2009-03-18

Ingat lagi tak?

Tadi aku tengok dokumentari pasal some secluded area kat Thailand.
Ntah apa tukang cerita tu merepek tetiba kamera zoom kat a group of budak-budak tengah main ting ting. Aku ingatkan ni permainan orang Mesia. Universal rupanya ting ting ni. Sampai ke Thailand perginya.

Tak salah aku first time aku main ting-ting kat kampung, kat Tampin.
Nak main kat depan rumah aku mana ada pasir nak toreh buat kotak-kotak tu.
Kalau kat kampung lain cerita la, pasir bersepah.
Sebenarnya aku nak main pasir tapi kang kalau mak aji nampak konfem pasir tu masuk lam mulut aku pulak. So, kita main ting-ting.


Ting-Ting
Sampai sekarang sebenarnya aku tak sure camne nak main ting-ting. Yang aku tau kena baling batu and langkah batu tu. Ada pulak version aku nampak sampai kat kotak ketiga tu tetiba ko kena mengangkang. Apesal nak kena kangkang atas kotak tu aku tak tau pulak.
Aku main lompat je dalam semua kotak. Takde pulak orang nak tegur kot-kot aku main salah. Maklum lah, ketua kumpulan, siapa berani tegur kan.


Polis Sentri (sentri tu apa kejadah la??)

Polis sentri (police and thief) paling aku tak suka sebenarnya. Sebab aku memang takde ong kalau main menatang ni. Manjang je aku kena tangkap dulu. Selalunya memang aku je yang kena jadi thief, nak jadik polis jangan harap la. Kaki dah la pendek, camne nak lari laju. Sudahnya aku berlari sorang-sorang sampai habis. Time lari-lari tu sempat pulak aku feeling-feeling passing baton.
Mana yang jenis pukimak haram sikit berlari sampai kat Kedai Milah siap berenti beli eskrim batang. Barua.


Galah Panjang
Yang ni memang aku suka gila walaupun aku tak penah dapat sep sesiapa. Mana yang tau aku main sekali cukup la gembira sebab konfem aku tak sampai nak sep dorang punya. Sampai ke sudah aku tertonggeng-tonggeng nak sep orang. Cuba ko bayangkan kalau Ziana Zain main galah panjang. Tak ke pandangan indah saper yang dok belakang dia tu. Seb baik la masa kecik dulu bontot tak berapa nak laku tak kira la ko tertonggeng 45 darjah sekalipun. Kalau tak, konfem abang-abang UKM belakang umah aku dulu sanggup benti main badminton awal nak bagi laluan penggalah-penggalah panjang pinjam court badminton.

Kalau yang jenis over main galah panjang ni boleh sampai merangkak nak sep orang punya pasal. Gila punya bersungguh. Apa ko ingat dapat medal main bendaklah ni??


Main titik kat buku matematik
Ingat lagi tak game ni?
Ala yang main titik kat buku matematik pastu sambung titik-titik ni saper dapat kepung kawasan lawan, dia menang.
Sebenarnya aku ingat-ingat lupa mainan ni. Yang aku ingat buku matematik tu singgah kat dahi aku bila Mak Aji terjumpa.
Mungkin jugak sebab tu aku bodoh mengira kerana menyalahgunakan buku matematik.


Biji Getah
Aku tau ni mainan zaman mak-mak kita.
Aku penah tanya Mak Aji apa mainan paling best masa dia kecik, dia cakap main biji getah. Apa benda yang bestnya pun aku tak tau. Kalau main bijik tu lain cerita la kan. Memang best.

Panggggggg!!!!
Lempang diri sendiri kerana aksi lucah berlebihan.

Tapi dari cara Mak Aji cerita tersangattttt la bosannya version dia main getah.
Main getah version aku lagi best!!!

Gosok-gosok buah getah kat simen sampai lebam, pastu cocoh kat tengkuk member.
Melambung member ko okkkkkkkkk.
Silap-silap ko dapat terajang se-das.

Tapi berani la ko buat kat aku, aku buang basikal ko kat longkang.


Main Getah
Ni mainan wajib masa rehat and masa nak tunggu masuk kelas waktu pagi.
Saper yang skolah petang, kalau main ni masa rehat, konfem ketiak ko berlendir masuk kelas nanti.
Aku rasa mainan ni hot masa aku darjah 3-4 camtu.
Time tu pulak gi skolah pakai pinafore, melompat-melompat la skirt aku kan.
Saper yang pakai skirt kalau ada hati nak main getah tu sila la pakai spender yang senonoh okkkk. Kalau terselak pun panorama tu agak indah la jugak

Bukan apa, dengarlah nasihat dari aku yang berpengalaman main getah pakai pinafore. Bila terselak nampak spender aku yang koyak kat bontot. Aku pun tak perasan aku pakai spender koyak. Dan yang aku muskil macamana boleh kat bontot pulak ko nak berlubang???

Tapi tu dulu la.
Zaman spender tarik sampai ke pusat.
Spender berlubang sikit dah taknak pakai.
Skang ni tak dapat la nak suruh aku pakai yang berlubang sikit.

"Apesal sikit sangat lubang dia?"

Sengaja je pi beli yang takde kain lansung, main lilit-lilit tali je.


Nama Negeri Buah
Ni mainan budak-budak pompuan. Kalau set-set budak bijak tu memang tak jumpa la nak tengok dorang main getah, galah panjang semua.

Main game pun yang menguji IQ je.
So korang boleh bajet la kalau aku main game ni ngan dorang.
Kalau ada gred, memang aku la yang gred F9 tu.

Dulu aku mana ada pendedahan sangat kat dunia luar ni, let alone nak suruh aku ingat nama-nama negara luar.
Mana yang cilaka babi saje nak kenakan aku tu, sengaja je pilih huruh E.
Kalau buah tu memang takde lain la selain aku letak EPAL.
Tang negara tu manjang je EGYPT.
Orang lain ngan Equador, El-Selvador, bla bla bla. (sampai skarang pun 3 negara ni je aku tau)

Tu version pelajar-pelajar bijak yang hidupnya sangat memboringkan.
Kalau aku punya version bestttt.

Nama.
Negeri
(bukan negara, so kalau negeri sukati aku nak bantai negeri mana pun. Selalunya aku cipta sendiri)
Buah
Nama Penyanyi
Nama Pelakon
Nama Lagu


Main Tepuk Gambar

Ni mainan budak laki.
Tapi aku pedulik apa, aku nak main jugak.

Beli kad yang ada banyak-banyak gamba tu, ada la satu gamba 3 copies.
Selalunya kalau aku main, beli kad banyak-banyak pastu campur. Lama sikit boleh main.
Main dalam 4 orang camtu, pastu baling kad.
Kalau kad yang before tu sama dengan kad yang after, cepat-cepat tepuk.
Sambil tepuk sambil jerit COPPPPP!!!!!

Selalunya kalau main ni memang kena main kat luar rumah.
Kalau main lam rumah, muka aku pulak yang bakal kena tepuk dek Mak Aji.
Memang bingit okkkk kalau main game ni.
Aku pun tak paham apesal ko nak tepuk.
Maybe sebab nama game ni Tepuk Gambar sebab tu ko kena tepuk.
Lain la kalau nama dia Hempuk Gambar, baru dia ye kuar semua bantal, bulu ayam, buku teks Alam Dan Manusia segala nak hempukkan.


Malam yang sepi
Ini konfem semorang penah main provided ko lahir between tahun 1976-1984 (kott).

Malam yang sepi pi pi ... pakmat jual topi pi pi
Topinya koyak yak yak ... pakmat jual tempoyak yak yak
Tempoyaknya basi si si...pakmat jual nasi si si
Nasiknya hangit ngit ngit....

Ingat lagi kahhhhhhh?????

Duduk dalam bulatan pastu sorang kena start dulu.
Standard la saper tak dapat sambung ayat dengan segala hormatnya get lost dari bulatan ni.
Kalau main dengan lelaki lagi hazab.
Jantan-jantan keberet ni kalau buat ayat merepek-repek.
Tetiba kang 'Thundercat pun datang tang tang..datang dengan mambra bra bra'.

Ha, apa ko nak jawab pastu?

'Mambra pun memundek dek dek, memundek dengan engkau kau kau'


Version asalnya aku rasa yang Assalamualaikum, kom apa kombat, bat apa batman, man apa mentol...

Tapi maybe version ni tak best (memang tak best pun), so ntah hamba Allah mana pi alter jadik la version Malam Yang Sepi.
Terima kasih la pada saper yang mencipta mainan ni.
Sebab mainan ni banyak guna otak, ko nak kena pikir ayat apa ko nak sambung, mungkin sebab tu aku layak masuk pesta pantun.
Latihan dah diasah sejak kecik.
Syabas untuk diri sendiri.
Syabasssss.


Sep Tiang
Jangan tanya aku apesal nak kena sep tiang.

Tiang kantin selalu jadik mangsa kalau nak main bendalah ni.
Selalunya keadaan jadik lagi best kalau time tu ada orang lalu-lalang.
Time tu ko sep sepuluh tiang pun still tak mati-mati lagi.
Macam beruk jugak la masing-masing bersenggayut kat tiang sorang satu.

Masa ni time rehat bukan untuk makan, masing-masing kalau lam kelas tu dah standby dok kat meja belakang tepi pintu. Bunyik loceng rehat je, berterabur kuar nak cop tiang takut budak kelas lain cop. Kalau nak tengok aku lari pecut pun masa ni la. Loceng rehat belum habis bunyi, aku dah sampai kat tiang dulu.


Kawen-Kawen
Oh, ini memang mainan harian.
Aku konfem jadik Mak Andam.
Sebab aku suka mekap-mekapkan orang.
Dulu bahan tak cukup, ada bedak Jonhson & Johnson tu pun dah cukup baik.
Boleh la buat eye shadow.
Putih je kelopak mata pengantin.
Aku la punya keje tu.
Mampos la kan, muka kau bukan muka aku.

Fun gila main kawen-kawen ni, toksah kata menepung tawar, siap berlakon jiran-jiran datang tengok pengantin lagi. Yang si pengantin ni pun yo yo an je dok tercongok atas pelamin sorang-sorang, yang lain-lain ni boleh la pulak dok bersila depan pengantin macam kan memang datang kenduri la gayanya.

Macam tak lojik je kan aku nak jadi Mak Andam?

Tapi saper yang penah main kawen-kawen ngan aku tau kalau aku offer diri nak jadi Mak Andam maknanya pengantin laki tu tak hensem.

Muahahahahahhha.

Padahal tak sedar diri muka aku pun sama je berkeladak jugak, kalau aku jadik pegantin perempuan tu, laki yang tak hensem tu terus nampak sangat-sangat hensem kalau bandingkan ngan aku yang dok kat sebelah dia ni.