2019-02-14

Waktu


Post semalam tentang blaja agama, ada reader cakap dia stress sebab nak sangat join orang surau dengar ceramah tapi anak-anak kecik lagi,  payah sebab nanti anak bising dalam taklim.
Balik keje sibuk mengemas, memasak, by the time boleh rest, mata pun dah mengantuk.
Pegang Quran pun tak sempat.

Ok, dia macam ni tau.
Aku punya post tu sekadar encourage saja.
Kita pun tau kan mana yang fardu mana yang sunat.
Dapat buat yang fardu pun dah bagus.
Rasulullah pun kata kalau buat fardu pun boleh masuk syurga asalkan jangan buat dosa lansung.
Tapi manusia biasa macam kita tak lepas dari dosa, jadi nak tak nak kena gagahkan juga top up dengan ibadah lain.

Tapi, jangan kecikkan skop ibadah tu hanya pada amalan akhirat.
Amalan dunia pun boleh jadi ibadah kalau kena dengan niat dan cara.

Dulu aku pun always rasa macam tu.
Tengok orang lain ada free time, aku pun serabut nak ada free time juga.
Tapi bila aku ada free time, takde apa perkara manfaat pun yang aku buat melainkan gi jalan-jalan mall, tengok TV, makan, tak pun membuta.

Sekarang waktu Subuh lambat, 6.10am.
Pukul 6.30am aku dah dengar jiran aku start enjin kereta nak pi kerja.
Aku 6.30am masih lagi kat rumah, mandi pun belum kadang-kadang.

Sekali imbas mesti ramai yang nak dapat peluang macam aku - boleh bangun lambat, lepas solat tido balik, tak huru-hara keluar awal tempuh jem bagai, tak kelam-kabut nak bersolat nak bersiap segala.
Yes, nampak macam best je bila kita boleh berilek-rilek pagi-pagi sedangkan orang lain huru-hara nak pi ofis.

Hakikatnya yang ramai orang tak nampak adalah, susah atau senang masih lagi sebuah ujian.
Jangan ingat bila kita ada free time atau flexible time, kita beruntung.
Belum tentu lagi waktu yang flexible tu bernilai ibadah di sisi Allah.
Free time/flexible time bukanlah anugerah, tetapi ujian.
Sejauh mana kita manfaatkan masa yang terluang tu akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti.

Dulu Allah uji aku dengan kesibukan.
Aku gunakan 3/4 setiap hari untuk dunia.
Solat sekadar fardu.
Nak tunggu nampak warak sikit bulan Ramadhan, tu pun puasa je.
Mengaji kalau sempat.
Terawikh kalau tak penat.
Terdetik jugak di hati nak macam orang lain Subuh sempat mengaji, lepas solat sempat zikir, boleh buat dhuha.
Tapi setakat terdetik je lah.
Bila weekend tak kerja, aku tak buat jugak semua tu.
Helok je merewang ke mall cuci mata.

Now Allah uji aku dengan kelapangan waktu.
Rumah aku dekat dengan ofis, 5 minit dah sampai.
Kalau mandi pukul 8.30am pun sempat lagi sampai sebelum waktu kerja start.
Hari aku puasa, aku balik awal, sometimes 4pm dah sampai rumah, sempat tido kejap, 5.30pm start masak.
Dah ada staff yang boleh tolong kerja-kerja ofis.
Anak pun dah besar-besar semua boleh buat sendiri.
Sorang anak Allah letak kat asrama, dah kurang sorang kat rumah.
Ada hari-hari yang aku rasa lemau nak masuk opis, aku just stay at home buat kerja depan TV.

Best.
Tercapai impian aku banyak masa untuk diri sendiri.

Hakikatnya itulah ujian untuk aku.
Allah sebenarnya nak tengok aku buat tak apa yang aku pernah terdetik satu masa dulu.
Dulu sibuk bingit nak free time.
Now dah ada free time, apa agaknya yang aku buat.

Orang lain lepas Subuh dah berdesup pi kerja.
Aku opis sebelah rumah takkan lepas Subuh terus nak laju-laju lipat sejadah gak?

Orang lain kul 8.30am dah ada dalam train.
Aku 8.30am masih di rumah takkan masih tak sempat Dhuha kot?

Dulu alasan tak dapat mengaji sebab sibuk dengan kerja.
Sekarang waktu dah kerja flexible, masih tak boleh khatam Quran sebulan sekali?

Dulu jadi jadi pekerja, sibuk siapkan kerja, nak tambah ilmu agama tak sempat.
Now dah jadi majikan, flexible working hours takkan masih tak sempat join taklim?

Rupanya free time pun satu ujian.
Itupun kalau kita mahu berfikir.

Yang sebenarnya, kita semua boleh beramal soleh walau dalam keadaan sibuk.
Sebab Allah dah cakap dalam surah Al-Asr :

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Melainkan, orang yang beriman dan beramal soleh. Dan (mereka yang) mengajak ke arah kebenaran dan mengajak dengan sabar"(Al-Asr).

Dalam ayat atas Allah dah bagitau 4 kriteria manusia yang tak akan rugi dengan masa.
Yang beriman.
Yang beramal soleh.
Yang mengajak kebenaran (berdakwah).
Yang bersabar dalam menasihati.

Simple je requirements dia.
Dia tak kata pun orang yang rugi adalah orang yang tak mengaji, atau tak berzikir.

Jadi, kalau kita tak dapat nak mengaji sebab kekangan masa (kerja) dan tanggungjawab di rumah, tak apa.
Kita ganti dengan ibadah lain.
Sambil masak pun boleh selawat.
Sambil mengemop boleh istigfar.
Jangan aim yang berat-berat dulu.
Ibadah yang sikit tapi konsisten lebih Allah suka.
Insyallah kalau kita bersungguh dalam melaksanakan amalan yang simple-simple ni nanti Allah buka sikit demi sikit kelapangan waktu untuk kita buat ibadah lain.

Allah nak bagi ujian tak payah tunggu susah.
Dia bagi free time yang banyak pun boleh jadi satu ujian kalau tak dikendalikan dengan baik.
Yang penting bukan banyak atau sikit masa, tapi bagaimana kita manfaatkan masa.

Diuji dengan kesibukan wajarlah kalau kurang cenderung dengan akhirat.
Tapi diuji dengan kelapangan waktu kalau tetap tak membawa kita dekat pada Allah, itu namanya musibah.