Kita boleh mudahkan hidup dengan be happy of who we are.
Menerima diri sendiri, baik kelebihan mahupun kekurangan.
Tapi sebahagian besar daripada kita tak realize bahawa ini adalah perkara yang penting untuk difikirkan.
Punca kenapa terjadinya masalah sosial, fizikal, dan emosi antaranya adalah bila kita tak suka dengan diri sendiri.
Tak selesa dengan muka sendiri, tak suka suara sendiri, tak suka penampilan sendiri, etc.
Personaliti sendiri pun dia tak suka. Sanggup copy personaliti orang lain.
Selalu membandingkan diri dengan orang lain and wishing they were something different.
"Kalaulah aku dapat personaliti dia..."
"Kalaulah aku cantik macam dia..."
"Kalaulah aku seberuntung dia..."
"Kalaulah paha aku kecil macam dia..."
"Kalaulah parents aku kaya macam keluarga dia.."
Yang sebenarnya, kita boleh je seronok dengan apa yang Allah dah bagi.
Apa yang Allah bentuk pada diri kita ni dah bagus dah, tinggal lagi kita selalu berharap jalan mudah.
Kita nak kalau boleh lahir-lahir dah kaya.
Lahir-lahir dah cantik. Lahir-lahir dah bijak.
Kita nak segalanya datang pada kita, sedia ada.
The thing is, kalau Allah nak kita kelihatan seperti model runway, atau artis, atau Elon Musk, dah tentu awal-awal lagi Dia jadikan kita macam mereka.
Bukannya susah sangat Allah nak buat, malah Dia boleh bagi lebih dari apa yang kita imagine.
Kalau Allah nak kita ada personaliti yang berbeza, dah tentu Dia bagi.
Masalahnya, apa yang kita ada ni sesuai dengan jalan hidup kita dan sesuai dengan kemampuan kita membawanya.
Belum tentu lagi kalau secantik Miss World kita boleh carry the burden menjadi seorang Miss World.
Belum tentu kalau sekaya Jeff Bezos kita mampu carry pressure yang telah dia lalui sebelum sampai ke tahap sekarang.
Just quit wishing you were something different.
Jangan membandingkan diri dengan orang lain, sebaliknya belajar untuk terima dan suka dengan apa yang Allah dah jadikan.
Bukan suruh pasrah, tetapi redha.
Ramai orang tak yakin dengan diri sendiri.
Dia terus-terusan dapatkan approval semua orang so they can feel better about themselves.
Sentiasa mencuba untuk dapatkan perhatian orang.
Sentiasa cuba untuk fit into people molds so they can be accepted.
People like this pakai banyak topeng.
Satu topeng dipakai depan bos.
Satu topeng lagi pakai depan spouse/boifren.
Satu lagi pakai depan kawan.
Hidup dalam kepurak-puraan.
Wearing various masks, and hoping to please everybody.
Hakikatnya this kind of people bukan saja tak jujur dengan orang sekeliling tapi dengan diri sendiri.
Kalau nak benar-benar menikmati hidup, mesti belajar untuk yakin dengan apa Allah bagi pada kita.
Kita tak diciptakan to copy or mimic somebody else.
Kita diciptakan untuk menjadi diri sendiri.
Ter-inspired dengan orang lain tak salah, tapi bukan copy.
Ketika men-copy orang lain, kita bukan sahaja merendahkan diri sendiri, tapi menidakkan keunikan diri sendiri yang mungkin kita sendiri belum explore.
Don't let people pressure you or make you feel bad about yourself.
Apa je gambaran tentang diri kita yang dorang tak suka, biarkan.
Be an original, not a copycat
En Wan dan aku are totally opposite in may respects.
Dia orangnya sangat routine dan extremely structured and organized.
Nak buat sesuatu segalanya mesti dah siap, mesti in order.
He do same things, maintain the same schedule from week to week.
Aku on the other hand, does not like routine. Aku suka variety.
There's no telling what I am going to do next.
Aku nak gerak, aku gerak terus.
Kabinet dapur aku renggang sikit. Lama dah sebenarnya.
Dari sebelum PKP 1.0 lagi aku dah mintak En Wan betulkan. Banyak kali.
Tapi dia kata tak boleh repair, kena tukar baru terus.
Kalau nak repair kena pakai allen key lah bagai.
Menjak PKP, boleh katakan aku kerap duduk dapur.
Sakit mata aku mandang kabinet tu renggang.
Aku geram, aku selongkar tool box dia, jumpa spanar.
Aku pulas pulas pulas. Hah elok terus kabinet tu. Ketat rapat jadinya.
Tak payah tunggu segala bapak allen key pun.
Hari tu pun kuali aku handle dia bergoyang.
Aku mintak dia pulaskan.
Dia kata dia takde spanar jenis tu. Kena pakai spanar yang khas untuk size skru tu.
Aku jalan pi tool box, bawak keluar satu spanar yang entah size apa pun aku tak tau.
Depan-depan dia aku putar handle tu, terus ketat.
Ceritanya, En Wan ni dia tak boleh buat sesuatu kalau tak organized dah tak structured.
Dia mesti ada semua cukup bahan A, B, C, D, baru dia boleh gerak.
Tak cukup satu benda, begitu jugaklah benda tu tersadai.
Tu pasal menjak aku kawen dengan dia 20 tahun lepas, kat tepi bibir dia tu asyik berzikir "satu hari nanti abang nak buat bisnes", penyudahnya aku yang gerak dulu.
Dah 13 tahun dah pun aku gerak, dia tak start-start lagi.
And here's the wonderful part - itulah personaliti yang Allah beri pada dia.
Takkan aku jenis redah, dia pun nak redah juga.
Orang macam aku memang sesuai benarlah dapat partner macam dia yang teliti.
Ada perkara yang perlukan ketelitian, dia akan ke depan.
Appreciate the differences.
Belajar untuk menerima the person Allah made ech of us to be.
Sebab dalam proses itu nanti we balance each other.
Dia structured, manakala aku redah belasah.
Without me, his life would be boring.
Without him, entah-entah ke gaung dah aku pergi.
Hari ni, punca ramai orang tak puas hati adalah kerana mereka banyak membandingkan diri dengan orang lain.
You know how it goes.
Mula-mula mood kita ok, happy, termotivasi, then ternampak colleague bawak kereta baru.
Lantas kita mula berfikir "Kalaulah dapat pakai kereta baru juga, kan best".
Dan-dan mood ke laut. Hilang segala motivasi pagi tadi.
Or maybe ternampak kawan datang kerja dihantar oleh suami dia yang hensem gila.
Kau pun pandang laki kau kat sebelah..and...well, you get my point.
Allah ada rancangan untuk setiap kehidupan kita.
Hanya kerana something works for somebody else tidak semestinya it's going to work for you.
Copy life orang lain selalunya akan buat kita kecewa, buang banyak masa dan tenaga.
I've seen mothers yang terkejar-kejar menguruskan anak ke sana ke sini.
Dia invest macam-macam - masukkan anak-anak ke macam-macam program, kelab dan sukan.
Usually that's great but some moms simply try to copy another person.
Orang lain hantar anak ke A, dia pun hantar.
Orang lain masukkan anak ke B, dia pun masukkan juga.
Dia enroll anak ke macam-macam program bukan kerana dia mahu atau bukan kerana anak dia mahu, but kerana taknak rasa ketinggalan.
They desperately trying to keep up with their peers (their peers, not their children's!).
Look, you don't have to be the best mother in the world. Just be the best mother that you can be.
Aku pun bukan isteri yang baik, mahupun ibu yang terbaik, but I'm determined to be the best I can be.
And I'm not going to feel bad about myself.
Kalau ada orang boleh buat lebih bagus dari aku, fine.
I'm not in a contest.
I'm not comparing myself with anyone else.
I know I'm doing the best that I can do.