2009-03-16

Matta


Pada hari Jumaat yang lalu saya telah memonteng secara berjemaah bersama-sama suami saya kerana panggilan Matta Fair sudah tiba. Walaupun di luar keadaan adelah hujan lebat dan kereta saya yang kecik itu sedikit menggigil-gigil apabila ditiup ribut, tapi kami pedulik apa. Sampai di The Mall, hujan masih belum reda dan payung adelah tertinggal dalam kereta suami saya. Kereta saya memang tiada payung kerana tidak voguelah saya memakai skirt berkasut high heels sambil membawa payung label Anakkku. Habislah saham saya kalau begitu. Berbekalkan motto 'Makan biar banyak, kerja sikit takpe', kami pun bersarapan nasi lemak yang sejuk kejung.

Hamlau punya makcik tak panaskan dulu.

Gila bapak punya orang bersesak-sesak kat PWTC Jumaat lepas.
Dah la aku dengan baju kurung segala. Konon nak masuk opis, tapi En Wan tukar plan gi PWTC pagi, petang baru masuk. Sori la aku nak keje petang-petang.

Nasib baik la hari tu aku pakai sandal je.
En Wan kalau buat survey mau sampai melecet tumit aku.
Tapi kalau aku pakai high heels pun hari tu aku terpaksa gagahkan juagk berjalan kalaupun kaki aku melecet sebab dah takde masa dah ni. Lepas book pi HK last year kitorang wat dek tak book-book lansung accomodation kat sana. Macam kan HK tu dah pegi tigablas kali nak buat rilek-rilek.




Aku tak snap banyak gambar, sebab orang ramai sangat.
Ni je aku sempat snap, kat Reliance.
Aku masuk Reliance ni pun sebab nak minum teh free.
Makcik yang dok sebelah meja aku selamba sign booking 14 ribu.
Kalau aku tengah sakit perut time tu konfem terkencet tengok dia bayar deposit duit berkepuk-kepuk kuar dari envelope.

Laki aku ni memang over kalau dibagi apa pun bentuk task, bersungguh-sungguh betul sampai sanggup bersila kat tengah-tengah pentas nak go thru pakej-pakej.
Pi la carik restoran ke hendaknya, kau tu dah la pakai baju keje. Kalau kau pakai T Shirt Pagoda tu satu hal jugak la kan.





Tak cukup setengah hari kat PWTC, sambung pulak menonggeng meniarap pulak kat rumah anak-beranak baca map. Laki aku ni memang jenis payah nak puaskan hati sendiri. Selagi dia tak dapat apa yang dia nak, selagi tu la ko jangan harap nak mintak dia belai-belai kau, ko terkangkang bogel depan dia pun dia boleh buat dek je. Tapi yang bestnya time ni, ko masak ikan bilis goreng je pun konfem dia tak komplen. Sebab kepala dia dah tune ke lain. Sangat sesuailah berbinikan pompaun pemalas macam aku.






Aku dan Mr Mickey kat Hong Kong Tourism.
Ni gamba mukadimah sebelum aku snap gamba kat Disney sok.
Mana la tau kot-kot time aku pi HK tu banjir ke takleh masuk Disney takde la kemponan.

Sebenarnya jakun.

Tak cukup ngan Jemahat, semalam kitorang serang lagi PWTC, last kopek punya. Pagi-pagi lagi dah kuar sebab konfem PWTC lagi banjir sebab orang cuti and semalam Matta last buat show.

Jumaat lepas kitorang tak confirm apa-apa lagi dengan mana-mana travel agency. Lepas dah study pakej semua, semalam baru close deal.

Alhamdulillah, skang ni semua settle, tinggal nak fly je.

Sebab one of the tour tu aku pilih pi Museum of Wax (Madame Tussaud's), so per person dapat satu bear. So banyaklah bear aku. Tapi aku tak bukak plastic dia. Ni kalau sok-sok tak sempat nak beli souvenir utk kawan-kawan, aku bagi je bear ni.

'Mintak mahap la ye, takde beli apa pun, ni je jumpa kat Hong Kong'.

Mangsa-mangsa yang bakal dapat bear cap PWTC ni (tapi made in HK okkkk) adelah Cheq, Rozie, Yuzz, Nahar dan lagi 2 orang aku pikir malam kang.