2021-03-10

Petik hadis.

Semalam melintas satu FB post.
Jual produk tapi tak cerita pasal produk pun, lebih banyak letak quote-quote hadis tentang makanan sunnah.
Aku konfius budak ni jual produk ke jual buku agama?
Ini samalah dengan post aku beberapa bulan lepas tentang founder yang buat marketing tak menjual produk pun tetapi lebih kepada mencari agen.
Aku tak sure apa sebenarnya tujuan dia produce produk.
Benar-benar untuk "help" orang yang bermasalah ataupun mencari orang untuk membantu dia jadi cepat kaya.
Kebanyakkannya highlite pencarian agen.
Info tentang produk ntah ke mana-mana.
Lepas tu bila customer tanya, pandai-pandailah kona lipat.
Itulah yang baru terjadi semalam kat rumah aku.

Kisahnya, mesin air [brand biarlah rahsia] aku tak sejuk.
Aku tak aware pun sebab aku selalu minum air panas dalam rumah ni.
Bila En Wan and mok kata tak sejuk, aku test, haah memang tak berapa sejuk.
Rumah Mak Aji pakai brand and model yang sama. Helok je pun sejuknya.
Technician datang dia kelebet-kelebet sambil memberi penerangan dari sudut teknikal kat En Wan.
En Wan kata fakta dia bagi tu tak lojik lansung.
Bila En Wan tanya soalan, dia mejawab tapi merapu.
Sampai En Wan terpaksa declare "Saya engineer. Saya biasa handle mesin-mesin besar. Konsep cooling semua sama. Heran apesal mesin air awak ni satu-satunya yang pelik".
Terketar terus budak tu [tangan dia memang terketar lepas kena sound dengan En Wan].
Lepas tu barulah dia kata nanti dia check balik dengan HQ selepas seminggu dia datang balik.

Kan ke senang dari awal tadi kau cakap yang betul.
Ni tak, kau kona sana, kona sini ujung-ujung menjunam.
Macam ni la kesnya kalau misinya nak hit sales tanpa tujuan yang betul untuk menyelesaikan masalah pengguna.
Aku pelik cara bisnes yang macam ni.
Misinya, JUAL. Jual sebanyak-banyak ada.
After sale service, ke laut.
Berbalik pada post yang banyak petik hadis dari bercerita tentang produk tu pun satu hal gak kepelikkan dunia.
Susah benar agaknya nak menjana pendapatan sampaikan agama jadi bisnes, ya?

Aku punya GreenAard pun ada guna bahan-bahan sunnah.
Ada habatussauda, ada kurma.
Tapi idok le pernah aku menjual benefit sebijik kurma tu boleh mengubat 37 jenis penyakit.
Bukan menafikan kebaikan makanan sunah, tapi sebagai orang yang mahu berniaga, apa takde modal lain selain dari petik hadis?
Petik hadis sana sikit, sini sikit, berharap orang beli produk dengan modal hadis-hadis tadi.
There are many things around you that can be used.
You only need carefulness, creativity, hard work and of course FOCUS.
Kemiskinan memang harus dilawan, tetapi niat kena betul.
Daripada meniagakan agama, lebih baik berniaga sampah atau barang terpakai.
Ada gak faedahnya untuk alam sekitar.

Berniaga ni kena ada tujuan dan niat yang baik.
Tak cukup hanya berusaha, tetapi perlaksanaan juga baik.
Kalau betul nak membantu orang, betul-betullah bantu.
Jangan semua benda kau taram "Boleh".
Apa nak jadi dengan orang, gasak.
Asal niat kau nak jadi kaya terpenuhi. Tak boleh macam tu.
Sepanjang 17 tahun aku dalam dunia sales & marketing, boleh tahan banyak perangai manusia tamak yang aku dah hadapi.
Paling dekat tu ha, jiran opis lama aku yang bertitle Dato.
Punya gak dan eksyen dorang anak-beranak.
Pandang kita sebelah mata siap perlekeh aku.
Nak untung kat diri sendiri punya pasal.
Last-last tersembam juga.
Malas aku nak cerita balik benda ni. Semak.

Tak dinafikan seiring dengan peningkatan minat orang ramai terhadap Islam, kapitalis dan oportunis melihat agama sebagai medium yang boleh jual.
Bermula dengan Haji Umrah, kemudian bisnes air yang dibaca dengan 30 juzuk Quran, lepas tu telur halal.
Katanya ayam-ayamnya bukan penzina.
Telur ayam yang biasa kita beli tu kemungkinan penzina.
Aduiii boleh menopos awal aku gelak gini.
Ayam pun ada ayam sunnah.
Katanya sejak dari dalam telur lagi reban tu diperdengarkan dengan lantunan ayat-ayat Quran. Kau rasa?

Lagi satu bisnes Vallet doa. Upah baca doa kat Mekah.
Harga bergantung ikut lokasi.
Ada yang menjangkau RM5000 ikut berapa panjang doa kau pesan. Tengkorak dia.
Produk "sapuan sunah" pun ada.
Aku mula ingatkan krim muka ke apa.
Rupanya ala-ala gambir.
Nak jual produk seks pun kena guna perkataan "sunnah" baru laku gamaknya.

Berniaga atau berbelanja kerana alasan agama sebenarnya tak salah, tetapi jangan lupa, akal yang waras juga perlu digunakan.
Common sense kena ada.
Janganlah balik-balik berbisnes dengan ayat-ayat berbasis syariah.
Islam membenarkan jual beli tapi ada aturannya.
Dalam pandangan Islam, bisnes bukan hanya untuk mencari untung tetapi keberkatan.
Peruntukan syariat baik dari segi modal, strategi, proses, amalan dan sebagainya mesti diambil kira.
Bukan setakat pandai petik hadis dan mencipta nama produk yang ada hawa-hawa bunyi Arab saja.