambakan anak-anak yang bernama keBARATan. Lalu terhasil la DIANAwathy. Aku tanya mak aji apesal nak jugak letak Wathy kat hujung.

'Saje je nak bagi ko sedar yang ko tu asal-asalnya Jawa'

Pendengki.



2. WHEN WAS THE LAST TIME YOU CRIED?
Semalam.

Sebabnya Redza conquer TV bawah tengok katun, En Wan conquer TV atas tengok DVD.
Bengang la aku tak dapat tengok cerita.
Dah bengang-bengang takkan aku nak beriang ria, nangis la jawabnya.
Selalunya kalau aku nangis, En Wan masuk bilik slowly landing atas katil pujuk aku.
Semalam, dia slowly landing dan landing dan terus landinggggggggg sampai pagi ni aku jugak yang kena kejutkan dia.

Memang berbulu sampai skarang la kan.
Siap dia, dia balik kang aku nak buat perangai sampai dia pujuk aku ngan blueberry cake!!



3. DO YOU LIKE YOUR HANDWRITING?

Kadang-kadang aku pun tak paham apa aku tulis.
Paling suwey sekali masa aku participate pesta pantun.
Punya la nak kejar masa nak jawab pantun, aku tulis lebih kurang je asal nampak hujung ayat like 'tang', 'nyi', 'nga'.
Ayat-ayat depan tu pepandai la aku oter.

Contoh kalau aku tulis '**cakar cakar cakar cakar** LANG'.
Nanti aku buat ayat 'Anak itik anak helang'.
Cam tu la lebih kurang, janji hujung tu nampak, boleh bagi aku idea.

Time peringkat negeri la pulak tangan aku nak buat extra doktor's handwriting.
Ntah apa yang aku cakar cakar bila aku bangun nak balas pantun, aku tak nampak lansung apa aku tulis.

Seb baik aku dianugerahkan kepala otak yang payah nak jam.
Ntah apa la aku merepek meraban atas pentas tu asal bunyi dia jadi sedap aku belasah aje laaa.

I dapat no. 3 peringkat negeri selangor okkkkkkk.
Kan Arifah kannnnnn???

Tapi dulu lain, dulu kepala aku berseni.
Penuh dengan bunyik-bunyik sastera.
Skarang jangan harap la, penuh ngan karya-karya carutan abadi.



4. WHAT IS YOUR FAVOURITE LUNCH MEAT?
Ayam goreng berempah.
Ayam masak kari tak best.
Ayam masak kicap boleh la.
Ayam masak sup hanya kalau letak bawang goreng baru kick.
Ayam masak rendang sangat-sangat rejekkkk.
Ayam 'KFC original drumstick and wing, taknak daging padat ye dik'. Ni paling best.
Ayam golek kat pasar ramadhan Cabang Tiga paling kawwww!!!!



5. DO YOU HAVE KIDS?
Ada.

Sorang tengah tunggu aku kat syurga.
Sorang lagi yang busuk berlengas sebelah aku ni.
Sorang lagi masih tersangkut kat telor En Wan taknak kuar-kuar.




6. IF YOU WERE ANOTHER PERSON WOULD YOU BE FRIENDS WITH YOU?
Tengok keadaan jugak la.
Sebab mulut dia berapi cam aku rasa nak tendang bagi koyak.




7. DO YOU USE SARCASM?

Aku tak suka gunakan mulut kalau nak ber-sarcastic. Mulut lagi best diguna kalau ko cakap bagi lepas. Selalunya kalau orang tu tak suka aku pakai skirt, lagiiii aku pakai skirt. Kalau orang tu tak suka tengok muka aku, lagi banyakkkkkkkkkk aku letak gambar aku kat sini.

Hahaha.




8. DO YOU STILL HAVE YOUR TONSILS?
Habis tu nak letak kat mana?




9. WOULD YOU BUNGEE JUMP?

Aku lagi rela naik roller coaster.




10. WHAT IS YOUR FAVOURITE CEREAL?
Tak suka sangat, aku suka nasik lemak.




11. DO YOU UNTIE YOUR SHOES WHEN YOU TAKE THEM OFF?
Tak kuasa okk nak tanggal kasut pun nak bersopan segala.




13. WHAT IS YOUR FAVOURITE ICE CREAM?
Choc chip vanilla free of charge.




14. WHAT IS THE FIRST THING YOU NOTICE ABOUT PEOPLE?
Kalau lelaki : muka dan gaya

Kalau perempuan : muka dan tetek




15. RED OR PINK?

Pink




16. WHAT IS YOUR LEAST FAVOURITE THING ABOUT YOURSELF?
Outspoken.




17. WHOM DO YOU MISS THE MOST?
Dalam suasana meriah dengan bunyik TV, bunyik suara Redza jadik otromen lawan raksaksa dia yang over tu aku nak sentimental pun takde mood.




18. WHAT COLOUR OF TROUSERS AND SHOES ARE YOU WEARING?

Aku tak reti pakai seluar malam-malam sekalipun seluar dalam. Tak bernafas pepek aku.
Aku tengah pakai nighty kaler white black polka dot (macam hanjing pulak aku rasa) dengan robe kimono.




21. WHAT ARE YOU LISTENING TO RIGHT NOW?

Suara Redza mintak bibik buatkan Ribena.




22. IF YOU WERE A CRAYON, WHAT COLOUR WOULD YOU BE?

Taknak jadik crayon. Melekit.
Aku nak jadik kaler pink poster colour BUNCHO.




23. FAVOURITE SMELL?

Entah, rasanya takde favourite smell.
Bau busuk pun kalau benda tu aku suka, jadik favourite jugak.
Tapi yang pastinya, aku akan cium sesuatu benda sebelum aku guna tak kisah la makanan ke, kertas A4 ke, ink printer ke, apatah lagi kalau Leslie Cheung menyerahkan diri. Haruslah aku cium. Dah ko sedekah, aku ambikkkkkkk.




24. WHO WAS THE LAST PERSON YOU TALKED TO ON THE PHONE?

Customer.




25. DO YOU LIKE THE PERSON WHO SENT THIS TO YOU?
Aku tak kenal sangat la dia ni, aku kenal laki dia je.




26. FAVOURITE SPORTS TO WATCH?
Bolos saje dinding ituuuuuuuuuuuu.

Sport jugak kan?




27. HAIR COLOUR
Kalau masuk Kampung Sarang Buaya kat Muar tu, aku lah keturunan Jawa yang paling vogue dengan kaler rambut yang aku pun tak tau apa kaler. Nak kata oren tak, bronze pun tak, yang aku ingat hairdresser tu kata 'I bagi you kaler no. 11'.

Gigih oter rambut nak bagi taknak nampak muka Jawa.




28. EYE COLOUR?
Kalau ikut passport dark brown.
Nak gak tukar mata biru tapi buruk benar rambut coklat, kulit hitam, mata biru.

Sakaiii!!




29. DO YOU WEAR CONTACTS?
Aku ni rabun okkk.




30. FAVOURITE FOOD?
Apa sahaja asalkan jangan suruh aku tolong masak.




31. SCARY MOVIES OR HAPPY ENDINGS?
Ikut mood.
Macam minggu ni aku dah tak larat nak menangis. Baca buku pun sedih, tengok movie pun cerita sedih.
Kasik la aku girang sikit this week.




32. LAST MOVIE YOU WATCHED?
7 Pounds




33. WHAT COLOUR SHIRT ARE YOU WEARING?
Aku pakai nighty la bangang.




34. SUMMER OR WINTER?
Winter la.
Aku tak penah rasa sonata musim salju.
Selalu tumpang feeling-feeling main salji kat car wash.




35. HUGS OR KISSES?
Kiss tanpa hugs adelah umpama makan tak minum air.
Tercekik sialllll.

Dah bagi kiss tu haruslah se-pakej dengan berpelukkan dan meraba-raba.
Baru complete.




36. FAVOURITE DESSERT?

Teh tarik and kuaci.




37. MOST LIKELY TO RESPOND TO?
I am most likely to respond to NO IDEA.




38. LEAST LIKELY TO RESPOND TO?
I am least likely to respond to someone yang baru chat 2 minit dah 'I think I love you'.
Pantek kau lah.




39. WHAT BOOK ARE YOU READING NOW?
Stop semua buku, ada banyak lagi keje aku nak habiskan.




40. WHAT IS ON YOUR MOUSE PAD?
Tak pakai mouse pad.




41. WHAT DID YOU WATCH ON TV LAST NIGHT?
Raja Lawak ulangan.




42. FAVOURITE SOUND(S)?
Suara En Wan cakap sorang-sorang kalau mengigau.
Cakap Jepun okkkk.
Gila stress kat opis laki aku ni.




43. ROLLING STONES OR BEATLES?

Beatles.




44. WHAT IS THE FARTHEST YOU HAVE BEEN FROM HOME?
Tak kuasa la aku nak ingat.




45. DO YOU HAVE A SPECIAL TALENT?


Striptease.


Elehhhh, aku kalau buat ni jangan kata kaki takat naik tinggi 45 darjah, sampai 180 darjah aku putar. Cuma pompuan ni punya body mantap lagi. Kalau aku pakai camni, mungkin tetek ngan perut aku tak nampak beza.




46. WHERE WERE YOU BORN?
Hospital Kuala Lumpur, Jalan Pahang, New York.




47. HOW DID YOU MEET YOUR SPOUSE/SIGNIFICANT OTHER?
Alah malas la, dah berbuih mulut aku bercerita.
Pandai-pandai la check archive.




49. IS THE CUP HALF-FULL OR HALF EMPTY?
Dua-dua tak suka.
Aku suka full cup, no underwire support, starpless. Hehe, boleh tak jawab macam ni?


Aku tak faham kenapa ko nak pakai bra macam ni.
Baik ko bogel je terus.

Ni kalau bagi kat aku pakai konfem 2 minit sekali jatuh.




50. IF YOU COULD SIT DOWN TO DINNER WITH FIVE PEOPLE WHO WOULD YOU
CHOOSE?
Ex-UNIMAS

2009-02-25

Homework


Aku baru habis baca buku ni, the writer was a bekas paderi kat Sabah. Nama dia Ustaz Farhan. Sebab buku ni best, dalam masa satu malam je aku dah selesai.
Dalam banyak-banyak page yang aku baca, page yang satu ni memang aku rasa cam cilaka babi sangat.


Ko tengok la nama-nama yang murtad ni.
Sukati la ko nak letak nama apa pun, yang murtadnya kau sorang.
Yang ko nak babitkan sekali nama bapak kau tu apa kejadah sialllll????
Kesian En Mohamad ni, elok-elok nama Mohamad boleh jadi Kannan.
Pukimak.
Ke memang sesaper yang dah murtad kena tukar nama bapak sekali?

Kalau tengok nama sorang-sorang memang cas baik-baik je.
Zuraidah
Siti Aminah
Yusuf
Rashid

Tapi adelah syaiton.
Nauzubillah, jangan la sampai aku jadik ke tahap macam ni.
Apa yang ada ni pun dah cukup dah dosa aku, tak tertanggung rasanya.

Bertuah betul Ustaz Farhan ni dapat hidayah. Nak je aku call dia mintak dia tarbiyahkan aku sikit kasik datang kesedaran. Nak dapat hidayah macam takde harapan je aku ni.




Actually since last week aku busy dengan training series, so last week aku busy prepare things for our first event this year. Ada primer design training kat Danau Golf Club, UKM. Tak banyak pic sebab aku memang tak suka ambik gamba pompuan.




Aku promo ko la Shahidi, walaupun ko dah takde kekosongan lagi



Kalau korang spot muka-muka yang dikenali lam gamba ni tolong la tak payah war-warkan yang aku ada blog. Aku terajang sorang-sorang kang. Dah la tadi buat kesekian kalinya ada sorang lagi reader spot aku kat UM. Slowwwwwwwwwwww je panggil 'Kak Di, Kak Di..'

Siap boleh 'Saya kenal baju kak Di, sama macam baju Kak Di pakai gi kenduri dalam blog'.

Ko hafal ke apa blog aku ni??

Tapi takpela, cuma len kali jangan sebut kuat-kuat tang baju tu. Nampak nau aku takde baju lain nak pakai balik-balik baju tu. Hehe.

So Shikin (betul ke aku eja nama dia ni), next time akak akan cuba sampai kat lab ko dalam pukul 12.30 tghri gitu, maka takde alasan la ko tak bawak akak pi lunch.
Aku ni kalau pi UM manjang je kebulur. Tak tau nak makan kat mana.

Oh, terkona pulak topik.
Sambung balik pasal training last week.



Nampak tak gambar atas ni?
Nampak nisbah kelebaran kuih dan kelebaran garfu tu?
Ko tak rasa ke kuih tu lekat kat celah gigi je?
Sekali nganga je dua-dua kuih masuk mulut.
Tu kalau mulut ko jenis cam mulut aku la.

Memang berbulu betul aku ngan caterer kat Danau ni.
Nama je Golf Club, tapi hampehgeh.
Tak lojik betul kuih kecik macam tu.
Dah la pagi nya tu kuehtiaw ada yang tak dapat makan.
Bila aku komplen dia leh reply 'Agaknya participants ni semua lapar kot'

Tengkorak kau.

Standard la kan kalau kita order makanan kat mana-mana caterer pun, kalau kita order 100 orang, mesti dia bagi lebih sikit dalam 115 orang makan. Kalau order ayam masak merah tu at least ada la nampak lebih 6-7 ketul terlebih lam tray. Ini tak, licinnnnnnn.
Kalau ko order 100 orang, memang orang tu kena ambik kuih sebijik sorang je.

Takkan dari pagi santak ke petang semuanya kebulur??? Tak lojik.

Bila time minum petang, untuk nak elakkan dari ada yang ambik kuih lebih, dia boh lam piring siap-siap. Memandai-mandai je kau. Aku tak suruh pun????
Tengok la kuihnya besar mana. Nak je aku rodok kuih ni sebijik satu lam lubang hidung dia.






Ok, tagging game, dak kHairie paksa.
Paksa kan?

You are required to answer ALL the following questions.
Tag 10 people and repost it with the title:

I’ve done — out of the 132 stupid things.

99/132 means you scored a distinction for doing stupid things!
(although that’s not really an achievement hahaha)



Level 1
( ) Smoked A Cigarette

(x) Smoked A Cigar :
rokok daun arwah atuk aku. Orang hembus asap, aku hembus asap dan air ludah sekali. Elok je aku ludah, pelepuk tapak tangan Mak Aji singgah belakang kepala aku.


(x) Kissed A Member Of The Same Sex :
cium pipi ada la. Aku lom gila nak cemolot ngan kaum sejenis. Apa ko ingat aku Britney Spears si tetek tak ori itu??


( ) Drank Alcohol



Level 2
(x) Are / Been In Love

(x) Been Dumped :
Cilaka Dr Muz tinggalkan aku sebab si Halina tu.


( ) Shoplifted

( ) Been Fired

(x) Been In A Fist Fight :
Baru semalam lawan ngan En Wan. Saper kalah turun bawah ambik air.




Level 3
(x) Had A Crush On An Older Person :
Leslie Cheung. Masa tu aku baru umur 12 tahun. Tapi sudah mengerti apekah makna chenta okkkk.


(x) Skipped School :
jangankan kata skipped, fly dari skolah pun aku pernah buat. Tapi pak guard tu binawe gi kejar aku. Dah tau semput dok la diam-diam sibuk nak kejar aku jugak. Pagi esoknya berbirat aku kena belasah ngan pengetua.


( ) Slept With A Co-worker

(x) Seen Someone / Something Die :
Katak penyek tengah jalan kira tak?



Level 4
( ) Had / Have A Crush On One Of Your Facebook Friends :
Aku ada crush ngan adik angkat aku yang aku tak pernah pun anggap sebagai adik angkat. Tapi bukan kenal kat FB, cuma dia memang ada kat FB aku. Hensemmmmmmmmmmm.

( ) Been To Paris

( ) Been To Spain

(x) Been On A Plane :
Inilah satu-satunya transport aku nak balik KL masa blaja kat UNIMAS dulu. Kalau takde plane, konfem aku tumpang tongkang Indon. Tak kisah la, janji aku dapat balik.


( ) Thrown Up From Drinking



Level 5
( ) Eaten Sushi

( ) Been Snowboarding

( ) Met Someone BECAUSE Of Facebook

( ) Been in a Mosh Pit



Level 6
(x) Been In An Abusive Relationship :
Perlukah aku cerita pasal ni lagi?? Najis okkkk.


(x) Taken Pain Killers :
Selalu, sebab aku ada sakit otak.


(x) Love/loved Someone Who You Cant Have :
Pernah, and I do not wish to discuss about this sebab akan terserlahlah kebodohan aku. Mana boleh cerita diri sendiri bodoh kan, kalau cerita pasal kebodohan orang memang laju je aku.


( ) Laid On Your Back And Watched Cloud Shapes Go By

( ) Made A Snow Angel



Level 7
( ) Had A Tea Party

(x) Flown A Kite :
gua buat sendiri okkkkk.
Tak main la beli tepi-tepi jalan ni.

(x) Built A Sand Castle :
dengan chenta ku bina istana...


( ) Gone mudding

(x) Played Dress Up :
of cosssssssss. Sebab banyak main bendalah ni la maka asal baju mak aji hilang je aku yang kena bantai dulu.




Level 8
( ) Jumped Into A Pile Of Leaves

( ) Gone Sledging

(x) Cheated While Playing A Game :
abis ko ingat camana aku leh menang main monopoli??? Aku ni dah la bodoh matematik. Kira duit pun boleh gagal. Seb baik la yang main ngan aku tu pun semua bodoh jugak. Aku menipu pun tak perasan. Muahahaha.


( ) Been Lonely

(x) Fallen Asleep At Work / School :
Kalau aku tido lam kelas maknanya cikgu tu boring, kalau aku tido kat ofis maknanya bos tu bodoh.




Level 9
(x) Watched The Sun Set :
kat Uluwatu, Bali bertemankan En Wan kat sebelah....................dan Redza kat tepi ketuk-ketuk botol susu kat batu. Memang potong!!!


( ) Felt An Earthquake

( ) Killed A Snake



Level 10
(x) Been Tickled

( ) Been Robbed / Vandalized

(x) Been cheated on :
eh pernahhhhhhhhhhhhhhh.Mana leh tak pernah. Tapi yang main-mainkan aku or menipu aku dengan sengaja tu aku maafkan la. Cuma aku tak lupa.

(x) Been Misunderstood :
dengan perangai aku macam ni, siapa la yang tak misunderstood?




Level 11
(x) Won A Contest :
aku pernah menang pertandingan ratu cantik yang dikelolakan oleh aku sendiri di rumah Mak Aji, dah baju disponsor oleh Mak Aji sendiri tanpa pengetahuannya. Tau-tau bila dia nak pakai baju tu tetiba bau masam je. Siap la aku lepas tu kannn.


( ) Been Suspended From School

( ) Had Detention

(x) Been In A Car / Motorcycle Accident :
Abis tu ko ingat parut kat dahi aku 6 jahitan ni aku toreh sendiri???




Level 12
( ) Had / Have Braces

( ) Eaten a whole pint of ice cream in one night

( ) Danced in the moonlight



Level 13
(x) Hated The Way You Look :
Dulu pernah la aku nyampah apesal la kulit aku hitam benar nih? Skang ni aku dah tak kosser nak komplen kulit aku hitam. Skang fokus aku adelah cuba mengkomplen kulit orang yang jauh lagi hitam dari aku. So aku berasa adelah legaaaaaa.

(tapi saper la yang lagi hitam dari aku???)

( ) Witnessed A Crime

( ) Pole Danced

(x) Questioned Your Heart :
listen to your heart..


( ) Been obsessed with post-it-notes



Level 14
( ) Squished Barefoot Through The Mud

( ) Been Lost

( ) Been To The Opposite Side Of The World

( ) Swam In The Ocean

(x) Felt Like You Were Dying :
masa sakit nak beranakkan Redza, rasa cam sebelah kaki dah masuk lubang kubur.




Level 15
(x) Cried Yourself To Sleep :
masa homesick kat boarding school selalu nangis masa tido, masa break ngan bf pun nangis gak masa tido, masa aku horny tapi En Wan buat-buat tido taknak layan pun pernah gak...TETTTTTTTTTTTTTTTTT!!! nextttttttt.


(x) Played Cops And Robbers :
polis and thief laaaa. *polisentri*


( ) Recently Colored With Crayons / Colored Pencils / Markers

(x) Sang Karaoke :
kat rumah je la. Lom berani tayang suara aku yang serak-serak berkerak ni kat public.

( ) Paid For A Meal With Only Coins



Level 16
(x) Done Something You Told Yourself You Wouldn’t :
ni selalu terjadik kalau aku puasa sunat. Asal masuk tengahari kang mula la setan kat kepala aku ni 'makan la sikit, ko pengsan kang. Esok leh puasa balik aper'


( ) Made a Prank Phone Call

( ) Laughed Until Some Kind Of Beverage Came Out Of Your Nose

( ) Kissed In The Rain



Level 17
( ) Written A Letter To Santa Claus

(x) Watched The Sun Set/ sun rise With Someone You Care/Cared About : with chenta hatiku En Wan

(x) Blown Bubbles :
main air liur


( ) Made A Bonfire On The Beach or anywhere



Level 18
( ) Crashed A Party

( ) Have Traveled More Than 5 Days With A Car Full Of People

( ) Gone Rollerskating / Blading

( ) Had A Wish Come True

( ) Been Humped By A Monkey



Level 19
( ) Worn Pearls

( ) Jumped Off A Bridge

( ) Swore at the teacher, in front of them

( ) Swam With Dolphins..



Level 20
( ) Got Your Tongue Stuck To A Pole/Freezer/ice Cube

( ) Kissed A Fish

(x) Worn The Opposite Sex’s Clothes :
spender En Wan kira tak?


(x) Sat On A Roof Top :
masa kecik-kecik pernah buat keje ni, feeling-feeling tengok sun set konon. Tengah-tengah mengelamun tetiba sayupppp je seperti kedengaran suara macam aku kenal.
'Hoih! Ko turun! Ko turun aku cakapppppppp!'.
Teka la sore siapa.




Level 21
(x) Screamed At The Top Of Your Lungs :
aku pernah menjerit sampai termuntah. Memang buruk.

( ) Done / Attempted A One-Handed Cartwheel

( ) Talked On The Phone For More Than 6 Hours

( ) Recently stayed up for a while talking to someone you care about



Level 22
( ) Picked And Ate An Apple Right Off The Tree

(x) Climbed A Tree :
masa kecik-kecik kalau balik kampung, aku takkan lupa panjat pokok rambutan. Makan atas pokok lagi. Kulit campak-campak kat bawah. Konon samseng la.
Pastu nenek aku pekik, gelupur masing-masing carik penyapu.

( ) Had/Been In A Tree House.

( ) Been scared To Watch Scary Movies Alone



Level 23
(x) Believed in Ghosts :
kalau dah benda tu melintas depan ko takkan dan-dan tu jugak ko cakap 'oh, mungkin itu cuma mainan fikiran saje' (standard skrip filem melayu). Memula tu percaya la, after a while (read : 2-3 bulan) ko tak rasa apa dah.


( ) Have had More Then 30 Pairs Of Shoes

( ) Gone Streaking

( ) Visited Jail



Level 24
( ) Played Chicken

( ) Been Pushed into a pool with all your clothes on

( ) Been Told You’re Hot By A Complete Stranger

(x) Broken A Bone :
my bone fractured masa tengah praktikal. Selamattttttt. Aku praktikal sebulan je.


( ) Been Easily Amused



Level 25
( ) Caught A Fish Then Ate It Later

(x) Made A Porn Video/got asked to make one :
curikla henfon aku, untung-untung ko dapat tengok porn video aku ngan En Wan. Kalau nasib tak baik, ko nampak gamba bontot aku yang hitam berkerak ni je.
Jadikla kan kalau dah sesak sangat nak buat modal.

(x) Caught A Butterfly :
untuk projek biologi. Kejam ok, tangkap binatang pastu kasik chloroform. Pastu cucuk pin kat tengah-tengah badan dia buat poster display kat library.
Kejam! Kejam!
Patut la projek aku dapat C.


(x) Laughed So Hard You Cried :
dan juga terkencing sikit


(x) Cried So Hard You Laughed :
pernah sekali terjadik when i missed someone so much, aku nampak Baskin N Robbin aku nangis sampai tergelak. Ada la memori dia kan.
Tapi tu dulu la...
skang pantang nampak BNR je dan-dan tekak aku nak makan eskrim mahal. Conetto semua tak laku time tu.



Level 26
( ) Mooned/Flashed Someone

(x) Had Someone Moon/Flash You :

(x) Cheated On A Test :
pernah gak rasanya tapi tak ingat bila.


(x) Forgotten Someone’s Name :
selalu terjadi, in fact tadi jumpa customer sikit punya sembang panjang, tapi sampai ke sudah aku tak ingat nama dia.


( ) French Braided Someones Hair

( ) Gone Skinny Dipping

( ) Been Kicked Out Of Your House

( ) Tried to hurt yourself



Level 27
(x) Rode A Roller Coaster :
sumpah aku takkan naik dah.


( ) Went Scuba-Diving/Snorkeling

(x) Had A Cavity

(x) Black-Mailed Someone :
En Wan la kan, saper lagi aku nak ugut pun.
'Abang tak beli KFC malam ni, gosok kote sendiri sampai minggu depan!!!
'

( ) Been Black Mailed



Level 28
(x) Been Used :
saper-saper yang pernah gunakan aku secara sengaja tu sila la mengaku.


( ) Fell Going Up The Stairs

( ) Licked A Cat

(x) Bitten Someone :
saper lagi la aku nak geget-geget ni kannnnnn.


(x) Licked Someone :
ni soklan cubaan nak bagi aku horny ke apa nih???




Level 29
( ) Been shot at/or at gunpoint
( ) Had sex in the rain
( ) Flattened someones tires
( ) Rode your car/truck until the gas light came on
( ) Got five dollars or less worth of gas


52 out of 132.
Maknanya aku budak baik.
Sukati aku la nak rate diri sendiri.

2009-02-19

Ini sudah lebeyyyyy, Asik kena tag je pulak

Sape kekasih anda?
Aku ada banyak kekasih la. Mana satu ni??

Kekasih awal dan akhir
En Wan

Kekasihku seru
Leslie Cheung (ohhh, kalau lah aku dapat)

Kekasih gelap ku
Well, siapa lagi.
Siapa lagi yang lagi gelap dari kekasih aku yang satu ni kan.

Kekasih separuh masa, separuh lagi cinta untuk dia
TETTTTTTTTTTTTTTTTTTT!!


Macam mane dia melamar anda?
Masa tu year 1999.
First time jumpa gi tenet kat The Mines.
Tapi sebab bulan tu bulan pose, takleh makan, so lepak kat tepi sungai je.
Feeling-feeling Venice gitu.

Tetiba tengah syok sembang, dia alih tempat duduk ke depan aku.

'Nak tak jadi gf Wan?'.

Of cossssssssssssssssssssssssssss!!!

Tapi dalam hati je la.
First time jumpa haruslah kontrol.
Dibuatnya dia kensel kanggggg.

Bila aku say yes, dia terus sarung cincin batu suasa yang orang laki selalu pakai kat jari aku. (batu kaler soft pink, very the anak mak, dah tua bangka pun nak pakai batu kaler pink)

Cincin tu konon macam aku dah cop la pompuan ni.
Jangan sesaper kacau.
Macam la ramai benar nak kacau awek ko kan.


Apa perkara paling bodo penah dilakukan kat anda?
En Wan memang suka buat benda bodoh kat aku.
Antaranya kejutkan aku bangun pagi dengan meletak ketiak dia yang bulu berselirat tu kat muka aku. Dan hari ku pun bermula dengan 'fresh air'.

Dia kata ada lam 2 minit dia halakan ketiak dia kat muka aku sambil gelak-gelak sebab tengok muka aku berkerut-kerut. Konfem aku tengah mimpi kena simbah ngan air taik. Busuk pelantunggggggg.


Korang still couple ke?

Sendiri jawab la.


Sila tempek gambar kekasih korang.

Gambar adelah sangatttttttttttttttttt esklusif.


Senaraikan 10 perkara yang anda suka pasal si dia.

matanya yang sepet

kulit muka menggerutu

hidung mancung

kurus sampai tulang rangka tersembul

busuk bila bangun pagi tapi sibuk nak peluk-peluk aku

suka ramas tetek sendiri kalau aku tengah bengang ngan dia sambil buat 'ahh ahhh ahhh'. Aku tendang kang.

suka bersihkan sampah-sampah kat handbag and purse aku.

suka jalan-jalan and shopping. Dia yang suka ye, bukan aku.

suka menyanyi masa driving walaupun dah berapa kali aku sound suara dia tak sedap so tolong lah diam.

kalau dalam kereta aku masam muka, tetiba kang dia picit tetek aku. Dah takde modal lain agaknya.


Apa anda nak cakap bile dia nak buang anda dari life dia?

BERANI?????
BERANI????????????????
(sambil standby duit syiling kat pintu kereta dia)

2009-02-18

Cara yang amat mudah untuk suruh aku update

Aznitaz tag aku '5 Kedai Yang Aku Pantang Jumpa Mesti Nak Masuk'.

Takde la sampai pantang ternampak je terus nak masuk. Agak-agak la kalau ko jakun sangat pun kan. Tak dapat la nak tengok aku berlumba-lumba ngan pompuan lain nak masuk kedai. Sebab aku pun tau sales pantang tengok orang yang masuk kedai tapi tak beli.


1. Guardian

Aku leh habiskan sejam melepak lam kedai ni hanya dengan melihat-lihat saje. Apetah lagi kalau pharmacist tu adelah lelaki hensem bak Dr Muz, terus rasa cam nak tanya ada keje kosong kat situ ke tak.

Selalunya kalau dah masuk Guardian aku pantang keluar tak beli apa-apa. Paling tak pun facial cotton yang RM9.99 dapat 4 pack tu. Aku kan cheapskate sket. Mana leh beli barang mahal-mahal ni. Barang haruslah murah. Tapi nak pakai yang branded. Jawabnya tunggu sale baru beli.

Tapi kalau masuk Guardian aku takkan beli banyak-banyak, minggu ni beli pad.
Minggu depan beli panty liner.
Minggu lagi satu beli feminine hygiene.
Sebab aku nak sentiasa carik alasan masuk Guardian.

Padahal barang-barang dia biasa aje.
Mungkin sebab aku pernah berangan nak jadik pharmacist dulu, so tak dapat jadik pharmacist, dapat masuk farmasi pun sukorrrrrr alhamdulillah. Lagipun aku memang suka tempat-tempat yang jual ubat be it klinik, hospital, or kedai minyak gamat. Anything to do with kedai yang ada tempias ubat-ubat, mesti ada satu macam puaka dalam kedai tu panggil aku masuk.


2. Kedai Goreng Pisang Kafe Andaman

Kedai ni kedai makan biasa je.
Cuma the goreng pisang yang dia jual kat kedai ni mervelesssss.
Tak tau la sebab tepung tu sedap, atau pisang tu sedap, atau dia guna minyak Seri Murni yang melalui dua kali pemeringkatan (sila bayar, aku buat promo ni), atau tiap kali aku beli memang aku tengah lapar.
Tapi memang sedap. Tempatnya adelah rahsia. Nanti korang sibuk nak beratur sama.

Tak penah pulak aku tanya pisang apa.
Sebab aku rasa lantaklah pisang nipah ke, pisang tanduk ke, pisang awak, pisang saya, tak make any difference kat tekak aku. Semua aku telan.

Dulu masa skolah-skolah mak aji suka dera aku pi beli pisang kat satu gerai brader-brader yang jual. Satu petang tu aku pergi terawal sikit, so brader tu baru nak panaskan kuali. Aku pun order and tunggu. Sebab brader tu 4 orang (jual pisang nak ramai-ramai), so aku pun buat-buat ramah (read : gatal bijik).

'Bang, ni pisang apa?'

'Ni pisang nipah, ni pisang tanduk, ni pisang awak, ni pisang saya'
Sambil tunjuk kat zip seluar dia. Pastu gelak-gelak.
Biasa la kan, orang laki kalau tak hensem memang suka buat lawak kote depan pompuan.
Nak harap muka tak jalan, harap je la kat kote

Ingat dah kelakar sangat la tu.
Aku terbalikkan gerai ko kang.


3. Kedai Roti Paung

Kedai ni ada outlet kat Manir, Tganu.
Asal balik kampung konfem lalu depan kedai ni dan bau nya amat lahhhhhhhhhhhhhh menggoda. Sesaper yang puasa sunat tu tolong jangan melintas depan kedai ni. Konfem ko puasa setengah hari je.

Aku tanya mak metua aku apesal kedai tu nama Roti Paung?
Paung tu apekah??
Mana la tau kot-kot makanan turun-temurun tujuh generasi.
Mak aku cakap entah, memang orang dok panggil nama tu selama ni.

Iskk, mana boleh main 'entah' je.

Aku pun tanya En Wan, 'Bang, apesal nama dia Roti Paung?'

En Wan ngan konfidennya jawab sambil kunyah roti paung 'La, paung la. Paung pun tak tau? Paung yang timbang-timbang tu. One paung, two paung, three paung.'

Terkeluar roti aku balik.
Yang tukang explain pun tak membantu lansunggggggg!!

POUND la.
POUND!!!

Tapi aku tak cakap la, kang sentap pulak.



Sedap okkkkk.




4. Kedai Nasi Ayam Yunan

Kedai ni ada kat Dataran Shahbandar, Kuala Trengganu.
Nasik dia banyak. Menang sesuai sangat untuk orang yang makan banyak macam aku tapi malu nak mintak nasi tambah.
Ayam dia pulak dia kumpul dalam satu pinggan.
Kira kalau ko makan empat orang, empat orang punya ayam tu dia letak dalam satu hidang. Nasik je asing-asing. Which aku memang suka la. Sebab aku leh ambik ayam orang tanpa orang tu sedar. Tau-tau dah habis.

Abis tu dah campur sepingan, mana ko nak tau tu ayam ko, tu ayam aku?
Saper suruh ko kunyah lambat-lambat.

Kedai dia memang hanya jual nasi ayam sahaja. Maskot kedai ni pulak satu makcik yang aku rasa owner dia. Makcik ni memang cool, asal ada orang melintas semua dia panggil masuk kedai dia. Pastu ke hulu-hilir jalan sambil tangan kepit tupperware isi duit. Ni kalau jadik staff aku bagus ni, dia la sales, dia la account. Two in one, save space opis aku.


5. Kedai Pirate DVD, The SUMMIT

Ini memang persinggahan wajib tiap-tiap minggu.
Dalam SUMMIT ni ada a few kedai DVD.
Tapi tagline semua sama.
The moment ko masuk kedai dia, ayat dia '3, 20. Gambar cantek'.

Gamba memang cun, tapi subtittle hazabbbbbbb.
Nak select subtittle Malay memang dah macam Sakai baru belajar tulis bahasa melayu.
Select English pun lebih kurang, lain orang tu cakap lain yang dia tulis.

Tapi yang bestnya folder cerita blue pun dia display selamba atas meja.
Aku pun ambik peluang la selak-selak.
Tak dapat tengok movie dia pun takpe.
Dapat tengok gamba cover pun jadik la, tau la aku praktikkan malam kang.























2009-02-16

Sikit je, takleh banyak-banyak

Sedap anak tekak korang je suruh aku update ye?
Aku macam nak menonggeng meniarap bagai siapkan keje ni. Nak bercumbu-cumbuan dengan roommate pun asik tanggung-tangguh sudahnya hari ni aku period. Kem salam la jawabnya. Tunggu la lagi seploh hari lagi ye bang.

Aku lama tak update sebab outstation. Balik dari outstation keje menambun.
Sampai skang tak abis lagi.

Nanti dah lega sket, aku update.

Selamat Hari Kekasih kepada bekas-bekas kekasihku dengan ucapan 'rugila korang tak dapat aku'.

Adiossssssssss.

2009-02-03

Nomee, esok jugak aku pi SUMMIT okkkkkkk.

Ditagged oleh nadira yang ID nya terbalik. Aku pun tak tau apesal nama dia boleh dieja terbalik. Mungkin ada kena-mengena dengan posisi mentalnya juga.


7 Ciri Lelaki Idaman Anda

a. mestilah bernama Wan Mohd Ridzuan bin Wan Dagang.

b. mestilah hensem ya ampun.

c. mestilah ganas di ranjang.

d. mestilah kelakar. Man Belon, plissss ok, ko tak payah berangan nak tekel aku.

e. mestilah tidak 'sesuatu'. Esok-esok aku bangun tido tengok tetek dia lagi tinggi dari aku. Oh pliss!

f. mestilah tidak berbulu dada dan mestilah suka ber-strip di tempat awam. Oh Faizal Tahir, I love U!

g. mestilah bodoh bermain monopoli supaya aku boleh menang.



7 Lelaki Yang Tak Pernah Anda Minati Sepanjang Hidup

a. Lelaki yang pakai swimming trunk tapi bulu terkuar-kuar kat tepi.

b. Lelaki yang pakai suit Hugo tapi badan bau bacin mengalahkan belacan Penang aku.

c. Superman. Semua Superman tak hensem kecuali Faizal Tahir.

d. Hollywood's Hottest Hunk, Brad Pitt. Aku tak nampak tang mana yang hensemnya dia ni.

e. Lelaki yang berbulu dari anaconda menjalar ke pusat naik ke dada terus sampai ke tengkuk.

f. Lelaki yang korek hidung pastu sapu kat aku. Apa ko ingat kelakar? Aku tampa kang.

g. Mohd Norsyarizad bin Razali



7 Lelaki Yang Pernah Anda Minati Sepanjang Hidup

a. R to the I to the D to the Z to the U to the A to the N

b. Leslie Cheung

c. Hail Amir 30 tahun dahulu....

d. Zamarul Hisyam

e. lecturer Genetik aku.

f. Tungau (erghhh!!! Kenapa la dia ni ada dalam chapter hidup aku?)

g. ramainya aku minat!! Gatal rupanya aku ni.



7 Perasaan Anda Sekiranya Keluar Dengan Orang Yang Minati

a. berasa gedik

b. berasa horny

c. berasa ingin diraba

d. berasa ingin mengikis

e. berasa nak makan tempat best-best.

f. berasa buat-buat mengantuk so that aku boleh landing kat dia.

g. berasa eksyen kat semorang 'Hoi aku dah ada pakwe okkkk'



Tempat Istimewa Yang Ingin Dilawati Bersama Pasangan Anda

a. apa-apa hal mula-mula kita melawat mak bapak I dulu ye bang. Restu tu penting.

b. pastu melawat jiran-jiran I kasik diorang bahan nak buat gosip.

c. pastu kita melawat kawan-kawan pompuan I yang takde pakwe tu kasik bakar-bakar sikit.

d. then kita melawat ex girlfren abang pulak, tak buat apa pun, saje je kita lalu-lalang depan dia.



Barangan/Sesuatu Istimewa Yang Akan Anda Hadiahkan Kepada Si Dia

Aku mana ada duit nak bagi dia hadiah la. Duit aku semua dia pegang.



Tajuk Lagu Yang Akan Anda Nyanyikan Untuk Pasangan Anda

a. Ulek Mayang

b. Blues Tganu Kite

c. Wantimanglandok


p/s : tajuk takde kena mengena ngan entry.

Aku mana reti guna Torrent ni semua.

Kemain supportive lagi korang siap suruh aku download movie kat Torrent. Apekah kamu-kamu ini masih tidak dapat lagi mengagak tahap kebutaan saya terhadap IT?

Mmeblog ni pun harap kat paste gamba ngan video je okkk. Kalau aku tak jumpa free layout mampos sampai ke sudah blog aku kaler hitam.

Tapi aku jumpa watch-movie-online P.S I Love You. Aku ni kalau part benda-benda yang membuang masa macam cari movie semua ni memang cukup gigih. Selagi tak dapat memang aku takkan benti.

Tengah-tengah syok tengok tetiba movie dia tetiba YOU HAVE WATCHED 72 MINUTES OF VIDEO TODAY.

Memang sial palis punya pendengki!
Lagi sejam lagi nak abis.

Tapi takpela.
Takde de nak aku bayar USD10 semata-mata nak habiskan cerita. Baik aku beli terus DVD

Tapi jika ada di antara anda yang bermurah hati nak bagi aku copy of the movie like cik mayra_solace sila la send movie tu kat email..hehhe. Kat aveo757@yahoo.com.
Pada sesaper yang dah ada DVD dia, wah eksyen benar ngan aku ye, burn satu copy and pass kat aku. Apa barang tengok sensorang.

Kalau ikut buku, bab satu je aku dah bengkak mata nangis.
Ni dah half way movie pun aku leh rilek lagi tengok sambil goyang-goyang kaki makan Mamee.
Kalau baca review memang tak nak kalah, manjang je komen orang kata movie ni sedih la, patplohpat kali tengok pun nangis lagi, bla bla bla.
Aku rilek je. Takde apa-apa punnnnnnn.

Sesaper yang belum tengok cerita ni aku suggest it's either ko baca buku dia and takyah tengok movie or tengok movie dulu baru baca buku. So that way, ko dapat experience melalak depan tv. Just like Titanic, kalau Titanic tu ada buku, konfem cerita dia yang 3 jam tu aku rasa boring.

Pada firasat aku, P.S I Love You the movie tak cukup sedih. Buku dia lagi mantopppppp (series aku menyampah ngan tagline Syamsuk Ghau Ghau ni). Bagi aku pengarah dia tak cukup jiwang. Sepatutnya kasik Rashid Sibir yang arahkan. Baru dia kauuuuu, konfem sampai semput ko menangis.

Actually baru lepas layan DVD cerita REC. Sia-sia aku beli okkk.
Sekali cerita dia sejibik macam Quarantine. Cuma REC ni Spanish version kot. Aku pun tak tau Spanish ke, French ke....tapi bahasa dia suku sakat belah sana la.
Seb baik aku tak tengok REC ni kat cinema last week. Kalau tak konfem sia-sia beli jaket baru semata-mata nak tengok movie yang aku dah tengok 2 bulan lepas.

Eh, hari tu aku tengok kat cinema ada cerita Tamil baru. Tapi siap management bagi warning, children yang tengok dengan parents pun tak dibenarkan masuk.
Ganas tuuuuuu.
Aku leh bayangkan mesti berbatalion polis dia bawak masuk berlakon lam cerita ni.
Tapi sebab hero dia bukan kekasih gelap aku, sori la aku nak masuk walaupun memula aku nak je sama naik beratur ngan ane-ane kat situ.

Bak kata En Wan 'Nak tengok cerita tu beratur la'.

'Segan la'

'Ala, kalau awak yang beratur diorang tak cakap apa...'

Pundek tak laki aku ni????
Dalam pada tengah bercakap tu boleh dia nak kenakan aku lagi.

Tapi tengok yang beratur tu pun cam bukan 'calang-calang' orang, cakap omputih aje, tapi rojak la. Tang word omputih kemain kuat lagi dia sebut.

Whoddd do you minnnnnnn??
I con't believe dittt!!!

Nak je aku lempang sedas.
Memekak okkkk.

2009-02-02

Syahirah...I'm Sorryyyyyyyyyyyyyyyyy (sila guna tone Amir)

Hari tu aku sedap anak tekak je mem-baruakan Syahirah pasal jerawat tiga bijik tumbuh kat muka kan?

Pastu aku pun gatal masuk Guardian konon nak mengadu dumba kat pharmacist akan kedajalan Syahirah merosakkan muka aku di samping nak menwar-warkan satu Subang yang Syahirah ni tak bagus.

'I guna produk Syahirah (gila busuk hati siap sebut nama produk, apa la salahnya ko sebut 'ada la satu produk tu' kan). Next few days, dahi I tumbuh jerawat. (sambil tunjuk kat dahi). U ada anything tak?'

Pharmacist pun bukak spek and dekatkan muka kat kepala aku.

'Ni bukan jerawat. Jerawat ada mata. Ni takde.'

Ahh, sudah.
Ni bijik apa yang tumbuh pulakkk.

'Ye ke? Abis ni apa ni?'

'Ni macam kena gigit serangga je kak. Nyamuk kot ni.'

Muka aku pun menjadik panas.
Panas dan merah.
Tapi sebab kulit aku hitam jadi mungkin ia tidaklah merah sangat, mungkin menjadi oren.

Dan akulah manusia paling bodohhhhhhhhhhhhhhhhh di muka bumi, jerawat ngan bintat pun tak boleh beza!!
Seb baik laki aku tunggu lam keta, kalau tak mau sampai hari ni bintat aku ni jadi bahan dia nak carik pasal.

Sia-sia Syahirah kena maki ngan aku.

Dan untuk memaafkan diri sendiri sebab maki orang tak tentu pasal, semalam aku gi beli Krim Pemutih (gila nak putih aku ni) dengan Gel Pengelupasan Kulit (semoga dengan bantuan gel ini semakin pantas lah kulit ini memutih).

Tapi kan, gel pengelupasan dia cam best je.
Memang tanggal kulit-kulit mati aku semua.
Tak tau la tu kulit mati ke daki.
Janji aku rasa sangat best lepas guna.
(dan-dan produk ni jadik best)

Lepas tu, tak tau apa keje nak buat, En Wan ajak aku gi buat pap smear.
Ni la first time aku buat pap smear after 8 tahun kawen.

Gila bapak besar okkkk bendalah tu dia jolok kat aku.
Memula tu dia kata memang akan rasa tak comfort sikit, so aku dah standby apa bentuk sakit yang akan aku rasa jap lagi. Tapi aku wat-wat rilek je. Dalam pada rilek tu terangkat-angkat jugak la bontot aku ni.

Sekali dia kuarkan benda tu baru aku nampak, ha kauuuu, besar lengan aku ni lebar menatang tu.
Sampai skang aku rasa senang sampai tak lalu nak dinner.
Rasa sebu semacam je. Macam nak terkeluar isi perut aku masa dia masukkan benda tu.
Jawapnya lagi lapan tahun sok baru aku datang balik.


Oh yup.
Aku dah habis baca P.SI Love You semalam.
Best gileeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.
Bengkak mata aku menangis.
Lagi sedih dari The Notebook.

Semalam jugak aku kerah En Wan teman aku carik DVD dua-dua cerita tu sampai jumpa.
En Wan ikut je la perangai aku.
Last-last jumpa The Notebook je, P.S I Love You tak jumpa.
Memang menangis aku tak jumpa DVD dia, nak carik kat internet tak jumpa.
Nak download tak reti.
Memang buat perangai sungguh la aku malam tadi.
En Wan ajak tido pun aku taknak sebab angau kat Gerry.
Tteiba je nak jatuh cinta kat Gerry..

Tengah-tengah malam aku boleh bangun lepak kat sofa menangis teringatkan buku P.S I Love You tu. Bodoh kan?
Tapi semalam aku tak rasa bodoh lagi.
Until En Wan bangun sebab carik aku takde kat sebelah.

Tau-tau dia ada kat sebelah aku.

'Abang dah agak dah Di akan jdik macam ni. Kalau Di baca buku love story, 2-3 minggu abang tido sorang, makan sorang.'

Kesian gila aku kat En Wan.
Dah la konfem 2-3 hari aku wat dek ngan dia sebab nak habiskan buku.
Kalau cerita tu gila romantik, konfem 2-3 minggu pastu aku still wat dek kat dia lagi.

Ni apa kategori punya bini aku nak letak ni??

Aku rasa pasni aku kena elakkan diri baca love story book.
Aku kena baca Sidney Sheldon, Alfred Hitchcock, Enid Bylton je.

Ok lah, En Wan dah nak menidokan aku. Dok jeling-jeling dari tadi.





p/s : aku dah sapu mopiko kat bintat aku ni, memang surut. Konfem itu adelah bintat!

p/s : Nahar, thanks for calling. Errr....bila nak blanje akak kau ni spa?

p/s : I Love You.... (wahhh..nak jugakkkkk)