2021-09-05

Urusan jual beli yang tidak sah


Post aku yang lepas, ada tanya pasal bisnes shawl aku.
Tapi takpe, hat tu nanti-nantilah aku cerita.
Kalau nak cerita panjang nau history-nya.
Tapi ada satu perkara tentang tu yang aku teringat and nak tulis kat sini.
Masih berkaitan dengan bisnes shawl.
Semoga jadi peringatan untuk aku dan teladan pada semua orang.

Pernah satu kali kejadian, shawl yang aku order sampai tak seperti yang diharapkan.
Shawl ni aku beli dengan harga borong direct from China.
Ini kejadian tahun 2012.
Aku tak pernah jumpa pun orangnya, aku berurusan di internet je.
Itu pertama kali aku berurusan dengan orang tu.
Disebabkan koleksi dia cantik-cantik dan harga pun reasonable (read : too good to be true 🙄), aku pun promote di blog dan ambil order secara pre-order.
Pre-order ni aku ambil full payment in advance dari customer.
Blog reader percaya pada aku, dorang tak kisah kena bayar in advance.

Tapi aku tak berapa sedap hati ambil pre-order waktu tu.
Cuma entahlah, hati ni nak cuba juga kaedah tu.
Boleh jadi perkara ni berlaku asbab nak bagi aku pengajaran dan pelajaran.

Kalau sesiapa ingat, shawl-nya yang ini 👆.

Ramai sangat order shawl ni, beratus orang.
Aku punyalah excited sebab respond sangat memberangsangkan sampai consolidate shipment dengan barang-barang biotech aku untuk jimatkan kos shipment.
Aku kan ada principal kat sana.
Selalunya barang-barang biotech ni aku (Malaysia), Singapore and Thailand akan consolidate shipment.
Barang akan sampai Singapore dulu.
Lepas tu ship put ke Malaysia then ke Bangkok.
Jimatlah sikit duit shipment supaya dapat jual semurah yang boleh. That’s why ramai beli.

Sebenarnya sebelum terima shawl tu pun aku dah tak sedap hati.
Macam ada something yang tak kena dan urusan tak berapa lancar seperti selalu.
Awal-awal lagi seller tu macam bingai perangainya.
Respon dia ntah hapa-hapa, macam tak konsisten.
Tapi memandangkan si Ivy (biotech sales principal di China yang selalu tolong belikan shawl bagi aku contact number malaun ni untuk aku deal direct), aku on je la order atas dasar percaya.

Nak dapatkan tracking number dari sehari ke sehari tak dapat.
Kan aku cakap tadi aku consolidate shipment.
Si Ivy dah berapa kali tanya aku mana stok shawl tak sampai-sampai ke ofis dia sebab stok biotech kit aku dah ready untuk ship out.
Jenuh gila aku nak push seller shawl tu bagi update shawl aku.
Sampaikan terlepas 2 kali shipment!

Last-last aku cakap kat seller pos je pakai express courier sebab dah lambat sangat.
Kalau nak tunggu next trip ship dengan barang biotech aku, lagi lama nak sampai sebab nak tunggu di sampai Singapore dulu pastu baru sampai Malaysia. Jenuh.
Aku cakap takpela, aku belanja la kos express shipment dari China ke Malaysia.
Asalkan shawl sampai. Kesian customer dah bayar lama.
Tax kena sampai RM600!
Padahal cost tax ni takde dalam harga shawl sebab plan asalnya consolidate shipment.

Bila shawl sampai, shawl yang dia bagi JAUH BEZA dari shawl yang aku order!
Memang terbakor aku. Terus call seller.
Nasib baik dia angkat tapi macam 🐷 la responnya.
Dia cakap dia hanya staff yang ambil order saja, yang packing orang lain.
Dah tu, habis gitu je ke?
Kau la yang kena pastikan orang tu pack dengan betul sebab aku berurusan dengan kau.
Dia kata aku tak bersyukur sebab shawl yang aku dapat tu dia bagi extra berhelai-helai so aku boleh jual dengan lebih banyak and buat untung lebih.
Nampak nau memang dari awal menipu, kan?
Masalahnya shawl kau bagi ni aku taknak pun.
Tak kisahlah kau bagi extra 100 helai pun, aku taknak design ni.

Aku anggap deal tu gone. Kecewa sangat.
Aku tak kisah dengan modal yang aku dah spent, cuma aku tak suka betray kepercayaan customer.
Apetah lagi customer ni blog reader.
Dalam kecewa tu, aku pun mengadu kat kawan aku.
Dia ni pandai sikit bab-bab syariah compliance urusan muamalat.
Bila aku cerita kes shawl ni pada dia, dia jawab "Alhamdulillah kerana Allah selamatkan you dari urusan jual beli yang tidak sah".

Aku tanya apa yang tak sah?

Dia kata "Syarat jual beli, barang yang dijual mestilah SEMPURNA MILIK".

Maksudnya, kita hanya boleh jual barang bila produk dah ada kat tangan.
Dia cakap dalam bermuamalat, ada tertib and etikanya.

“Wahai Rasulullah! Ada seorang lelaki datang meminta saya menjualkan kepadanya barang yang saya tiada (saya bertindak menjual kepadanya). Bolehkah saya beli barang tersebut di pasar untuk diserahkan kepadanya.

Baginda bersabda: Jangan engkau jual barangan yang tiada padamu.” - Riwayat Abu Daud (3503)


Kalau barang ada pada kita, dan kita pos setelah dapat bayaran, itu takpe.
Tapi kalau kita adalah orang tengah yang stock takde kat tangan tapi dah ambil duit dahulu, hat ni lah maksud hadis atas tu.

Pre-order biasa berlaku dalam akad jual beli hari ini.
Kebanyakan customer akan bayar sebahagian daripada harga yang ditetapkan kepada seller (deposit).
Jual beli begini tidak sah menurut ulama’ Mazhab Syafie.

Tetapi zaman sekarang, urusniaga dah dipelbagaikan lebih-lebih lagi secara online.
Ada banyak kaedah berurus-niaga - dropshipping, pre-order, personal shopper, etc
Tak tahu dari mana dan siapa yang meng-invent kaedah-kaedah ini.
Aku tak berani nak kata samada kaedah itu betul atau salah di sisi agama. 
Maybe kita boleh berpegang saja pada akad jual-beli.
Kalau urusan itu dipersetujui bersama, pembeli setuju bayar dulu dan seller juga memastikan barang yang diterima adalah seperti yang dijanjikan (seperti yang dipromote), boleh jadi itu DIBOLEHKAN, cuma terdedah pada risiko ditipu dan menipu.

Alhamdulillah trade tu tak menjadi. Ada hikmahnya.
At least aku belajar sesuatu.
Boleh jadi Allah nak selamatkan aku dari kerugian yang lebih besar di masa akan datang.
Aku tak kisah kalau nak refund. Memang dah bersedia untuk refund.
Hal shawl yang salah ni takpelah, aku boleh jadikan free gift untuk customer biotech aku.

Aku email balik sorang-sorang dan bagi option samada nak tak shawl yang salah tu, atau aku refund saja.
Nasib aku baik sebab yang beli semua reader.
Dorang pun respond baik-baik kat aku.
Ada yang minta refund, ada yang nak proceed.
Dalam 100 helai lebih jugak yang proceed ambil.
Tak untung pun.
Semua cost tax and express shipment aku absorb.
Kira macam aku tolong belikan shawl saja.
Takpelah, masa tu aku tak kisah rugi dah.
Aku cuma taknak orang hilang kepercayaan kat aku.
Yang keduanya aku taknak berhutang tanpa aku sedar.
Tak tenang tido malam nanti.

Dah settle semua delivery, shawl-shawl yang salah ada yang aku hadiahkan kat orang dan ada yang aku jadikan free gift untuk customer biotech aku.
Ada sorang reader tu kebetulan pernah email nak pinjam duit.
Aku bagi dia shawl tu, aku suruh dia jual.
Takyah bayar kos kat aku. Ambiklah.
Pandai-pandailah jual, cari duit.

Kali kedua aku terkena dengan pre-order, masa mula-mula launch GreenAard.
Sebelum GreenAard, namanya E-Burner.
E-Burner ni aku work together dengan dengan sorang dokter Malaysia yang berkerja di UK.
Mula-mula tak ada masalah nak bawak E-Burner masuk Malaysia.
Every week masuk 200 botol, 200 botol, 200 botol.
Memang sengaja aku pecahkan kepada volume-volume kecil supaya kalau sangkut kat kastam takdelah sangkut sampai 5000 botol sekaligus.
Masak aku karang kalau sekaligus 5000 botol kena tahan.

Satu hari tu shipment sangkut kat kastam.
2 weeks and still no news.
Masa tu order yang masuk dan dah berbayar lebih dari 1000 botol.
Silapnya satu je.
Aku tak reti nak tukar setting AVAILABLE kat website kepada OUT OF STOCK.
Semua ingat aku ada stok in hand.

Masa tu aku cuak gila sebab ramai sangat beli tapi shipment sangkut dah 2 minggu.
Harga sebotol E-Burner RM90.
Kalau dah sampai 1000 botol pending, berapa duit orang yang aku pegang?
Memang nak pitam mikir.

Tapi again, nasib aku agak baik.
Pengalaman berbisnes dan bermain dengan inventory banyak ajar aku untuk always ada Plan B.
Dalam masa aku carry E-Burner, aku dah outsource factory untuk produce another weight loss pills menggunakan formula aku, which is GC PLUS.
Masa ni product ni dah start jalan cuma takleh jual sebab belum daftar KKM.
Tapi takpelah, at least produk dah ada.
Kelam-kelibut aku contact kilang untuk release product aku sekarang jugak!
Siapa yang beli first batch GC PLUS mesti tahu labelling tunggang terbalik bahasanya.
Kejap bahasa melayu, kejap omputih.
Masa tu aku dah tak kisah bab bahasa dah, produk kena keluar dulu.
Bahasa-bahasa tu kendian aku adjust.

Again, aku terpaksa explain semua ni pada customer.
Aku akan refund semua duit dan start jual nama GC PLUS pula.
Alhamdulillah, semua pun setuju untuk ambil GC PLUS.

Memang betullah, serabut perut berjual-beli dengan barang yang belum ada di tangan.
Kita cenderung untuk tak mahu rugi.
Memang kena betul-betul bulatkan hati untuk refund duit customer.
Duit kalau sikit, takpe.
Yang menjadi ujian ketika duit (sale) masuk hingga beratus ribu tiba-tiba nak kena refund.
Kat situlah ujiannya.

Pernah 2-3 kali beli barang online, bila barang tak sampai seperti yang diharapkan, seller buat senyap.
Boleh pulak dia kata “Saya dah cakap awal-awal barang takleh refund sebab saya orang tengah saja”. Adehhhh.

Lepas tu aku terpikir, mungkin ini cara Tuhan tegur aku untuk ubah cara berurusan.
Sejak hari tu apa aku jual, pastikan stok ada.
Kalau stok habis, walaupun demand banyak, aku tak ambik order.
Nampak macam bodoh kat situ, dah tau demand tinggi kenapa tak ambik order kan.
Tapi biarlah macam tu.
Kadang-kadang benda ni sebenarnya nak menguji kita.
Kita rasa itu rezeki. Tapi mungkin juga itu adalah tanda-tanda tamak.
Tapi apa-apa pun, hikmah yang paling besar adelah aku belajar dari kesilapan.