Aku tanya dia samada dia selalu ada rasa nak compete dengan semua orang ke?
Dia cakap YES.
Everytime dia buat benda A, tak lama lepas tu mesti nampak ada orang buat benda B yang dia rasa she also can do that.
Lepas tu dia nampak orang buat C, dan dia pun buat jugak sebab dia rasa she can do.
Aku dengar pun boleh rasa kepenatan tu.
Sorry to say this tapi ini bukan ciri-ciri seorang yang competitive tetapi INSECURE.
Salah satu punca hidup tak tenang adalah bila ada keinginan untuk COMPETE DENGAN SEMUA ORANG.
Orang buat A, kita nak buat A.
Orang buat B, kita nak buat B.
Orang buat C, kita pun buat sama.
Don't get me wrong.
Bukan tak boleh buat.
Kita semua mudah terinspirasi dengan apa yang orang lain buat.
Aku tak terkecuali.
Sebelum aku keluarkan GC PLUS, melambak dah weight loss product kat seluruh dunia.
Tapi aku buat juga because aku rasa aku punya produk berbeza, mekanisme yang berbeza dan marketing yang berbeza.
Disebabkan itu, aku produce GC PLUS.
Maksudnya, terinspirasi itu tak salah.
Yang salah bila kita buat kerana kita nak compete dengan orang lain.
Padahal apa yang kita sedang usahakan belum betul-betul strong, kita dah buat benda lain.
Bila terlalu banyak benda kita nak pegang sedangkan segalanya belum strong, itu yang jadi penat kerana kita masih belum mampu lepaskan some of pegangan.
Ada satu buku tentang entrepreneurship kata, kalau bisnes belum mencapai USD1 million (kalau kita 1 juta lah), jangan start new bisnes.
Dia letakkan benchmark USD1 million sebagai tanda aras kejayaan sesuatu produk/bisnes.
Benchmark ini bagus sebab buatkan kita fokus pada satu-satu bisnes/produk sebelum jump ke bisnes lain.
Tapi kalau rasa RM1 juta tu terlalu tinggi untuk capai, aku cadangkan gini.
Fokus pada satu-satu bisnes/projek/produk sehingga bisnes itu boleh diserahkan pada orang lain untuk diuruskan, baru kita jump buat benda lain.
Maksudnya, kalau kita tak perlu masuk ofis pun bisnes tetap jalan, atau kalau kita boleh pergi bercuti 2 minggu bisnes pun tetap jalan, itu hint kita dah boleh cuba cabang bisnes lain.
Dalam marketing ada pecahannya.
Ada employee, ada self-employed dan ada bisnes.
Employee is employee lah.
Self-employed is bekerja sendiri (berniaga).
Tetapi kalau perniagaan tu masih perlu penglibatan kita baru ia berfungsi, ini belum boleh dipanggil bisnes.
Contohnya home-baker.
Walaupun ada pekerja tetapi kalau cake tu tak jadi kalau bukan kita yang bancuh atau bukan kita yang jadi kepala kat dapur tu, maknanya you are still self-employed.
Bisnes is when kita boleh tinggalkan kerja/ofis pada pekerja.
Segala urusan tetap boleh berjalan walau kita tak masuk ofis.
Pekerja yang ambil order, siapkan order, deliver order, buat marketing, etc.
This is business.
Selalunya bila kita merasa penat competing, selain dari insecurities, faktor lain adalah kerana kita self-employed.
The foundation of the bisnes belum strong, memerlukan kita buat segalanya.
Kalau ini berlaku, please berhenti kejap.
Cuba listkan apa kerja yang sedang diusahakan sekarang.
Dari semua list tu, tanda mana satu yang boleh bergerak sendiri tanpa perlu campur tangan kita.
Kalau tak ada, berhenti buat benda lain dan tumpukan pada satu benda dulu.
Lebih baik fokus pada satu-satu benda dulu, hingga betul-betul boleh bergerak sendiri barulah kita cuba cabang lain.
Ini lebih menenangkan jiwa dan fikiran.
Tumpuan boleh diberikan penuh pada cabang yang baru.
Sebab, nak start new cabang from scratch perlukan usaha yang maksimum dan energy yang bukan sikit-sikit.
Kalau fikiran dan tanggungjawab kita masih ada di bisnes yang pertama, susah untuk kita bangunkan bisnes yang kedua.
Hujung-hujungnya kita kelihatan boleh buat banyak benda tapi takde yang betul-betul strong.
Sepatutnya bukan sebanyak apa yang kita boleh lakukan tetapi sejauh mana success-nya, itu lebih penting untuk difikirkan.
Insecurities pun adalah salah satu faktor kenapa kita penat dengan competition.
Yang ni masalah hati sebenarnya.
Tak boleh tengok orang lain lebih.
Tak boleh tengok orang lain dapat perhatian.
Tak boleh tengok orang lain lebih berjaya.
Kita pun nak buat jugak. Maka kita tapau semua.
Ujung-ujung semput sorang.
Drop the idea that you have to be like anyone else in order to have value.
Nak jadi macam si polan barulah dikatakan berjaya.
Nak jadi macam si anu barulah dikatakan hebat. Merepek!
Tak perlu ikut-ikut orang sampai macam tu sekali.
Yang kita nampak hanya manisnya saja, pahitnya kita tak nampak.
Itulah yang terjadi kalau kita buat sesuatu sabit nak tunjuk "Aku pun ada".
Ujung-ujung senyap sepi.
Sebab buat tak sepenuh hati, hanya nak tunjuk yang kita pun boleh.
Rasanya masyarakat sekarang belum boleh accept persaingan yang sihat.
Mostly belum boleh.
In fact, aku percaya persaingan dan pressure untuk 'berjaya' menjadi salah satu punca kenapa ramai orang stress.
Boleh jadi kita dibesarkan dalam sistem masyarakat dan akademik yang rewards competition kepada siapa yang lebih baik.
Actually benda ni tricky sikit.
Mengajar minda kita bahawa kita perlu "work hard untuk capai sesuatu vs kita tak selalu dapat apa yang kita mahukan", adalah 2 perkara yang berbeza.
What I mean is kita perlu tahu cara untuk handle stress (stress management), self compassion dan pemahaman bahawa competetive mindset itu sesuai untuk settings but not all.
Ok contoh paling senang aku nak explain jurnal aku di atas.
Aku up gamba ni di IGS.For those yang tak berada dalam IG list aku, aku selalu share hobi mewarna dan create jurnal di sana.
Baru-baru ni aku share gambar ni.
Then ada sorang follower cakap dia pernah ikut sebiji-sebiji jurnal aku untuk mendisiplinkan dirinya dalam urusan ibadah.
Tapi dia tak jumpa ketenangan malah stress. Aku tanya kenapa?
Dia cakap dia nak buat tapi tak cukup masa.
Balik kerja penat, nak uruskan anak-anak, masak, mengemas, etc.
Inilah sebenarnya antara punca kenapa kta mudah stress.
Nak istiqomah beramal soleh tu bagus.
Memang ibadah harus dipaksa.
Sebab kalau tak dipaksa memang liat nak buat.
That's why aku buat jurnal habit untuk mendisiplinkan diri.
Tetapi syaratnya, kita perlu kenal diri kita terlebih dahulu.
Like I said earlier, jangan simply buat kerana orang lain buat.
Orang yang buat tu pun dia bermula berdikit-dikit, bukan selepuk buat semua.
Kita yang baru nak bermula, jangan terus-terus buat banyak. Itu yang jadi stress.
Mulakan satu-satu dulu. Jadikan istiqomah.
Bila dah konsisten, dan boleh manage waktu dengan amalan tersebut, barulah tambah amalan baru.
Kalau nak buat semua serentak, hujung-hujung kita akan tinggalkan semua.
Allah lebih suka amalan yang sedikit tetapi konsisten.
Inilah konsep yang aku cakap pasal bisnes tadi.
Dah fokus satu bisnes, dah selesa, dah kuat, bolehlah jump ke bisnes yang lain. Barulah tak stress.
Kalau nak tahu samada kita seorang yang competitive atau insecure, competetive person tak mudah putus asa.
They like to win and try their hardest, tapi kalau gagal is ok.
Gagal adalah satu pelajaran dan mereka sentiasa bersemangat untuk teruskan perjuangan.
Orang yang insecure pula, losing kills them.
Their whole sense of self respect is built upon them winning.
Kalau gagal, boleh mati.
Actually, competition boleh menjadi perkara yang baik.
It forces us to do our best.
Tapi bila kita buat sesuatu untuk kalahkan semua orang, supaya kita sorang nampak hebat orang lain tak boleh lebih dari kita - bak kata Amy Mat Piah "Inilah masalah yang menjadi problem".