2021-03-19

Suatu masa dulu...

Semalam nampak kat TV iklan birthday LAZADA.
Lantas mengimbau kenangan tahun 2013-2014.
Masa tu wakil Lazada approach aku untuk jual Fleur by Mrs Him melalui medium dia.
Masa ni Lazada masih baru, rasanya baru 2 tahun in the market.
Aku tak berapa aware kewujudan Lazada waktu ni, pernah dengar gitu-gitu je sebab waktu ni Zalora lagi famous.
Bila dapat email dari wakil Lazada berminat nak marketkan Fleur by Mrs Him, aku pun pegilah jumpa dorang kat KL.
Lupa dah mana ofisnya, tapi kat KL.

Aku pun tak tahu macamana dorang boleh terfikir nak invite Fleur by Mrs Him dalam list dorang.
Padahal Fleur by Mrs Him takde website pun waktu ni, hanya ada FB Page.
Lagipun aku jual kat blog je.
Aku suspek mesti ada blog reader aku kerja kat Lazada lantas membagi idea kat management dorang untuk tarik brand aku.
Pegi ofis Lazada dengan takde apa-apa expectation, just nak tengok-tengok dulu.
Aku tak berapa minat sangat dengan konsep "sharing profits" macam ni.
It's just like macam agen punya sistem lah.
Kita kena turunkan harga in order nak bagi pada agen.
Bezanya, dengan agen kita boleh letak minimum order.
Nak harga sekian-sekian, kau kena beli banyak gini.
Dan agen juga akan buat kerja mempromosikan the produt.
Tapi dengan Lazada, dorang pertaruhkan platform dorang saja untuk aku marketkan produk aku.
Maknanya, dorang dapat profit dari aku tanpa perlu ambil stok.
Stok aku pegang. Dorang hanya tolong iklankan pada public.

Actually sistem macam Lazada, Zalora dan Shopee, dorang tak marketkan produk kita pun.
Dorang fokus pada membina platform sahaja.
Sama macam Lazada, gitu jugalah.
Bila nama Lazada makin dikenali, orang ramai akan datang ke website dan secara tak lansung orang akan browse-browse produk dalam tu.
Umpama kau beli di mall.
Mall ada pelbagai kedai and brand.
Mall tak buat apa-apa pun.
Dia sediakan tempat di mana semua brand ada dalam tu.
Bila semua brand pun ada situ, orang akan datang.
Nasib-nasib kau lah kalau orang tu masuk kedai kau.
Gitulah konsep Lazada. Sama lah macam Shopee. Itu juga konsepnya.

Agreement antara XZIZ Biotech (sebab Fleur by Mrs Him adalah brand name, bukan company name) dan Lazada.
Kalau aku pegi sorang hari tu, aku takkan sign this agreement.
Tapi En Wan membagi semangat kat aku untuk sign.
Aku pikir-pikir, takpelah, why not give it a try.
Manalah tahu kan.
Bak kata pepatah if you want to go fast, go alone. If you want to go far, go in a group.
Jadi berbekalkan pepatah ni, aku sign.
Aku tak expect sales yang banyak dari Lazada, tetapi mengharapkan market yang lebih luas.
Dari awal dorang explain aku dah nampak, yang kena buat kerja aku sebenarnya, dorang tak buat apa.
Dorang sediakan platform je.
Jadi aku aim untuk gunakan platform Lazada untuk luaskan nama....AKU.

Hahahahah.
Nampak tak tag aku create khas untuk dari Lazada?
Aku tak letak tag Fleur by Mrs Him tapi letak nama aku DIANA ISHAK.
Sebab aku tahu kalau orang gugel nama Diana Ishak, blog aku naik dulu [try lah!].
Banyak brand tudung yang lebih gah dari Fleur by Mrs Him.
Some dah ada kedai. Aku website pun takde.
Jadi, aku taknak fight dengan apa yang aku takde.
Aku fight dengan apa yang aku ada, dengan kelebihan yang aku ada - iaitu BLOG.
Bersemangat aku design sendiri tag tu oiii.
Pakai Microsoft Publisher je. Kahkahkah.
Like I said, nak bisnes ni gunakan je apa yang ada. Lepas tu hantar print.

Seperti yang dah dijangka, sales dari Lazada tak tinggi mana.
Ada la, tapi lagi laju sales dari blog aku.
Walau macamanapun aku hargai.
Masih boleh dikira sebagai good respond juga dari crowd Lazada.
At least aku dapat customer baru yang bukan dari crowd pembaca blog.
Walaupun aku dapat untung sikit je dari Lazada (sebab Lazada ambik profit sikit) takpelah, at least duit aku tak keluar untuk bayar artis.
Bila ada new crowd, bermakna nama DIANA ISHAK tu lebih meluas.
Aku bukan nak jadi terkenal, aku cuma nak blog aku dapat capaian lebih luas. Why?

Kerana dalam berbisnes, urusan tu lebih mudah kalau customer kenal siapa seller.
Dia punya 'chemistry' tu lebih dari sekadar sebuah brand dan relationship juga lebih mesra.
Bila orang kenal Diana Ishak, secara tak lansung dia akan kenal Fleur by Mrs Him.
Pendapat aku begitulah.
Tak lama aku dengan Lazada. Cukup setahun aku tarik diri.
Yang pertamanya sebab memang dari awal lagi aku niat nak gunakan platform Lazada untuk marketkan brand.
Setahun cukuplah.
Yang kedua, sebab sales lagi laju dari blog dari Lazada.
Baik aku jual direct, 100% profit aku pegang.
Yang ketiga ni sebab dalam tempoh setahun Lazada banyak buat sale/promosi.
Ye lah, macam promosi raya, merdeka, hari ibu, etc.
Setiap kali promosi, Lazada akan cadangkan seller turunkan harga.
Aku taknak. Aku kan sejenis tak suka price fight.
Menjual dengan cara perang harga ni tak bagus untuk jangka masa panjang.
Dah la, profit rendah, lama-lama customer beli masa promosi je.
Ujung-ujung kau kena buat promosi memanjang. Eh, tak nak aku.
Then lagi satu, aku tanya Lazada kalau aku turunkan harga, how about dia punya profit, turun ke tak?
Aku tak nak lah aku je yang kena turunkan harga, aku kena kurangkan untung tapi kau punya untung maintain.
Memandangkan takde penjelasan yang jelas tentang isu profit ni, menguatkan lagi decision aku untuk stop.
Takpelah, cukuplah tu setahun.

Sometimes aku rasa kita kena berani follow kata hati, dengan bijaksana.
Bukan follow majoriti semata-mata.
Belum tentu lagi yang follow majoriti tu menjadi.
Jangan kerat leher sendiri.
Yang berjaya beberapa kerat je, yang selebihnya setakat kecoh-kecoh buat havoc.
Ramai aku jumpa jenis ni. Dia punya pompang sebelum start tu bukan main lagi.
Macam Datuk yang nak beli ofis aku tak jadi tu.
Dia punya staff datang tengok ofis aku seminggu 2-3 kali.
Siap cakap nak ganti karpet, nak ganti siling, nak ganti lampu, pung pang pung pang....ujung-ujung semua melingkup.
Konsepnya, kau jangan cakap banyak sangat. Buat dulu.

Aku pernah cerita beberapa tahun lepas, ada sorang founder produk yang chat dengan aku kat Live Chat GreenAard.
Produk dia dulu bersepah-sepah billboard kat hiway.
Now dah takde.
Aku bersembang sendiri dengan foundernya.
Dia cerita how dia ikutkan sangat trend.
Trend orang masuk magazine, dia pun masuk.
Trend orang pasang Billboard, dia pun buat.
Semua bentuk marketing dia cuba, tapi lama-lama dia takleh carry dah.
Aku tak tahulah cara orang lain macamana.
Tapi kalau cara aku, aku suka bercerita tentang produk lebih dari marketkan brand.
Bila orang trust produk kita, insyallah brand tu akan dikenali dengan sendirinya.
Promote produk, bukan brand.
Apetah lagi promote muka sendiri lebih dari produk. Ini lagi aku tak faham.

Alhamdulillah Fleur by Mrs Him banyak keluarkan produk baru selepas tu.
Dari hanya tudung, dah mula keluarkan blouse, kurung, jubah, kurta.
Dari hanya di FB Page dan blog, dah mula ada website sendiri, kemudian join di event-event besar, dah mula buat product catalogue, guna model cun-cun, buat video, buat koleksi raya, bagi tajaan dan akhirnya ada show room.
Tak famous mana pun, tapi ada crowdnya sendiri.
Tapi ni dah setahun Fleur by Mrs Him tak aktif sejak Covid-19 ni.
Biarlah dulu, kasi suasana bertenang-tenang barulah kita start semula.
Tak yakin aku nak lepaskan pemilihan kain kat tailor.
Nak kena sama-sama turun padang jugak.
Tak sabar sebenarnya ni nak start balik.

Oh by the way, GreenAard ada penambahan produk baru.
Semalam kita launch Middellyf. Boleh tengok video ni: