2025-07-08

GreenAard: Tak ada sebarang produk, be it suplemen atau krim yang boleh tegangkan breast

Ok, ini penjelasan dalam bentuk tulisan pula supaya aku boleh explain lebih panjang dan korang lebih faham. Ini tentang Gloei boleh tegangkan breast atau tak.

Jawapan pendek: TIDAK.

Tak ada sebarang produk, be it suplemen atau krim yang boleh tegangkan breast apatah lagi menegakkan breast sama macam zaman anak dara. Ini fakta. This is SCIENCE.

Our breast bukan otot. Dalam breast ada tisu lemak, tisu kelenjar (untuk produce susu) dan tisu penghubung (ligamen Cooper). Ligamen Cooper ni yang sokong bentuk breast. 

Bila umur makin meningkat, ligamen Cooper meregang dan buatkan kulit sekitar breast kurang anjal. Maka, payudara jadi kendur. The sad news is, Ligamen Cooper TIDAK boleh ditegangkan semula. Bila komponen yang menegangkan breast tak boleh diperbaiki semula, so mana datang claim yang kata produknya boleh menegangkan breast? Memang takkanlah.

Ligamen Cooper bukan otot. Bukan kulit. Ia adalah sejenis tisu kolagen & elastin yang sokong tisu lemak dan kelenjar dalam breast. Kalau kita menyusukan anak (susu badan), atau badan turun mendadak, atau tak pakai good bra, atau banyak buat aktiviti without wearing good bra, ligamen ini boleh meregang dan rosak dan tak boleh kembali seperti asal.

The question now, wujud ke krim atau suplemen yang boleh angkat semula breast?

TAK ADA. Krim tak boleh menembusi jauh sampai ke tisu penghubung atau ligamen. Jangankan kata krim breast, krim muka sekalipun kalau claim ada kolagen di dalamnya, TAK AKAN boleH tembus kulit jauh sampai ke dalam sebab molekul kolagen is too big untuk skin. Kebanyakannya hanya bagi temporary effect macam melembapkan kulit sekitar breast. 

Some krim bagi rasa firm sekejap lepas sapu sebab ada bahan yang bagi sensasi tegang. Kulit nampak lebih licin dan sihat sebab krim melembutkan dan mencantikkan kulit breast, tapi penegangan breast tak berlaku.

No krim atau pun Gloei boleh reverse kerosakan ligamen atau naikkan semula kedudukan breast yang dah kendur. Nak angkat balik breast perlukan surgerry macam breast lift.

Kalau korang baca apa aku tulis tadi, perasan tak aku cakap "Ligamen Cooper adalah sejenis tisu kolagen & elastin...?"

Mesti ada yang nak tanya "Maknanya kalau makan Gloei, bolehlah perbaiki Ligamen Cooper ni sebab Gloei ransang badan hasilkan kolagen?"

Secara teori dan sains, ya boleh, tapi tak 100% pulih like asal especially kalau tisunya dah rosak teruk. 

Bila makan Gloei, badan akan hasilkan kolagennya sendiri. Ini boleh increase kekuatan dan ketahanan Ligamen Cooper. However, Ligamen Cooper yang dah regang atau rosak sepenuhnya dah susah nak direpair 100%. Umpama getah spender yang dah longgar sebab perut kau buncit. Getah tu meregang terlalu lama, ia takkan kembali ke bentuk asal.

Tapi kita boleh kuatkan struktur sedia ada. Bahan-bahan dalam Gloei ransang badan hasilkan kolagen. Tidak ada sebarang kolagen haiwan dalam Gloei. Semuanya dengan bantuan bahan aktif dari tumbuhan yang kita dah kenal pasti boleh stimulate badan hasilkan kolagen. Gloei takkan boleh treat Ligamen Cooper tapi boleh increase kelembapan kulit sekitar breast, and help kulit di kawasan tu nampak lebih plump.

Nak ambil Gloei untuk breast, boleh. Tapi dengan expectation yang realistik. Guna Gloei dengan konsisten so that kulit breast nampak lebih plump & licin. Bila kolagen bertambah dalam badan, somehow boleh kurangkan sagging ringan especially kalau kendur masih baru dan tak teruk. Tapi Gloei tetap:

Tak boleh tarik ligamen yang dah longgar
Tak boleh naikkan payudara yang dah turun


Jangan tertipu dengan mana-mana produk be it suplemen atau krim yang claim boleh angkat & tegangkan breast. That's just an illusion, not reality. 

Kepada yang ambil Gloei, kalau nak hasil jangka panjang, kena gabungkan dengan good bra and good body posture. Berat badan kena jaga. Jangan turun naik kerap sangat. Selalunya, breast mudah kendur bagi yang kerap bersalin sebab turun naik berat badan sepanjang mengandung. That's normal. Takleh nak buat apa. Tapi kalau kulit sekitar breast tu cantik, tebal dan sihat, insyallah boleh kemaskan bentuk breast tu in the long run. You can try Gloei kalau nak, dan guna dengan konsisten.

Harap explanation ni membantu. Last Day today untuk grab free half bottle Gloei dengan pembelian any produk GreenAard berjumlah RM180.