2009-02-02

Syahirah...I'm Sorryyyyyyyyyyyyyyyyy (sila guna tone Amir)

Hari tu aku sedap anak tekak je mem-baruakan Syahirah pasal jerawat tiga bijik tumbuh kat muka kan?

Pastu aku pun gatal masuk Guardian konon nak mengadu dumba kat pharmacist akan kedajalan Syahirah merosakkan muka aku di samping nak menwar-warkan satu Subang yang Syahirah ni tak bagus.

'I guna produk Syahirah (gila busuk hati siap sebut nama produk, apa la salahnya ko sebut 'ada la satu produk tu' kan). Next few days, dahi I tumbuh jerawat. (sambil tunjuk kat dahi). U ada anything tak?'

Pharmacist pun bukak spek and dekatkan muka kat kepala aku.

'Ni bukan jerawat. Jerawat ada mata. Ni takde.'

Ahh, sudah.
Ni bijik apa yang tumbuh pulakkk.

'Ye ke? Abis ni apa ni?'

'Ni macam kena gigit serangga je kak. Nyamuk kot ni.'

Muka aku pun menjadik panas.
Panas dan merah.
Tapi sebab kulit aku hitam jadi mungkin ia tidaklah merah sangat, mungkin menjadi oren.

Dan akulah manusia paling bodohhhhhhhhhhhhhhhhh di muka bumi, jerawat ngan bintat pun tak boleh beza!!
Seb baik laki aku tunggu lam keta, kalau tak mau sampai hari ni bintat aku ni jadi bahan dia nak carik pasal.

Sia-sia Syahirah kena maki ngan aku.

Dan untuk memaafkan diri sendiri sebab maki orang tak tentu pasal, semalam aku gi beli Krim Pemutih (gila nak putih aku ni) dengan Gel Pengelupasan Kulit (semoga dengan bantuan gel ini semakin pantas lah kulit ini memutih).

Tapi kan, gel pengelupasan dia cam best je.
Memang tanggal kulit-kulit mati aku semua.
Tak tau la tu kulit mati ke daki.
Janji aku rasa sangat best lepas guna.
(dan-dan produk ni jadik best)

Lepas tu, tak tau apa keje nak buat, En Wan ajak aku gi buat pap smear.
Ni la first time aku buat pap smear after 8 tahun kawen.

Gila bapak besar okkkk bendalah tu dia jolok kat aku.
Memula tu dia kata memang akan rasa tak comfort sikit, so aku dah standby apa bentuk sakit yang akan aku rasa jap lagi. Tapi aku wat-wat rilek je. Dalam pada rilek tu terangkat-angkat jugak la bontot aku ni.

Sekali dia kuarkan benda tu baru aku nampak, ha kauuuu, besar lengan aku ni lebar menatang tu.
Sampai skang aku rasa senang sampai tak lalu nak dinner.
Rasa sebu semacam je. Macam nak terkeluar isi perut aku masa dia masukkan benda tu.
Jawapnya lagi lapan tahun sok baru aku datang balik.


Oh yup.
Aku dah habis baca P.SI Love You semalam.
Best gileeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.
Bengkak mata aku menangis.
Lagi sedih dari The Notebook.

Semalam jugak aku kerah En Wan teman aku carik DVD dua-dua cerita tu sampai jumpa.
En Wan ikut je la perangai aku.
Last-last jumpa The Notebook je, P.S I Love You tak jumpa.
Memang menangis aku tak jumpa DVD dia, nak carik kat internet tak jumpa.
Nak download tak reti.
Memang buat perangai sungguh la aku malam tadi.
En Wan ajak tido pun aku taknak sebab angau kat Gerry.
Tteiba je nak jatuh cinta kat Gerry..

Tengah-tengah malam aku boleh bangun lepak kat sofa menangis teringatkan buku P.S I Love You tu. Bodoh kan?
Tapi semalam aku tak rasa bodoh lagi.
Until En Wan bangun sebab carik aku takde kat sebelah.

Tau-tau dia ada kat sebelah aku.

'Abang dah agak dah Di akan jdik macam ni. Kalau Di baca buku love story, 2-3 minggu abang tido sorang, makan sorang.'

Kesian gila aku kat En Wan.
Dah la konfem 2-3 hari aku wat dek ngan dia sebab nak habiskan buku.
Kalau cerita tu gila romantik, konfem 2-3 minggu pastu aku still wat dek kat dia lagi.

Ni apa kategori punya bini aku nak letak ni??

Aku rasa pasni aku kena elakkan diri baca love story book.
Aku kena baca Sidney Sheldon, Alfred Hitchcock, Enid Bylton je.

Ok lah, En Wan dah nak menidokan aku. Dok jeling-jeling dari tadi.





p/s : aku dah sapu mopiko kat bintat aku ni, memang surut. Konfem itu adelah bintat!

p/s : Nahar, thanks for calling. Errr....bila nak blanje akak kau ni spa?

p/s : I Love You.... (wahhh..nak jugakkkkk)