2021-03-28
Laki kau tak bagi cukup makan ke?
Hari tu aku cakap pasal perangai mak bapak yang biar anak berkuntau dalam rumah orang, kan.
Ni aku nak cakap pada manusia yang takde adab masuk rumah orang buat macam kau ada share dalam rumah tu.
Jenis yang masuk-masuk rumah orang terus tuju dapur.
Suka-suka hati selak bawah tudung saji orang ada apa. Lepas tu makan.
Apa tak kenyang-kenyang sebelum keluar rumah tadi tak makan dulu ke?
Yang buat perangai gini bukan budak kecik ya tapi orang tua.
Clue dia senang je, mak bapak yang jenis mengiyakan perangai anak-anak suka bukak katup fridge rumah orang, mak bapak yang sama nilah yang takde common sense masuk rumah orang suka buka katup tudung saji atas meja.
Percayalah cakap aku.
Aku dah perati perangai ni dari anaknya kecik sampai anaknya besar. Memang sepesen!
Sumpah aku tak faham perangai buat rumah orang macam rumah sendiri.
Kau takde otak ke, pikir entah orang tu masak satu kali je sekali harung untuk makan malam, yang kau pi tarah lauk atas meja sampai tembolok kau kenyang.
Kau takleh pikir ke entah orang tu tak masak, tapi dia beli lauk-pauk tu untuk makan kejap lagi, yang kau pikir perut kau.
Otak mana, otak?
Aku tak faham didikan apa yang diterima sampai takde common sense gini sekali.
Adekah semua rumah yang dia pergi dia buat perangai sama, terus terjah dapur selak apa ada atas meja?
Kau pegi rumah kawan-kawan kau memang bawak perangai beruk gini ke?
Aku ni tak pernah lagi la datang rumah orang terus tuju dapur, let alone bukak fridge orang, bukak tudung saji, ambik makanan atas meja. NEVER!
Even balik rumah mak mertua aku pun aku tak suka-suka bukak fridge check apa ada dalam (dulu, masa mok masih tinggal kat kampung).
Bangun pagi pun aku takde tanya mok "Masak apa hari ni mok?".
Biadap namanya.
Kalau mok aku tak pelawa "Diana, meh makan", memang aku tak makan.
Rela aku ajak En Wan cari makanan kat luar.
Apetah lagi kalau makan berbuka ramai-ramai, aku akan pastikan aku and anak-anak hanya makan makanan yang kitorang beli saja.
Maksudnya aku akan pastikan untuk majlis berbuka tu aku contribute food, bukan melenggang bawak perut, walaupun itu majlis keluarga.
Please la, have some air muka sikit.
Jangan tunjuk kau punya kemaruk tak cukup makan kat rumah tu.
Aku always perati perangai orang jenis ni.
Selamba tenuk je bukak tudung saji rumah orang tengok apa ada dalam.
Yang kita ni terkebil-kebil tengok dia kelebet makanan kita.
Nak disound "Jangan makan tau, itu nak makan malam karang", rasa macam tak patut.
Actually bukan tak patut, tapi patutnya ada la common sense sikit.
Perlu ke sampai tuan rumah nak halang kau makan makanan dia.
Kau tak reti nak tunggu tuan rumah pelawa?
Dah jadi satu masalah pulak kita nak sorok makanan dalam fridge.
Penuh fridge dengan makanan sebab taknak bagi orang makan.
Patutnya sebagai tetamu, tak kisahlah kau datang rumah jiran ke, rumah kawan ke, rumah saudara-mara ke, rumah ipar-duai ke, bila masuk rumah orang duduklah kat ruang tamu.
Sebab itulah namanya ruang tamu, untuk tetamu duduk situ. Bukan tuju dapur.
Apa yang tuan rumah hidang, itu yang kita makan.
Yang tak dihidang, tak perlu dikelebet-kelebet bawah tudung saji.
Kalau makanan tu tak dihidang, maknanya itu untuk family dia, bukan untuk tetamu walaupun tetamu tu adalah adik-beradik sendiri!
Aku tak tau lah orang lain, tapi aku rasa ini basic things yang semua orang patut faham.
Be it rumah orang luar atau keluarga sendiri, itu tetap bukan rumah kita.
Nak buat perangai kelebet tudung saji ni buat kat rumah mak bapak je.
Rumah adik-beradik pun jangan dibuat perangai tak semenggah gini.
Kerana, walaupun itu rumah kakak kita, itu juga rumah abang ipar.
Walaupun itu rumah abang kita, itu juga rumah kakak ipar.
Bukan rumah abang kita sorang, so please ada rasa hormat.
Kalaupun kau cool-cool dengan abang, tetap kena respect kakak ipar.
Tak cool ya kalau kau makan makanan yang kakak ipar kau simpan dalam fridge.
Awat keluboq sangat.
Laki kau tak bagi cukup makan kat rumah?
Selalunya yang suka buat perangai gini adalah keluarga.
Maybe makcik, maybe sedara atau maybe adik-beradik sendiri.
Dia macam rasa dia ada share kat rumah kita.
Selamba masuk rumah tanya "Ada nasi tak?".
Yang selalu buat perangai membungkus menapau makanan time majlis pun keluarga juga selalunya.
Majlis belum habis, tapi disebabkan dia nak balik, dia pulak yang minta kita plastik nak bungkus. Pelik, kan?
Dulu time aku kecil, aku selalu tengok nenek and makcik aku yang pelawa "Bungkus makanan sikit nak tak?"
Itupun cakap pelan-pelan supaya tak semua orang dengar.
Sekarang terbalik pulak, tuan rumah tak pelawa apa-apa dia memandai mintak plastik.
Kadang tu dia pulak yang punggah kabinet kita nak cari tupperware. Melampau kan?
Kita ni terpisat-pisat tengok perangai sekor-sekor macam beruk tak cukup makan.
Nak dihalang, karang sentap.
Dikatanya kita berkira dengan keluarga sendiri.
Padahal sendiri yang malu sebab baru tersedar perangai sendiri buruk, tapi in denial.
Penyudahnya dijaja la nama kita kat orang lain, kita ni jahat, kita ni berkira, kita ni sombong, semua yang buruk kita.
Dia punya buruk simpan.
Tapi orang-orang macam ni kalau kita tak sound, dia rasa kita ok bila dia buat macam tu.
Lepas ni setiap majlis dia akan buat benda yang sama.
Yang best tu, menolong tidak.
Kata kita keluarga, tapi bila kita buat majlis takde pun dia datang awal nak tolong-tolong.
Tapi dia yang menapau beria.
Jenis orang gini dia pikir diri dia je.
Dia pikir dia nak senang balik rumah takyah masak sebab dah kenyang makan rumah orang.
Balik takyah masak sebab dah tapau siap-siap dari majlis orang.
Pikir diri dia je.
Dia tak pikir tuan rumah kena masak lagi sekali sebab lauk yang dia simpan bawah tudung saji kau dah pelicin.
Dia tak pikir tuan rumah menggagau tambah lauk sebab tetamu masih ramai sedangkan lauk sedara-mara dan pakat menapau kat dapur.
Si bodoh, COMMON SENSE MANA?