2021-03-14

Bosan dengan hidup

Kelmarin sorang follower bagitau dia lost dengan kehidupannya sekarang.
Ada kerja, ada duit, tapi jiwa kosong.
Rasa bosan dengan life.
Aku minta dia cuba keluar dari zon sekarang.
Bukan apa, sometimes bila kita dah terlalu lama berada dalam satu-satu zon yang selesa, kebosanan tu akan datang.
Umpama cycle kehidupan manusia - dulu hidup dalam rahim selama lebih kurang 9 bulan.
Setelah lahir, dia jumpa alam yang jauh lebih luas dari rahim ibu.
Dan setelah mati nanti, manusia akan jumpa alam yang jauh lebih luas lagi dari dunia.
Begitu juga kehidupan kita sekarang.

Aku pun tak boleh duduk dalam satu-satu zon terlalu lama.
Maybe sebab itulah aku ditakdirkan kerja dalam sales and marketing.
Duduk buat kerja yang rutin lama-lama otak aku lembab. Tepu.
Berkerja sebagai sales, aku berpeluang jumpa dengan ramai orang yang hebat-hebat.
Jumpa dengan orang-orang hebat ni, bicara mereka juga hebat.
Berkongsi ilmu and pengalaman.
Walaupun basicnya aku jual barang biotech, tapi setiap hari kaedahnya berbeza.
Approach yang berbeza, buat demo yang berbeza, buat presentation yang berbeza, berjumpa dengan orang yang buat projek berbeza, etc.
Bendanya sama - menjual barangan biotech, tetapi jalannya tak sama.
Kepala terpaksa ligat berkerja - membaca jurnal setiap hari, baca magazine sains and technology setiap hari, increase product knowledge, create marketing plan yang berbeza setiap hari - membuatkan aku tak bosan dengan kerja aku, malah jadi passion.

Bila aku stop buat biotech lab supply sepenuhnya dah hanya tumpu pada GreenAard selama 3 tahun berturut-turut, masuk tahun keempat aku dah mula bosan.
Bukan bosan dengan GreenAard tapi bosan berada dalam comfort zone.
Selama 3 tahun, aku tak banyak berjumpa orang.
Orang yang aku jumpa adalah En Wan, staff aku and budak-budak lab.
Dorang ni semua kelompok yang letakkan aku di tempat tinggi.
I mean, bila aku own the business dan aku yang initiate the formula dan aku yang plan the marketing and product development, maka aku di tempat tinggilah.
Mereka ni hanya menunggu arahan dari aku.
Sesekali je dorang berikan pandangan.
Aku pulak jenis tak berapa effective bila terus-terusan dikelilingi oleh orang yang letakkan aku di tempat tinggi.
Dorang dependant pada aku sebab menganggap aku lebih faham dan tahu semuanya.
Orang lab pun macam tu.
Bila aku come out with formula, dorang terus run tanpa banyak bertanya.
Bila dah terlalu lama berada di atas, di kedudukan selesa di mana semua dengar cakap kau, lama-lama kau jadi bosan.
Takde challenge.

That's why aku nasihatkan follower aku tadi, cuba ubah angin.
Tak perlu tukar kerjaya, tapi cuba cari new challenge.
Be a free-lancer atau join charity work.
Kerana bila kita ada kerja baru, dah tentu kita akan jumpa orang-orang baru.
Berjumpa dengan new people will create new environment yang berbeza dari environment kebiasaan.
Dari situ baru kita boleh tahu samada kerjaya dan life kita dahulu perlu ditukar atau tak.
Kalau dah join new program masih lagi kebosanan, boleh jadi ada something wrong dengan diri kita.
Maybe depression tanpa sedar.

Tahun keempat dengan GreenAard aku dah start working on Halal Kit.
Aku dah mula lepaskan GreenAard pada En Wan and staff.
Hanya masuk untuk urusan lab and create new product saja.
Aku buat kerja lain pulak so start dengan halal kit.
Disebabkan nak merealisasikan halal kit ni, aku banyak berurusan dengan ramai orang baru.
Dengan company di Brunei and Jakarta.
Aku juga berurusan dengan academician di Vietnam untuk projek ni.
Meeting new people dan bertukar-tukar pandangan memotivasikan balik diri aku.
Aku akhirnya keluar dari comfort zone bersama GreenAard.

Aku memang suka letakkan diri aku di kalangan orang yang lebih hebat.
Duduk di kalangan orang yang 24 jam memandang aku tinggi, asyik-asyik puji aku, lama-lama aku boleh jadi bengap. Lemas.
Takde rasa nak berubah sebab kiri kanan dok memuji tak sudah-sudah.
Duduk dengan orang yang lebih hebat aku jadi termotivasi untuk belajar banyak.
Banyak ilmu mereka dapat aku absorb.
Network juga meluas.
Opportunity datang dengan banyak.
Asalnya nak buat 1 kit, akhirnya aku terjebak jadi co-founder untuk produk orang lain.
2019, aku diajak untuk run satu program dengan university.
Bukan program biasa-biasa tetapi program ijazah baru.
Bermakna student yang ambil program aku ni akan berkonvo dan bergraduat di universiti itu.
This is another challenging task. Aku grab this opportunity.

Ceritanya, jangan sempitkan potensi diri.
Kalau kita sempitkan kemampuan kita, maka dunia kita menjadi sempit.
Akhirnya kita menghabiskan usia buat benda yang rutin, takde motivasi, hilang passion dan tak membawa peningkatan.
To be fair, ada orang yang selesa berada di comfort zone.
Kalau seseorang itu selesa dengan cara itu, tak apa.
Tak perlulah keluar kalau dah selesa.
Tapi ada orang yang tak betah berada dalam comfort zone.
Dia mudah bosan dan hilang fokus bila berlama-lama di zon selesa.
Orang-orang macam ni yang aku cakap tadi perlu keluar - buat free-lance, buat charity work, cari new friends, new environment.
 
Tak perlu cari yang gempak-gempak sangat.
Apa kata mula-mula join short course 6-12 months program.
Atau enroll dalam kelas hafazan.
Rutinkan diri buat blog.
Join program memasak untuk gelandangan.
Macam aku dulu enroll dalam kelas hafazan tapi aim aku nak hafal 6 surah harian saja.
Dah settle, aku jump pi kelas lain ambil profesional certificate pulak.
Aim untuk dapatkan at least 4 profesional cert. Done.
Then aku co untuk a few produk orang lain.
I help them plan marketing, create product, etc.
Seriously, tak sempat bosan malah aku seronok opportunity datang bersilih-ganti.
Secara tak lansung, bila banyak berkumpul dengan orang lain, ujung-ujung macam-macam opportunity yang datang untuk diri sendiri.

En Wan selalu sound aku kenapa aku nak jump buat benda lain sedangkan XZIZ Biotech dah selesa.
Bukan aku menolak nikmat, aku hargai apa yang aku dah ada.
Tetapi aku tak mahu jadi seorang pengurus gaya hidupnya - bagun pagi bersiap pi ofis, sign timbunan dokumen atas meja, attend meetings with for hours; visit factories and semak product, then balik rumah, masak, tido.
Esok repeat rutin yang sama.
This kind of pengurus memang duduk dalam company yang selesa dengan bisnes yang bagus tapi hakikatnya she only lived in one room in the building, yang membuatkan dia isolated terpenjara di dalamnya TANPA DIA SEDAR.
Benda ni tak salah pun.
Tapi aku suka buat something yang lebih dari itu, bukan sekadar cari duit.

Aku selalu cakap kat En Wan, aku jadi berani tubuhkan XZIZ Biotech bermula dari meeting people lah.
Berjumpa orang sana sini semasa buat sales mengajar aku cara berurusan dengan orang, berurusan dengan supplier, berurusan dengan internation principal, berurusan dengan paper work untuk apply grant and big projects.
Selepas run XZIZ Biotech aku boleh luaskan jahahan aku.
Aku jumpa dengan lebih ramai orang.
Dari situ aku kenal dengan ramai saintist and researcher yang bagi aku input untuk aku produce GreenAard pula.
Me-market-kan GreenAard dengan cara bercerita tentang the science behind GreenAard produk membuka peluang lain pula.
Orang hire aku untuk plankan marketing product, dan dijemput untuk mengajar topik-topik tertentu di universiti.
Dan akhirnya dapat create my very own program ijazah, insyallah (collaboration dengan Mega Jati Academy).

Ada banyak pilihan ketika kita merasa bosan dengan "dunia" kita.
Change job adalah salah satu darinya.
Atau buat kerja sampingan, pastikan kerja itu sesuatu yang kita suka.
Ramai je orang yang berhenti dari "kebosanan" macam ni.
Ada bisnesman yang dah berjaya tiba-tiba serahkan semua urusan perniagaan pada anaknya.
Rupanya dia nak fokus pada hobi melukis dan akhirnya lukisan dia tu jadi cabang bisnes baru.
Ada juga orang kaya yang tak mahu memikirkan wang, apa yang dia fikirkan sekarang adalah macamana nak tolong orang miskin, akhirnya dia jadi dermawan sejati.
Ada yang memutuskan untuk tumpukan pada urusan akhirat.
Sangat mencintai akhirat, sehingga semua urusan dunia ditinggalkan.

Manusia memang mudah bosan.
Kerja bosan, belajar bosan, bercoupe dengan si A bosan, pindah ke B pun bosan, baru kejap couple dengan C dah bosan pulak, main bosan, menguruskan rumah bosan, etc.
Memang kita sikit-sikit mudah bosan.
Yang tak pernah bosan, bila bercakap hal orang. Yang tu memang seronok.
Hati-hati dengan kebosanan, jangan sampai satu hari nanti nak memikir pun bosan.
Selalunya kita mudah bosan bila terjebak dengan sesuatu yang rutin.
Hidup yang gitu-gitu sama. Memang wajarlah bosan.
Pilihan hidup kita bergantung sepenuhnya pada keputusan kita.
Jangan terbawa-bawa dengan rasa bosan.