walk on wings, tread in air: Boleh tak bagitau Ebby Saiful aku sukaaaaaaaaaa kat suara dia? <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Boleh tak bagitau Ebby Saiful aku sukaaaaaaaaaa kat suara dia?
2009-03-18
Thanks to :

1. mizz_benz
2. syarifah zuriani
3. miss shada the angel
4. nor salini
5. cahaya hayati


Thank you for the DEBU DI HATI song.
Aku memang dari dulu suka layan jiwang-jiwang 80-an.
Kalau aku lahir awal sikitttt je konfem aku skang aku dah kawen ngan Ebby Saiful tak pun Azmil Mustapha tak pun Razis Ismail tak pun Dato' Shahreza tak pun Herman Tino pun jadik lahh.

Ramai nau yang tanya pasal plan aku nak ke HK.
Ni saper yang nak pegi ni aku ke korang???
Kemain lagi sexitednya.

Aku ni nak kata sexcited pun tak, tak sexited pun mustahil la kan.

Tapi tu la, aunty-aunty aku pulak dah bukak story HK bau hamis la, hancing la, makanan payah nak carik la. Tang bau busuk tu insyallah aku leh tahan lagi sebab aku dah biasa tido ngan seorang lelaki yang suka kentut kat tepi aku, tu belum lagi kalau Redza kencing atas katil aku, hancing pering! So, bab-bab busuk ni aku rasa aku leh tahan lagi kot.

Tang makanan susah nak carik tu sangat la story yang mendukacitakan cacing-cacing dalam perut aku ni. Kalau dok kat rumah sendiri tak makan takpe beb, sebab aku tau kat rumah aku je takde makanan, kat luar rumah konfem ada.

Ini kalau ko pegi negara orang lepas tu makanan payah dapat (i mean yang halal la, apa ko nak suruh aku mentekedarah babi panggang??), tak lapar pun boleh jadik lapar.

Jiran bapak aku baru balik dari HK cakap kat sana chapati harga lebih kurang RM60 duit kita. Takkan aku nak mencekik chapati je kot??

Tapi takpe, aku pujuk diri sendiri.
Kita bawak sambal ikan bilis, tak pun serunding.

Tu bab makan, bab hotel satu hal lagi.
Aunty aku dah pesan, kalau nak book hotel book at least yang 4 stars.
Tapi berapa banyak star pun ko letak, ni kalau aku berak kang camne aku nak basuh ni?

Aku ni basuh bontot sendiri pun taknak guna gayung. Aku nak guna hose. Let alone la nak suruh aku basuhkan bontot orang. Mungkin boleh, tapi aku basuh bontot ko guna berus jamban.

Kalau balik Tganu pun aku paksa laki aku carikkan hose, aku taknak guna gayung.
Kalau tak, aku taknak berak sampai balik KL.
Bila aku tak berak, angin-angin toksik akan memenuhi ruang-ruang badan dah akhirnya naik ke kepala. Bila kepala sudah penuh dengan toksik maka aku akan meroyan.
Kang tak pasal-pasal aku terpekik depan mak kau kanggggggg, nakkk???
So baik ko carikkan aku hose.

Penah dulu dia tak jumpa hose, aku cakap 'Kalau abang tak carik hose, Di berak atas katil ni'

Bergegas dia redah stor carik hose.

Bersyukurlah Ebby Saiful tak dapat aku.

Tapi aku cuba mensaikokan diri sendiri.
Takpela, kalau takde hose kat HK, aku bawak gayung dari rumah.
Janji toilet dia ada pintu.
Jangan jadik cam uncle aku pi China masuk tandas awam tapi takde pintu.
Dok atas jamban sambil bukak payung tutup depan.

Tapi macam bodoh la ko nak pi bercuti siap nak bawak gayung, sambal ikan bilis, mamee in the cup, roti gardenia.
Sebijik macam nak pi camping kat Sungai Tekala.
Bayar ribu-ribu tapi makan maggi.
Tak ke menyiksa diri namanya tu.

Nak jumpa Leslie punya pasal, aku tutup mata je la.
Aku harap keadaan takla seburuk yang disangka.

Ok, hari ni aku masak Mee Sata.
Jangan tanya mana datangnya resepi ni. Nenek aku cakap, mak dia dulu suka masak ni.
So, aku guess from Singapore.



Resepi sangat simple.
Aku kan pemalas, tak dapat de nak tengok aku dok 3-4 jam kat dapur nak masak.
Masak biar cepat, aku rimas tengok dapur aku berkecah.

Resepi ni hanya untuk orang yang tak makan pedas macam aku.
Dia tak gunakan cili melainkan cili jeruk.

Memula tumis satu sudu besar bawang putih (blend) and satu sudu kecik lada sulah.
Tak main bawang besar, bawang merah ni semua.
Pastu dah naik bau, masukkan daging.



Dah masak sikit, masukkan sotong.
Pastu masukkan garam.
Taknak letak garam pun boleh, biar laki korang terbeliak-beliak makan mi tawar.
Pastu korang makan penampar.



Pastu masukkan carrot and tomato bijik hiris-hiris (ikut suka berapa banyak).
Jangan nak memandai masukkan segala kailan, sawi, kacang panjang..aku tampa kangg.
Mee sata ni pakai carrot and kobis kalau ikut resepi asal.
Tapi aku takde kobis, so kira halal je la apa aku masak malam ni.



Lepas sayur dah layu sikit, masukkan sikittttttttttt je sos cili nak bagi mee ko tak nampak pucat.
Tapi hari ni aku tertuang banyak pulak sos, terus jadik merah.
So kira gamba ni gamba salah, ko tak sepatutnya dapat kuah merah macam ni, dia merah ala-ala kusam lebam gitu.

Tererkan Chef Diana?
Mana ko nak jumpa chef macam aku ni.
Resepi salah pun publishkan jugak okkkkkkk.



Tapiiiiiiiiiiii, atas kebijaksanaan otak aku, maka mee sata aku tetap jadik putih.
So ni la hasilnya di kuali.
Ni kalau mak aku nampak gambar ni aku boleh bajet benda pertama kuar dari mulut dia 'Rumah beli sampai dua bijik, kuali berdano tak berganti!'

Apa ingat aku hidup kat dunia ni nak kumpul kuali???



Tepat pukul 7pm, tuan besar pulang.
Maka makanlah bersama-sama.
Sebab menu aku pun ala-ala je malam ni, mimpila nak suruh aku hidang beralas bagai.
Aku dah sendukkan mee untuk ko dah besar rahmat.

Jangan lupa, mee ni makan ngan cili jeruk.
Cili jeruk buat sendiri.


Aktiviti selepas maghrib tadi adelah menyerang Summit cari DVD baru.



Saper dah tengok The Reader?
Aku tengok 2 hari lepas.
Cerita tu best gila sampai aku mimpi beromen ngan David Kross.
Walaupun dia tak le hensem mana tapi dalam cerita tu dia adelah sangat kiut.
Dan juga suka berbogel.
Kira 2 malam lepas En Wan tak laku.



Tapi mungkin malam ni laku.
posted by aveo757 @ 12:49 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER