2022-08-12

Hidup berumahtangga dengan hanya gaji RM1100.

Memang tough hidup berumahtangga dengan hanya gaji RM1100.
Melainkan isteri mahu berkongsi gaji.
Gaji pertama aku masa kerja kat MOSTI RM1400.
Cara-cara menumpang rumah Mak Aji, sewa tak payah bayar, bil api air ditanggung, makan tanggung - pun sesak rasanya hujung bulan.
Mana duit komuter, duit LRT, duit makan, duit nak beli keperluan bulanan, duit sewa kereta prebet sapu ke komuter hari-hari.
Itu belum lagi cerita sesekali nak beli bra baru, tudung baru.
Kadang tak tahu mana pegi duit tahu-tahu dah habis.
Nak simpan RM50 kat Tabung Haji pun seksa nau rasanya.
Nasiblah duduk rumah Mak Aji, kalau tak, memang tak dapat menyimpan lansung agaknya.

Kalau single boleh gagah-gagahkan lagi.
Tapi kalau dah berkahwin dengan gaji hanya RM1100, hmmm.
Kalau sekadar hidup, memang hidup. Tak mati punya.
Cuma mungkin tak menikmati hidup.
Mana dengan sewa rumah, transport, perbelanjaan bulanan.
Tu belum cerita ada anak.
Kalau isteri tak bekerja lagilah parah nak menanggung semua.
Semoga lelaki yang bergaji kecil ni diberikan kemudahan melaksanakan tanggungjawab.
Semoga diberikan isteri yang tak demanding.
Yang kalau boleh berkongsi lebih baik.

Tapi kan, sebut pasal demanding, setiap orang ada perspektif berbeza.
Pernah dulu ada cerita viral tentang pasangan suami isteri yang 17 tahun berkahwin akhirnya bercerai sebab suaminya asyik suruh isterinya bersabar.
Katanya si suami banyak buat kerja luar tapi duit tambahan tu bukan untuk keluarga tetapi menanggung adik yang masih belajar dan memenuhi kehendak ibubapa nak besarkan dapur, nak tambah depan, etc.
Maksudnya, duit tu ada tapi tak sampai ke keluarga sendiri.
Banyak disalurkan ke keluarga suami.
Sedangkan si isteri terpaksa contribute macam-macam demi nak mencukupkan perbelanjaan.

Dalam post tu si isteri cakap "Suami asyik suruh saya bersabar. 17 tahun kahwin, tak cukup sabar lagikah saya?"

Betul juga cakap dia.
Kalau 7 bulan kawen dah bercerai bolehlah dikatakan isteri kurang sabar.
Tapi kalau dah 17 tahun kawen, itu dah bukan kurang sabar dah.
Itu dah hilang sabar namanya.
Kalau aku pun agaknya tak sepanjang tu aku bersabar.
Lainlah kalau duit berlebih.
Ini kalau dah sampai terpaksa buat kerja lain demi nak menanggung adik dan memenuhi kehendak parents tak sudah-sudah sampai 17 tahun lamanya, entahlah.
Kadang aku konfius situasi macam ni.
Memanglah tanggungjawab anak lelaki tu besar, sampai ke mati taatnya mesti pada ibubapa tapi rasanya kita yang salah faham tentang konsep taat ni kot.
Kalau dah sampai membebankan diri, sampai buatkan isteri terpaksa tanggung kekurangan, macam dah tak betul kat situ.
Ke aku yang salah faham?

Seorang kawan pernah bagitahu aku "Berbelas tahun aku hidup dengan dia, takkan banyak ini je nafkah dia boleh bagi?"

Hari tu kan aku ada cakap pasal nafkah ikut kemampuan suami, kan?
Tapi perspektif kawan aku ni pun betul juga.
Kalau dah berbelas tahun kawen takkan nafkahnya banyak itu juga.
I mean kalau awal kawen dapat RM200, takkan dah berbelas tahun kawen nafkahnya RM200 juga.
Which is, dia betul juga.

Orang kata dalam rumah tangga ni takleh "ikut buku" sangat.
Kena adjust ikut keselesaan sendiri.
Kalau semua benda nak ikut buku, memang payah nak aman.
Sebab secara lojiknya, semakin bertambah usia perkahwinan, dengan harga barang naik, dah tentulah nafkah pun kena naik.
Gaji pun naik, takkan nafkah tak naik-baik, ye tak?
Itu kalau ikut bukulah.
Kalau semua orang nak ikut buku, rasanya tak ramai yang berkekalan hingga ke tua kot. Nauzubillah.

Samalah macam parenting tips. Macam-macam tips.
Bila input banyak, it can be difficult to determine what parenting techniques yang terbaik.
Kita jadi keliru.
Tak boleh marah anak katanya, nanti anak low self-esteem.
Jangan bagi anak makan junk food, nanti susah nak masuk ilmu.
Jangan bagi anak mengadap gajet nanti jadi bengap.
Tapi kadang-kadang bila anak payah sangat nak makan, aku bagi je dia makan maggi.
Kalau aku nak makan tenteram kat kenduri dan taknak dia meloncat sana-sini kat rumah orang, aku bagi iPad.

Maka aku rasa seperti parenting yang kita boleh pilih yang mana lebih sesuai dan terpakai untuk kita, begitu juga halnya dengan rumahtangga.
Ada setengah orang tak kisah berkongsi gaji.
Ada yang tak kisah suami tak bagi nafkah berbentuk cash asalkan hal lain suami uruskan.
Ada yang tak kisah lansung nafkah dari awal kawen sampai anak dah tujuh tetap RM50.
Dari sudut pandang kita, apa la bodohnya kau sanggup terima nafkah RM50 sebulan?
Tapi dah dia selesa, dan tak menyusahkan orang lain, biarkan.
Asal jangan ujung bulan datang minjam duit aku pulak, dah.

Ada yang tak boleh terima dah masuk tahun ke 20 kawen suami hanya beli kek dan coklat saja untuk sambut anniversary.
Dari sudut pandang kita nampak macam isterinya demand.
Tapi dari perspektif si isteri dan 20 tahun kawen kotttt, takkan itu itu jugak celebrationnya. Betul juga.

Dia sebenarnya macam ni.
Dari awal lagi kena buat keputusan ikut kata hati.
Bukan kerana kesian, bukan kerana simpati, bukan kerana balas budi, bukan kerana nak menjaga hati. Jangan.
Kalau rasa tak sanggup bersuamikan lelaki yang gaji RM1100, jangan kawen dulu.
Tak bermakna putuskan hubungan. Cuba tangguhkan dulu.
Kalau ada jodoh, ada. Kalau tak, takde.
Awal-awal tu memang sakitlah telinga kau nak hadap cakap-cakap orang.
Dah tentu yang buruk nampak kat kau punya.
Tapi kalau kau tahu sebab kenapa buat macam tu, pedulikanlah dengan cakap orang.

Aku dulu pun gitu juga.
Bila set-set gunting dalam lipatan ni tahu En Wan tu orang berduit, pakai sport car, dan-dan aku kena tuduh tinggalkan pakwe sebab nak lelaki kaya.
Aku diamkan aje.
Orang kalau dapat peluang hencap kita memang cukup suka.
Kau bagi je dia hencap kau puas-puas. Penat nanti dia diamlah.
Lepas tu sekarang nak jadi kawan aku? 
Aku bagi kau tengok aku dari jauh je.
Masa nilah nak mengaku kat kawan-kawan sepejabat "Blogger yang kau follow tu kawan aku".
Eh, boleh jalannnnnn.