2021-03-08

Bila dah tua


Aku ada satu album khas zaman bercinta dengan En Wan.
Dalam tu hanya gambar-gambar sepanjang kitorang kenal-bercinta-bertunang.
Dari first gambar dia kepada aku, dan gambar aku kepada dia.
Salah satunya gambar bawah ni, yang aku letak bersebelahan dengan gambar En Wan sekarang.



44 vs 22 years old.

22 tahun yang lepas, mudanya laki aku.
22 tahun selepas tu, hah yang kat sebelah tu.
Agaknya kalau umur panjang esok lagi 30 tahun entah macamana rupanya.
Dan pandangan orang-orang muda masa tu mungkin this is just another regular pakcik, yang dah tua, dan tak relevan lagi.
Mungkin masa tu kalau anak-anak muda ni tau sejarah En Wan, maybe akan kagum "Wow! Pakcik ni dulu belajar sampai universiti".

"Weh, kau jangan main-main, pakcik ni dulu umur 20 tahun dah pakai kereta sport".

"Tak sangka aku, pakcik ni dulu profesional engineer!"

Hahahaha, gitu berangannya.

Come to think if it, kebanyakkan kita gitulah.
Dulu pernah ada satu video viral sorang pakcik penarik beca pandai cakap orang putih.
Bukan main ramai yang kagum.
Kau ingat pakcik tu masa muda jadi tukun ke? Ingat dia tak sekolah?
Selidik punya selidik, rupanya pakcik tu pernah jadi kerani kat syarikat omputih zaman British dulu.
Hah, kau. Siap kerja dengan orang putih lagi.
Kita je yang gelabah tetek bila dengar pakcik tua pandai cakap omputih.
Zaman-zaman dulu kalau jadi kerani dah kira hebat ya sebab kebanyakkan orang Tanah Melayu masih kerja kampung je.
Pakcik tu siap kerja dengan omputih, yang kau orang putih tanya arah jalan pun lari, tak reti nak jawab.

Sometimes, pakcik-pakcik yang bawa lori tu pun zaman mudanya kerja hebat.
Pernah aku bersembang dengan sorang pakcik jaga store di sebuah company.
Rupanya pakcik tu zaman mudanya seorang tentera.
Hebat. Pengalamannya luas.
Aku sendiri tak boleh jadi sehebat dan seberani dia waktu muda.

Kat kawasan perumahan Pak Aji boleh dikatakan semua dah pencen.
Kalau tengok dorang bersembang sesama dia, yang sorang dengan kain pelekat baju pagoda, yang sorang dengan pegang pengkaut and penyapu.
Dari pandangan mata kasar orang muda - those are orang-orang tua yang biasa.
Tapi dalam kelompok tu adalah bekas pensyarah berjawatan Profesor, bekas Guru Besar, bekas pegawai pendidikan (bapak aku la tu) dan bekas Kapten TUDM.
Bila tengok pakcik-pakcik ni bersidai depan rumah, rasa sayu pulak hati.
Dorang ni semua adalah orang-orang hebat satu masa dulu.
Suara mereka didengari, kata-kata mereka jadi rujukan, pangkat mereka disegani.

Kalaulah umur manusia dapat ditangguhkan, confirm semua orang nak kekal muda, handsome, cantik dan segar kuat.
Sayangnya, manusia tak dapat lawan takdir.
Firaun dengan segala kehebatannya pun boleh bermimpi je hidup selama-lamanya.
Ujung-ujung jadi mumia kat muzium.
Macam tu lah kita, makin hari makin tua.
Like it or not, slowly gigi mula gugur satu demi satu, rambut putih lagi banyak dari rambut hitam, kulit dah mula berkedut, kulit makin menipis dan layut, kemampuan fizikal pun dah tak segah dulu.
Dulu setakat puasa Ramadhan sebulan tu dah boleh turun 6-7kg.
Maintain je berat.
Apatah lagi kalau marathon 15 km, sap sap soi.
Now jalan santai-santai pusing mall pun dah lenguh.

Aku ingat lagi masa umur 28, ex-bos aku umur 30.
Aku tanya dia "Apa rasa jadi umur 30?".
Dia gelak. Dia kata "Biasa je...I ok je".
Aku on the hand, takut nak menginjak ke 30.
Terasa 30 tu dah tua.
Padahal umur 30an makin galak ke sana ke mari bekerja.
Tak pulak teringat yang diri dah 30an waktu tu.
Masa umur 39 tahun, En Wan dah 40.
Aku tanya dia "Apa rasa dah 40an?".
En Wan kata "Takde rasa apa, biasa je".
Pejam celik pejam pelik, aku dah 43.
Rupaya memang tak rasa apa-apa pun walau dah 4 series.
Tu pasal manusia tak sedar diri makin tua.
Berapa balance umur yang tinggal, tak sure.

Bila bersembang dengan mok mertua, aku terfikir.
Orang yang tak kenal mok mertua aku mesti anggap she is another makcik yang biasa-biasa.
Yang dah tua. Isi masa dengan jaga cucu. Belek-belek pokok.
Padahal zaman mudanya, dia berniaga.
Bukan calang-calang bisnesnya.
Pernah ada bisnes membekal makanan, menguruskan belasan kantin seluruh Kuala Terengganu.
Dengan bisnes tu sampai sekarang ada tanah yang banyak.
Barang kemasnya dulu bukan macam kita beli seutas gelang setahun sekali tapi canang sebulan.
Dia dulu beli barang kemas satu set terus dalam kotak - rantas, subang, gelang satu set.
Tak pernah beli seutas-seutas.
Muda-muda dah holiday overseas, ke Japan, dah sampai Taj Mahal.
Pergi dengan group isteri-isteri YB.
Umrah dan Haji dah beberapa kali.
Pergi Shopping hanya kat Singapore.
Set Noritake bersepah-sepah.
Selamba je hantar lauk ke jiran pakai mangkuk Noritake.
Merasa la aku dapat piring pinggan Noritake dia.

Kalau dikenang-kenangkan balik, anak dia (En Wan) pun tak sampai lagi ke tahap mak bapak dia zaman muda.
Jauh sangat.
Macam tu lah agaknya kita esok.
Bila dah tua, duduk kat rumah melayan cucu.
Sesekali jalan-jalan pi rumah anak-anak.
Ketika tu, zaman bekerja dah berlalu.
Zaman berhempas-pulas membina business dah berlalu.
Yang tinggal hanya pengalaman dan kenangan.
Menunggu masa dijemput pulang.

Sedih tengok perangai anak-anak muda sekarang yang mudah hilang hormat pada orang tua.
Merasa diri kuat. Merasa diri tahu segalanya.
Menganggap orang tua dah tak relevan.
Cuba kau duduk kejap and kaji zaman muda orang tua tu.
Entah-entah dia jauh lebih successful semasa seusia kau.
Sehebat mana kita sekarang, setinggi mana jawatan kita sekarang, itu sekadar membantu kita menguruskan kehidupan.
Satu masa nanti akan hilang juga.
Hidup ni tak perlulah berlagak.
Kalau pun kerjaya kita besar, apa yang kita pegang ni bukan kekal, lama-lama kena bagi kat orang lain juga.
Hidup kita bukan sampai 5-6 ratus tahun pegang sesuatu jawatan.

Tadi kat IG aku letak post FB aku today.
Lepas tu ada orang DM "Wow! Kak Di pernah dapat geran penyelidikan? Powernya!"

Gitulah agaknya esok lagi 30 tahun.

"Nenek ni dulu produce kit biotech? Seriouslah nenek ni dulu blaja sains? Iskk, tak caya aku".