2009-02-03

Aku mana reti guna Torrent ni semua.

Kemain supportive lagi korang siap suruh aku download movie kat Torrent. Apekah kamu-kamu ini masih tidak dapat lagi mengagak tahap kebutaan saya terhadap IT?

Mmeblog ni pun harap kat paste gamba ngan video je okkk. Kalau aku tak jumpa free layout mampos sampai ke sudah blog aku kaler hitam.

Tapi aku jumpa watch-movie-online P.S I Love You. Aku ni kalau part benda-benda yang membuang masa macam cari movie semua ni memang cukup gigih. Selagi tak dapat memang aku takkan benti.

Tengah-tengah syok tengok tetiba movie dia tetiba YOU HAVE WATCHED 72 MINUTES OF VIDEO TODAY.

Memang sial palis punya pendengki!
Lagi sejam lagi nak abis.

Tapi takpela.
Takde de nak aku bayar USD10 semata-mata nak habiskan cerita. Baik aku beli terus DVD

Tapi jika ada di antara anda yang bermurah hati nak bagi aku copy of the movie like cik mayra_solace sila la send movie tu kat email..hehhe. Kat aveo757@yahoo.com.
Pada sesaper yang dah ada DVD dia, wah eksyen benar ngan aku ye, burn satu copy and pass kat aku. Apa barang tengok sensorang.

Kalau ikut buku, bab satu je aku dah bengkak mata nangis.
Ni dah half way movie pun aku leh rilek lagi tengok sambil goyang-goyang kaki makan Mamee.
Kalau baca review memang tak nak kalah, manjang je komen orang kata movie ni sedih la, patplohpat kali tengok pun nangis lagi, bla bla bla.
Aku rilek je. Takde apa-apa punnnnnnn.

Sesaper yang belum tengok cerita ni aku suggest it's either ko baca buku dia and takyah tengok movie or tengok movie dulu baru baca buku. So that way, ko dapat experience melalak depan tv. Just like Titanic, kalau Titanic tu ada buku, konfem cerita dia yang 3 jam tu aku rasa boring.

Pada firasat aku, P.S I Love You the movie tak cukup sedih. Buku dia lagi mantopppppp (series aku menyampah ngan tagline Syamsuk Ghau Ghau ni). Bagi aku pengarah dia tak cukup jiwang. Sepatutnya kasik Rashid Sibir yang arahkan. Baru dia kauuuuu, konfem sampai semput ko menangis.

Actually baru lepas layan DVD cerita REC. Sia-sia aku beli okkk.
Sekali cerita dia sejibik macam Quarantine. Cuma REC ni Spanish version kot. Aku pun tak tau Spanish ke, French ke....tapi bahasa dia suku sakat belah sana la.
Seb baik aku tak tengok REC ni kat cinema last week. Kalau tak konfem sia-sia beli jaket baru semata-mata nak tengok movie yang aku dah tengok 2 bulan lepas.

Eh, hari tu aku tengok kat cinema ada cerita Tamil baru. Tapi siap management bagi warning, children yang tengok dengan parents pun tak dibenarkan masuk.
Ganas tuuuuuu.
Aku leh bayangkan mesti berbatalion polis dia bawak masuk berlakon lam cerita ni.
Tapi sebab hero dia bukan kekasih gelap aku, sori la aku nak masuk walaupun memula aku nak je sama naik beratur ngan ane-ane kat situ.

Bak kata En Wan 'Nak tengok cerita tu beratur la'.

'Segan la'

'Ala, kalau awak yang beratur diorang tak cakap apa...'

Pundek tak laki aku ni????
Dalam pada tengah bercakap tu boleh dia nak kenakan aku lagi.

Tapi tengok yang beratur tu pun cam bukan 'calang-calang' orang, cakap omputih aje, tapi rojak la. Tang word omputih kemain kuat lagi dia sebut.

Whoddd do you minnnnnnn??
I con't believe dittt!!!

Nak je aku lempang sedas.
Memekak okkkk.