2019-11-13

Tak semua pasangan adalah satu team


Selalu kita dengar - "kita adalah dengan siapa kita berkawan".
Yang jarang kita dengar - "kita adalah dengan siapa kita berkahwin"

Baru-baru ni aku tulis post "Tak Supportive Lansung".
Someone email aku and bagitau betapa dia sebenarnya kecewa dengan diri sendiri kerana tak kuat berpegang pada apa yang dia percaya.
She finally gave up dengan sikap suami yang selalu kondem and kritik usaha dia untuk cari duit lebih [bisnes].
Dia-cuba-cuba untuk buat food business - home-cooked.
Alhamdulillah bila dah mula dapat tempahan yang banyak, dia terpaksa minta tolong suami jadi runner untuk deliver order.
Tapi lama-kelamaan suami kondem bisnes isteri.
Isteri tak pandai marketinglah, patutnya banyakkan menulah, patutnya harga naikkan sikit lah, caj penghantaran tak berbaloilah.

Selalunya macam tu lah.
Tak kiralah dengan pasangan atau dengan sesiapa saja, waktu kita start the bisnes, waktu kita tengah merangkak-rangkak tu, takde sape nak ambil tahu.
Tapi bila dah semakin berjaya, yang tak ambil tau tu lah yang lebih sudu dari kuah macamkan dia tahu semua benda.
Inilah yang mentor aku cakap - "Ramai yang tahu tapi tak ramai yang buat".
Cakap pandai, sembang kencang tapi buatnya tak.
Bila isteri dah start, dah berjaya, dia pulak lagi sibuk arahkan itu ini.

Bak kata Johnny Depp - One day the people that didn't believe in you will tell everyone how they met you.
Lebih kurang macam ni lah perangai orang-orang yang aku cakap tadi.
Mula-mula dia tak nak ambil tahu, ujung-ujung dia yang lebih-lebih as if dia business advisor kita pulak.

Sebenarnya susah nak jumpa pasangan yang shares our ambitions, goals, and dreams.
Hakikatnya hubungan suami isteri bukan sekadar hubungan romantik tetapi lebih dari tu sebab ia sangat mempengaruhi kerjaya kita in major ways.
Kalau sokongan tak betul, bukan saja boleh mendatangkan stress tapi boleh buatkan kita give up nak teruskan impian.
Kalau kita dan pasangan sama-sama on the same wavelength, selalunya lebih senang dan cepat kita capai apa yang kita nak kerana suami dan isteri adalah satu team.
Malangnya, tak semua pasangan adalah satu team.

Ramai dah share dengan aku cerita tentang macamana dorang tak jadi nak buat perkara yang dorang nak buat sebab pasangan masuk campur.
Bila bisnes isteri maju, suami mula melebih-lebih.
Sikit tak respect kerjaya dan usaha isteri.
Dia rasa title suami tu buatkan dia ada share in the business too.
Akhirnya bisnes melingkup sebab isteri give up nak teruskan kerana malas nak layan karenah suami.
Yang peliknya tu, si 'business advisor' ni tak nak pulak run the business bila isteri back off.
Tapi bila Hamba Allah tu buat business, macam-macam kau kondem.
Ada je benda yang isteri buat tak betul, kau je lah yang pandai.
Bila isteri tak nak run the bisnes lagi, tak pulak dia take over and teruskan.
Sebab dia tau sebenarnya dia tu pandai cakap je!

Lelaki yang tak buat macam ni, tak payahlah nak terasa, ya.
Biarkan yang buat je yang terasa.
Tak payah nak cakap "Kalau saya tak redha, dia takkan berjaya".
Ceh! Alasan.
Masa orang tu buat bisnes, bukan main lagi kau lebib sudu dari kuah bagi "advice" macam-macam macamkan kau pandai, bila bisnes dah melingkup dan-dan kata "Sebab saya tak redha".
Taiknya la hai.

Masa mula-mula kawen, aku and En Wan dah plan untuk ada rumah sendiri sebelum ada anak.
Boleh jadi first pregnancy aku gugur sebab waktu tu kitorang masih belum cukup duit nak beli rumah [agaknya lah].
3 bulan lepas kawen, kitorang menyewa di USJ21 sebab dah ada plan untuk beli rumah kat Putra Heights.

Selagi tak ada rumah sendiri, no cuti-cuti.
Simpan duit untuk beli dan renovate rumah sebelum pindah masuk.
Alhamdulillah aku dengan En Wan memang sepakat bab ni.
Sama-sama willing untuk tahan keinginan nak shopping and bercuti.

Tak lama mana pun, 2001 kawen, 2004 kitorang berjaya pindah rumah yang pertama.
Tahun tu rumah 2 tingkat di Putra Heights baru RM250K.
Awal 2000 itu memang rate rumah yang standard.

3 tahun memang gila-gila simpan duit untuk bayar bayar downpayment + RM20K renovation  + RM10K untuk beli perabot tambahan.
Tahun yang sama jugak Redza lahir dan kitorang terpaksa allocate RM5K dari simpanan untuk hire bibik.
Memang agak tight financial kitorang waktu tu tapi disebabkan ada goal yang sama, masing-masing bertahan.
Cuba bayangkan kalau En Wan je yang bertahan dengan goal, dan aku pulak sibuk ajak dia spend duit ke shopping, ke melancong, ke benda merepek-repek, rasanya payah nak realisasikan impian tu.
Ingat! Lifestyle dan personaliti pasangan boleh bagi impak pada kita.

Rumah yang kedua, a lot easier.
Yang ini semua pun ada pengalaman yang sama sebab selalunya bila beli next rumah, pendapatan waktu tu dah bertambah dan kita pun dah ada pengalaman what to expect.
Jadi takdelah tight sangat perbelanjaan tu macam awal-awal nak beli first house.

Same goes to planning our future.
5 years is a lot of time for someone to change their life around.
Dalam masa beberapa bulan pun hidup kita boleh berubah, lagikan 5 tahun.
Sangat banyak benda kita boleh ubah dalam tempoh 5 tahun tu.
So kalau dalam tempoh 5 tahun kita berjaya accomplished impian kita, chances are we can do the same thing in the next 5 years, a lot easier.

Maksudnya kat sini, dengan siapa kita berkahwin juga menentukan bagaimana masa depan kita.
Rezeki memang Allah dah tentukan tapi perjalanan nak mencapai rezeki tu boleh dikurangkan hassle-nya kalau suami isteri ada kesepakatan untuk bina target yang sama.
Kalau pasangan jenis yang tak kisahlah duduk kat mana pun asal ada rumah, tak kisahlah keje apa pun asal ada keje, semua benda belasah pasrah, agak susah untuk plan masa depan because dia takde planning where he/she will be in the next 1, 5 and 10 years.

Pasangan suami isteri yang ada perancangan bersama, selalunya lebih cepat capai impian.
Bak kata omputih "If you want to go fast, go alone. If you want to go far, go together".
Pastikan team yang kita pilih benar-benar boleh bawa plan kita pergi jauh.
Kalau dapat team yang tak membantu, payah kita nak grow.
Being in a relationship dengan someone yang motivated and sangat determined untuk capai impian, akan bagi impak yang hebat pada hidup and kerjaya kita, insyallah.
Kalau pun pasangan kita tak share dreams yang sama, at least dia tak menyibuk dan menghalang, itu pun dah cukup baik.

Apa-apa pun, kita sendiri kena ada foundation yang kuat, maksudnya keinginan kita tu mesti kuat.
Kalau keinginan tak kuat, the moment kau dengar someone talk negative tentang idea-idea kau, kau akan mula was-was dengan your plan eventho you know better.
Sometimes kena belajar pekakkan telinga and keringkan hati. Buat sampai jadi.
Bila dah berjaya, yang memekak dan mengkondem tu akan senyap.
Silap-silap dia nak join sekali. Eh.