2019-11-06

Tak supportive langsung



Pernah tak kau excited nak buat something new, kau dah buat research and do the plannings but bila kau share plan kau to others, they are not happy for you dan tak supportive langsung?

Kadang-kadang realiti sangat pahit ditelan.
In fact, a lot of the time, sesuatu yang baru tu tak mudah mendapat sokongan.
Especially kalau apa yang kau nak buat tu tak pernah lagi dibuat oleh keluarga dan di kalangan kawan-kawan.
Contoh, kau nak sambung blaja ambil course pertukangan when adik-beradik and sepupu-sepapat semuanya ambil course professional.
Atau, kau nak berniaga sedangkan sejarah keluarga kau belum ada yang berniaga.
Selalunya perkara macam ni akan dapat tentangan.
It can make you feel 'wrong' in some way dan kau mula question diri sendiri "Apa benda yang aku nak buat sebenarnya ni? Betul ke tak? Berbaloi ke tak?"

Ussually kita cuba nak fahamkan mereka tentang pilihan kita [at least itulah yang pernah aku buat dulu].
Disebabkan dah nekad nak buat apa yang aku nak buat, aku cuba juga untuk bagi dorang faham pilihan aku not as bad as what they thought.
Kadang-kadang sakit hati juga bila kita dah explain sehabis baik but they still tak boleh terima.
Memang ada orang macam ni.
Bukannya dia tak faham pilihan kita tapi dia tak mahu accept regardless apa pun explanation kita.
They listen tu reply, bukan listen to understand.

Luckily aku ni 'keras kepala'.
Kalau aku dah nekad, aku buat.
Aku explain untuk buat syarat.
Maksudnya aku bagitau sebab aku nak dia tahu I am going to do this, bukannya nak minta approval dia.
Tapi aku tau tak ramai yang 'keras kepala' macam aku.
Ramai yang nak buat sesuatu yang dia suka tapi akhirnya tak gerak langsung sebab tak ada support dari orang sekeliling [family and close friends].

Aku banyak juga buat perkara yang menyongsang arus.
Orang berebut nak masuk boarding school, aku keluar.
Orang aim ambil course profesional [atau at least course yang orang kenal], aku ambil Biotech [tahun 1999 Biotech was nothing kat Malaysia].
Orang aim kerja researcher, aku buat sales.
Orang aim bekerja dalam comfort zone, aku berhenti and start business.

Ramai yang macam aku, aku tau.
Dan ramai yang face tentangan dari family and kawan-kawan.
Thing is, apa yang kita buat just may not be their 'thing' and that is ok.
Just because dorang rapat dengan kita, tak semestinya dorang mesti support kita.
Same goes to kawan-kawan yang katanya tak support our business.
Actually "support" tak bermakna mesti beli, atau mesti like/share our post, atau mesti recommend business kita kat orang lain.
Walaupun kawan yang baik akan support business kawannya, tapi kalau dia tak support dengan cara tu, that's ok.
Dia tak mengutuk, mencaras dan memburuk-burukkan usaha kita pun dah cukup baik.

Aku ada lebih dari 200K viewers blog ni, 30K followers kat FB, 11K followers IG and around 10 real life close friends.
Out of all those numbers kau rasa berapa ramai yang support and share kerja-kerja aku?
Aku print buku-buku aku 3000 copies je.
Ada tu ha 10 buah lagi left.
Bermakna tak sampai 3K pun support my work out of beribu-ribu yang follow ni.
But aku ok.
Aku appreciate yang beli, yang tak beli, that's their choice.

Dan dari 10 closest friends ni, aku tahu how many yang always ada di belakang aku no matter what.
Yang asal aku produce new product, dorang pasti beli.
Sometimes dorang tak beli untuk pakai sendiri but belikan as hadiah untuk orang lain.
I don't have to name these people. They know who they are.

Aku juga ada kawan yang buat MLM and dia tahu aku tak suka MLM sebab aku ada bitter experience dengan orang MLM.
But as long as kau tak paksa aku beli produk kau, I am happy to support you - maybe share your post atau tolong bagi leads.

Just because kita sangat excited and passionate dengan kerjaya kita, tak bermakna kawan kita pun ada minat yang sama.
Samalah bila kita kerja buat cookies, then someone tanya "Macamana kerja? Ok?".
Kita selalunya tak berminat nak bercerita lebih kalau yang bertanya tu bukan dikalangan yang pernah bekerja dengan kita atau in the same industry as us.
Kalau yang bertanya tu buat kerja yang sama, baru terasa they are genuinely interested about what we do, betul tak?
Same goes in business.
Kadang tu dorang tak support kerana dorang tak ada dalam industry yang sama jadi keperluan untuk support tu tak ada.

Kadang-kadang kita nak bercerita lebih-lebih tentang our progress takut orang kata kita ada imposter syndrome pulak.
Sabtu lepas dalam kelas Personal Branding, the speaker kata kalau orang yang tak berada dalam industry yang sama dengar kita bercerita tentang kejayaan kita, they will say we are bragging.
Tapi to those yang berada dalam industry yang sama, our 'bragging' is a successful story dan they love to hear that kind of 'bragging'.
That day dalam class, masing-masing 'bragging' tapi aku yakin sekelumit rasa meluat pun takde because masing-masing tau the struggle so their successful stories adalah pemangkin semangat.
Kita suka dengar cerita-cerita kejayaan orang lain.
No time for jealousy.

Hari tu ada nampak someone letak quote kat FB "People want you to do well, just not better than them".
Hakikatnya memang ada yang macam tu, tapi ada juga yang tak macam tu, jadi kenapa kita nak fokus pada orang-orang yang tak genuinely support kita?
Bermakna, kita pun salah sebab bagi perhatian sangat kat orang-orang yang macam tu sampai kita stress.

Bagi aku, tentangan yang paling kuat adalah dari keluarga dan pasangan.
Ini sebenarnya tentangan paling kuat.
Susah sebenarnya kita nak start apa-apa kalau keliling kita sangat tak supportive.
They will always find ways untuk buktikan pilihan kita tak berbaloi diperjuangkan.
Rajin pulak tu buat research sana sini nak proofkan kita bakal kecundang.
Memang tak mudah berada dalam situasi ni.
Kalau rasa ketenangan emosi lebih utama untuk kau, maka ikutlah nasihat dorang.
Tapi kalau kau tahu apa yang nak, maka buatlah sesuatu yang tak akan buatkan kau terkilan kerana tak lakukannya.

Sometimes we need to pick and choose who to listen to.
Bukan semua orang as 'brave' as you.
Tak ada yang salah pun dengan pandangan and nasihat dorang.
Cuma kau ada this thing yang buatkan kau nak buat lebih and be more.
Kau nak buat something yang kau absolutely love!

Ok aku kena bagi clear benda ni, karang ada yang salah faham pulak.
There's nothing wrong with mahu stay kat comfort zone atau mahu keluar dari comfort zone mencabar diri.
Aku just percaya yang peluang tak datang berkali-kali, hidup kat dunia ni pun sekali je so you should be happy living it.
It's too short for anything else.

Below are some photos masa Personal Branding Class that day.
Memang aku hadkan kepada 10 orang saja sebab kita nak ada interactive session, tak mahu masing-masing melanguk bila speaker cakap kat depan, especially kalau duduk belakang-belakang.
Alhamdulillah, good feedback.
Speaker pun berharap aku boleh organize one-whole-day class, kali ni case-by-case study.
Hat ni pun maybe 10 orang juga la.
Kalau 100 orang jenuh la nak bagi perabis telek sorang-sorang punya case.