2020-02-20

Allah akan 'ganggu'



Kita selalu tak faham kenapa perkara-perkara tertentu berlaku kepada kita.
Maybe someone yang kita tak pernah terfikir akan tinggalkan kita akhirnya meninggalkan kita.
Atau kawan baik tiba-tiba berpindah. Now, kena cari kawan baru pulak.
Atau selama ni di ofis things were doing great, suddenly ada konflik and we don't enjoy being there anymore.
Kita jadi kecewa dengan keadaan dan mula salahkan semua benda.
Bila hati dah sakit, apa buat pun tak menjadi.
Hilang motivasi, cepat putus ada, mudah marah dan akhirnya berdengki.
Dah habis modal nak mengamuk kat manusia, kita mula persoalkan takdir Tuhan.

Padahal not every closed door is bad thing.
Bukan semua yang tinggalkan kita adalah suatu tragedi.
Allah Maha Tahu. Dia tahu kita tak akan bergerak ke depan kalau tak ditolak.
Kerana dalam keadaan serba selesa, kita selalunya leka.
Kita jadi lupa nak memperbaharui skill, jadi malas nak cari kawan baru, tak mahu belajar dan cuba benda baru.

Melangkah keluar dari comfort zone memang scary kerana kita tak pasti if it is going to work out.
We may not like it tetapi kalau Allah tak 'ganggu' kita, pasti kita jadi terlalu selesa dan tak berubah.
Allah sangat sayangkan hambaNya, sebab itulah Dia 'ganggu' so that we don't miss our destiny.
Dia tahu kita ada banyak potensi, banyak bakat.
Terlalu banyak perkara yang bagus ada dalam diri kita.
Rugi kalau stuck di tempat yang sama je.
Jadi sesekali Dia akan letakkan kita di situasi yang uncomfortable, yang buatkan kita stretch and grow.

Secara zahir nampak macam setiap perkara yang susah adalah penghalang untuk kita terus melangkah.
The truth is, tak ada satu pun meant to stop us.
Instead they were all meant to push us, to mature us and to make us stronger.

Dah selesa duduk di company dengan jawatan yang selesa, ranking yang selesa, ada anak-anak buah, dah hafal product knowledge, dah ramai kawan, tiba-tiba aku kena jump pi company lain.
Aku cuba bertahan di company yang sama tapi management dah teruk sangat waktu tu.
Aku tak nampak future aku kalau terus stay di situ jadi aku accept offer dari tempat lain.

Bayangkan, dah selesa hari-hari tak payah tempuh jem, tiba-tiba kena tempuh jem.
Elok-elok dah ramai kawan, now kena cari kawan baru.
Dah selesa di company yang ramai melayu, tiba-tiba di tempat baru aku sorang je melayu.
Dah handal product knowledge hinggakan product code pun aku hafal, tiba-tiba kena belajar new product.
Terasa life aku gila-gila punya backwards.

Di tempat baru, bos expect aku can do all kerana aku dah berpengalaman katanya.
Aku pun ingat aku dah cukup power, rupanya tak.
I had a lot of enthusiasm but I didn't have much training.
Kerja-kerja aku sebelum ni banyak yang rutin : jumpa customer-demo-presentation-close deal.
Balik-balik itu. Aku takde pengalaman membina new department.

Di ofis baru, tugas aku dah macam start new business.
Menggagau-gagau buat semuanya sendiri.
Dah la kena pandai-pandai sendiri sebab nak tanya colleague, dorang pun takde pengalaman start new business.
Dah la customer database bersepah-sepah, semua aku kena extract balik untuk pilih prospek.
Bulan-bulan pertama memang habiskan masa day and night developing new department, dalam masa yang sama learning many new things.

Rupanya itulah cara Allah mengatur perjalanan kerjaya aku.
Dia force aku to change until aku get out dari comfort zone, stretch and start doing things yang aku tak sangka aku akan buat.
Bila dah start, baru aku sedar it wasn't as hard as I thought.
Kalau aku kekal di company lama, aku akan terus buat benda rutin sampai hujung nyawa.
Allah dah plan satu hari nanti dia nak bagi XZIZ Biotech pada aku, tapi ia takkan datang selepuk depan mata.
Caranya, aku mesti jump ke company lain, di company tu aku akan belajar membangunkan new department.
Dari situlah aku kutip banyak ilmu baru. Kemudian barulah XZIZ Biotech datang.

Ever since aku ambil course biotech, aku always teringin nak jadi researcher.
Membayangkan aku akan kerja di lab, buat research, buat penemuan baru - this is the best angan-angan pernah terlintas dalam kepala.
Tak pernah terlintas lansung nak run business. Berlakon jadi bos memang selalu.

Aku pernah pi interview post Pegawai Penyelidik untuk MARDI and MINT [Nuklear Malaysia].
Dua-dua keputusannya KIV. Takde rezeki.

Kemudian aku jadi sales exec di biotech company.
Tak dapat join kerja-kerja lab secara lansung, tapi dapat advice customer barang apa yang sesuai untuk kerja-kerja lab dorang. Jadiklahhhh.
Itupun aku dah seronok sangat dah. Terasa macam aku jadi scientist!

Lama-lama dah seronok jadi sales, aku terlupa dengan cita-cita aku nak jadi researcher.
I was comfortable.
Then what happened?

Allah 'ganggu' keselesaan aku.
The whole process started over.
He pushed me out of my comfort zone, pushed me to discover new talents, push me into greater influence.
Itulah caranya Allah nak jadikan aku researcher.
Orang lain nak dapat jadi lecturer cukup dengan 1 interview.
Aku kena lalu jalan jauh sikit - masuk company sana, keluar company sini, berhenti jap sambung blaja, pastu masuk company sana, kena henyak kat company sini, then baru berjaya jadi researcher.
Takpelah, lambat sikit dari orang lain.

Nak mulakan sesuatu yang baru memang menakutkan, tetapi quit dari company lama was a turning point dalam hidup aku.
Allah gunakan situasi chaos di ofis lama untuk push aku into my new destiny.
Even though rasa uncomfortable, it was the best thing that could have happened to me.
Kalau aku terus stay di sana, 'tumbesaran' aku akan sangkut.
Allah memang mendengar doa kita. Allah memang kabulkan.
Tapi cara Allah memberi tak sama macam kita bayangkan.

Every pain yang kita experience adalah petanda ada benda baru Allah nak bagi.
Umpama nak bersalin, setiap kali contraction, setiap kali itu pintu terbuka 1cm.
Semakin sakit, semakin dekat baby nak keluar.
Doctor takkan suruh kita push sesuka hati "Teran lah bila-bila awak suka". No.
Kena tunggu masa yang sesuai, baru push.
In the same way, when we are being pushed, remember! Something new is coming.