2022-09-24

Obses dengan pop star.


Semalam kerap juga post budak ni naik.
Video budak sekolah tengah kutip merchandise artis Korea yang dibakar oleh parentsnya.
Tak pasti apa kisah sebenar, cuma nampak yang ditunjuk dalam video - budak ni menangis sambil kuis-kuis sisa barang yang dah dibakar.
Katanya parents bakar.
Ramai yang kata parents tak memahami minat anak.
Aku terpikir satu je - takkanlah selama dia mengumpul barang-barang Kpop baru hari tu parents nak mengamuk sampai bakar?
Mesti ada kejadian yang buatkan parents naik hantu.

Bukan apa, aku pun pernah bertebiat begini.
Zaman Cantopop dulu, dengan belum ada internet dan sumber yang banyak, itupun aku masih berjaya kumpul poster, kaset, gambar and paper cuttings.
Sanggup berhimpit dalam bas.
Berdiri hujung-hujung tangga bas pun takpe, asalkan balik awal nak kejarkan Jade Solid Gold pukul 6 pm.
Kumpul duit belanja sekolah semata-mata nak beli poster Leslie Cheung dari kawan aku, dia jual RM10.
Beli majalah Galaxy semata-mata ada news pasal Leslie sebesar tapak tangan saja.
Siang malam pagi petang lagu Cina yang aku pasang dalam bilik.
Malam-malam bawak naik radio dari bawah ke dalam bilik.
Esok sebelum mak aku bangun pagi, aku dah bawak radio turun ke bawah semula.
Kalau tak, nanti dia tahu aku melayan kaset Cina 24 jam.

Sampailah ke satu hari tu Mak Aji rasukan ablasa - habis poster Leslie dan poster-poster cina yang lain dia siat-siatkan depan mata aku.
Padahal selama ni poster tu ada je kat dinding, sikit tak usik dia.
Nak dijadikan hal, kebetulan hari tu dia naik hantu. Semua dia siatkan.
Aku tak ingat apa puncanya.
Tapi dah tentulah ada punca, kan?
Kalau tak, takkan tiba-tiba nak koyakkan poster aku.
Samalah kejadian budak yang barang-barang Kpop dibakar ni.
Mesti ada punca mak dia mengamuk. Mesti ada punya.

Sebab aku pernah mudalah maka aku tahu tak mungkin parents akan buat tu tanpa sebab.
Mak bapaknya mesti baya-baya aku.
Zaman-zaman tu, paling tidak pun mesti kenal NKOTB, KRU, 4U2C.
Ini 3 kumpulan memang fenomena zaman aku remaja.
Mesti mak bapak budak tu pernah merasa zaman menggilai grup-grup ni.
Cuma ya, lah. Mungkin kegilaan tu tak sehebat sekarang.
My point is, mereka juga pernah muda.
Mustahil takde consideration bila anak-anak minat idola mereka, melainkan anak dah over limit, sampai ke tahap obsession sampai tak nak makan, tak belajar, ponteng sekolah, etc.

Baik dari zaman Frank Sinatra, Elvis Presley, kemudian The Beatles, dan Justin Bieber.
Each in their time were cultural phenomena.
Mampu capture imaginasi and breaking hearts.
Siang malam semuanya tentang pop star.
Berkawan pun dengan kawan-kawan yang ada minat yang sama.
To me, ini perkembangan yang normal bagi seorang anak remaja.
As they individualize themselves from parents, yang merupakan natural part dalam growing up, remaja mula mahukan kebebasan psikologi dan emosi.
Tidak kira apa pun culture-nya, anak-anak ni perlukan selain daripada parents, untuk jadi their role model.
Dalam culture kita, selalunya kita jadikan sports figure, atau pelakon, atau penyanyi sebagai role model.
Jarang remaja jadikan mak bapak role model.
Tunggu esok dah tua sikit, dah ada anak, baru dia nampak mak bapak adalah role model terbaik.

Redza minat anime dan segala yang bersangkut-paut dengan Jepun.
Dia punya minat tu sampai dia beli buku bahasa Jepun, belajar sendiri-sendiri.
Padahal apak dia ada je boleh ajarkan.
Kejap-kejap barang Shopee sampai - beli baju, sweater, kasut, buku - segalanya tentang Jepun.
Yang Rayyan pulak Korea.
Aku nak sembang dengan dorang pasal Jepun and Korea pun tak reti sebab tak minat.
Jadi, aku biarkan dorang layan zaman muda dengan minat apa yang dorang minat sekarang.
Cuma sesekali kita ingat-ingatkan saja, jangan sampai tak belajar, jangan sampai obses, jangan sampai lupa agama.

Mak Aji dulu yang cukup takut aku melayan Cantopop tu, sebab risau aku murtad.
Mana tak risau masuk bilik aku dah macam jejak Hong Kong.
Dinding penuh poster artis cina.
Lagu-lagu dalam bilik pun lagu cina.
Tak cukup dengan tu kat textbook atau buku-buku sekolah aku letak inital nama Leslie, nama Beyond, nama Wong Ka Kui.
Beg sekolah aku bersepah-sepah badge muka Leslie.
Cikgu Add Maths aku cina. Nasib baik dia garang, kalau tak dengan dia pun aku minat.
Dari jauh, aura cina tu memang ada dah kat aku.
Kulit je tak berapa nak cina 😆.
Kecinaan aku waktu tu lebih dari cina.
Dek kerana aura artis cina tu menebal, aku berjaya membeyondkan beberapa orang kawan.
Tapi aku tak leslie-kan dorang.
Leslie hanya milik aku. Gitu.

Dek kerana minda dan pandangan aku hanya terarah pada artis cina, kat skolah mata aku lebih terarah pada muka-muka cina.
Yang muka-muka melayu ni walau hensem, macam tak masuk je dengan selera aku.
Cewahh, macamlah si melayu tu ada selera kat kau, kan. Kahkahkah.
Tapi betul, somehow selera aku dipengaruhi oleh minatnya aku pada Cantopop artis.
Masa tu aku aim untuk sampai Hong Kong.
Orang lain dah berangan nak pi Paris, London. Aku, Hong Kong.
Siap berangan nak sambung study kat Uni of Hong Kong.
Kau boleh nampak tak keobsesan aku?
Tu pasal agaknya Mak Aji rabakkan poster aku.
Same goes to Redza, dia punya minat dengan Jepun, pernah plan nak jadi cikgu bahasa Inggeris di Jepun.
Maknanya dia dah plan untuk duduk sana.
Risau aku. Macam ni lah agaknya kerisauan Mak Aji dulu.

Remaja always ada "kehidupan fantasi" dorang sendiri.
Bila fantasi bergabung dengan drive for independence, the result is - kurang rational.
Adults akan nampak tindakan dorang agak irritating, but it’s actually part of the work necessary for healthy development.
Memuja artis adalah ciri unik golongan remaja.
Itu adalah cara mereka mengekspresi diri, membina identiti diri, dan mencapai kebebasan.
Kita as parents boleh stopkan kalau dah nampak anak-anak ni ada hawa-hawa nak hanyut.
Sesekali boleh tegur, biar anak-anak tahu dorang dah over the limit.
Anak-anak pun perlu tahu, bila mak bapak tegur mesti ada sebab.
Kalau selama ni kau buat, mak bapak tak marah.
At one point mak bapak dah start tegur, jangan pulak persoalkan "Selama ni ok je?".
Tak. Pasti ketika tu sebenarnya dah over limit.
Kalau tiba-tiba pemukul lalat sampai kat belakang, cepat-cepatlah cabut poster kat dinding tu simpan tempat yang selamat dulu.
Ini pesanan acik yang paling kau kena dengar.