walk on wings, tread in air: Cara yang amat mudah untuk suruh aku update <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/plusone.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d32934260\x26blogName\x3dwalk+on+wings,+tread+in+air\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_HOSTED\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttp://www.dianaishak.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://www.dianaishak.com/\x26vt\x3d8062139435797511136', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>



CONTACT ME

aveo757@yahoo.com (personal)

See my complete profile
TRAFFIC
MY READING


Cara yang amat mudah untuk suruh aku update
2009-02-18
Aznitaz tag aku '5 Kedai Yang Aku Pantang Jumpa Mesti Nak Masuk'.

Takde la sampai pantang ternampak je terus nak masuk. Agak-agak la kalau ko jakun sangat pun kan. Tak dapat la nak tengok aku berlumba-lumba ngan pompuan lain nak masuk kedai. Sebab aku pun tau sales pantang tengok orang yang masuk kedai tapi tak beli.


1. Guardian

Aku leh habiskan sejam melepak lam kedai ni hanya dengan melihat-lihat saje. Apetah lagi kalau pharmacist tu adelah lelaki hensem bak Dr Muz, terus rasa cam nak tanya ada keje kosong kat situ ke tak.

Selalunya kalau dah masuk Guardian aku pantang keluar tak beli apa-apa. Paling tak pun facial cotton yang RM9.99 dapat 4 pack tu. Aku kan cheapskate sket. Mana leh beli barang mahal-mahal ni. Barang haruslah murah. Tapi nak pakai yang branded. Jawabnya tunggu sale baru beli.

Tapi kalau masuk Guardian aku takkan beli banyak-banyak, minggu ni beli pad.
Minggu depan beli panty liner.
Minggu lagi satu beli feminine hygiene.
Sebab aku nak sentiasa carik alasan masuk Guardian.

Padahal barang-barang dia biasa aje.
Mungkin sebab aku pernah berangan nak jadik pharmacist dulu, so tak dapat jadik pharmacist, dapat masuk farmasi pun sukorrrrrr alhamdulillah. Lagipun aku memang suka tempat-tempat yang jual ubat be it klinik, hospital, or kedai minyak gamat. Anything to do with kedai yang ada tempias ubat-ubat, mesti ada satu macam puaka dalam kedai tu panggil aku masuk.


2. Kedai Goreng Pisang Kafe Andaman

Kedai ni kedai makan biasa je.
Cuma the goreng pisang yang dia jual kat kedai ni mervelesssss.
Tak tau la sebab tepung tu sedap, atau pisang tu sedap, atau dia guna minyak Seri Murni yang melalui dua kali pemeringkatan (sila bayar, aku buat promo ni), atau tiap kali aku beli memang aku tengah lapar.
Tapi memang sedap. Tempatnya adelah rahsia. Nanti korang sibuk nak beratur sama.

Tak penah pulak aku tanya pisang apa.
Sebab aku rasa lantaklah pisang nipah ke, pisang tanduk ke, pisang awak, pisang saya, tak make any difference kat tekak aku. Semua aku telan.

Dulu masa skolah-skolah mak aji suka dera aku pi beli pisang kat satu gerai brader-brader yang jual. Satu petang tu aku pergi terawal sikit, so brader tu baru nak panaskan kuali. Aku pun order and tunggu. Sebab brader tu 4 orang (jual pisang nak ramai-ramai), so aku pun buat-buat ramah (read : gatal bijik).

'Bang, ni pisang apa?'

'Ni pisang nipah, ni pisang tanduk, ni pisang awak, ni pisang saya'
Sambil tunjuk kat zip seluar dia. Pastu gelak-gelak.
Biasa la kan, orang laki kalau tak hensem memang suka buat lawak kote depan pompuan.
Nak harap muka tak jalan, harap je la kat kote

Ingat dah kelakar sangat la tu.
Aku terbalikkan gerai ko kang.


3. Kedai Roti Paung

Kedai ni ada outlet kat Manir, Tganu.
Asal balik kampung konfem lalu depan kedai ni dan bau nya amat lahhhhhhhhhhhhhh menggoda. Sesaper yang puasa sunat tu tolong jangan melintas depan kedai ni. Konfem ko puasa setengah hari je.

Aku tanya mak metua aku apesal kedai tu nama Roti Paung?
Paung tu apekah??
Mana la tau kot-kot makanan turun-temurun tujuh generasi.
Mak aku cakap entah, memang orang dok panggil nama tu selama ni.

Iskk, mana boleh main 'entah' je.

Aku pun tanya En Wan, 'Bang, apesal nama dia Roti Paung?'

En Wan ngan konfidennya jawab sambil kunyah roti paung 'La, paung la. Paung pun tak tau? Paung yang timbang-timbang tu. One paung, two paung, three paung.'

Terkeluar roti aku balik.
Yang tukang explain pun tak membantu lansunggggggg!!

POUND la.
POUND!!!

Tapi aku tak cakap la, kang sentap pulak.



Sedap okkkkk.




4. Kedai Nasi Ayam Yunan

Kedai ni ada kat Dataran Shahbandar, Kuala Trengganu.
Nasik dia banyak. Menang sesuai sangat untuk orang yang makan banyak macam aku tapi malu nak mintak nasi tambah.
Ayam dia pulak dia kumpul dalam satu pinggan.
Kira kalau ko makan empat orang, empat orang punya ayam tu dia letak dalam satu hidang. Nasik je asing-asing. Which aku memang suka la. Sebab aku leh ambik ayam orang tanpa orang tu sedar. Tau-tau dah habis.

Abis tu dah campur sepingan, mana ko nak tau tu ayam ko, tu ayam aku?
Saper suruh ko kunyah lambat-lambat.

Kedai dia memang hanya jual nasi ayam sahaja. Maskot kedai ni pulak satu makcik yang aku rasa owner dia. Makcik ni memang cool, asal ada orang melintas semua dia panggil masuk kedai dia. Pastu ke hulu-hilir jalan sambil tangan kepit tupperware isi duit. Ni kalau jadik staff aku bagus ni, dia la sales, dia la account. Two in one, save space opis aku.


5. Kedai Pirate DVD, The SUMMIT

Ini memang persinggahan wajib tiap-tiap minggu.
Dalam SUMMIT ni ada a few kedai DVD.
Tapi tagline semua sama.
The moment ko masuk kedai dia, ayat dia '3, 20. Gambar cantek'.

Gamba memang cun, tapi subtittle hazabbbbbbb.
Nak select subtittle Malay memang dah macam Sakai baru belajar tulis bahasa melayu.
Select English pun lebih kurang, lain orang tu cakap lain yang dia tulis.

Tapi yang bestnya folder cerita blue pun dia display selamba atas meja.
Aku pun ambik peluang la selak-selak.
Tak dapat tengok movie dia pun takpe.
Dapat tengok gamba cover pun jadik la, tau la aku praktikkan malam kang.























posted by aveo757 @ 11:06 AM  
Newer›  ‹Older

HIGHLIGHT PROMO

SEARCH

MEDIA CHANNELS




POST SANG NILA UTAMA
MY PREVIOUS POST
MY OLDER POST
MY TRAVEL DIARY
TEMPLATE by


BLOGGER