2021-03-26

Hasil dan Usaha

Aku bukan orang yang berilmu untuk tanya benda ni.
Tapi aku cuba jawab berdasarkan apa yang aku tahu.
Yang utama sekali kita berkerja untuk hidup.
Bukan hidup untuk berkerja.
Sebagai manusia memang kita dituntut untuk beribadah pada Allah.
Tetapi di samping itu kita juga dituntut untuk selalu berusaha menpertahankan kehidupan, contohnya dengan bekerja.
Dalam sebuah hadis pun ada dinyatakan.

"Bangunlah di pagi hari untuk mencari rezekimu dan melakukan tugasmu, kerana hal itu membawa berkah dan kesuksesan (keberuntungan). [HR At-Thabrani].

"Sesudah solat fajar (Subuh) janganlah kamu tidur sehingga melalaikan kamu untuk mencari rezeki." [HR At-Thabrani].

Dari hadis di atas kita boleh nampak banyak keutamaan untuk mencari nafkah (yang halal).
Islam mengajar umatnya untuk berusaha memenuhi keperluan.
Islam tak hanya mengajar untuk beribadah (amal soleh), tetapi menggalakkan umatnya berusaha bersungguh-sungguh.
Kerja juga adalah satu ibadah.

Pemahaman tentang "rezeki mesti dicari", tidak sepenuhnya betul.
Makna yang lebih tepat ialah "mengambil rezeki".
Kerana rezeki kita semua Allah dah siapkan, tinggal nak ambil je.
Of course untuk mengambil rezeki, syaratnya mesti bergerak.
Keluar dari rumah ke tempat terdapatnya banyak sumber rezeki.
Keluar rumah ke pejabat misalnya, dah jadi syarat utama untuk mendapatkan rezeki.
Contoh paling mudah pemandu teksi.
Kalau dorang duduk setempat maka rezeki belum tentu akan datang.
Tapi ketika dorang pusing-pusing sepanjang jalan baru jumpa penumpang.
Penumpang tu ibarat rezeki yang dah ready, tinggal nak diambil je. Logik kan?

Dan tujuan kita berkerja adalah untuk dapat gaji, dapat untung, dapat upah.
Sebab itulah agaknya kita semua percaya semakin banyak kerja yang disiapkan, semakin tinggi upah.
Semakin pandai buat kerja, semakin tinggi gaji.
Semakin rajin berkerja, semakin banyak untung.
Itu lojik manusia berfikir.
Jadi tak hairanlah bila ada yang kecewa ketika dah all out, tapi hasilnya tak nampak-nampak.
Tapi kalau difikir-fikirkan balik, ramai orang yang kerja keras tapi hidupnya gitu-gitu juga from time to time.
Kebanyakannya even run the 'rat race'.
Kerja dari pagi sampai malam hanya untuk dapat duit yang nanti habis bayar bill dan loan.

Jadi senang cari rezeki (duit) tu perlu apa sebenarnya?

Perlu jadi pandai?
Tak juga.
Buktinya, majoriti yang belajar tinggi macam most of us, sijil akademik sampai 3-4 folder, ada yang sampai Sarjana and PhD, tapi hidup biasa-biasa je.
Maksudnya duit ada, setiap bulan masuk.
Cukuplah makan pakai, boleh shopping and melancong sekali sekala.
Tetapi tidak terlalu kaya.
Dan kalau kekayaan itu hanya dimiliki oleh orang yang berpelajaran tinggi, maka seharusnya majoriti di Malaysia adalah T20.

So adakah perlu kerja keras siang malam?
Tak juga.
Buktinya, ini yang renovate rumah aku.
Kerja macam nak rak tengah-tengah panas.
Datang pukul 8.30pm, pukul 6.30pm baru balik.
Panjat bumbung, berdiri tengah panas, bancuh simen, pikul batu bata.
Aku tengok dorang kerja tengah panas, aku yang migrain.
Orang-orang ni tak cukup kerja keras lagi ke?
Apa yang kurang lagi yang dorang tak buat?
Tapi hidupnya gitu-gitu je.

Even kalau semua orang gunakan 24 jam untuk kerja keras, takkan semua dapat kesenangan dan kemewahan yang sama.
Allah aturkan rezeki kita balance. Cuma kita tak nampak.
Sometimes kita perlu sit down kejap, and look back.
Orang yang bijak-bijak Allah anugerahkan kebijaksanaan.
Dari kecik dah nampak bijak.
Khatam Quran awal, setiap tahun naik pentas ambik hadiah, menang contest sana sini.
Pendek kata, budak cemerlang.
Kalau tak berapa cemerlang pun, dia antara yang tak bodoh.
Bukan kelas belakang orang kata. Kelas depan-depan.
Jenis yang cikgu ajar 1-2 kali, dah faham.
Disayangi cikgu sebab bijak. Pelajar harapan.

Dalam masa yang sama, ada yang tak direzekikan kebijaksanaan yang sama.
Belajar macamana pun, dia faham takat tu je.
Di sekolah, kelompok tu terasing.
Cikgu tak berapa pandang sangat.
Maksudnya tak harap sangatlah kat kelompok ni.
Tapi selalunya kelompok ni direzekikan pandai bersukan, pandai menyanyi, pandai berlakon, etc.
Kalau persembahan majlis anugerah kecemerlangan selalunya set-set ni yang perform.
Dorang mungkin bukan pelajar harapan tetapi pelajar yang boleh diharap.
Kalau ada apa-apa aktiviti di skolah muka-muka ni pasti sampai dulu untuk tolong cikgu.

Dalam bahasa kasarnya "Ada orang awal-awal lagi Allah dah bagi yang best-best. Ada orang lain yang best-best datang kemudian".

Bila sedang berada di phase "yang tak best", inilah masanya kita check balik apa yang salah.
Apa yang kurang.
Kerja tak harus hardwork, tapi mesti smart.
Jangan fokus pada duit saja, mesti fikirkan value.
Kerja yang tak dibuat tanpa "jiwa" tidak akan menumbuhkan kreativiti.
Bila takde kreativiti, itu yang jadi penat sebab takde kepelbagaian dalam melaksanakan kerja.
Kerutinan itu sebenarnya yang mendatangkan penat dan bosan.
Pastikan method kerja kita berubah-ubah so that can trigger creativity.

Lagi satu, ini yang aku selalu cakap - tambah ilmu.
Tambah pengetahuan tentang kerja kita.
Ambil masa membaca, join workshop, cari mentor, etc.
Ini sangat membantu, trust me.
Lagi banyak ilmu kita tahu, lebih creative kita dalam berkerja.
Especially yang jadi sales.
Kena sentiasa update diri dengan news and knowledge yang berkaitan, barulah kita idea untuk buat sales mencanak-canak perginya, insyallah.
Aku berpengalaman buat offline sale, itulah cara aku dulu. Cuba buat.
Kalau nak tahu, inilah method budak-budak drop out buat.
Kebanyakkan orang terkaya di dunia adalah drop out dari universiti, perasan tak?
Satu karakteristik yang dorang ada adalah dorang suka belajar hal-hal yang menarik dengan mendidik diri sendiri atau mencari mentor.
Dorang belajar apa yang dorang suka, that's why they excel in life after school.

Last but not least, mudahkan hidup dengan mengundang redha Allah.
Apa caranya? Banyak.
Bukan kapasiti aku untuk explain apa yang patut buat, tanyalah pada orang-orang yang ahli.
Apa yang aku buat pun setakat apa yang aku tahu saja.
Nak lebih baik amalan, tanyalah yang lebih layak.
Insyallah jawapannya lebih tepat.
Cuma dari apa yang aku belajar dan baca, kemudahan dari Allah tu boleh datang kalau kita buat perkara yang Dia suka.
Sedekah setiap hari (Subuh).
Dalam setiap sedekah, titipkan doa dan harapan kita.
Yang wajib jangan tinggal.
Mudahkan urusan orang.
Sebarkan kebaikan.
Ikhlas pada mak bapak.
Banyak.

Pada pendapat aku, kemewahan dan kesenangan datang kerana kemudahan yang Allah bagi.
Boleh jadi kerana usaha, boleh jadi kerana doa orang lain untuk kita.
Apa je yang kita dapat hari ni tak ada yang kebetulan, semuanya dah diaturkan.
Termasuklah menulis post ni.
Dah ditentukan hari ni aku menyampaikan tulisan ni.
Perlu ke esok lusa aku tanya balik kat korang "Ada sesiapa tak yang dah amalkan apa yang aku tulis semalam? Boleh tak nak tahu berapa orang dah buat".
Tak perlu, ya.
Sebab HASIL bukan urusan aku.
Urusan aku USAHA menyampaikan apa yang aku tahu saja.
Moga dinilai sebagai ibadah.