2021-03-24

Platonic relationship


Dalam kereta berdua dengan En Wan, dia tanya aku takde plan ke melepak dengan kawan-kawan.
Aku cakap ada, tapi bukan dengan Dusty Pink Tits, tapi geng zaman skolah.
Dia tanya siapa? Aku jawab "Dery. Tapi blom set lagi date. Masing-masing nak jumpa tapi busy".
Then dia tanya "Awak ni memang takde kawan perempuan masa skolah? Asyik-asyik lelaki. Sampai sekarang pun, asyik nama lelaki je yang awak sebut".

🤣🤣🤣🤣

Masa akikah Rayyan, kawan-kawan sekolah yang datang SEMUA lelaki.
Mak Aji memang kenal dah kawan-kawan lelaki aku, takde hal.
Mak mertua aku la konfius kejap apesal kejap-kejap kawan lelaki yang aku kenalkan kat dia.
Rupanya lepas habis majlis mok tanya En Wan kenapa kawan aku semua lelaki.
Mana kawan perempuan Diana?
Mujurlah En Wan memang dah tahu sangat bini dia ramai kawan lelaki dari kawan perempuan.

Dari zaman skolah sampai ke sekarang, selain nama-nama Dusty Pink, yang lain nama lelaki yang En Wan selalu dengar.
Aku jenis bercerita dengan siapa aku kawan kat En Wan, Mak Aji and Pak Aji.
Ada yang dorang tak pernah nampak kelibatnya pun tapi namanya dah selalu aku sebut-sebut sejak 10-20 tahun lepas.
Konsepnya, kalau satu hari nanti ada orang bawak mulut terserempak aku dengan si polan si polan, En Wan and mak bapak aku tahu yang dorang tak perlu nak meloncat, sebab faham kebanyakan kawan aku memang lelaki.
Apa-apa hal kena tanya aku dulu.

Benda ni penting untuk dipraktikkan especially kalau urusan kerja banyak jumpa client di luar.
Masa aku kerja biotech dulu, customer perempuan je yang suka berjumpa dalam ofis/lab.
Customer lelaki tak berapa suka.
Yelah sebab aku perempuan, kalau jumpa dalam bilik dah macam akward pulak berduaan.
Dorang la kot rasa awkward, aku tak. Hahahaha.
Masa tu pulak guwe asyik berskirt pendek je.
Mengundang kontroversi di kalangan rakan sekerja pulak kalau tau aku berlama-lama dalam bilik dia.
Selalunya kalau ada appointment, "Diana, kita jumpa kat cafe boleh?".
Atau "Diana, kita jumpa kat luarlah, minum-minum".
Aku lagi suka jumpa customer sambil makan. Santai.
Tapi, bila berjumpa dengan client lelaki di luar, banyaklah cerita yang sampai ke telinga laki aku.
Ada je yang terserempak aku dengan si polan ini, si polan itu.
Rajin pulak menyampaikan kat laki aku.
Nasib baik En Wan faham dah kerja aku macamana.

Kawan-kawan yang aku kenal semasa aku berkerja dan masih baik sampai sekarang kebanyakannya lelaki.
Ada yang customers become friends, ada yang blog readers becomes friends, ada yang competitors 2-3 kali bertembung di tempat yang sama then terus jadi kawan sampai sekarang.
95% lelaki.
Kalau open house raya, mesti orang ingat En Wan ramai kawan, padahal yang ramai-ramai lelaki tu semua kawan aku.

En Wan tanya "Apesal kawan-kawan lelaki sekolah tak ajak gathering?"

"Dorang ada je gathering kat Bangi tu, tapi takkan nak ajak saya join. Saya dah berlaki".

"Alah, ajak je lah, saya boleh je join dengan sesiapa pun".


Alahaiii, laki aku. Dia ingat se-simple itu ke.
Takkanlah dorang selesa nak berhuhahuha kalau laki aku tercongok kat depan.
Dorang nak berhuhahuha sesama dorang pun segan kalau ada outsiders yang tak biasa dengan cara dorang bersembang and bergurau.
Aku sendiri kalau join En Wan punya gathering, otomatik aku jadi pendiam.
Nak sembang apa pun tak tau.
Dah sah-sah dorang gather sebab nak jumpa kawan lama, yang aku menyibuk kat tepi dah kenapa.
Kesian nanti dorang nak bersembang pun terkemut-kemut sebab mikirkan nak melayan aku sembang sekali.
That's why kalau gathering aku lebih suka betul-betul orang yang terlibat saja.
Yang lain tinggal kat rumah.

Orang kata lelaki dan perempuan tak boleh jadi kawan baik, hujung-hujung mesti bercinta.
Aku tak tau dengan orang lain, tapi tak terjadi pun dengan aku.
Maybe aku tak cantik atau lelaki tu tak hensem jadi aku tak minat. Kahkahkah.

Sebenarnya, samada perempuan dan lelaki boleh jadi sahabat atau tak bergantung pada tujuan masing-masing.
Tak dinafikan ada orang berkawan sebab syok dengan pihak yang lagi satu.
Sebelum berkawan lagi dah diam-diam simpan perasaan.
Jadi bila dah berkawan rapat, lama-lama terluah juga rasa hati tu.
Lepas tu kena rejek. Lepas tu putus kawan.
Tujuan berkawan dengan lawan jenis berbeza-beza.
Ada yang bermula dari kawan berakhir dengan bercinta.
Ada yang bermula dari bercinta akhirnya menjadi kawan (sakitnya tu di sini).
Tetapi kebanyakan kita berkahwin dengan orang yang bukan kawan.
Aku dengan En Wan walaupun bermula dengan kenal-kenal, tapi kitorang bukan kawan.
Jumpa pun tak pernah.
Dalam pada berutus surat tu tau-tau bercinta. Tak sempat jadi kawan pun.
Aku lebih prefer macam ni.
Kalau bercinta dengan kawan yang kenal bertahun, entahlah, aku tak boleh.
Sayang sangat nak tukar hubungan dari "friends" kepada "in a relationship".
Aku suka bila berkawan dengan lawan jenis kita saling menyokong, tanpa mengharapkan hubungan lebih dari seorang kawan.

Dulu Mak Aji pun ingat aku ni ramai peminat (aku ramai peminat?? Begitu optimisnya mak aku. Hahaha).
Asal datang beraya kat rumah je penuh lelaki.
Yang perempuan ada la 2 ketul.
Yang si Dery pulak asal balik cuti sem je terus datang rumah cari aku.
Yang Si Amir, aku tak datang sekolah, time rehat dia start motor datang cari aku kat rumah.
Yang si Bulat memang mesra nau kalau datang rumah aku terus ke dapur cari Mak Aji.
Si Dery everytime balik dari USM terus call rumah.
Bila mak aku tanya bila Dery sampai, dia boleh jawab "Saya baru sampai ni makcik, stokin pun tak bukak lagi".
Kau rasa? Tak ke mengundang spekulasi tu stokin tak bukak lagi dah cari aku.

Pada pendapat akulah, bila berkawan dengan lawan jenis mesti bersikap jujur antara satu sama lain.
Sebabnya, bila kita tak jujur dengan tujuan persahabatan, kita cenderung mencari-cari kesempatan untuk buat salah sorang atau kedua-dua rasa tertekan bila salah sorang mula act 'weird'.
Boleh merosakkan persahabatan.
Kalau salah sorang dah mula nak cuba pegang-pegang tangan tanpa sebab, itu dah weird la bagi aku.
Ataupun dah start sexual conversations, ini lagi BIG NO untuk aku.
Aku geli sikit kalau lelaki start nak discuss hal-hal berbaur seks.
Otak aku jadi bengong kejap untuk proses.
Lagipun sexual conversation berpotensi menimbulkan unnecessary fantacy tentang kawan kau.
Tak bagus gini.
Kalau perasaan dah berubah jadi lain dan nampak macam kita je yang begitu, baiknya pertimbangkanlah untuk jauhkan diri kejap dari kawan kita tu.
Biar perasaan kita bertenang-tenang dulu.
Same goes kalau dia ada perasaan kat kita sedangkan kita cuma nak berkawan.

Aku and kawan-kawan sama-sama bercerita tentang kisah cinta masing-masing.
Kau tunjuk gambar awek kau, aku tunjuk gamba pakwe aku.
Masing-masing dah ada pilihan hati tapi kalau tengok surat yang konsisten sampai to each other setiap minggu, orang boleh ingat kitorang ada skandal.
Ceritanya, balak is balak. Member is member. Dengan member tetapppp hantar surat.
Kalau nak tahu, perempuan memang gitu, kalau berkawan cenderung seek emotional support, share stories, and discuss everything dari fesyen, makanan, wedding plans, etc.
Sementara lelaki pula lebih suka discuss pasal hobi, aktiviti, sukan, dan tak banyak berkongsi perkara peribadi.
So, basically it is hard to find lelaki dan perempuan bersahabat tanpa rasa cinta dorang really share same views atau hobi.

Masa bercinta dengan ex dulu, sempat kenalkan dia kat kawan-kawan lelaki aku.
Kitorang dulu ada port lepak - tepi padang bola.
Situ port kawan-kawan lelaki aku main bola time skolah dulu.
Dari zaman skolah aku join lepak situ.
Dorang main bola, aku kat tepi tukang kutuk. Tak mainlah sorak.
Tabiat ni membawak sampai ke matrik.
Asal cuti semester je kitorang akan kumpul situ.
Beruntung ada kawan-kawan lelaki, yang awal-awal lagi bagitau dorang tak berkenan dengan ex aku.
Tapi masa tu aku dilamun cinta, mana nak layan nasihat member.
Aku syak dorang dengki. Bila pikir-pikir balik dorang nak dengki kat kau buat apa Dianaaaaaa. Kahkahkah.
Rupanya betul, bak kata kawan-kawan aku, ex aku kelihatan 'something wrong'.
Nasib baik aku tak buang dorang masa dorang tak setuju dengan ex aku.
Kalau tak, takde kawan aku sekarang agaknya.

Otak lelaki dan perempuan secara semula jadi memang dirancang untuk menarik antara lawan jenis.
Kalau dua-dua single, fine.
Sebenarnya, ini baik jika kedua-duanya bujang.
There's a saying "it's always good to marry your bestfriend".
Alhamdulillah kalau begitu.
Apa pun takdirnya, jodoh kita semua Allah tentukan.
Jalan cerita je berbeza.
Persahabatan antara lelaki dan perempuan memang tak mudah, tetapi tak bermakna tak dapat dilakukan.
Selagi semua pihak merasa selesa, just enjoy the processes.

Nah, aku share kawan aku nyanyi lagu feveret aku.
Saja pedajal dia nyanyi lagu oldies.